007 || The Twins

I hope she always loves me.

_____

“Apa yang kau mengarut ni?” tanya Althan inginkan kepastian. Fokusnya bukan pada Elthan melainkan beberapa buah patung manusia yang berdiri elok di hadapan mereka.

“Aku tak mengarut! Ini betul... semalam madam datang tidur sekali dengan kita!”

Elthan tidak mahu mengalah. Dia bergerak ke depan kakaknya. Matanya mencerlung tajam pada Althan. Langsung tidak suka akan sesiapa yang tidak percaya akan katanya.

Stop El, kau lupa dekat tempat ni ada undang-undang yang mengatakan bahawa madam ataupun sesiapa dari pihak atas tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik pelatih!” jerkah Althan.

Ingin menyedarkan adiknya seorang itu. Dia menepis tubuh Elthan lalu berlari maju mendekati patung-patung yang berada beberapa meter dari mereka.

Beberapa bilah pisau lipat yang disimpan sekeliling pinggangnya dia ambil. Meletakkan pisau itu di celahan jari-jemari kecilnya.

Dengan larian yang kian laju matanya hanya fokus pada satu sahaja iaitu kepala patung. Tangannya dikepal kuat sebelum mengangkat untuk menancapkan pisau itu pada sasaran yang tepat.

Splash

Splash

Splash

Splash

Splash

Kelima-lima patung manusia itu jatuh mencium tanah. Anak panah yang terkena tepat pada bahagian dada. Itu bukan serangan darinya. Larian yang laju tadi serta merta berhenti.

Gotcha!

Dia menggeram marah. Itu sasarannya kenapa ada yang mahu mengambil. Badannya berbalik ke belakang. Menatap nyalang adiknya yang tersenyum sinis padanya.

“Apa yang kau buat!! That's mine!!” laung Althan kuat. Pisau-pisau yang berada dicelahan jarinya dia lepaskan. Ingin sahaja dia membaling pisau tersebut pada wajah adiknya. Tapi dia masih berfikiran waras.

Lama mereka saling berpandangan. Sebelum dirinya memilih untuk mengundur beberapa langkah ke belakang. Hutan tebal di sekelilingnya dia lihat. Kemudian dia tersenyum tipis. Iris kelabu miliknya kini sudah bertukar ke warna biru kelam.

“Kau yang cari masalah Elthan.”

Wajah yang tersenyum tadi berubah datar. Pisau yang dia lepas tadi kembali diambil dan disimpan pada tempatnya. Dia bergerak selaju yang mungkin ke arah hutan tersebut.

“ALTHAN NO!! KITA AKAN DIHUKUM!!” cegah Elthan. Dia tidak mahu masuk ke dalam hutan tebal itu. Pernah sekali mereka masuk ke hutan itu beberapa bulan lepas dan berakhir di bilik pertahanan bawah tanah selama tiga hari tanpa makan dan minum.

“Kalau kau adik aku, kau tahu apa yang kau perlu buat. Antara ikut mahupun mengadu kepada mereka!”

Selepas itu badan Althan terus lesap dibalik pokok-bakau, semak-samun itu. Menghiraukan lolongan adiknya.

Sh*t Althan, kau memang cari bala!” umpat Elthan. Dia berlari ke arah beg mereka berdua. Beg tersebut dipikul. Alat memanahnya tidak lupa dia sangkut pada leher. Satu airpods yang berhubung dengan sistem keselamatan kubu itu dia pakai.

Kemudian berlari laju ke depan. Mengejar Althan yang sudah ditelan hutan. Sempat dirinya melihat ke belakang memastikan tiada siapa yang lihat. Dia memejamkan mata dan serta merta badannya hilang dari area itu meninggalkan debu yang terhasil dari tanah.

Mission

“Mommy, i'm scared hiks...

Mendengar rintihan anaknya membuatkan Hazel menarik badan Althan ke dalam pelukannya. Dia juga tidak tahu harus berbuat apa. Senyum cantik tetap dipamerkan.

Kedua anak kembarnya berada dalam pelukan erat darinya. Elthan yang sudah tertidur akibat penat menangis. Althan pula masih tersedu sedan dengan tangisannya.

Mereka bertiga dikurung di satu tempat yang amat asing. Sebuah bilik tanpa satu alat lain. Hanya mereka dan lampu malap yang menerangi ruang itu.

Sudah dua hari mereka ditempatkan di situ selepas kejadian hari di mana mereka diambil pengganas. Althan dan Elthan tidak pernah lelah menangis, memanggil nama Si bapa memohon untuk datang mengambil mereka.

Selama mereka di bilik itu. Makan dan minum sentiasa terjaga. Jika masuk waktu untuk mereka makan maka pintu besi itu terbuka sebentar dan satu dulang yang berisi makanan juga air diberikan.

“Mommy, i want daddy hiks daddy... tangis Althan lagi. Tidak lelah dirinya untuk memohon supaya bapanya datang. Lengan pendeknya memeluk erat tubuh Hazel. Melepas tangis, mengadu duka di sana.

Hazel membetulkan kedudukan dirinya. Belakang badannya terasa nyeri. Sudah dua malam dirinya tidur beralaskan dinding keras. Kedua pahanya menjadi bantal untuk yang tersayang.

Ingin sahaja dirinya merempuh pintu berkunci itu. Tapi kudrat seorang wanita tidaklah kuat seperti seorang lelaki. Pernah dia menjerit meminta tolong agar mereka dilepaskan.

Tapi hampa langsung tiada sahutan. Tiada pertolongan dari sesiapa. Dan disitu dirinya menangis meraung kuat meratapi nasib. Selama dia bersama suami langsung dia tidak sangka hal sebegini akan berlaku pada mereka.

“Berhentilah menangis sayang, mommy yakin daddy akan datang untuk ambil kita.pujuk Hazel. Dia risau melihat anaknya yang menangis begitu. Jika jatuh sakit lagi susah untuk mereka dengan keadaan sebegini.

Setiap bait perkataan dari Archer dia ingat. Suaminya pesan supaya menunggunya untuk datang. Ketika itu keadaan memang sedang tidak menyebelahi mereka berdua. Hanya anggukan kepala sahaja dapat dia lakukan.

Bam

Pintu besi itu ditendang kuat dari luar. Tersentak Hazel yang sedang memujuk anaknya itu. Elthan yang terlena tadi tersedar. Althan pula makin memeluk tubuh Hazel. Takut.

Seramai lima orang lelaki bertubuh sasa yang memegang senapang mahal di tangan masuk ke ruangan yang Hazel duduki. Ada rasa gerun melihat lelaki-lelaki itu.

Hazel bangun dari duduknya. Gaun berwarna putih yang tersingkat dia betulkan. Berdiri di depan anaknya. Tidak ingin anaknya tercedera.

Mulutnya baru sahaja ingin menyoal sesuatu sebelum matanya terbuntang luas melihat adik kandungnya menghampirinya. Dia kemudian bernafas lega menyangkal mereka adalah orang baik. Tersenyum kecil pada adik lelakinya.

“Jake... mana Archer?

Sepi. Lelaki yang bernama Jake tidak menjawab malah dirinya berhenti tepat di depan Hazel. Dia mengeluh berasa bersalah. Langsung tidak menatap wajah cantik Hazel.

Maaf. Izinkan aku untuk ambil Si kembar.

“Un... uncle Jake. pelan suara Elthan memanggil. Dia mengintai wajah Jake dibalik gaun putih ibunya. Rasa takut memenuhi jiwa.

“What do you mean?” tanya Hazel keliru dengan adiknya itu. Senyuman tadi terus luntur selepas mendengar kata dari lelaki tampan di depannya. Dia mengundur ke belakang. Tidak membenarkan sesiapa mengambil anaknya.

“Maaf. Aku kena ambil mereka!” lantang suara Jake bergema di bilik itu. Dia melangkah maju ke depan dan menarik lengan si kembar comel itu. Menghiraukan tangisan yang keluar dari bibir mulut mereka berdua.

“Jake please no! Jake!!

Tubuh Hazel ditahan oleh lelaki-lelaki tadi. Tidak memberi peluang untuk dirinya membantah. Melihat anaknya ditarik kasar oleh adiknya itu membuatkannya merasa marah dan takut terjadi apa-apa pada mereka.

“Mommy!!

“Mommy... hiks mommy!

Bam

Pintu kembali ditutup rapat. Meninggalkan Hazel yang terduduk dengan tangisan. Meraung kuat memanggil nama anaknya. Tidak lupa untuk memukul permukaan pintu supaya dibuka.

“Archer hiks... anak kita.


|¦ MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top