004 || Their Acting

“I know who you are.”

_____

Jake menarik dua kembar seiras itu ke satu bilik yang kini tidak asing lagi bagi mereka berdua. Cengkamannya kuat pada lengan mereka membuat Elthan mengaduh sakit. Walau tidak kuat tapi suaranya dapat didengari oleh Althan.

Althan memandang adiknya risau. Risau akan luka baru yang terbentuk di bahagian lengan Elthan. Luka itu baru sahaja diubati beberapa jam lepas.

Latihan semalam yang menyebabkan Elthan terluka. Dia tidak sempat mengelak senjata tajam yang dibaling dari jarak jauh. Terkesan serangan itu datang dari pihak lawan.

Jake berjalan laju melepasi lorong yang dijaga ketat oleh orang-orang mereka. Sampai sahaja pada lorong sunyi tanpa siapapun dia melepaskan cengkaman tangannya pada dua budak itu.

Mereka bertiga berhenti tepat di depan sebuah pintu yang diukir dengan pelbagai corak mengerikan. Jake tidak segera masuk ke dalam sana. Malah dia duduk menyamakan tinggi dengan si kembar.

“Masih sakit?” singkat Jake menyoal. Dia tahu akan lengan Elthan yang terluka. Rasa bersalah telah memegang kuat di situ. Dia hanya tidak ingin Theodore dan Daniel curiga akan dirinya.

Althan terkejut dengan pertanyaan dari lelaki yang memegang jawatan tinggi di depannya itu. Tidak pernah-pernah ada orang bertanya tentang keadaan mereka.

Dia menarik tangan Elthan. Berdiri di depan adik kembarnya. Dia takut akan terjadi apa-apa yang tidak diingini. Cukuplah dirinya sahaja yang diseksa jangan adiknya.

“Maaf sir, undang-undang yang kami ketahui menyatakan sir tidak dibenarkan untuk bertanya tentang keadaan pelatih! Jadi kami tidak boleh memberitahu tentang itu!” ujar Althan lantang. Dia menegakkan badannya. Menggenggam erat tangan adik kembarnya. Dengan wajah datar dia memandang lurus ke depan.

Jake yang mendengar itu terasa dunianya seakan berhenti seketika. Dadanya sakit seperti diremas sesuatu. Seteruk itukah memori mereka berdua dicucikan?

Deria pendengaran Jake merasakan bahawa ada yang berjalan menghampiri tempat mereka. Laju dia bangun dari situ dan berbalik badan ke depan. Tangannya pula memicit laju satu alat canggih yang terdapat di bahagian tepi pintu bercorak itu. Baginya corak yang terdapat di pintu tersebut mempunyai banyak maksud.

Setelah terbuka lebar, dia menyuruh Althan dan Elthan mengikuti langkahnya. Berjalan memasuki ruang yang diterangi lampu malap. Ruang yang penuh dengan berbagai benda penting. Jake melangkah menghampiri meja panjang yang dipenuhi dengan koleksi mainan anak kecil.

Senyuman terukir serta merta di wajahnya. Hangat dia rasai di hati bila mengingati masa lalu. Rindu akan suasana senang di ruangan mereka tempati sekarang ini.

Tangannya mengambil salah satu mainan yang menarik perhatiannya. Benda kegemarannya sejak kecil. Jari panjangnya bermain di situ.

“Kau simpan lagi benda buruk tu?”

Tersentak Jake. Nasib dia tidak melepaskan kotak berwarna coklat ditangannya. Dia menaruh kembali pada tempat asal.

“Semua benda yang aku simpan penuh dengan kenangan manis.” sindir Jake pada Daniel.

Daniel berdecih tidak suka lalu dirinya  duduk di sofa mewah berwarna merah. Dia bersilang kaki dengan wajah angkuh menatap lekat pada dua budak perempuan yang berdiri diam di hadapannya.

Theodore pula tersenyum sinis. Dia berdiri di depan si kembar. Menatap remeh pada mereka berdua. Tangannya pula memegang sekeping gambar.

“Tch. Pandang aku!” tegas suara Theodore memerintah.

Althan dan Elthan melepaskan tautan tangan mereka berdua. Mengangkat wajah melihat pada yang lebih berkuasa di situ. Althan hanya memandang tanpa perasaan.

Theodore menunjukkan gambar tersebut pada mereka. Dia tersenyum bermakna. Berbisik sesuatu pada Elthan yang malangnya tidak dapat Althan dengari.

Althan merasa jantungnya berpacu laju. Dia tahu titik kelemahan Elthan yang mudah terpengaruh dengan kata-kata lelaki di depannya dan akan berperilaku sekejam yang mungkin dalam misi mereka kelak.

Dia perasan akan perubahan warna mata milik kembarnya itu. Menandakan diri Elthan sudah di luar kawalan. Beralih melihat dengan mata yang penuh kebencian pada lelaki yang berparas tampan tapi hati sebusuk iblis.

Lupa dia memang iblis.

Theodore mengundur ke belakang. Melekatkan gambar itu pada satu papan yang sudah sedikit usang.

“Kau tahu apa maksud aku Elthan Min. Bunuh dia dengan cara kau sendiri dan kau akan dapat satu hadiah yang menakjubkan.” kata Theodore penuh makna. Dia tersenyum kemenangan. Iris hijau miliknya mengarah pada Althan yang sama sedang memandangnya.

“Dan kau Althan Min. Jangan sesekali halang dia!!”  jerkah Theodore murka. Dia mengarahkan satu bodyguard yang tidak lupa dia panggil untuk kemari. Mengarah orangnya untuk membawa budak itu pergi.

Jake yang menghantar mereka dengan lirik mata sendu. Daniel pula tertawa jahat sambil bermain dengan benda kesayangan budak kecil itu.

“Aku suka Elthan, dia mudah terpengaruh dan agresif bila berlawan. Althan, aku benci akan sifat dia yang mandiri dan perwatakannya mengingatkan aku pada Sebastian Min.”

Mission

OH MY GOODNESS, my baby bunny! Come to daddy!

Suara nyaring milik Edric bergema di tingkat bawah rumah mewah itu. Laju dia berlari memeluk Jake erat. Tertawa renyah merasa bahagia dapat melihat kembali wajah lucu adik bongsunya.

Edric perasan akan dua lelaki yang amat dia sayangi. Bahkan menganggap mereka berdua sebagai abang kandungnya. Dia melepaskan pelukan dari Jake. Kemudian berlari menerjah masuk ke pelukan Theodore dan Daniel. Mereka bertiga berpelukan erat seketika lalu meleraikan pelukan itu.

Edric tersenyum manis sehingga mata sepetnya tenggelam akibat lemak di pipi. Kelakuannya mengundang Theodore untuk menyerabaikan rambut lebat yang sudah disikat elok.

“Ah hyeong!! Dah kusut balik rambut Edie.” rengek Edric manja. Dia mencebik dan pergi menjauh dari mereka bertiga. Menuju ruang santai.

“Edric, aku musykil dekat sini siapa yang paling muda.” celah Archer yang sudah lama memerhatikan mereka dari tangga. Dia turun menghampiri yang lain. Menyapa tiga orang tersayang yang baru sahaja pulang.

Edric yang perasan ketibaan Archer itu langsung berlari pada lelaki itu. Dia memaut manja lengan kekar Archer.

Hyeong! Edie kan adik yang hyeong paling sayang!!” teruja suara Edric memberitahu. Archer tersenyum kecil. Perwatakan Edric yang seperti ini mengingatkannya pada isteri tercinta.

Kelima mereka berada di ruang santai. Seketika mereka berbincang tentang hal penting. Kemudian bergelak tawa bersama tanpa ada yang perasan ada yang sedang memerhati.

“Kau orang memang licik!” geram Noah sendirian. Dia memerhati gelagat adik beradik tidak sahnya dari tingkat atas. Matanya mencerlung tajam pada lelaki berambut merah gelap.

Kakinya melangkah pergi dari situ. Tidak mahu menonton lakonan yang dibuat oleh mereka. Benci yang teramat sangat. Akibat dendam dan keinginan yang membara mereka sanggup mengkhianati ahli keluarga sendiri.

Aku akan pastikan Archer dan keluarga dia akan bunuh kau orang dengan cara yang paling menyeksakan. tutur Noah dalam hati.


|¦ Mission ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top