003 || Another Chance
“I wish that I never meet him.”
_____
“OMG JIMIN ANDA SUDAH KEMBALI!!”
Jeritan dari Noah bergemar dalam ruangan rumah mereka. Laju dia berlari ingin memeluk pemuda tampan itu. Belum sempat tangannya memeluk erat tubuh lelaki di hadapannya. Dia berhenti bila telapak tangan berisi itu melekat di wajah seksinya.
“Wait wait, i'm not Jimin anymore. Edric Matthew here!”
Perkataan Jimin ditekan dalam dengan nada tegas. Rahangnya mengeras mendengar nama yang seakan jijik itu. Dia menarik nafas dalam. Menghembus dengan baik dan mengukirkan senyuman manis sehingga matanya tenggelam dek lemak di pipinya.
Dengan langkah bergaya. Dia berjalan mendekati Michael yang menatapnya lekat. Tidak berapa suka mungkin pada dirinya. Huluran tangannya juga tidak disambut oleh Michael. Malah lelaki itu membuang muka ke arah lain.
“Kenapa kau kemari?”
Decihan sinis Edric berikan pada Michael. Menjeling lelaki tinggi di depannya. Menarik kembali tangannya lalu menyilangkan di depan dada.
“Excuse me, sir. Lupa aku kata yang aku akan datang ke sini lagi. Lagipun aku kembali sebab Archer.” katanya selamba. Rambut berwarna kelabu cantik miliknya diraut ke belakang dengan tangan.
Beredar dari situ lalu mendudukkan dirinya pada sofa empuk. Kepala disandarkan pada sofa. Kaki bersilang di atas meja kaca. Mengabaikan dua lelaki yang melihatnya curiga.
“But yeah, don't worry aku tak akan buat hal yang bukan-bukan lagi. Aku dekat sini nak tolong kau orang.”
Sambil pejam mata dia berkata santai. Michael mengeluh menyampah. Kenapalah dia mempunyai saudara seperti Edric.
Yang angkuh mengalahkan anak raja. Tapi memang keturunan raja. Noah hanya menatap sedih. Dia tahu punca Edric berperangai sebegitu.
Hanya Archer sahaja dapat mengawal diri pemuda tampan itu. Kalau nak diharapkan dirinya dan Michael, ada yang kena bunuh nanti.
“I'm back!”
Ketiga kepala itu laju menoleh ke arah pintu tatkala mendengar suara dari luar. Menampilkan diri Archer yang berdiri elok di hadapan pintu.
Archer terkejut melihat Edric. Dia tidak menyangka adiknya seorang itu akan pulang juga. Berjalan lurus melintasi Noah yang hanya berdiam diri. Dia berdiri betul-betul di depan Edric yang tersenyum manis.
“Ingatkan nak duduk sana sampai mampus.”
Terus luntur senyuman menawan di wajah Edric. Tercengang dia mendengar ayat yang barusan keluar dari mulut abangnya itu.
Noah pergi dari situ tanpa kata. Malas melihat sahabat semata wayangnya berbahas dengan abang iparnya.
Michael menjadi nyamuk sebagai penonton setia mereka. Riak wajahnya tanpa perasaan dan rahang yang kian mengeras.
“Apa hyeong ni! Orang balik marah orang pergi pun marah!”
Suara Edric sedikit meninggi. Marah bila Archer melempar kata begitu padanya. Dia bangun berdiri. Tapi perlu sedikit mendongak untuk melihat wajah kacak Archer. Memandangkan ketinggiannya terbantut.
“Stop acting Jimin Matthew!”
“I'm not Jimin! Edric is my name right now!”
Archer bermain dengan lidahnya dalam mulut. Mata melilau melihat ke arah lain. Masih terasa akan sikap Edric yang berani melarikan diri dari masalah yang telah dibuatnya.
“Sorry, aku tahu itu salah aku! Tapi aku kembali sebab nak tolong kau hyeong!” Edric menunduk melihat lantai. Tanpa siapa sedari dia tersenyum kecil. Teramat kecil.
“Hyeong, i begging you. Please give me another chance.”
Dia kembali menatap muka abangnya. Riak wajah yang dibuat sedih. Mata yang seakan berkaca memohon pada Archer.
“Sudahlah Ed, kalau kau betul-betul nak tolong aku. Buatlah yang terbaik, biar kita semua dapat bertemu mereka kembali.”
Rambut lebat Edric diusap lembut olehnya. Dia pergi dari situ dengan keluhan berat. Bahu yang menegang tadi sudah mengendur.
“Kau memang licik Edric.”
Mission
“Attention to all trainees please go to the assembly field now!”
Bergemar kuat suara pemberitahuan dari bahagian atas. Dengan gerakan pantas semua pelatih mula berlari menuju ke medan tersebut.
Tidak kira tua mahupun muda. Mereka diarahkan untuk berkumpul bersama. Berdiri mengikut tahap masing-masing.
Termasuk Althan dan Elthan yang berada di barisan tahap kedua tertinggi. Semua perhatian melekat pada mereka berdua. Tapi malangnya mereka tidak menghiraukan tatapan tidak suka dari pelatih lain. Sebaliknya mereka hanya berdiam diri.
Seramai tiga ratus pelatih yang berada di barisan yang mana mempunyai label tahap antara tahap pertama hingga tahap ketujuh. Pada pelatih yang masih berada di tahap lima dan ke bawah mereka jarang diberi misi. Melainkan pelatih yang sudah diupgrade ke tahap atas.
Siapa sahaja tidak iri pada kembar seiras itu. Umur masih muda tapi sudah berada di tahap tertinggi. Sudahlah para penasihat, agen dan boss mereka amat memantau mereka berdua. Latihan sentiasa mereka lakukan.
Perasaan iri pada kembar itu membuat mereka berdua dipinggiri oleh yang lain. Hanya beberapa orang sahaja yang berani mendekati mereka berdua.
Beberapa orang wanita dan lelaki pihak atas mula mendatangi tempat itu. Keadaan yang riuh tadi dengan sekelip mata senyap sunyi.
Tiba-tiba mata Elthan jatuh pada wajah cantik Hazel. Dia merasa curiga dengan pandangan yang selalu Hazel berikan pada mereka.
Hazel yang perasan akan tatapan mata Elthan itu langsung mengalihkan wajahnya ke arah lain.
"Kali ini anda semua tidak akan diagihkan apa-apa misi. Hanya mengubah kedudukan tahap kalian sahaja." jelas salah seorang lelaki yang berpakaian khas orang atasan. Dengan kot dan gajet canggih di tangannya. Lelaki itu berucap panjang.
Memberitahu pelatih mana yang diubah tahap dan kedudukan. Kemudian kesemua mereka di arah untuk kembali ke bilik masing-masing. Tapi Althan dan Elthan terkecuali. Banyak bunyi dari pelatih lain. Pelik dengan para penasihat mereka yang menahan kembar dingin itu.
Beberapa penasihat yang tidak terbabit pergi dari situ. Meninggalkan Hazel dan seorang penasihat lelaki tampan iaitu Joseph Kim. Mereka berdua menghampiri Si kembar. Joseph menghulur tangan untuk menyentuh bahu Althan. Tapi sentuhan itu ditepis kuat oleh Althan. Memandang tajam wajah lelaki berkulit tan itu.
“Do not touch me with your dirty hand!”
“Wow! Memang keturunan Min.”
Suara ejekan dari belakang mengundang mereka berempat untuk melihat orang tersebut. Berdirilah tiga pemuda yang amat tampan tapi kejam.
Theodore mendekati mereka. Daniel pula mengarah Joseph supaya menutup ruang itu dengan dinding kaca. Lantas dilakukan oleh lelaki itu.
Jake hanya mengikut dengan senyap. Langsung tidak menatap wajah cantik menawan milik Hazel.
Hazel berdiri di depan anaknya. Melindungi mereka dari lelaki syaitan yang bertopengkan manusia itu.
“Wow dear, how protective you are.”
Wajah mulus Hazel dibelai lembut oleh Daniel. Hazel tidak protes kerana dia tahu apa akan terjadi jika dia berbuat demikian.
Senyuman matahari tidak pernah lekang dari wajah tampan Daniel. Tapi semua itu hanya penipuan semata-mata.
“Well Hazel, aku nak ambil budak kau sekejap.”
Theodore berterus terang. Matanya memberi signal pada Jake supaya menarik Althan dan Elthan pergi dari situ.
Jake hanya mengikut perintah. Sebelum dia menarik kedua budak itu dia memandang sayu saudara kesayangannya itu. Tapi Hazel membalas dengan pandangan benci. Benci teramat benci pada tiga setan di hadapannya itu.
Air mata ditahan kuat. Tidak mahu terlihat lemah di hadapan mereka dan dia juga sudah penat menangis. Jake sudah pergi dengan Althan dan Elthan yang meronta untuk dilepaskan.
“Tiga tahun Hazel, tak ada langsung tanda-tanda jantan tu datang cari kau!”
“Sebastian Archer Min, suami aku ada nama!” jerit Hazel lantang di hadapan wajah Theodore.
Tawa ejekan dari Theodore dan Daniel kedengaran. Merasa kata-kata Hazel seolah satu gurauan.
“Tch, sudahlah berharap. Apa kata kau dengan aku saja.” ujar Daniel menggoda.
“KAU MEMANG BINATANG!!”
PANGG
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top