HANS - 16

Darren yang sedang meneguk air teh itu setia memerhatikan pergerakan Anayra yang ke hulu ke hilir. Anayra sibuk melayan anaknya Hud yang meragam mahukan macaroni yang dimasak mommynya. Tak nak makanan lain.

Riak serius yang terpancar di wajah Darren. Di atas ribanya ada Hessa yang sedang menonton video di iPad. Hessa goyangkan kepalanya ke kiri dan kanan mengikut rentak bunyi muzik dalam video.

Dalam fikiran Darren, dia memikirkan kata-kata Shahrul beberapa jam yang lalu. Mengenai Damien.

Shahrul arahkan dia dan Hero mencari Damien secepat mungkin. Sebelum Shahrul arahkan dia... Dia sudah terlebih dahulu mengupah orang untuk mencari Damien. Maklum balas yang diterima setakat ini adalah Damien sudah tiada di Malaysia.

Darren tertanya-tanya kemanakah Damien pergi? Pada awalnya dia fikirkan Damien sekadar menghilangkan dirinya di dalam Malaysia sahaja.

Anayra dapat merasakan Darren masih memandang belakang badannya. Dia menyedari hal ini sejak tadi. Tajam sekali renungan Darren untuknya. Apa yang tak kena ni? Kenapa Darren merenungnya begitu. Dia ada buat salah ke?

Tak tahan dengan situasi ini, Anayra putar tubuhnya menghadap Darren. Ahaa... Darren kekal merenungnya! Anayra silangkan tangannya di dada.

"Kenapa abang Darren asyik pandang Nayra dari tadi?" Anayra terus menyoal.

"Saja."

"Tipu." Anayra tak percaya dengan jawapan Darren. Tak mungkinlah Darren saja-saja nak memandang dia tanpa sebab.

"You tahu Damien pergi mana?"

Anayra geleng kepala. "Nayra tak tahu."

"You tahu." Keras Darren menuturkan ayat itu.

"Tak. Tahu." Anayra sambung menggaul macaroni di atas dapur.

"Selain Niall... Damien rapat dengan you. Mesti you tahu Damien pergi mana."

Terhenti perbuatan Anayra. Dia mengemam bibirnya rapat. Dia terdiam seketika untuk menyusun ayat.

"Kalau Nayra tahu sekalipun... Nayra takkan beritahu. Abang Damien pergi dari sini sebab tak nak orang cari dia."

Saat ini Darren yakin yang Anayra tahu keberadaan Damien.

"You kena tolong kami. Jangan sembunyikan Damien."

"Kenapa baru sekarang semua orang sibuk nak cari dia? Waktu abang Damien ada dalam rumah ni... Semua orang buat dia tak wujud. Ketepikan abang Damien. Kenapa baru sekarang? Dah terlambat." Anayra bercakap penuh beremosi. Ternaik sikit nada suaranya. Dia tidak bermaksud mahu marah Darren. Cumanya dia tak mampu mengawal emosinya. Emosi ibu mengandung.

Hessa yang berada di atas riba Darren itu terkebil-kebil pandang babah Darren dan mommynya. Mommy marah babah?

Anayra akui yang dia tahu di mana Damien sekarang. Namun, dia tidak boleh beritahu kepada sesiapa. Dia sudah berjanji dengan Damien untuk merahsiakan perkara ini.

Damien percayakan Anayra. Mana mungkin Anayra sanggup khianati kepercayaan yang diberikan Damien. Sekurangnya bila Damien beritahu dia di mana, Anayra lega yang teramat. Dia tahu abangnya dalam keadaan yang baik.

"Nayra..."

"Usaha sendiri cari abang Damien. Nayra takkan tolong."

Sebelum ini Anayra pernah hantar voice message yang panjang buat Damien. 2 hari kemudian, barulah Damien memberikan respon yang lambat.

Kau sorang je yang pedulikan aku, Nayra. Hahaha.

────────

ANAYRA mengekori langkah mummy dan daddy dari belakang bersama Hud yang dipimpin tangannya. Pada petang itu, daddy bawa mummy berjalan di luar. Masih dalam perkarangan rumah mereka.

Tuan Denniz mahu isterinya menghirup udara segar. Hampir setahun ini banyak mengubah isterinya. Katerina lagi suka duduk di dalam bilik dan tidak mahu diganggu. Tuan Denniz berusaha menggunakan pelbagai cara untuk kembalikan isterinya yang dulu.

Tuan Denniz memeluk mesra bahu Katerina. Bibirnya sekejap-sekejap akan singgah di kepala Katerina. Kucupan sayang dihadiahkan. Sayangnya terhadap Katerina tidak terhingga.

Anayra sedih melihat keadaan mummy. Siapa sangka mummy akan berubah sehingga ke tahap ini. Mummy terlalu sedih dengan kehilangan Daniall. Setiap masa nama Daniall akan meniti di bibir Katerina.

"You penat?" tanya Tuan Denniz apabila Katerina berhenti berjalan secara tiba-tiba.

Katerina menggeleng. Dia tak penat. Dia cuma mahu katakan sesuatu kepada suaminya.

"Darling..."

"Yes, my pearl." Tuan Denniz menyahut laju. Bibir mengoyak senyuman lebar. Dia gembira kerana sudah lama isterinya tidak memanggil dia 'darling'.

"Hari ni birthday anak kita."

Tuan Denniz mengganguk, mengeyakan kata-kata Katerina. Memang benar hari ini adalah hari lahir anak mereka. Tangannya mengusap lembut sisi wajah Katerina.

"Harini birthday Niall..." ucap Katerina.

28 Ogos.

Anayra tersentak. Hanya nama Daniall yang disebut mummy. Dia menunggu jikalau nama Damien akan meniti di bibir Katerina. Namun, tiada.

Dia pandang sepi Katerina yang mula menangis bila berbicara mengenai Daniall. Lekas Tuan Denniz memujuk isterinya. Dia sudah tidak mengekori langkah suami isteri itu. Statik dia berdiri di tempat yang sama.

Mata Anayra berair.

"Harini pun birthday abang Damien..." Menitis air mata Anayra saat mengatakan kenyataan itu. Dia tidak dapat mengawal emosinya.

Mummy tak ingat abang Damien ke?

Abang Damien pun anak mummy.

Hud menyedari Anayra menangis. Kalut anak itu mahu memujuk mommy. Dia jadi risau yang teramat.

"Mommy... don't cry."

Makin ditegur, makin kuat Anayra menghamburkan tangisannya. Teresak-esak Anayra menangis di hadapan Hud. Kesudahannya, Hud pun terikut menangis sekali.

Bergabung tangisan anak beranak itu.

────────

HERO melabuhkan punggungnya di sebelah Anayra. Perlahan-lahan dia merapati Anayra. Dia letakkan sebelah tangannya di atas bahu Anayra. Dia berlagak selamba selepas itu. Mata lurus memandang ke hadapan iaitu drama yang ditayangkan di televisyen.

Anayra mengalih tangan besar Hero yang berada di atas bahunya. Dia mengesot badannya menjauhi Hero. Dipeluk tubuhnya sendiri.

Hero tak berputus asa. Anayra menjauh, dia mendekat.

Anayra menjegilkan matanya kepada Hero. Memberikan amaran. Sekali lagi bahu mereka bergesel. Apa yang Hero nakkan dari dia?

"Abang rindu baby. Sampai bila baby nak abaikan abang?"

Anayra kunci mulutnya rapat.

Hero mengeluh pendek. Terseksa dia dengan layanan Anayra sejak kebelakangan ini.

"Hud beritahu abang yang mommy dia cry lama sangat petang tadi. What happened? Kenapa Nayra menangis?"

Hero menarik dengan mudahnya tubuh kecil Anayra itu ke atas ribanya. Kemas dia mengunci tubuh Anayra agar tidak boleh bergerak. Kebisuan Anayra mencabar kesabarannya.

"Jangan layan abang macam ni. Nayra buat abang risau sangat-sangat." Hero berbisik lemah.

Anayra tunduk. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya kerana melayan Hero begini. Adakah dia terlalu keterlaluan? Hero tampak sungguh risaukan dirinya di saat ini. Dari sinar mata Hero terpancar riak kerisauan itu. Tidak boleh dinafikan lagi.

"Nayra okay. Nayra cuma tak sihat. Nayra masuk bilik dulu," ujar Anayra, masih mahu berselindung. Tidak mahu jujur di hadapan Hero. Dia hadiahkan satu ciuman di pipi Hero sebelum bangun dari riba Hero.

Hero memandang belakang tubuh Anayra yang berjalan meninggalkannya. Dia tahu Anayra berbohong tadi. Apa yang Anayra sorokkan darinya?

Anayra masuk ke dalam bilik dia bersama Hero. Dia kunci pintu terlebih dahulu. IPhone segera dicapai dan dia mendail satu nombor. Ditekap Iphone pada telinganya sambil menanti panggilannya dijawab oleh orang di sana.

"Hi abang Damien!" Anayra menegur riang. Dia melambai tangannya. Macam lah Damien boleh nampak perbuatannya. Dia menuju ke arah katil lalu dilabuhkan punggungnya di hujung katil. Bibir masih menguntum senyuman.

"Hm." Damien membalas malas.

"Abang Damien kat mana tuuu?"

"Aku baru masuk dalam bilik hotel. Kenapa call ni?"

"Rindu abang Damien."

"Aku tak rindu kau." Laju Damien membalas. Lebih kepada nak sakitkan hati Anayra.

Anayra mencebik. Eleh.

"Nayra call ni sebab... sebab..."

"Straight to the point. Tak payah nak buat tergagap-gagap."

Anayra hehe. Dia boleh bayangkan bagaimana reaksi muka Damien sekarang di sana.

"Selamat hari lahir, abang Damien. Bertambah usia satu tahun. Makin tua. Umur yang dah sesuai sangat untuk mendirikan rumahtangga. Nayra doakan urusan abang Damien dekat sana dipermudahkan. Cukuplah abang tahu yang Nayra sayangkan abang Damien. Nayra akan sentiasa ada untuk abang Damien. Abang Damien... abang paling the best!"

Damien diam seketika.

"Terima kasih, adik," ucap Damien perlahan. Itu saja yang mampu keluar dari mulutnya. Dia terharu dengan ucapan Anayra. Ucapan yang bermakna buatnya.

"Kasih diterima, abang!"

"Kau je yang ingat birthday aku." Damien ketawa selepas itu. Ketawa yang dibuat-buat.

"Mummy ada cari aku tak?" Dan seterusnya soalan dari Damien menyesakkan dada Anayra.

Lidah Anayra terkelu seribu bahasa. Soalan abang Damien...

"Nayra? Hello?" Damien bersuara lagi. Dia hairan bila Anayra diam tidak menjawab soalannya.

Anayra kuatkan semangatnya untuk menjawab soalan Damien.

"Ada. Ada! Mummy cari abang Damien. Mummy rindukan abang Damien sangat-sangat." Suara Anayra kedengaran ceria.

Kebenaran yang sebenar semua orang tahu.

Mummy langsung tidak menyedari yang Damien sudah pergi jauh.

"Mummy selalu tanya mana abang Damien pergi. Abang Damien balik ye. Semua orang rindukan abang Damien. Harini mummy banyak kali tanya mana abang Damien. Sebab harini kan birthday abang. Bukan Nayra sorang je yang ingat. Mestilah mummy akan ingat birthday abang Damien."

Air mata Anayra sudah mengalir. Mudah sungguh dia menumpahkan air matanya untuk hal-hal begini. Dia terpaksa reka cerita demi menjaga hati Damien.

"Nayra..."

"Ye."

"Kau tak boleh jadi pelakon. Lakonan kau sangat teruk. Kau kena belajar lagi untuk menipu."

Tanpa segan silu Anayra melepaskan tangisannya bila dia dah terkantoi dengan Damien.

"Abang Damien, jangan sedih..." Teresak-esak Anayra menangis.

"Siapa yang menangis sekarang ni?" usik Damien.

"Nay... Nayra mi... minta maaf. Nayra tak nak abang Damien sedih." Anayra minta maaf atas perbuatannya yang menipu tadi.

"Aku okay, Nayra. Aku tak berharap lebih untuk orang hargai dan ingat aku. Aku sedar diri aku ni siapa. Sekarang dah terbukti walaupun aku pergi keadaan tetap sama. Rasa sakit? Tipu lah aku tak rasa sakit. Sakit bila mummy anggap aku tak wujud. Sakit bila mummy lupakan aku. Tapi, apa aku boleh buat. Aku tak boleh buat apa-apa. Bukan aku yang mummy mahukan." Suara Damien sudah berubah lain.

"Jangan banyak menangis, Nayra. Nanti kau sakit. Aku jauh dari kau. Tak boleh nak jaga kau. Aku bersyukur dapat adik yang memahami. Kau lagi faham aku."

"Aku ada Allah. Aku ada kau."

"Aku pun sayang kau, Nayra. Jaga diri kau."

Damien terus putuskan panggilan mereka. Terlucut iPhone dari tangan Anayra. Habis basah pipi Anayra dengan air mata yang tidak henti mengalir.

Anayra dengar suara Damien sudah bertukar lain tadi.

Damien menangis.


***

 

2k vote to unlock next chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top