DANIALL - 15

"Tembak dia, Daniall."

Angelina serahkan pistol di tangannya kepada Daniall. Daniall menerima huluran Angelina lalu digenggam kuat pistol itu. Matanya terarah pada jasad yang terikat di sebuah kerusi.

Meronta-ronta lelaki tersebut ingin melepaskan dirinya. Jeritannya tenggelam di dalam kain yang tersumbat di dalam mulutnya. Mata terbeliak luas saat muncung pistol itu dihalakan ke arah kepalanya. Ajalnya semakin menghampiri.

Picu ditarik.

Daniall sasarkan kepala lelaki itu. Pantas tembakan dilepaskan sebanyak 2 kali. Berturut-turut.

Angelina tersenyum puas. Dia menghantar isyarat mata kepada yang lain untuk menguruskan jasad yang sudah tidak bernyawa itu.

"Kau hanyalah anjing untuk perempuan syaitan tu."

Ayat yang pernah diucapkan oleh seorang lelaki tua kembali bergema secara tiba-tiba.

"Kau anjing bodoh yang patuh semua arahan perempuan tu. Perempuan tu kawal kau."

Angelina sentuh bahu Daniall.

"Daniall..."

Daniall menepis perlahan sentuhan Angelina. Riak wajah Angelina berubah mendadak gara-gara perubahan perlakuan jejaka di sebelahnya.

Daniall tidak pernah tepis sentuhannya.

"Pandang aku."

Daniall kelihatan seperti terganggu dengan sesuatu. Sesuatu yang Angelina sendiri tak pasti.

Angelina memaksa Daniall memandang wajahnya. Dipegang kasar dagu Daniall agar toleh ke arahnya. Bibirnya perlahan-lahan melakar sebuah senyuman buat Daniall.

"Aku keluar dulu," ucap Daniall laju. Dia berjalan melepasi Angelina dan keluar dari tempat itu. Dia tidak pedulikan arahan Angelina. Di saat ini dia hanya mahu menghirup udara segar.

Itu kejadian yang berlaku pada petang tadi. Kini, dia bersama Angelina berada di atas sebuah yatch mewah milik Daniall. Hari sudah menjelang larut malam, Daniall masih belum boleh tidur. Sebelah tangannya diletakkan di belakang kepalanya menjadikan alas. Ada sesuatu yang menggangu fikiran jejaka ini.

Memori —

Dia kehilangan memori lalunya. Sehingga ke hari ini dia tidak berjaya mengingati walau secebis pun memori lalunya.

Dia ada juga tertanya-tanya bagaimanakah dirinya yang dulu?

Adakah sama seperti sekarang?

Pernah sekali dia ajukan soalan ini kepada Angelina dan wanita itu memberikan jawapan.

"Diri kau yang sekarang sama seperti dulu, Daniall. Kau tak berubah."

Dia tiada keluarga.

Ibu bapanya sudah lama mati sejak dia kecil lagi. Dia hidup bersendirian. Itu apa yang diceritakan Angelina. Angelina tidak cakap kosong, ditunjukkan bukti sekali agar dia boleh percaya.

Daniall alihkan pandangannya ke sisi. Wajah yang lena diulit mimpi di sebelahnya ditatap lama. Wajah yang menenangkan dia. Angelina tidur keletihan di dadanya. Dia jatuhkan ciuman pada bahu Angelina yang terdedah. Sejam yang lepas mereka baru 'bersama.'

────────

SEGALA maklumat berjaya dikumpulkan Dayana. Dia memulakan penerangannya kepada Shahrul yang duduk di hadapannya. Di belakang Dayana ada papan besar yang sudah dipenuhi dengan pelbagai gambar dan info-info penting.

2 hari yang lalu mereka berdua menetap di hotel. Kini, mereka menetap di sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik. Rumah yang dicari Shahrul untuk memudahkan urusan mereka. Nampaknya mereka akan lama berada di sini. Mereka tak boleh terusan duduk di hotel.

"Angelina Hawthorne." Dayana sebut nama itu. Dia tunjuk gambar Angelina yang ditampal pada papan. Bukan setakat gambar, disertakan sekali biodata ringkas Angelina.

Mulut Shahrul terlopong kecil.

"Bidadari ke ni?" Itu komen pertama Shahrul. Dia mengamati lama wajah cantik yang dikatakan seperti bidadari itu.

"Taste aku ni. Cantik. Sexy pulak tu."

Shahrul tersenyum gedik. Dia gigit hujung jari telunjuknya.

"Tak sangka kau bernafsu dengan perempuan." Sinis Dayana berkata.

Shahrul laju membaling pen pada badan Dayana. Geram sungguh dia dengan ayat yang keluar dari mulut Dayana.

"Kau ingat aku bernafsu dengan jantan ke?" tanya Shahrul bengang.

Dayana angguk tanpa rasa bersalah mengakuinya.

"Sesuai nama Angel tu dengan dia. Cantik persis bidadari." Shahrul tak puas lagi mahu memuji Angelina.

Dayana meluat mendengarnya.

"Shah... Boleh tak kau serius?"

"Aku tengah serius la ni. Kau nampak aku tengah gelek macam Niall ke? Dayan... Angelina tu single lagi tak?"

"Sedar diri kau. Kau dengan dia ibaratkan langit dengan bumi."

Shahrul terasa ditampar dengan bicara pedas Dayana. Bagai langit dengan bumi perumpamaannya? Sangat kejam. Dia bangun dari kerusi lalu mendekati Dayana.

"Angelina ni kekasih Daniall..."

Dayana tunjuk pula gambar Angelina bersama Daniall. Gambar mesra pasangan itu. Shahrul turut memandang gambar itu. Wajahnya yang beriak nakal tadi perlahan-lahan memudar.

"Calixto."

Daniall Calixto.

"Hans Daniall dah mati," ujar Shahrul pula.

Keadaan bertukar menjadi sepi di antara mereka. Shahrul mencekak pinggangnya meneliti segala info penting di papan itu. Shahrul berdehem panjang. Sekilas dia pandang Dayana. Bukan pada muka. Dia pandang tangan Dayana. Gadis itu sedang bermain dengan cincin di jarinya. Dayana kelihatan resah.

"Kau okay, Dayan?" Soalan Shahrul kedengaran prihatin.

Dayana mengangguk kepalanya dalam keadaan menunduk. Matanya terkedip lemah dengan soalan Shahrul.

"Aku okay. Kenapa tanya?"

Shahrul tahu Dayana hanya berpura-pura di hadapannya.

"Aku nak tarik semula pujian aku tadi. Angelina ni tak cantik. Biasa je. Kau seribu kali lagi cantik dari Angelina ni. Kalau tak... Daniall takkan tergila-gilakan kau dulu. Setiap kali aku lepak dengan Niall, mesti dia akan bercakap pasal kau. Sampaikan tahap meluat dah aku dengar. Dia selalu puji... Cantiknya Dayana bila marah. Comelnya Dayana. Dayana yang manis. Apa yang kau buat, semuanya dia suka. Dia angau dengan kau. Dia tersengih serupa beruk dapat bunga bila bercakap pasal kau."

"Dulu dia selalu berangan nak kahwin dengan kau. Aku banyak kali suruh dia move on sebab mustahil kau dengan dia akan together. Dia terus marah aku dan bagi middle finger dia kat aku. Dia menyumpah aku... kata yang aku akan single sampai ke tua. Aku rasa sebab tulah aku ni tak kahwin sampai sekarang. Bujang terlajak."

Shahrul ketawa sendiri dengan ceritanya. Rasa lucu.

Sungguh, Shahrul rindukan karenah sahabatnya. Melayan Daniall tidak dinafikan memang memenatkan.

Bayangkanlah... Shahrul sedang bersedih pun automatik hilang sedih itu gara-gara seorang Hans Daniall. Daniall terbangkan kesedihan dia dan gantikan dengan hilaian tawa kerana lawak bodohnya.

Dayana memetik jarinya di hadapan muka Shahrul bila dia dapati lelaki itu sudah mengelamun entah ke mana. Teringat memori lama bersama Daniall ke?

"Malam ni kita ada misi. Kita akan culik seseorang," ujar Dayana.

"Siapa?"

Dayana ketuk-ketuk permukaan papan itu. Gambar seorang lelaki berkaca mata.

"Kita akan culik lelaki ni."

Shahrul tersenyum senget. Menculik orang kepakaran dia. Kerja yang sangat mudah untuknya. Yang penting kerja dia clean. Dia cepat-cepat mahu keluar dari bilik itu.

"Shah... Aku baru sedar..." Dayana bersuara perlahan sekaligus menghentikan langkah kaki Shahrul.

Shahrul toleh pandang Dayana. Sedar apa pulak ni? Dah la cakap separuh-separuh. Buat dia tertanya.

"Kita perlukan dia di sini." Sambung Dayana sambil memeluk tubuhnya.

"Siapa?" tanya Shahrul tak sabar.

"Damien." Sepatah nama itu meniti di bibir Dayana.

"Dia yang sepatutnya berada di sini! Dia yang akan mudahkan kerja kita. Damien kembar Niall!"

Ada benar kata-kata Dayana tu. Shahrul membasahkan bibir bawahnya sebelum menjawab. Dia perlu beritahu perkara penting ini kepada Dayana.

"Damien dah menghilangkan diri. Tak ada orang tahu dia pergi ke mana. Mustahil kita boleh heret di ke sini."

Dayana meluru ke arah Shahrul. Dipegang tangan Shahrul. 

"Suruh semua orang cari dia. Apapun yang terjadi kita kena heret Damien datang sini!"

1.5k vote to unlock next chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top