DANIALL - 13

Sewaktu sedang bercakap dengan Dayana, tiba-tiba Shahrul mendapat panggilan telefon dari adiknya, Anayra. Tergantung ayat 'kita' Dayana. Untuk panggilan pertama Shahrul, abaikan. Dia boleh call Anayra semula nanti. Apa yang penting Shahrul mahu mendengar pendapat Dayana.

"Jawablah dulu call tu, Shah. Mana tahu penting," pinta Dayana apabila telefon Shahrul tidak berhenti berdering.  

Shahrul jawab panggilan dari Anayra.

"Abang Zach... Adik ada berita nak sampaikan." Sebaik saja panggilan mereka disambungkan, Anayra terus ke tujuan utamanya tanpa bertanya khabar.  

Menangkap perkataan 'berita' itu membuatkan Shahrul rasa tak sedap hati. Ditambah pula dengan suara sedih Anayra. Sesuatu sangat.

Berita kematian kah? Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran Shahrul. Tergeleng kepalanya sendiri. Mohon dijauhkan.

"Berita apa, dik?" Shahrul bertanya serius.

"Hurmm... Berita... Berita..." Anayra teragak-agak mahu memberitahu.

"Adik dah kenapa tiba-tiba gagap ni?" Makin tertanya-tanya Shahrul apakah berita yang ingin disampaikan Anayra. 

"Err... Macam ni... Haa... Iya macam tulah."

Shahrul menepuk dahinya sekali. Kenapa susah sangat Anayra nak beritahu ni?

"Adik... Jangan buang masa abang." Shahrul mengingatkan sambil jemarinya mengetuk stereng kereta.

"One..."

"Two..."

Shahrul akan kira sampai 5. Jikalau Anayra masih tidak mahu memberitahu, dia akan end call.

"Adik... Adik pregnant!" Akhirnya terlepas juga perkataan itu dari mulut Anayra.

"Haaa kan boleh je nak cakap yang adik pregnant. Itupun susah sangat ke sampaikan tergagap-gagap," balas Shahrul selamba tanpa perasaan.

Pregnant je pun.

Sekejap...

Mata Shahrul mula membulat. Pregnant tu mengandung kan? Sel-sel otaknya baru nak berhubung. Lambat sedikit.
 
Jadinya...

"HAH ADIK PREGNANT?!" Pecah jeritan Shahrul di dalam kereta.  

Boleh bayangkan Anayra di Malaysia sana sudah jauhkan telefon dari telinganya gara-gara jeritan kuat abangnya. Fuh boleh cair tahi telinga.

"Betul ni adik pregnant?" Shahrul bertanya untuk kepastian. Dia ni ada trust issue sedikit dengan adiknya sendiri. Anayra banyak kali prank dia. Siapa lagi yang ajar Anayra benda macam ni kalau bukan Daniall.

"Betul betul."

Shahrul pukul-pukul stereng keretanya kerana happy sangat. Bibir mengoyak senyuman lebar.

"Alhamdulillah. Tahniah, adik."

"Adik sebenarnya... ada masalah besar."

Riak wajah Shahrul berubah. Anayra seperti tidak happy mengkhabarkan berita gembira ini. Pasti ada sesuatu yang terjadi di dalam rumahtangga adiknya.

"Hero curang ke? Dia ada perempuan lain belakang adik? Sebab tu suara adik sedih sangat sekarang ni. Beritahu abang. Jangan sembunyikan apa-apa dari abang. Diam maknanya betul. Hei, memang tak guna la jantan tu! Dia ingat adik aku ni apa. Adik aku ni punya la cantik. Cukup pakej kecuali tak reti memasak je. Apa lagi yang tak cukup. Siap boleh berikan dua zuriat yang sihat dan comel lagi. Boleh pulak dia pergi curang. Masalah betullah lelaki zaman sekarang ni. Tak cukup satu! Tahulah abang nak ajar si Hero tu sebab berani buat adik abang macam ni! Adik nak abang patahkan kaki dia tak... biar dia duduk atas wheelchair seumur hidup? Ataupun..." Shahrul semakin beremosi. Terbayang wajah Hero di depan matanya.

"ABANG ZACH STOP!" Anayra menjerit ingin menghentikan bebelan tidak berpenghujung Shahrul.

Abang Zach... Dah pergi jauh sangat.

"Bukan. Abang Hero tak curang." Anayra memperbetulkan salah faham ini.

Jatuh rahang Shahrul. "Lahh... Habistu apa masalah beratnya?"

Shahrul picit dahinya. Maaflah Hero. Aku maki kau tadi. Zaman sekarang ni banyak sangat isu lelaki tak cukup satu perempuan. Kahwin lain. Jadi, Hero yang terkena tempias.

"Er... Err masalah besarnya hehe." Anayra malu-malu nak nyatakan.

"Abang Zach tahu kan setiap kali adik pregnant... Adik... adik suka bau ketiak abang Hero. Tapi, bukan adik yang nak. Baby yang nak."

Shahrul kehilangan kata-kata. Wajahnya pasrah habis saat ini.

Jadi... inilah masalah besar Anayra? Shahrul rasa nak menangis.

"YANG KAU CAKAP KAT AKU BUAT APA! PERGILAH KAT KETIAK LAKI KAU TU!" Shahrul rasa dia dah berjangkit penyakit baran Dayana.

Pecah kuat tangisan Anayra. Teresak-esak wanita itu menangis di atas talian. Dia nak cium ketiak suaminya. Tapi, dia tak boleh. Dia kan tengah melancarkan perang dingin dengan suaminya. Buat masa sekarang hanya Shahrul saja yang tahu dia hamil anak ketiga kerana dia juga baru tahu.

"Adik... adik bergaduh dengan abang Hero. Huaa jangan la marah adik. Kesian baby dalam perut ni dengar jeritan tarzan uncle dia."

Shahrul mencengkam rambutnya geram. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan. Cuba untuk bertenang kembali melayan emosi ibu mengandung ini.  

"Adikku sayang... Kenapa kau gaduh dengan suami kau? Berbaik la semula. Settle masalah BESAR kau ni." Nasihat Shahrul dengan lembut.

"Tak boleh. Belum sampai seminggu lagi," jawab Anayra perlahan.

Erk. Sekali lagi Shahrul kehilangan kata-kata. Dah kenapa Anayra ni nak cukupkan seminggu bergaduh dengan suaminya sendiri? Pening kepala Shahrul selaku orang single ini. Adakah dia terlalu single untuk faham masalah rumahtangga orang. Dia ada masalah lagi berat dari ni.

Shahrul toleh kepalanya ke tepi. Eh... mana Dayana? Dia langsung tak sedar yang gadis itu sudah hilang.

"Adik... Abang kena end call. Kita cakap nanti." Buru-buru Shahrul memutuskan panggilan telefon itu dan melangkah keluar dari kereta.

Dayana bertindak tanpa melibatkan dirinya. Dia cuba mengejar Dayana yang sudah jauh ke hadapan. Langkah gadis itu dituju ke pintu hotel.

Shahrul menyorok di sebalik tiang besar. Dia melihat dari jauh apa yang ingin dilakukan Dayana.

────────

SHAHRUL sedang berbual dengan adiknya. Fokus Shahrul sekarang sepenuhnya pada Anayra. Maka, Dayana mengambil kesempatan ini untuk bertindak sendiri. Dia keluar dari kereta dengan diam tanpa disedari Shahrul. Tepat sekali waktu Anayra mengganggu mereka.

Bagi Dayana... bekerjasama dengan Shahrul adalah keputusan paling teruk.

Shahrul lembab buat kerja dan suka melengahkan sesuatu perkara.

Dayana melangkah laju ke pintu hotel itu. Dia tidak suka menunggu seperti yang dicadangkan Shahrul sebentar tadi. Sampai bila dia harus menunggu jelmaan Daniall itu muncul. Baginya itu perbuatan yang sia-sia.

Langkahnya tergesa-gesa sehingga dia terlanggar tubuh seseorang. Bukan dia tidak nampak pemilik tubuh itu.

Perbuatan itu dilakukan dengan sengaja.

Gara-gara perlanggaran kuat itu punggung Dayana jatuh terhempap lantai. Dayana angkat kepalanya memandang jejaka itu. Matanya tidak silap melihat lagi dengan jarak yang dekat ini. Sisi wajah jejaka itu —

Dayana rindukan wajah ini sangat-sangat.

Tenggelam suara-suara sumbang yang memarahinya kerana melanggar bos mereka.

"Niall..." Dayana berbisik lemah.

Jatuh pandangan Daniall ke bawah, pada wajah gadis yang melanggarnya. Tatapan gadis itu dibalas dengan riak wajah yang kosong.

Daniall melihat pula keadaan gadis itu yang terduduk di atas lantai. Tiada keinginan mahu menolong. Bukan salahnya.

Menggeletar tangan Dayana naik ke atas dan mencengkam pergelangan tangan Daniall. Dia ambil peluang ini sebaik mungkin.

Riak wajah Daniall jelas jijik dengan sentuhan itu. Dia tolak dengan kasar tangan gadis asing itu yang berada di pergelangan tangannya. Dia menghantar isyarat mata kepada salah seorang bodyguardnya untuk menguruskan Dayana. Dia ada urusan lain yang penting selepas ini. Keretanya sudah tersedia di depan sana.

Salah seorang lelaki mengangkat Dayana dengan kasar. Bukan Dayana tidak boleh bangun dengan sendirinya. Dayana melemparkan renungan tajam kepada lelaki itu. Dia ingin mengejar Daniall semula tetapi langkahnya dihalang oleh beberapa orang lelaki berbadan besar.

"Niall!" Jerit Dayana lantang.

Daniall melangkah tanpa berpaling. Apa masalah perempuan itu? Gila ke? 

"Niall!!" Dayana tidak putus asa. Dia mahu merempuh para bodyguard itu.

Shahrul berlari mendapatkan Dayana sebelum gadis itu diapakan. Dayana pula keraskan badannya dan berdegil. Shahrul heret dia dari situ dengan segala tenaganya. 

"Kenapa kau tarik aku! Lepaslah bodoh!" Marah Dayana dalam keadaan Shahrul menarik mereka kembali semula ke kereta.

Shahrul paksa Dayana masuk ke dalam kereta. Bila dia sudah duduk di tempat pemandu, barulah dia pandang Dayana yang berwajah bengang di sebelahnya.

"Dayana... Kau kena tenangkan diri kau," ujar Shahrul.

"Macam mana aku nak tenang. Lelaki tu memang Hans Daniall! Niall kita!" Meninggi suara Dayana menyatakan kebenaran. Tidak silap lagi keputusan mereka ke sini. Kerana, lelaki itu benar-benar Daniall.   

Dayana tutup muka dengan kedua belah tangannya. 

"Tapi... cara dia pandang aku dah lain. Lain sangat. Tak sama seperti dulu. Bukan pandangan cinta. Cinta tu dah... mati." Suara Dayana terlalu kecewa.

Dayana alihkan tangan dari mukanya. Dia sapu cepat-cepat cecair jernih yang masih bertakung di matanya.

"Dia pandang aku jijik, Shah." Dayana ketawa sinis. Perit sekali menelan kenyataan itu. Jijiknya dia di mata Daniall.

Shahrul pegang kedua belah bahu Dayana pusing menghadapnya.

"Apa kita nak buat sekarang ni, Shah? Dia memang Hans Daniall. Kita kena dapatkan dia semula."

Lama Shahrul berdiam. Dia sedang memikirkan satu kemungkinan yang terjadi setelah melihat apa yang terjadi. Kerana apa yang dilihatnya tadi bukan diri seorang Hans Daniall.

"Ada sesuatu yang tak kena sekarang ni..."

"Apa maksud kau?"

────────

FIKIRAN Daniall terganggu dengan kejadian tadi. Sepanjang berada di dalam kenderaan bergerak itu, dia memikirkan gadis itu. Info yang disampaikan Rauf tidak berjaya menarik perhatiannya. Kata-kata Rauf bagaikan angin sepi yang menyapa telinganya.

"Tuan okay?" Rauf bertanya kerana dia mendapati bosnya seperti sudah hilang fokus.

"Aku okay. Teruskan." Daniall angguk kepala sekali.

Setibanya di Hawthorne Castle, Daniall terus menuju ke bilik bawah tanah. Dia mahu bertemu Olivia yang ditahan di bilik bawah tanah.

Baru hari ini dia ada kesempatan untuk berjumpa Olivia.

"Mana dia?" Daniall bertanya pada pengawal yang berjaga di situ bila mendapati tempat kurungan Olivia kosong. Olivia sepatutnya berada di sini.

Di tangan Daniall ada buku milik Olivia. Kerana buku itu juga membawa dia ke sini. Ada perkara penting yang ingin ditanyakan kepada Olivia.

Rauf setia menemani Daniall sehingga ke sini.

"Dia sudah mati semalam," beritahu pengawal itu tanpa memberitahu siapa yang membunuh Olivia.   

"Mati?" Daniall mula dapat mengaitkan sesuatu.

Angelina. Darah.

"Aku... aku baru bunuh orang. Kau nampak darah ni."

"Kau bunuh siapa?"

"Nanti kau akan tahu."

Orang yang dibunuh Angelina pada malam itu adalah Olivia.

Angelina bunuh Olivia kerana apa? Kerana cemburu dengan kecantikan yang dimiliki Olivia?

Tidak mungkin. Daniall yakin bukan itu punca Angelina bunuh Olivia.

────────

ANGELINA memeluk tubuhnya sendiri sambil perhatikan gadis itu yang sedang berada di dalam dunianya sendiri. Gadis itu tidak suka bergaul dengan orang. Lebih gemar bersendirian bersama tanaman bunganya.

Dalam diam Angelina memetik sekuntum bunga ros dan hancurkan dengan tangannya.

"Kau bakal berkahwin dengan dia." Gadis itu bersuara tanpa memandang Angelina yang berdiri di belakangnya.

"Sebelum ada yang merampas Daniall daripada aku... Aku harus cepat bertindak. Perkahwinan ini akan mengikat dia selamanya dengan aku."

Gadis itu pusing tubuhnya menghadap Angelina. Dia mengukir senyuman tajam.

"Lahirkan anak untuk dia. Dan dia akan selamanya terkurung di sini. Dia akan jadi milik kau buat..."

"... selamanya. Anak itu yang akan mengikat kau dan dia."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top