DANIALL - 12
"Tahniah, tuan."
Daniall angkat kepala membalas renungan Rauf, si pembantunya. Rauf orang kanannya yang sangat penting. Sudah berkhidmat dengan dia hampir setahun.
"Tahniah untuk apa?" Daniall kurang mengerti dengan ucapan Rauf itu lalu menyambung kerjanya. Pandangan jatuh ke bawah semula sambil tangan bergerak.
"Berita sudah tersebar luas yang tuan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Cik Angelina. Dalam masa yang terdekat ni..." jelas Rauf.
Terhenti perbuatan Daniall yang sedang menulis di atas kertas. Dia pandang Rauf sekali lagi.
"Cepatnya..." Itu saja yang mampu diucapkan Daniall. Baru semalam Angelina katakan kepadanya yang dia mahu mempercepatkan perkahwinan mereka. Tidak disangka Angelina bertindak pantas mengumumkan berita gembira itu kepada semua orang. Dia saja yang baru mengetahui perkara ini.
Nyata, Angelina benar-benar tidak sabar.
Semestinya kerana itulah impian Angelina sejak bertemu Daniall.
"Tuan perlukan apa-apa lagi?" tanya Rauf sebelum dia melangkah keluar dari bilik ini.
"Aku perlukan coffee." Mudah arahan Daniall.
────────
DUA manusia itu saling menguncikan mulut, tidak bercakap apa-apa dari awal mereka masuk ke dalam kenderaan ini. Kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya dipandu oleh Shahrul.
Bila Dayana tanya dari mana Shahrul berjaya mendapatkan kereta, Shahrul dengan selambanya menjawab dia curi kereta ni. Kereta lama yang dicuri Shahrul di sebuah bengkel kereta. Nasib baik boleh digunakan.
Buat masa sekarang.
Dayana tiada komen untuk itu. Dia ikutkan saja. Jikalau kereta ni tiba-tiba rosak di pertengahan jalan, memang dia akan tendang punggung Shahrul.
"Diam je kau dari tadi..." Shahrul kerling orang di sebelahnya.
"Aku tak ada apa-apa nak cakap. Jadi aku diam jelah." Lambat-lambat Dayana bersuara.
"Shah. Bagi aku la drive," kata Dayana selang beberapa saat kemudian. Dia dah lama tahan ni. Ada juga dia meletup kejap lagi.
"Kenapa?"
"Kau boleh tanya aku kenapa? Kau bawa kereta ni lembab giler. Kau fikir yang kau dalam kelas memandu ke sekarang ni? Kau ni semua benda lembab. Semua kerja yang kau buat lembab. Aku datang sini sorang pun tak apa." Dayana akhirnya meluahkan rasa tidak puas hatinya. Digeleng kepalanya.
Ternaik hujung bibir Shahrul. Emo betul perempuan ni. Banyak kali pula tu Dayana panggil dia lembab.
Dayana tak tahu lagi skill memandu Shahrul bagaimana.
Shahrul cuma tak nak tunjuk je.
"Berhenti kereta tepi jalan. Kita tukar tempat duduk." Dayana tuding jarinya di hadapan sana. Dia serius nak ambil tempat duduk Shahrul. Jika dengan kelajuan begini, makin lambat mereka akan tiba di lokasi itu. Perjalanan akan jadi semakin panjang.
"Tak payah la."
Dayana menjulingkan matanya ke atas. Shahrul tak nak tukar tempat dengan dia, ada dia peduli. Dia terpaksa menggunakan caranya sendiri. Dia bangun dari tempat duduknya dan...
"Wowowowooo sis." Melopong mulut Shahrul. Tidak sangka yang Dayana setekad ini mahu menukar tempat duduk. Dia genggam kuat stereng kereta. Takut terbabas je diaorang nanti.
"Ke tepilah kau!" Dayana tampar bahu Shahrul.
Degil betul perempuan ni, bisik Shahrul di dalam hati. Hampir-hampir Dayana nak duduk di atas ribanya semata-mata mahu mengambil tempat duduknya. Gila betul. Laju dia menolak Dayana kembali ke tempat duduknya semula.
"Duduk tempat kau!" Marah Shahrul tidak dibuat-buat. Timbul urat di dahinya. Bibir diketap geram.
Wajah Dayana jelas tidak berpuas hati bila Shahrul tolak dia begitu. Nampak je Shahrul ni lembut tapi boleh tahan tenaganya. Maka, jangan menilai dari luaran. Yang lembut macam ni lagi bahaya.
"Kau lembab macam siput babi!"
"Cik Dayana Atasha... Sini aku ingatkan kau. Ini kereta lama yang buruk. Ini je kelajuan yang mampu aku bawa."
"Lain kali curilah kereta mahal."
"Bising la kau ni. Asalkan kita selamat sampai."
Dayana mendengus geram. Panjang sekali bunyinya. Dia memeluk tubuhnya, pandang lurus ke hadapan.
"Tidurlah dulu. Lambat lagi kita sampai. Nanti aku kejutkan kau." Nada suara Shahrul merendah, tidak setinggi tadi.
Dayana ubah posisi duduknya kepada mengiring ke tepi bahagian tingkap. Dia cuba untuk melelapkan matanya seperti arahan Shahrul.
Shahrul melihat sekilas perbuatan sorok Dayana mencium lama cincin yang tersarung di jari manisnya itu. Cincin yang tak pernah hilang dari jari Dayana.
Dayana rindukan Daniall.
Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Disebabkan itu Dayana tidak sabar untuk tiba di lokasi itu.
────────
"MORNING cinta hati I!" Daniall menyapa Dayana penuh semangat. Bila je Daniall tak semangat kan. Apatah lagi bila bersama dengan Dayana.
Daniall bermata angau menatap wajah cantik Dayana.
"Morning." Sepatah Dayana menjawab. Pemandangan seperti ini sudah biasa bagi dirinya.
"Untuk you." Daniall keluarkan sebelah tangannya yang disorok di belakang lalu membuat bunyi 'tadaaaa'.
Pokok kaktus di dalam pasu kecil. Itu yang dipegang Daniall sekarang. Dia kelip-kelip matanya comel kepada Dayana.
"Cepatlah ambil. Lenguh dah tangan I pegang ni." Daniall menggunakan cara halus untuk memaksa Dayana menerima.
Dayana ambil kaktus pemberian jejaka itu.
"Dah banyak sangat tuan bagi saya," ujar Dayana. Bagaimana tidak banyak kaktus yang diterima jikalau hampir setiap hari Daniall akan hadiahkan dia kaktus. Kaktus besar ada. Kaktus kecil ada. Pelbagai saiz ada. Dia tak buang kaktus-kaktus tu semua. Ada di rumahnya.
Kisah kaktus ini bermula gara-gara Dayana katakan dia tidak suka Daniall hadiahkan dia bunga.
Maka, Daniall hadiahkan dia kaktus.
"Kaktus harini I beli guna duit abang I yang paling baik, handsome, kaya dan terpaling hebat di abad ini!"
Siapa lagi kalau bukan Darren yang dimaksudkan Daniall. Melambung pujiannya untuk Darren.
Selain Dayana kata tidak sukakan bunga. Gadis itu pernah kata yang dia tak mahu Daniall bazirkan duit untuk dirinya. Jadi, Daniall tidak gunakan duitnya langsung untuk kaktus. Awal-awal dia curi kaktus jiran. Sejak terkantoi dengan Darren, dia gunalah duit Darren.
Darren kan sugar daddy dia.
"You tak suka ke I bagi kaktus?" Daniall buat muka sedih.
"Ya." Dayana jujur. Tidak berselindung lagi.
"Habistu you nak I bagi pokok apa?" Sambil Daniall bertanya, dia dah berfikir dalam kepala nak berikan pokok apa selain kaktus kepada Dayana.
"Tak payah bagi apa-apa. Saya tak perlukan semua ni." Keras Dayana menyatakan. Dia berharap sangat yang Daniall akan faham.
Daniall pura-pura lap air matanya yang tidak wujud.
"I boleh berikan you hati I. Hihi." Daniall buat mini love.
"Loya tekak aku dengar kau mengurat anak dara orang." Satu suara mencelah. Dia pukul kepala Daniall dari arah belakang.
"Serabut la aku jantan ni." Daniall nak pukul kembali kepala Hero tapi tidak berjaya. Hero pandai mengelak.
Satu perkara yang Daniall tidak puas hati dengan Hero adalah lelaki itu gemar memukul kepalanya. Dah la kuat. Dia ingat kepala ni tempat untuk dipukul ke.
Terus berubah mood Daniall bila Hero menggangu momen terindahnya bersama Dayana.
"Dayana. Kau buang je kaktus tu. Tak payah layan budak ni," arah Hero sambil bercekak pinggang. Dia pandang kaktus tu dengan renungan yang memperlekehkan. Bagi kaktus je setiap hari? Itu saja usaha Daniall nak tackle Dayana? Heh.
"You tak payah dengar bisikan setan ni."
"Aku majikan kau."
"I bakal suami you sekali dengan bakal imam you."
"Bakal. Belum tentu dapat. Sampai ke tua bangka la kau dengan title bakal suami dan bakal imam tu." Hero semakin galak menyakitkan hati Daniall. Dia gelak jahat. Buktinya dia berjaya sakitkan hati Daniall bila si adik mahu menendang celah kelangkangnya.
Dayana bosan melihat situasi ini. Anak nombor dua dan anak bongsu ini selalu bergaduh. Dia berlalu pergi tanpa disedari oleh adik-beradik itu.
"Niall move on jelah. Dia tak suka kau pun." Hero cuba untuk menasihat Daniall. Dia kesian melihat Daniall yang terlalu berusaha mahu memenangi hati Dayana. Tetapi, sehingga sekarang tidak memberikan sebarang hasil. Tidakkah Daniall rasa sia-sia?
"Aku akan hasut Nayra supaya ceraikan kau."
"Bodoh bapuk ni."
────────
"DAYANA." Shahrul menggerakkan perlahan badan Dayana yang tidur lena itu. Mudah untuk Dayana terjaga hanya dengan gerakan kecil. Mujurlah tak tidur mati. Kalau tidak, dia jirus je air atas badan Dayana.
Dayana menggosok matanya. Dia kelip-kelip matanya. Dipandang pula pada Shahrul di sebelahnya. Kini, dia mendapati kenderaan mereka sudah berhenti bergerak.
"Lama ke aku tidur?" soal Dayana.
"Lama."
Dayana meraup wajahnya beberapa kali. Tangan naik menyebak rambutnya ke belakang.
"Aku mimpi Niall," beritahu Dayana.
"Aku tahu. Kau sebut nama dia banyak kali tadi waktu kau tidur."
Dayana tersenyum nipis. Dia terlalu rindukan lelaki itu sehingga terbawa ke mimpi. Dia rindukan keletah Daniall yang selalu menghiburkannya.
Daniall, lelaki yang comel dan ceria. Sangat ceria.
"Kita dah sampai tempat tu?" Dayana meregangkan badannya kerana terlalu lama berada di dalam kereta. Ditambah pula dia tidur tadi.
"Inilah tempat yang sama dalam gambar kita dapat dari Darren. Kita tunggu jelmaan Niall tu muncul. Kalau ada luck, kita akan dapat jumpa dia. Atau kau ada plan lagi boek dari ni?"
Shahrul tuding jarinya telunjuknya di depan. Sebuah hotel yang diberikan nama Hawthorne Hotel. Pandangan Dayana serta-merta dipusatkan pada arah yang ditunjuk Shahrul. Sebuah hotel yang sangat mewah.
Dayana mula rasa berdebar.
"Kita..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top