DANIALL - 08

Arnold membuka pintu sebuah bilik untuk Angelina. Dia mempersilakan Angelina masuk ke dalam bilik itu terlebih dahulu sebelum dia mengekori dari belakang. Itu merupakan bilik pembantu rumah. Di dalam bilik itu terdapat dua katil single. Angelina dimaklumkan oleh Arnold ini adalah bilik yang dihuni Olivia bersama Leah.

Arnold berdiri tegak di muka pintu dalam keadaan kepalanya menunduk ke bawah. Dia tidak tahu apa yang ingin Angelina buat di dalam bilik ini. Permintaan tuannya agak pelik kerana mahu masuk ke dalam bilik ini. Apa tujuan sebenar Angelina? Tertanya-tanya dia.

Leah dan Olivia ada mencuri barang milik Angelina ke?

Angelina tidak pasti mana satu katil milik Olivia. Dia menggeledah saja semua barangan di dalam bilik itu. Barang peribadi di dalam bilik kecil ini tidak terlalu banyak. Dia hanya mahu mencari sesuatu yang mencurigakan.

"Kenapa kau hanya berdiri di situ? Tolong aku cari!" herdik Angelina. Jelingan tajam dilemparkan pada si Arnold.

"Ba... baik. Maafkan saya." Kelam kabut Arnold mendekati Angelina. Dia garu pula tepi kepalanya.

"Saya kena cari apa?" Perlahan saja suara Arnold berkata. Dia gerun.

"Cari saja apa-apa yang mencurigakan!"

Arnold mengganguk kepalanya laju. Patuh. Tangannya meraba bawah katil.

Manakala Angelina mencampak bantal ke atas lantai. Maka, terlihat sebuah buku. Dia terus mencapai buku itu dan menyelak setiap helaian buku itu. Giginya diketap kuat. Mata menyala garang.

"Pegang buku ni." Angelina membaling buku itu dengan kasar kepada Arnold yang sedang membongkok. Terlompat terkejut lelaki berusia 40-an itu. Cepat-cepat dia ambil buku itu dan peluk kemas.

Arnold terkebil-kebil pandang Angelina yang sudah melangkah keluar dari bilik itu. Jadi, buku inikah yang dicari Angelina? Diari Olivia atau Leah mungkin. Telahannya sendiri.

"Arnold!!" Jeritan itu membuatkan Arnold tergopoh-gopoh keluar dari bilik. Langkah dibuka besar mengejar langkah Angelina. Nampaknya mood wanita itu dalam keadaan yang tidak baik. Petanda yang buruk untuk semua.

Angelina mengubah laluannya bila mendapat tahu yang Daniall sudah pulang. Dia menuju ke bilik kerja Daniall. Pintu ditolak dengan kasar. Kelihatan Olivia si pembantu rumah sedang menghidangkan air pada Daniall. Cermat sekali kerja Olivia. Manakala, Daniall pula fokus pada laptop tanpa mempedulikan kehadiran Olivia di dalam bilik itu.

Angelina mengepal penumbuknya geram bila mendapati Olivia mencuri pandang wajah Daniall ketika menuang air di dalam cawan.

"Daniall..." Angelina buka mulut menegur kesayangannya. Suaranya dilunakkan manja.

Daniall angkat kepala. Dia terus berjalan mendapatkan Angelina.

"Kenapa kau..." Daniall tidak dapat menghabiskan soalannya bila Angelina tarik kepalanya dan mencium bibirnya dengan rakus.

Angelina buat aksi selamba itu di hadapan Arnold dan Olivia. Daniall membalas ciuman Angelina, dipeluk pinggang wanita itu ditarik makin rapat dengannya.

Sinis renungan Angelina untuk Olivia yang sedang menyaksikan aksi hangat mereka. Memang sengaja dia melakukan aksi ini di hadapan Olivia.

"Kenapa kau rakus sangat ni?" Soalan Daniall berbunyi nakal setelah ciuman mereka terlerai.

"Aku rindukan kau," jawab Angelina. Dia cium pula pipi Daniall kemudian rangkul lengan lelaki itu. Ditarik lelaki itu semula ke meja.

Angelina tolak badan Daniall jatuh duduk di atas kerusi. Kemudian, dia labuhkan punggungnya di atas paha Daniall.

Olivia berura-ura mahu keluar. Tugasnya sudah selesai. Dia pusing tubuhnya menghadap pintu.

"Kau... jangan keluar dari bilik ni." Suara Angelina menahan langkah Olivia.

Olivia pejam matanya rapat. Bala...

"Arnold... Serahkan pada aku buku tu," pinta Angelina lalu menghulurkan tangannya pada Arnold.

Buku yang dipegang Arnold sejak tadi sudah bertukar tangan kepada Angelina. Terlakar senyuman sinis di wajah Angelina saat itu. Angelina menyelak helaian muka surat buku itu di depan Daniall.

"Aku terjumpa buku ni tadi. Aku tertarik nak tahu isi kandungan buku ni. Kau tahu apa yang aku jumpa di dalam ni?"

Angelina menjawab soalannya dengan menunjukkan isi kandungan itu kepada Daniall.

Dahi Daniall berkerut melihatnya. Ini...

"Buku ni penuh dengan lukisan wajah kau. Pemilik buku ni sangat sukakan kau," ujar Angelina lagi.

Angelina bangun dari riba Daniall. Dia menapak ke arah Olivia yang sudah berubah riak. Wajahnya jadi pucat kehilangan darah. Angelina pusing mengelilingi gadis berambut merah itu.

"Olivia... Aku tak sangka kau ada bakat melukis dan mengarang puisi cinta."

Daniall hempas buku itu di atas mejanya dengan kuat.

"Kenapa kau melukis wajah aku? Apa motif kau?" Daniall bertanya.

Olivia segera berlutut di atas lantai. "Ma... ma... maafkan sa...saya..."

"Hamba kotor seperti kau tak layak melukis wajah aku. Kau mencurigakan... Aku tahu perbuatan kau selama ini. Kau menghendap bilik aku dan Angelina setiap malam." Bicara Daniall panjang untuk kali ini.

"Arnold... Kau kurung perempuan ni dalam bilik bawah tanah!" Arahan tegas itu datang dari Daniall.

Angelina tersenyum puas.




────────




"SIAPA kau sebenarnya?"

Angelina hanya berdua dengan Olivia di dalam bilik bawah tanah yang gelap dan busuk itu. Setelah hampir seharian Olivia dikurung dalam ini, dia datang melawat.

Kaki Agelina menyepak tubuh yang terbaring kaku di atas lantai itu.

"Hei bodoh... Aku tanya kau."

Pecah ketawa Olivia. Dia terasa lucu dengan soalan Angelina. Dia perlahan-lahan bangkit dan sandarkan belakang badannya pada dinding. Dia angkat kepala membalas renungan 'bidadari' itu. Sanggup Angelina mencemar duli ke tempat begini kerana dia.

"Kenapa kau nak tahu siapa aku yang sebenarnya? Aku... aku ni hamba yang kotor pada pandangan kau." Hilang sudah bahasa sopan Olivia.

"Aku tahu segalanya." Sambung gadis itu lagi.

Angelina mendekati Olivia. Dia membongkok tubuhnya.

"Sejauh mana kau tahu?"

"Aku tahu apa yang kau dah buat pada Tuan Daniall. Kau jadikan..."

Melayang satu tamparan kuat di pipi Olivia. Berdesing kuat teling gadis itu. Tamparan Angelina sungguh berbisa. Tidak sempat menarik nafas, leher Olivia pula dicekik Angelina.

"Ka... ka... kau..."

"Oh Olivia sayang. Kau hampir nak mati pun masih mahu bercakap? Aku suka keberanian kau."

"Tu... Tu... Tuan..."

"Syhhhh... Aku dah lama tak bunuh orang."



────────



"BAWA keluar luggage aku." Selamba Shahrul mengarah kepada manusia itu setelah keluar dari kenderaan. Dia mula membuat regangan badan di kawasan itu.

"Luggage kau bawa la keluar sendiri."

"Aku tak larat ni. Tolonglah. Kau kan kuat."

Dayana mendengus menyampah. Shahrul suka mengambil kesempatan ke atasnya dengan mengatakan dia adalah wanita yang gagah. Dia angkat luggage Shahrul. Kemudian, kenderaan yang dinaiki mereka tadi berlalu pergi.

Mereka sudah tiba di negara Agujero setelah beberapa jam penerbangan. Kenderaan tadi dinaiki mereka dari lapangan terbang sehinggalah tiba di lokasi ini.

"Shah. Aku sakit mata tengok style kau." Jujur Dayana berkata. Dia tidak tahan melihat penampilan seorang Shahrul Zachary.

Semuanya pink. Dari atas sehingga ke bawah. Luggage Shah pun warna pink.

"Apehal pulak kau nak sakit mata? Pink ni sexy kot." Shahrul tayang dadanya yang terdedah pada Dayana. Dia buat pula pose yang sexy.

"Geli. Menjijikkan." Ringkas, padat dan tepat.

Shahrul menjulingkan matanya ke atas. Lantak la orang nak kata apa. Ada dia kesah.

Dayana buka luggage Shahrul dengan selambanya sebab dia nak memastikan sesuatu.

"BAJU APA YANG KAU BAWAK NI?!! KENAPA SEMUA PINK!!!" Dayana menjerit kuat. Dia terkejut melihat pakaian yang dibawa Shahrul. Terbuntang matanya.

Shahrul ni ada masalah kecelaruan jantina ke?

Terduduk Dayana di atas jalan. Belum buat apa-apa lagi, dia dah stress dengan Shahrul.

"Tiga pasang jelah bangang. Tak payah nak melebih." Shahrul tonyoh dahi Dayana sekali.

"Shah apa kita buat kat tempat ni?" Barulah Dayana tanya soalan yang bermain di fikiran dia tadi.

"Pergi tengok konsert la. Aku dah belikan tiket untuk kita. Tadaaa..." Shahrul melayangkan dua tiket konsert di depan mata Dayana.

"Kita datang sini bukan untuk bercuti." Dayana yang berwajah serius itu mengingatkan.

"Aku tahu. Tapi hidup kita kena enjoy sekali sekala. Kenapa dengan muka kau tu? Kau menyesal datang sini?"

Dayana menyesal datang sini bersama Shahrul. Nampaknya lelaki ini takkan pernah serius sama seperti...

Niall.

Kerana lelaki bernama Hans Daniall, membawa Dayana ke sini.

"Aku nak ikut kau pergi Agujero." Dayana menyatakan niatnya.

"Hah?" Shahrul buat-buat pekak.

"Aku nak ikut kau pergi Agujero. Aku dah tahu apa yang terjadi. Nayra dah ceritakan semuanya pada aku."

Shahrul menggeleng kepalanya. "Tak boleh, Dayana."

"Kenapa tak boleh? Kau siapa nak halang aku?"

Shahrul mengeluh kecil. "Bahaya."

"Kau mungkin lupa aku ni siapa. Tugas aku selama ni sentiasa dalam bahaya. Aku dah dilatih untuk menghadap semua ni. Aku pernah hampir mati dibom. Aku nak tolong kau. Kau takkan boleh buat semua ni seorang diri. Kau perlukan seseorang."

"Aku rindukan Niall." Perlahan Dayana menuturkan ayat itu.

Dayana rindukan Daniall. Sangat-sangat.

Dayana berharap lelaki itu adalah Hans Daniall.




***


Are you still interested to read?


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top