020 || Family Secret
“Kami sama tapi berbeza.”
_____
Selepas beberapa hari berfikir tentang apa yang diberitahu Archer padanya. Edric memutuskan untuk berjumpa sendiri dengan memori lama tentang dirinya, atau lebih tepat lagi memori tentang kehidupan Jimin, saudara kembarnya.
Malam itu di biliknya, Edric duduk bersila di atas katil dengan kelopak mata terpejam. Dia cuba menenangkan diri, salah satu syarat untuk meninjau masa lalu seseorang orang dia haruslah tenang tanpa gangguan.
Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih pada Archer, abang tirinya yang banyak mengajarnya dalam hal begini. Pelbagai kekuatan yang dia telah pelajari, dari segi menyerang, menahan mahupun menyelesaikan.
Setelah merasakan bahawa dirinya sudah tenang tanpa gangguan apa-apa. Edric mencekam kedua lututnya kuat bagi melampiaskan rasa pening di kepala dek cuba mengeluarkan memori seseorang.
‘Vieni qui, dimmi quello che sai.’ seru Edric. Menggunakan bahasa asing yang telah dia pelajari sejak kecil.
“Jangan risau, aku dah maafkan kau dengan seikhlas hati.” tambah Edric lagi.
Angin halus yang datang menerpa wajahnya itu menandakan orang yang diseru sudah berada di hadapannya. Edric lekas membuka kelopak matanya, senyum tipis terbit di wajah tatkala melihat wajah kembar yang pernah dia sayang.
Sungguh wajah itu amat iras dengan rupanya, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Cuma yang berbezanya adalah sifat mereka. Jika Edric seorang yang amat polos dan baik, lain dengan kembarnya, Jimin yang amat pintar tapi sombong.
Edric menghulur telapak tangannya pada Jimin. Dia tahu roh lelaki itu tidak mengenalinya, oleh sebab itu dia ingin menggenggam tangan kembarnya, menyalurkan ingatan memori yang ada dengannya pada Jimin.
“Give me your hand.” arah Edric. Dia merasa kekok kerana mereka tidak pernah berbual berduaan secara bersemuka. Sebelum ini jika ada urusan yang harus diselesaikan antara mereka, Archer merangkap abang kepada mereka pasti akan ada bersama.
Roh tampan bernama Jimin itu hanya melirik sekilas sebelum meletakkan tangannya di atas telapak tangan Edric. Dia juga tertanya, mengapa wajah mereka seiras?
Wajarlah dia merasa begitu, walhal dia memang kehilangan memori atau boleh dikatakan hilang ingatan kerana masa lalunya diambil Edric.
Edric yang melihat itu mengangguk seraya memegang erat tangan kembarnya. Sebenarnya jika dia ingin melihat masa lalu seseorang, dia tidak perlu berbuat demikian. Tapi dia memilih untuk melihat bersama orang itu.
Serta merta Jimin mengejang dengan mata terkatup rapat, merasakan sesuatu mula masuk memenuhi rongga badannya. Dia meramas kuat tangan Edric, melampiaskan rasa sakit yang mendera tubuh.
“Shh, tenanglah. Benda ni akan mereda sekejap lagi.” bisik Edric. Dia cuba menenangkan Jimin yang seperti terkejut dengan rangsangan secara tiba-tiba itu.
Beberapa minit selepas itu, Edric melihat tubuh Jimin sudah mula stabil dan mula membuka kembali kelopak mata yang tadi terkatup, kepalanya juga sudah terasa ringan sedikit.
“Jimin... ni aku, Edric.” kata Edric, setelah lama mereka diam tidak bersuara.
Jimin yang masih membiasakan diri dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi itu melirik Edric sekilas lalu dia membuang pandang ke arah lain. Tangannya yang masih berada di dalam genggaman Edric, laju dia tarik.
“Jimin... kau okay?” soal Edric pula. Dia cuba menggapai bahu Jimin tapi tangannya ditepis kuat oleh pemuda itu.
"Jimin, kau kenapa..."
“Apa tujuan kau, kembalikan memori aku?” soal Jimin dingin. Sekuat mungkin dia cuba untuk tidak menatap wajah kembarnya. Bukan dia tidak mahu, tapi dia merasa tidak layak untuk berdepan dengan makhluk suci seperti Edric.
“Jimin please, listen to me first, I need your explanation about our family. I know, you know everything about it... that's why you were killed.” rayu Edric. Dia sudah tidak kesah tentang apa yang pernah terjadi antara mereka berdua, yang penting rahsia keluarganya dapat dia tahu.
“Mana kau tahu semua ni? Untuk pengetahuan kau, aku tak akan mengkhianati Theo.” balas Jimin. Dia enggan membuka mulut tentang krisis keluarga mereka.
“Tch, Sebastian Min boleh pula kau khianat tapi setakat Theodore tu kau tak boleh. Apa hebat sangat lelaki tu sampai kau tak berani nak bongkarkan kebenaran sebenar, Jimin Matthew!” sindir Edric.
“Sedangkan Sebastian, raja kita, raja yang kita perlu sanjung... kau khianati depan-depan! Dan sekarang ni kau... masih nak pertahankan makhluk yang dah bunuh kau!” murka Edric. Matanya mencerlung Jimin yang masih tidak melihatnya.
“Kau tak faham aku. Langsung tak!” tengking Jimin kembali.
“Ya, aku memang tak faham kau tapi tolonglah... aku perlukan penjelasan demi keselamatan semua yang dekat dunia ni!”
“Apa yang kau nak tahu?” tanya Jimin. Mungkin sudah tiba masa untuk dia beritahu hal sebenar.
“Semua yang patut aku tahu.” jawab Edric.
Maka pada malam itu, dua kembar seiras itu bertukar cerita tentang benda yang mereka ingin tahu. Lebih tepatnya Jimin yang banyak membuka suara. Menceritakan apa yang patut dia cerita.
Mission
Tepat jam dua belas malam, Archer keluar dari tempatnya. Dia sudah berpakaian lengkap selayaknya seorang askar yang berwibawa, tapi pakaiannya serba hitam.
Tanah lapang pada waktu malam itu terlihat amat sunyi, tangannya naik membetulkan alat pendengaran yang dia pakai. Kemudian dia berjalan beberapa tapak ke depan. Berdiri tegak di tengah lapangan, tempat mereka berlatih menembak.
“Eva, Tyler... Don't you dare to tell them about this.” tegas Archer memperingati melalui alat yang dia pakai. Dia menjeling tingkap bangunan di belakangnya, yang mana berdirinya Eva dan Tyler disana.
Kemudian bibirnya bergerak menyebut nama tempat yang ingin dia pergi. Seluruh anggota badannya sudah bersedia untuk menerima segala hal yang akan berlaku nanti. Dia sudah tekad untuk bertemu secara depan dengan isterinya sebelum mereka menyerbu dua hari akan datang.
“If you guys see something wrong, tolong cover aku.” pesan Archer lagi sebelum dirinya lesap dari pandangan anak buahnya.
Sedetik juga tidak terkira, tubuh Archer kini sudah berada di tempat asing. Dia menepis semak yang menghalang jalannya, dapat dia lihat cahaya samar dari depan.
Tidak mahu berlama di situ, dia bergerak cepat menghampiri tempat itu. Dibalik pokok besar dia menyorok. Alat teropong dia ambil dari beg kecil yang melilit pinggangnya, lalu mencari kedudukan Hazel.
“Yes, i got you, love.” bisik Archer. Kembali dia simpan alat tersebut. Sebenarnya boleh saja dia mengesan kedudukan isterinya dengan kelebihan deria yang dia ada, tapi tempat yang dua jejaki itu seakan dilingkupi dengan satu kuasa kuat.
Dengan ahli dia bergerak memasuki area kubu itu, tanpa diketahui oleh para pegawai yang berjaga. Dia ke arah sisi bangunan kukuh itu, mendongak melihat tingkat dimana sang isteri duduki. Disebabkan bilik yang didiami Hazel masih diterangi lampu, menyenangkan kerjanya.
Alatan yang sudah dia sediakan untuk memanjat bangunan dia keluarkan, lalu dia baling ke sisi tingkap tepat di tingkat Hazel duduki. Setelah yakin 'tali' yang dia baling tadi itu terlekat elok dan kuat, baru dia mula membuka langkah untuk memanjat.
(allahu, korang bayang ajelah macam mana, susah betui nak explain)
Selepas bertungkus lumus untuk dia sampai ke tingkat yang dituju. Akhirnya dia berdepan dengan cermin tingkap bilik Hazel. Sungguh jantungnya terasa sedang mengepam darah dengan laju.
Tuk tuk tuk
Tingkap yang diperbuat dari kaca itu dia ketuk. Memberi signal supaya orang di dalam datang dan membuka tingkap kaca itu. Beberapa minit dia menunggu...
Klek
Sejurus tingkap tersebut terbuka, lantas dia menekup mulut Hazel kuat. Dia jamin jika tidak berbuat begitu, semestinya wanita cantik itu akan menjerit kuat. Lebih lagi dia yang waktu itu mengenakan topeng muka.
Tanpa berbuat bunyi, dia langsung menerjah masuk ke ruang bilik Hazel. Sedikit payah untuk dia kembali tutup tingkap dek Hazel yang tidak berhenti meronta untuk dilepaskan.
“Shh... love it's me, Archer.” kata Archer. Dia menarik turun topeng separuh menutup mukanya itu. Dapat dia rasa tubuh yang berada dalam dakapannya itu mengejang dek terkejut.
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
maaf kalau chap kali ni tergantung 😭 sebab setiap chapter echa dah target berapa words yang akan ditulis. stay tune 🙆🏾
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top