019 || Too Late

“Semua yang sedang berlaku sekarang ni, sudah melampau!”
_____

“Berhenti buat kerja gila!!” jerit Hazel. Nafasnya tercungap-cungap akibat berlari tadi.

Semua yang berada di situ termasuk Althan dan Elthan memandangnya keliru. Para pengikut bawahan yang berada di situ pula pelik mengapa puan atasan mereka terlihat amat marah.

Theodore menggeram marah. Setahu dia, tadi sudah dia arah Joseph untuk jaga wanita itu. Jika tidak rancangannya akan terganggu akibat wanita itu dan apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

Althan sudah mula syak sesuatu antara Hazel dan Theodore. Sesuatu yang selama ini dia rahsiakan seorang diri, bahkan adik kembarnya juga dia tidak beritahu.

Dia bergerak sedikit menjauh dari mereka semua, tidak lupa untuk menarik tangan adiknya supaya mengikutinya. Dia tidak buta untuk tidak lihat percikan darah yang terdapat di bahagian kiri dinding.

Tapi langkah mundur mereka berdua terhenti bila kedua lengan mereka dicengkam oleh dua bodyguard atasan. Dua lelaki yang berbadan tinggi dan sedikit besar yang bertopeng hitam itu menarik mereka ke penghujung lorong. Gelap.

Hazel yang ingin berlari ke arah anak kembarnya itu terhenti bila badannya ditahan oleh pengikut Theodore. Dia tidak berhenti meronta untuk dilepaskan, sudahlah lilitan lengan kekar di bahagian perutnya itu kuat. Sakit.

“Theo... Kau nak buat apa dengan mereka?” laung Hazel kuat. Memandangkan jarak dirinya dan lelaki itu sedikit jauh. Matanya memandang lekat pada wajah lelaki itu. Dia sudah penat dan buntu. Mengapa harus dia dan keluarganya? Kenapa?

Calm down dear, aku just nak masukkan sedikit ubat dalam tubuh mereka.” ujar Theodore dengan tenang tapi kelihatan tegas.

Menghiraukan teriakan Hazel, dia melangkah menghampiri dua kembar yang sudah digenggaman dua pengikutnya. Matanya mengarah supaya dua lelaki itu mencengkam pipi Althan dan Elthan supaya ternganga.

“Theo... No!! Kita dah janji untuk berhenti buat semua ni! Aku dah ikut semua benda yang kau mahu... Theo aku merayu... lepaskan anak aku!” kata Hazel dengan suara lantang yang malangnya terdengar sayu.

Elthan yang tidak tahu apa-apa itu membulatkan biji matanya, mendengar fakta bahawa dia dan kembarnya anak pada puan mereka. Dengan kepala yang sudah terdongak ke atas, menyulitkan dia untuk melihat wajah cantik Hazel.

Daniel yang sedari tadi hanya diam memerhati drama murahan itu tergerak hati untuk mendiamkan mulut Hazel daripada membuat bunyi. Dia juga terkejut tadi bila dengan beraninya Hazel memberitahu rahsia besar dirinya sendiri.

“Theo... Can i kiss her?” tanya Daniel dengan penuh kata tersirat. Dia tersenyum sumbing melihat Hazel yang sudah mengejang dek kata godaan darinya.

Up to you, Dany.” jawab Theodore sinis. Sekadar ciuman bukan apa baginya, yang penting pada waktu ini adalah urusannya dengan dua setan kecil di depannya.

Penutup botol dibuang, dengan gerakan cepat dia menuang air berwarna ungu itu ke dalam mulut Althan dan Elthan. Senyumnya makin mengembang melihat dua budak itu menelan air tersebut dengan baik tanpa menolak.

Good little girl.” ujarnya lembut. Jari telunjuknya memberi arahan pada dua pengikut yang masih setia memegang lengan kembar itu supaya melepaskan genggaman mereka dari Si kembar.

Lain pula dengan Hazel yang sedang meronta untuk dilepaskan. Tubuhnya tidak lagi ditahan oleh orang Theodore, melainkan dia sedang dihimpit oleh tubuh Daniel.

Tangannya tidak berhenti menolak tubuh Daniel supaya menjauh darinya. Jika kekuatannya tidak disekat oleh Theodore, mungkin lelaki di depannya ini sudah lama dia kerjakan.

“Apa yang kau nak?” bentak Hazel.

Easy. Let me taste your lips.” bisik Daniel penuh nafsu. Tanpa mendengar bantahan wanita itu, dia langsung membungkam bibir merah menawan milik Hazel dengan bibirnya.

“Tch, dasar murah.” sinis Theodore dengan remeh. Kemudian dia beralih kembali pada dua manusia kecil yang sedang membiasakan diri dengan air yang baru mereka telan.

Beberapa saat selepas itu, Althan dan Elthan mula berdiri tegak. Matanya tajam memandang lurus ke depan. Riak wajah yang sudah berubah ketara dan mata mereka berubah-ubah warna.

Welcome back little satan.” kata Theodore dengan tawa sinis. Telapak tangan besar miliknya naik mengelus kedua kepala Si kembar.

Mission

“Bagitahu aku apa yang kau orang berdua dah buat dekat sana?” soal Michael. Sejak dari pagi tadi lagi dia seakan orang bodoh di kalangan mereka. Mana tidak kelihatan begitu, pagi tadi digemparkan dengan mesyuarat mendadak dan baru beberapa minit lepas dikhabarkan tentang Noah yang terluka dan Hazel?

“Buat apa?” soal Noah kembali. Matanya masih melirik akan luka yang sudah pudar selepas diubati Edric. Sekejap dia merasa bangga akan kelebihan maksimum yang diperolehi lelaki itu.

Edric pula masih cemberut kesal, tangan tersilang elok di dada, wajah tampannya pula dipalingkan ke arah lain tidak mahu melihat dua saudaranya itu. Sebenarnya dia merajuk akan Archer dan mengapa Michael dan Noah harus memujuk lelaki itu.

Michael mendengus tidak terima, dia hanya inginkan penjelasan lebih lanjut dari mereka. Sudahlah Si Archer, saudara hebatnya tidak bercerita banyak tentang perbincangan mendadak pagi tadi.

Sekarang dihadapkan pula dengan dua manusia seumur tapi fikiran senget. Seorang dengan perangai tidak tahu sabar dan seorang pula berperilaku seperti kanak-kanak. Sungguh tidak matang, dia menggeleng dengan keluhan letih lepas dari bila bibir menawan miliknya.

“Maksud aku, apa yang kau dah buat sampai tercedera teruk macam ni? Bukan ke kau salah seorang ahli hebat?” soal Michael lebih jelas dengan sindiran yang sempat dia lontar pada Noah.

“Aku nak main-main je, tak sangka pula dapat serangan mengejut sebegini rupa.” jujur Noah dengan bahasa kerajaan yang mereka selalu guna.

“Tak habis dengan bermain, tapi satu maklumat langsung kau tak dapat. Adakah kau tahu bahawa Mins twins dah one hundred percent out of control?” celah Edric. Mata sepetnya menatap lekat dua saudara yang tak kalah tampan darinya.

“Hazel dah mengandung, disentuh oleh iblis kejam seperti Theo. Dianiaya oleh manusia lemah seperti Daniel, ditipu oleh adik tersayang seperti Jake dan dibenci oleh Si kecil comel seperti Althan dan Elthan.” tambah Edric lagi. Kali ni percakapannya sedikit berbeza, seakan sarat dengan ketegasan.

Michael yang baru faham akan situasi sekarang terdiam tanpa kata. Maksudnya dua saudara seumuran itu sudah bertemu dengan gerangan yang selama ini dicari. Dia juga tidak sangka akan seteruk itu keadaan Hazel yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

Noah yang memang geram akan sikap sok sombong Edric itu bertambah geram. Bukan niatnya untuk bermain, tapi dia hanya ingin mengalihkan perhatian Theodore ke arah lain, supaya melambatkan masa pemprosesan ubat yang ingin budak kembar itu teguk.

Dia juga tidak berniat untuk mengabaikan sebarang maklumat seperti yang diberitahu Edric, cuma dirinya tidak sempat dek pukulan kuat Theodore padanya. Membuatkan keadaan tubuhnya lemah, siapa saja tidak tahu akan had kuasa yang diperoleh lelaki itu. Sungguh kuat.

“Maaf, aku tak berniat akan hal begitu.” ujar Noah.

Edric memutar bola mata malas, tetapi tetap terima kata maaf dari saudaranya itu. Saling bermaafan antara ahli adalah hal yang amat murni bagi puak putih seperti dirinya.

“Dan aku dekat sini tak rasa yang kita kena tunggu selama dua hari selepas dengar apa yang Edric baru kata.” kata Michael, setelah beberapa minit berfikir.

No! Kita tak boleh bertindak melulu, ingat kita dekat dunia manusia bukan tempat kita dan kita dekat sini sebagai tentera bukan pemberontak.” ujar Noah tidak setuju.

|¦ MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top