016 || Tired
“Bukan senang untuk aku terima takdir sebegini rupa.”
_____
Aku termenung seorang diri dengan mata menghadap keluar tingkap, melihat indahnya hutan hijau. Cuba menghilangkan rasa marah akan seseorang. Ingin sebut namanya juga aku terasa jijik, tapi apakan daya aku hanya seorang ahli yang lemah.
Perhatian aku beralih pada telapak tangan kiri milik aku. Memerhati dua garisan cantik berwarna putih, yang mana menandakan aku dari puak tersebut. Tanda itu ada sejak aku masih bayi lagi. Jari telunjuk kanan aku menyentuh garisan itu.
Senyum paksa aku ukir di wajah. Kembali menyelami identiti sebenar aku yang sangat berbeza dari mereka di luar sana. Aku bukan sepenuhnya seorang manusia. Setelah aku tahu kebenaran tentang diri aku beberapa tahun dahulu, aku terasa roda duniaku seperti tercabut dari tempatnya. Berhenti berputar.
Sejak aku masih bayi, aku membesar di rumah asuhan. Langsung aku tidak tahu siapakah ibu bapaku. Sebelum aku diangkat menjadi seorang cucu pada wanita yang sudah sedikit tua semasa aku berumur enam tahun.
Wanita yang bergelar dirinya nenek dan mengaku aku adalah cucu kandungnya. Dari hari dia menjemput aku pergi dari situ. Hidup aku seakan berubah dengan pantas.
Tahun demi tahun umur aku menginjak besar. Kemudian dimasukkan ke sebuah sekolah yang teramat asing bagi aku. Tidak seperti sekolah yang selalu aku lihat.
Walau bagaimanapun rupa dan ajaran di sekolah itu, aku mempelajari banyak hal tentang diri aku. Dari situ aku mula mengetahui siapa diri aku, diri aku yang sebenar-benarnya.
“Grandma, i miss you.”
Sebelum nenek pergi meninggalkan aku buat selamanya, sempat dia memesan supaya aku sentiasa kuat menjalani ujian kehidupan. Saat itu aku hanya mengangguk mengiakan saja, tidak faham apa maksud nenek sebenarnya.
Dan setelah bertemu dengan keluarga sebenar aku, baru aku faham dan sedar apa maksud disebalik kata yang nenek utarakan pada aku.
“Grandma... Can i stop doing all this for a while? I'm really tired.”
Aku penat, penat yang tersangat penat. Menjadi alat pemuas nafsu pada seseorang yang jelas menyerupai iblis dan menjadi satu umpan untuk kepentingan dirinya.
Jika aku dilahirkan sebagai manusia biasa, mungkin aku tidak perlu jalani seksaan seperti ini.
Mata aku kemudian jatuh pada perut yang sudah sedikit membulat. Aku mengusap lembut di kawasan itu dengan senyuman kecil. Sejahat apapun ayahnya, bayi ini tidak harus aku benci.
“Archer... saya betul-betul perlukan awak.” adu aku sendirian. Aku betul rindukan dia, tiga tahun berada dalam kurungan seksaan lelaki kejam ini, sekuat mungkin aku bertahan.
Aku sentiasa berfikir positif tentang Archer, tidak mungkin dia akan lupakan aku begitu saja. Lagipula dia pernah berjanji akan datang menuntut haknya. Aku sentiasa tunggu hari itu datang, hari dimana dia dengan askarnya datang untuk mengambil aku dan dua anak comel kami pergi dari sini.
Tapi sampai bila? Aku sudah terlalu lama menunggu. Haruskah aku memilih untuk berhenti berharap yang dia akan datang kemari?
‘Noona...’
Lamunan aku terganggu tatkala mendengar suara sayu milik seseorang yang aku sangat kenali. Kepala menggeleng kecil, cuba mengabaikan panggilan kecil itu.
‘Noona... please come here.’
Suaranya seakan merayu pada diriku. Aku tertawa sambil menahan tangis. Kenapa? Kenapa harus dia, adikku yang perlu aku benci.
Sejak hari itu berlaku, sampai ke hari ini, aku masih menyoal diriku sendiri. Apa sebab mereka lakukan semua ini? Aku buntu, sekejam apakah mereka sebenarnya. Atau ada sesuatu yang belum aku tahu?
‘Noona... I'm in pain.’
Aku tak sanggup mendengar rintihan sayu dia. Tanpa berlengah lagi, aku berlari meninggalkan bilik. Menuju ke satu arah yang akan mempertemukan aku dengan dia.
Mission
Aku hanya memandang kosong pintu berwarna kelabu ini. Setahu aku suara sayu dia datang dari arah ni yang mana lorong dan bilik-bilik yang berada di sini khas untuk pelatih yang mengalami sakit atau seangkatan dengannya.
Sampai saja aku di sini, serta merta aku berkerut dahi. Dia sakit?
Kemudian penglihatan aku jatuh pada tombol pintu. Hanya dua perkara yang berlegar di minda, masuk atau tidak. Jika aku masuk mungkin akan aku rasakan sakit buat yang ke beribu kali dan kalau aku memilih tidak, aku hanya akan di belenggu banyak persoalan.
Cklek.
Aku memilih untuk masuk juga. Ruang sekeliling bilik ini aku lewati dengan lirik mata, mewah dan cantik. Aku melihat ke arah katil yang tiada penghuninya.
‘Jangan kata yang dia sedang mempermainkan aku.’ ujar aku dalam hati.
“Noona?”
Baru kaki ingin membuka langkah untuk pergi, suara serak basah milik seorang jejaka di hadapan aku ini membuat aku terkaku. Lihat seperti dirinya baru selesai menggunakan tandas.
Tidak lupa untuk aku meneliti pada tubuhnya yang dibalut penuh dengan kain bukannya baju. Ada juga kesan luka kecil dan lebam yang terdapat pada bahagian leher dan tangan yang tidak terbalut.
Tidak perlu untuk aku tanya, mengapa dirinya. Kerana aku sudah tahu hal itu dari Theo sendiri.
Aku kembali terkaku bila merasakan pelukan erat darinya. Jika diingati kembali, terakhir kali aku memeluknya saat kami semua mengadakan pesta kecil sempena sambutan tahun baru sebelum keesokannya hari kejam itu terjadi.
“Noona... Jakie ingat noona tak akan datang.” katanya dengan nada teruja. Suara yang dulu pernah menjadi sebab aku sentiasa tersenyum. Nama comel miliknya yang dia guna juga, aku yang buat khas untuknya.
Pelukan erat tadi dia lepas. Aku hanya diam menatap kosong wajahnya. Wajah yang dulu, putih comel dan sekarang sudah berubah tegas.
“I should tell you something.” katanya lagi.
“Huh?” aku mengerut tidak faham.
Dia mempersilakan aku untuk duduk tapi laju aku menolak ajakan itu. Maaf aku masih sakit, terkilan dengan dirinya dan aku enggan untuk memaafkannya.
Saat ini izinkan aku untuk memilih meninggikan ego. Jika dulu dia memilih untuk selamatkan aku dari semua ini, mungkin aku tak akan layan dia begini.
“Tapi noona... duduklah dulu.” ajaknya lagi.
“Stop Jake, i'm not your noona and please straight to the point, sir?” kataku tanpa melihat wajahnya. Dari lirikan mata juga aku tahu dia menunduk sedih.
“About twins and... Noah.” bicara Jake perlahan tapi dapat aku dengari.
“Kenapa dengan mereka and what? Wait Noah?” aku menyoal kembali. Ada apa-apa yang aku ketinggalan?
“Mereka berdua bertemu dengan Noah beberapa hari lepas dekat hutan dan disebabkan hal itu dia orang sekarang berada di bilik tahanan.” jelas Jake.
Aku tercengang lagi. Noah? Abang aku, dia datang kesini?
Aku ingin melontar soalan lagi kepada Jake. Tapi jari telunjuknya yang tertuju pada perut aku yang sudah sedikit membulat membuat aku terdiam sendirian. Aku mengumpat dalam hati, merutuk diri akibat memakai baju yang sedikit ketat dan memperlihatkan perut bulat aku.
“Noona... Are you preggie?”
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top