012 || Blue and Red?

“Permainan sebenar belum lagi bermula.”

_____

BUK

Dua tubuh kecil itu jatuh terjelepok di lantai. Mereka berdua ditolak paksa masuk ke dalam ruangan gelap bawah tanah. Dikenali dengan bilik tahanan ataupun penjara hukuman.

Ruangnya tidak besar dan tidak juga kecil, hanya sederhana. Tanpa ada satu pun lubang. Tidak ada langsung kerusi mahupun meja atau apa-apa, hanya ruangan gelap yang kosong.

Bagi mereka yang tidak pernah memasuki atau dihukum masuk ke dalam bilik ini. Mungkin akan menakutkan tapi tidak untuk Althan dan Elthan.

Takut? Jarang sekali mereka untuk merasakan perasaan begitu. Melainkan jika berdepan dengan tuan atasan. Automatik mereka menunduk, itu pun dengan orang yang betul-betul berkuasa ke atas mereka.

ZUP

Bunyi pintu besi ditutup menyedarkan mereka dari lamunan masing-masing. Jika pintu itu sudah tertutup bermakna mereka tidak boleh ke mana-mana. Ruangan yang memang langsung tidak ada cahaya itu makin gelap menyebabkan penglihatan mereka sedikit terganggu.

“Elthan."”

“Hmm.” Yang dipanggil hanya menggumam sahaja. Walaupun berada dalam keadaan gelap gelita, sebentuk benda yang berada dalam genggamannya menjadi fokus utama.

Dia meneliti, membelek benda yang berbentuk empat segi itu. Kelihatan seperti sesuatu yang selalu dia mainkan. Cube? Tapi warna dan corak di sekitar benda itu yang sempat dia lihat waktu dalam keadaan cerah tadi membuat dirinya tertanya-tanya.

PAP

Bunyi petikan jari dan keadaan yang tadi gelap menjadi cerah itu berjaya mengalih atensi Elthan dari cube di tangannya. Matanya jatuh pada sosok kakak kembarnya yang sedang duduk bersandar pada dinding.

“Macam mana kau buat?” soal Elthan keliru. Dimasa yang sama dia takjub akan kakaknya yang handal dalam bab cahaya ini. Lagi dia suka bila cahaya yang sedang menerangi mereka sekarang berwarna biru. Warna kegemarannya.

“Tch. Jangan berpura-pura tak tahu El.” sinis Althan. Badannya merasa sangat letih dan tidak bermaya. Dia juga tidak tahu kenapa dengan dirinya. Nafas memburu keluar, jantung yang kian berdegup kencang. Mata juga berasa berat untuk di buka.

“Althan!” jerit Elthan kuat. Risau akan kembarnya yang seakan tidak sedarkan diri. Cube cantik di tangannya sudah jatuh entah kemana. Lalu laju dirinya menghampiri Althan.

“Kenapa dengan kau?” risau Elthan. Badan lemah kakaknya ditarik perlahan ke arahnya. Paha kecil miliknya dibuat menjadi alas kepala untuk Althan.

Telapak tangan kecilnya menyisir helaian rambut Althan yang sudah lencun akibat peluh. Dia risau dan tidak tahu harus berbuat apa. Wajah pucat milik Althan menambahkan lagi rasa takut pada dirinya.

“Althan kau kenapa?” soalnya lagi. Tangan tidak berhenti mengelus rambut kakaknya.

“Ergh!” erang Althan kesakitan.

Kelopak mata yang sempat tertutup kini sudah terbuka sempurna. Althan bangun dari posisinya. Dada yang terasa sakit ditepuk kuat supaya hilang rasa sakit itu. Tapi lain yang diinginkan lain yang terjadi.

“Uhuk... uhuk...”

Dia terbatuk kuat, di kerongkongnya seperti ada sesuatu yang ingin keluar. Nafasnya seperti tercekik dan jantung kembali mengepam darah dengan kadar cepat.

“Althan!”

Panggilan dari Elthan sudah tidak dihiraukan. Fokusnya hanya ingin mengeluarkan sesuatu yang tersekat di kerongkong ini. Posisi duduk diubah menunduk ke bawah dan tangan tidak berhenti menepuk dada.

Elthan yang melihat Althan kesakitan seperti itu tidak kuat. Dia memilih untuk menolong dengan cara menepuk-nepuk belakang  saudara kembarnya.

Dan pada satu saat Althan berhenti menepuk dadanya. Elthan juga berhenti, hanya mengusap lembut belakang tubuh kakaknya. Rasa sakit tadi seperti hilang begitu saja.

“Uwek...” Althan memuntahkan sesuatu lendir yang berjaya membuat kedua mata mereka terbuntang luas. Bukan darah ataupun sesuatu yang berwarna merah. Sebaliknya warna yang amat mereka hindari.

“Althan... kau biru?” soal Elthan gagap. Matanya tidak lepas akan lendir berwarna biru seakan merah di lantai. Cahaya yang Althan buat memudahkan mereka untuk melihat benda tersebut.

Lain dengan Althan yang menatap lendir biru itu tanpa perasaan. Kosong. Dia tidak tahu harus berkata apa. Takut juga menguasai dirinya.

“El, warna ni... apa... apa yang aku perlu buat?” gagap Althan menyoal. Dia memandang pada adiknya yang hanya senyap tanpa bunyi.

“Biru dan merah... pihak yang paling dibenci tuan kita! Aku tak akan dibunuh macam mereka yang lain kan?” racau Althan. Kepala menggeleng menafikan apa yang baru mereka tahu dan lihat.

“Althan no! Please no... aku ada dengan kau.” pujuk Elthan lembut. Dirinya meraih tubuh Althan, memeluk erat kakak kembarnya. Mengabaikan hati yang juga bimbang akan keadaan mereka selepas ini.

Mission

‘Hyeong, aku jumpa twins.

Pesan yang diberitahu Noah melalui telepati tadi mengganggu fikiran Archer. Dia sudahlah baru lepas memaki hamun Luke, bekas gurunya. Kini sudah dapat berita tentang anaknya.

“Archer. Kenapa dengan kau? Gelisah semacam je aku tengok.” soal Michael yang menatap bingung dengan saudaranya itu.

Gelas yang terisi air teh diambil lalu menghirup air itu. Tapi fokusnya masih pada Archer yang seperti cacing kepanasan. Tidak pernah dia melihat lelaki itu berkelakuan begitu.

“Archer seriously? Kenapa dengan kau? Nak kata cuaca tengah panas tak logik sebab dah nak malam and aircond pun dah turn on. Tapi kenapa kau berpeluh?” soal Michael bertubi-tubi.

Edric yang sedang berlunjur elok di sofa merasa terganggu dengan soalan banyak dari mulut Michael. Dia bangun dari posisi tidurnya lalu duduk menghadap dua manusia di depannya itu.

“Ha ah, ada apa dengan kau ni hyeong? tambah Edric pula. Dia juga ingin tahu apa yang sedang mengganggu fikiran abangnya itu.

“Noah...”

Berkedut dahi Michael mendengar nama saudaranya yang lain meluncur keluar dari mulut Archer. Dia keliru dan keliru.

“Kenapa dengan dia?” soal Edric lagi.

He's meet twins.” singkat Archer berterus terang.

Jjinjjayo!! Sorry.. i mean how??Michael kembali menyoal dengan nada sedikit tinggi.

Archer memutuskan untuk memberitahu hal sebenar pada dua ketul manusia di sekitarnya. Badan ditegakkan. Tidak lupa untuk berdehem sekejap. Membetulkan peti suara.

“Lokasi yang aku kongsikan pada kau berdua sebenarnya tempat dimana Hazel dan twins berada.” tutur Archer tanpa elakkan.

Singkat dan padat. Tapi Michael dan Edric masih mencerna apa yang diberitahu Archer. Dan tidak perlu mengambil masa lama, muka Archer dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Macam mana kau tahu dan kau what seriously Archer?” soal Michael tidak puas hati. Barangkali dia lupa yang dia mempunyai otak yang boleh berfikir panjang.

“Itu nanti aku ceritakan dan ya aku tak tipu.” jujur Archer dengan tenang. Kepala disandarkan pada sofa. Kelopak mata ditutup bagi merehatkan minda yang kusut.

Hyeong... tempat tu bukan ke ada Jake?” polos Edric menyoal. Matanya membulat comel dengan wajah keliru.

“Cepat kau tahu.” ejek Archer dengan tawa kecil tanpa melihat wajah Edric.

“Jadi, Jake selama ni... mengkhianati.” teka Edric ragu. Setahunya darah mahupun kerabat Alexandro tidak suka akan pengkhianatan. Tapi apa semua ni?

“Bukan dia seorang.” tutur Archer. Tiada lagi nada tenang seperti tadi, suaranya berubah datar dan tegas.

Michael sedari tadi hanya diam tidak berkutik. Tidak tahu harus bereaksi seperti apa. Otaknya juga ligat berfikir, menyambung dan mengingati segala benda yang berkait dengan hal ini.

“Archer, aku rasa kau kena tonjolkan diri kau yang sebenar. Satu pengkhianatan adalah sebuah kesalahan besar!” tegas Michael. Gelengan dari Archer membuatnya mendengus kesal.

Hyeong... apa yang Mich hyeong kata tu betul. Kau kena tonjolkan diri, inilah masanya!” tambah Edric pula. Dia juga kesal akan abangnya seorang itu.

“Ramai nyawa yang tidak bersalah perlu aku lindungi.” putus Archer. Dia bangun dari sofa dan berlalu pergi dari ruang mereka tempati.

Meninggalkan Michael dan Edric yang berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua seperti melihat orang lain bukannya Archer yang mereka kenali. Itu sifat yang jarang Archer tunjuki.


|¦ MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top