010 || Memory

“We see how far he can go.”

_____

Archer melangkah perlahan ke tempat makam adik kesayangannya. Sekuntum bunga cantik berwarna putih dia letak tepat di atas nama adiknya. Nafas dihembus perlahan lalu senyuman kecil dipamerkan.

“Terlalu awal Jim. Kau pergi terlalu awal, aku tahu kau tak tenang dekat sana sebab aku selalu nampak kau berkeliaran tanpa arah. Ingin aku tegur tapi aku lupa kau roh tanpa ingatan.” luah Archer sedih.

“Kau rindu dia?” tanya Edric tiba-tiba dari arah belakang Archer. Dia kemudian berdiri di samping lelaki tampan itu. Bergumam sesuatu dengan perlahan tapi dapat didengari jelas oleh Archer. Matanya juga terpejam dengan tangan menyentuh ukiran nama Jimin.

Sejurus dia tahu kenapa Archer menyuruh dirinya dan Michael pergi ke tempat itu. Langsung dia bergegas pergi ingin berjumpa abangnya. Dan kebetulan lelaki yang dicarinya itu sedang melawat kembarnya.

“Tujuh tahun, Ed. Sampai sekarang aku masih ingat saat kita terlambat pulang dan semuanya hancur. Dan sehingga ke hari ni aku tak boleh nak ungkapkan apa yang telah berlaku sebenarnya.” lirih Archer. Tangannya juga menyentuh ukiran nama Jimin.

Walau dia tahu peribadi Jimin bukanlah sebaik kembarnya Edric. Tapi lelaki itu tetaplah adik lelakinya. Jimin perangainya teramat teruk sehingga dia sanggup bersengkokol dengan musuh keluarga mereka sendiri untuk menumpaskan kembarnya.

Dengan rancangannya tersebut. Dia berjaya membuat para keluarganya percaya akan kesalahan besar yang Edric telah lakukan. Membuatkan kembarnya itu dihukum selama beberapa bulan. Sebab itu Edric seakan jijik dengan nama Jimin. Lebih tepat lagi dia benci akan diri Jimin.

Hyeong, kau tahu yang aku benci Jimin. Tapi memori dia dan aku digabungkan bersama and yah kau selalu panggil aku Jimin.” terang Edric pada Archer. Dia sedikit ragu untuk memberitahu hal itu. Kepala menunduk ke bawah bila mengetahui yang abangnya menoleh ke arahnya.

“Ed, kau tahu kenapa dia buat semua tu? Kenapa aku pilih untuk gabungkan memori kau dengan dia?”

Edric menyengetkan kepala keliru dengan soalan Archer. Dia langsung tidak ambil tahu tentang kembarnya sejak perselisihan faham berlaku di antara mereka. Lagipula dia merasa dirinya tidak penting dalam kehidupan Jimin.

Archer tidak menjelaskan sebaliknya dia tersenyum kecil. Bahu diangkat tanda tidak mahu berterus terang. Kakinya mula melangkah meninggalkan tempat itu.

Tempat makam saudara mereka itu amat tenang. dengan bau dedaun yang menggiurkan. Bunyi air mengalir menambahkan lagi ketenangan di tempat itu.

“Memori dia ada dengan kau. Kau perlukan ketenangan dan maafkan dia dengan setulus hati dulu baru kau tahu apa sebabnya.” terang Archer dengan ejekan.

“Tapi hyeong!” panggil Edric sedikit kuat. Dia berlari menghampiri abangnya. Lengan Archer yang tersarung jaket dia tarik kuat untuk mendapatkan penjelasan dari lelaki tampan itu.

Sebelum dia dengan gerakan cepat melepaskan lengan Archer.

“Akh!” aduh Edric merasakan pergelangan tangannya terasa panas. Secara spontan kepala mereka menoleh ke arah satu arah.

Master...” kata Edric dengan penuh hormat. Dia ingin bersujud tapi ditahan Archer. Terus kepalanya melihat pada Archer yang menayangkan wajah bengis tanpa perasaan. Dia keliru dan bingung.

‘Hyeong!’ panggil Edric melalui hati.

‘Dia bukan master yang pernah kita kenal.’  tegas Archer.

Edric tercengang mendengar itu. Setahunya abangnya seorang itu amat menghormati lelaki yang sedang berdiri angkuh di hadapan mereka itu.

Zup

Zup

Dua tembakan halimunan dari lelaki itu cukup membuat Archer dan Edric muntah darah. Mereka berdua tiada langsung rasa untuk membalas serangan itu.

“Luke, menyerang ahli sendiri tanpa sebab dan di hadapan makam hal yang terhina dalam dunia kita!” jerkah Archer menyedarkan lelaki yang pernah menjadi tuannya.

“Tch. Mana panggilan hormat kau pada aku! Setahu aku raja dekat dunia kita dah mati dan undang-undang dekat sini pun ramai yang langgar.” sinis Luke. Sempat dirinya tertawa kecil.

Kembali mengangkat jarinya untuk menyerang.  Tapi desahan kesal lepas dari mulutnya bila bekas anak muridnya dulu hilang dari pandangan.

“Pengecut.”

Mission

“Althan!!” teriak Elthan kuat. Matanya melilau mencari sosok tubuh kembarnya. Menepis semua dedaun yang menghalang jalannya. Nama kakak kembarnya tidak berhenti dia seru.

“Cari nahas betul.” gerutu Elthan sendirian. Kaki dihentak kesal. Sudah puas dia berjalan di kawasan hutan. Tapi tiada langsung tanda untuk bertembung dengan kembarnya.

Prap

Bunyi ranting kayu dipijak dari arah belakangnya membuat kakinya berhenti melangkah. Alat memanah yang tersangkut elok di lehernya dia genggam kuat. Kemudian dengan gerakan pantas dia berbalik ke belakang.

Senjata kegemarannya itu mengarah tepat pada dahi seorang lelaki yang berdiri di depannya. Dahinya berkerut seakan kenal dengan lelaki itu. Sudahlah berpakaian serba hitam, rambut pula berwarna biru laut.

Who are you? soal Elthan. Matanya tidak lepas menghayati wajah tampan di hadapannya. Dia mengalihkan senjatanya ke bawah. Melukakan orang tanpa sebab yang sahih benda dilarang untuk mereka.

“Kau tak ada mulut ke nak jawab soalan aku?” soal Elthan pedas. Menyampah dengan lelaki kacak di depannya yang hanya diam membisu tanpa ada gerak-geri langsung.

Dahinya berkerut lagi, setahunya tempat ini memang dikawal ketat oleh orang-orang mereka. Lalu mengapa lelaki ini boleh ke sini. Merasa lelaki itu seperti sedang menceroboh tempat mereka. Dia kembali mengangkat senjatanya.

Dia tidak melepaskan anak panahnya pada lelaki itu. Sebaliknya dia mengundur ke belakang tanpa melarikan pandangannya pada lelaki tersebut. Terasa jarak mereka sudah jauh dan aman. Dia berbalik badan ke depan mula melangkah pergi.

“Elthan.” suara serak basah itu menyebut nama. Hatinya terasa luluh melihat orang yang selama ini mereka cari.

Elthan yang dengar lelaki itu sebut namanya tercengang. Dia kembali menoleh ke belakang memandang lelaki itu keliru. Muncung anak panahnya kembali terarah pada lelaki itu. Kemudian dia lepaskan.

Who are you!! jerkah Elthan. Dia sedikit terkejut bila anak panahnya dapat ditangkap oleh lelaki itu. Badannya terundur ke belakang bila lelaki itu menghampirinya.

Zap

Zap

Dua bilah pisau kecil tertancap elok pada kedua paha lelaki itu. Althan terjun dari dahan pokok besar. Dia berdiri di depan adiknya. Melindungi.

“Kau penceroboh!” tuduh Althan.

“Noah... Noah is my name.” sayu nada suaranya. Dia ingin memeluk dua kembar itu. Luka di pahanya dia abaikan. Lagipula itu tidak menjejaskan apa-apa terhadap dirinya.

“Kami tak perlu tahu nama kau! If you won't die better get out from here. Kau kena lari dari sini sebab mereka kejam!”

“Akh.” aduh Elthan. Dia memegang sebelah telinganya. Airpods yang dipakainya memberi signal supaya mereka kembali.

“Kau kenapa?” soal Althan.

“Semua salah kau, mereka dah kesan lokasi kita!” jawab Elthan laju. Memandang menyampah pada kembarnya itu.

Mereka berdua kembali melihat Noah. Tanpa sebarang kata mereka memejamkan mata dan tangan digenggam. Sedetik selepas itu kelibat mereka berdua hilang dari pandangan Noah.

Noah jatuh melutut. Badannya menunduk kecewa. Kedua belah tangannya mengepal kuat. Menumbuk tanah yang dipenuhi dedaun kering.

“Arghh!”

|¦ MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top