009 || Our King
“I'm always waiting for him.”
_____
Ting
Ting
Dentingan notifikasi masuk dalam ipad canggih miliknya. Michael yang sedang fokus membaca sesuatu maklumat di layar skrin komputer terganggu. Keningnya berkerut tidak suka.
Kerusi beroda yang dia duduki bergerak ke belakang. Mengambil gajet yang duduk elok di atas beberapa dokumen. Jarinya mula lincah bergerak pada layar skrin ipad canggih itu. Seketika matanya terbuka lebar melihat gambar dan lokasi satu tempat.
“Edric!!” jerit Michael kuat tanpa melepaskan pandangan pada skrin gajetnya.
“Ya, hyeong...” sahut Edric dengan suara meleret tepat di bahagian telinga Michael. Wajahnya cuba memamerkan senyuman seram. Dia mencebik merajuk melihat Michael langsung tidak terkejut.
“Not now Edric. Nah tengok tempat ni, bukan ke kau pernah ajak aku ke sana kan.”
Edric mengambil ipad di tangan Michael. Meneliti gambar dan lokasi. Sedikit info yang terdapat di situ dia baca. Dia membesarkan gambar di layar skrin ipad itu kerana gambar tersebut sedikit kabur akibat ditangkap secara curi-curi mungkin.
“Hmm...” Edric menggumam mengiakan.
“Siapa yang hantar ni hyeong?” tambah Edric lagi. Setahunya jarang orang lain tahu akan tempat itu.
“Archer... dia suruh kita ke sana.” jelas Michael. Dia seperti tidak sanggup untuk ke tempat itu. Bukan dia tidak tahu di sana ramai pelatih muda yang hebat dan kuat. Sedangkan mereka sudah jarang menggunakan kelebihan tersendiri yang disembunyikan.
Selepas kejadian beberapa tahun lepas. Michael sudah putuskan untuk hidup seperti manusia biasa. Makan, minum, tidur, bekerja dan pelbagai hal yang manusia lakukan. Langsung tidak terlintas dalam kepalanya bahawa akan kembali seperti dulu.
“Really? Archer hyeong memang memahami aku!” teruja Edric. Sudah lama dia ingin ke tempat itu. Ingin tahu apa yang menghuni tempat tersebut. Selama ini dia hanya mendengar khabar angin tentang tempat itu dari kawannya yang lain sahaja.
“Edric kau betul-betul nak tahu apa yang ada dekat situ?” tanya Michael memastikan. Ingin sahaja dia beritahu hal sebenar pada budak itu.
“Of course lah! Cuba kau tengok tempat ni penuh misteri!” jerit Edric kuat. Jari pendek tapi berurat miliknya mengarah pada gambar-gambar di skrin ipad itu.
“Kau tahu apa yang membuatkan Archer suruh kita pergi dekat sana?” soal Michael lagi. Kali ini Edric dapat rasakan ada sesuatu yang dia tidak tahu. Dia tidak bertanya malah kembali meneliti gambar itu secara dalam.
“Aku tak nak teruskan semua ni!”
Splash
“Argh!”
Libasan kuat dari rantai kena di bahagian belakang tubuh Jake. Dia meraung sakit, libasan itu membuatkan dia merasa tubuhnya seperti remuk.
“Hukum dia. Biar dia tahu siapa pemerintah yang sebenar-benarnya.” ujar seorang yang mempunyai suara parau yang unik.
Pang
Ipad yang dipegang Edric jatuh mencium lantai. Mungkin gajet mahal itu akan retak akibat ulahnya. Tangannya terketar-ketar. Badannya pula terundur ke belakang dengan kepala menggeleng tidak faham.
“Kau kenapa Edric!” gelabah Michael. Dia memegang kedua bahu lelaki itu. Mengabaikan gajetnya yang tergeletak di lantai.
“Kau nampak apa yang berlaku?” teka Michael sembarangan. Dia tahu Edric akan nampak hal-hal sebegitu. Dalam jiwanya merungut teringin untuk memiliki kebolehan seperti itu.
“Jake... aku nampak dia.” Edric cuba untuk memberitahu apa yang dia lihat. Tapi nafasnya memburu keluar. Adegan seksaan demi seksaan yang Jake dapat itu bermain di mindanya. Tapi dia tidak dapat melihat siapa yang mengarah orang untuk memukul Jake sebegitu rupa.
“Tenang, Ed.” pujuk Michael. Dia membawa Edric duduk di sofa biliknya. Mengusap lembut belakang sahabat kecilnya. Dia mengeluh merasa bersalah telah menyoal akan tempat itu.
“Edric maaf, aku lupa yang kau masih dalam masa pemulihan.” sayu Michael. Dia lupa akan masa pemulihan trauma yang sedang Edric jalani. Lelaki comel plus kacak dan manja di depannya itu mempunyai trauma yang teramat teruk.
“Aku... nampak Jake kena seksa! Tapi aku...” Edric memejam mata cuba mengecam wajah dua lelaki yang bersama Jake tadi. Tapi yang dapat dia rasa adalah pening yang begitu kuat.
“Stop, Edric! Kau tak perlu cuba untuk tahu, semua tu akan... Edric!” jerit Michael. Ternganga luas mulutnya melihat darah mula keluar dari hidung Edric.
“Archer paling benci tengok adik dia sakit!!”
Mission
“Dany.” panggil Jake dengan geraman rendah. Matanya terpejam dan kepala ditundukkan. Tidak mahu melihat hal yang tidak senonoh di depan mata sucinya.
Tadi dia terburu-buru untuk bertemu lelaki itu. Sehingga lupa untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu dulu. Bila dibuka dapat tayangan bebas sebegitu. Di mana seorang wanita yang berpakaian seperti tidak cukup kain sedang memagut ganas bibir Daniel.
Jake tahu panggilan tadi masih tidak didengari Daniel. Dia menghembus nafas kasar. Berdiri tegak cuba membiasakan diri dengan adegan di depan matanya.
“Dany!!” panggil Jake lagi. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Dan suaranya itu dapat mengalihkan mereka berdua dari syurga dunia.
“Kau nak apa?” kesal Daniel. Dia menjeling menyampah pada Jake. Merasa bengang dengan Jake yang berani mengganggu masanya. Dia berbisik sesuatu pada wanita tadi sebelum menyuruhnya keluar dari bilik itu.
Daniel menghampiri sofa lalu merebahkan dirinya di situ. Desahan kesal keluar dari mulutnya.
“Aku ada berita buruk.” Jake melangkah mendekati tempat Daniel. Berdiri di depan lelaki tampan itu. Ada rasa ragu untuk memberitahu hal itu.
“Tch. Sebelum kau tahu pun aku dah tahu.” sinis Daniel. Badannya bersandar elok di sofa. Duduk angkuh seperti raja. Bibirnya terangkat mengukir senyum jahat. Mata yang memang hitam sejak azali lagi makin menghitam. Dia beralih menatap lekat pada wajah Jake.
“Kau nak kata yang Archer dan abang-abang kau yang lain dah tahu tempat kita kan.” ejek Daniel dengan tawa. Dia bangun dari sofa, berdiri rapat dengan Jake. Mata kelamnya memandang tajam pada Jake.
“Dany... kau.” Jake tidak tahu harus berkata apa. Dia keliru dengan semua orang. Tidak tahu harus menyebelahi siapa. Antara baik dan jahat itu adalah sama baginya.
“Kenapa? Kau takut Archer tahu adik kesayangan dia atau lebih tepat lagi pengikut setia yang dia percayai sedang mengkhianati dia.” tambah Daniel. Badannya maju ke depan dan dia melagakan dahinya dengan Jake.
Jake terundur ke belakang. Bukan, dia bukan takut tapi perasaan bersalah telah menguasainya. Rasa itu dapat melemahkannya. Kemudian kelopak matanya tertutup rapat. Bibir merahnya pula terkumat-kamit melafaz sesuatu.
“Akh!”
“Kau dengan Theo sama saja!!” bentak Jake dengan suara kuat. Dia tersenyum kecil melihat Daniel yang terduduk di lantai sambil mengelap darah pekat yang keluar dari mulutnya
“Kau!!”
“Kau kena tahu yang kau masih lemah dan aku bukan saingan kau!” ujar Jake lagi dengan lantang. Dia sudah penat berlakon di depan mereka.
“Wow Jake Alexandro.” suara yang amat dikenali Jake datang dari arah belakangnya. Dia tercengang mendengar suara itu. Iris merah yang sempat tertukar warna tadi kembali pada warna asal.
“Jake, kau tahu apa hukuman bila berani menaikkan suara dan melukai tuannya?” tanya Theodore. Dia melangkah menghampiri Daniel yang masih terbatuk kecil. Menolong lelaki jangkung itu bangun.
“Kau yang sebenarnya patut dihukum!!” bantah Jake. Dia perlu sedar dengan siapa dia sedang berunding. Berunding dengan pemegang sihir kejahatan adalah benda yang paling buruk.
“Apa yang kau cuba katakan!!” murka Theodore. Dia berdiri angkuh di hadapan Jake. Tangannya yang berurat mula dikepal kuat.
“KAU YANG SEBENARNYA PATUT DIHUKUM SEBAB KAU BUNUH SAUDARA SENDIRI!!” suara Jake naik seoktaf. Dia sudah lama memendam perasaan seorang diri.
“Akh!”
Badan Jake terlambung pada permukaan dinding keras akibat serangan dari Theodore. Dia jatuh meniarap di lantai dengan darah dari mulutnya.
Theodore melangkah menghampiri tubuh Jake. Kakinya ditekan atas belakang lelaki tampan itu. Dia berdecih mengejek.
“Tch. Aku rasa kau yang lemah dekat sini dan aku rasa kau pun tahu kenapa aku buat semua tu! SEBAB MEREKA... TAK PERNAH PANDANG AKU!!”
“Kau... silap Theo. Kau yang tak pernah nampak mereka sebab kau terlalu tamak!” bidas Jake. Dia cuba untuk bangun tapi badannya seperti terlekat di lantai, dirinya tidak dapat bergerak langsung.
“Kau sepatutnya bersyukur sebab aku bunuh Jimin, bukan Sebastian.”
“Sebastian Archer Min... dia raja kita!”
DUM
“Akh!”
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top