006 || Little Story
"Sometimes I really ask myself , who I am?"
_____
Asap rokok berkepul-kepul keluar dari bilah bibir merah bak ceri itu. Bau asap rokok yang bercampur dengan wangian di badannya membuatkan ruangan bilik didominasikan dengan bau yang amat menggiurkan.
Dirinya yang duduk di singgah sana mewah dengan kaki yang bersilang atas permukaan meja kerjanya. Menghiraukan beberapa berkas penting yang terdapat di atas meja tersebut.
Dirinya asyik menikmati rasa asing yang tersisa pada mulutnya. Rasa itu datang dari sebatang rokok mahal yang masih tertancap elok di bibirnya.
Sungguh jarang melihat diri lelaki tampan itu menghisap benda sebegitu. Jika dia berlaku sedemikian, bermakna dirinya sedang berada dalam keadaan tertekan.
Matanya berwarna abu menawan ditemankan dengan bulu mata halus lentik. Mata helang tersebut memandang lekat pada satu figura yang berada di hadapannya.
Ekspresi wajah yang kian datar tanpa perasaan memandang lurus pada sosok itu. Hidung mancung miliknya menarik nafas panjang, menghidu aroma yang sedikit menyengatkan akibat asap rokok.
Kulit wajahnya yang seputih salju dengan rahang tegas yang bergerak-gerak menahan marah. Batang rokok yang sudah pendek itu dia masukkan dalam satu bekas yang diperbuat daripada logam.
Dia bangun dari tempat agungnya. Berjalan mengitari meja dan berdiri tepat di depan seorang anak buahnya yang baru sahaja melakukan hal yang berjaya membuat amarahnya memuncak.
"Maaf Sebastian."
BUK
Kuat. Pukulan yang terkena di wajah tampan pemuda di depannya itu amat kuat. Sehingga bibir yang memang merah itu mengeluarkan sedikit darah pekat. Terus diam bawahannya itu.
"Berani-berani kau panggil aku tanpa Tuan dan sesedap hati mak bapak kau panggil aku Sebastian dekat kawasan macam ni!" lantang suara parau itu bergema di ruangan yang hanya diterangi lampu oren. Rasa berang dengar nama yang selalu dia hindari untuk dengar.
"Sudahlah Archer, imej kau sebagai tentera teratas Korea Selatan akan tercalar disebabkan budak ni." tegur seorang lelaki kacak yang berdiri bersilang tangan di dada tidak jauh dari mereka.
Ya. Archer Min yang mana rakyat jelata di negara ternama, Korea Selatan lebih mengenali dirinya sebagai Sebastian Min. Seorang pemuda tampan, berwibawa, bijak, berani dan hal-hal yang sempurna. Dia menjabat jawatan sebagai ketua pasukan tentera terhebat di negaranya.
Jawatan itu hanya identiti samarannya sahaja sebagai manusia di negara itu. Dia adalah tuan di satu tempat yang penuh dengan kuasa sihir. Menjadi seorang pemuda yang memegang kuasa terhebat di dunia tersebut.
Disebabkan kebijaksanaan yang dia miliki, identiti sebenarnya tidak siapa ketahui. Memandangkan hal berkenaan sihir di kalangan manusia makin pupus.
Dirinya masih dikenali sebagai tentera terbaik. Hingga jika dirinya keluar berlegar di kawasan bandar, akan ada yang memberinya beberapa hadiah atas sebab berterima kasih sudah menjaga negara mereka dengan aman.
Archer menjeling menyampah pada sosok lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Kembali menatap muka tidak bersalah anak buahnya.
"Aku sayang nak bunuh kau, tanpa kau tak ada siapa mahu habiskan sisa-sisa tubuh mangsa kita. Better kau pergi dari sini sebelum fikiran aku berubah." putus Archer. Dirinya tidak mahu mengotorkan tangan untuk hal yang remeh.
Laju kaki budak itu melangkah pergi dari situ. Archer merebahkan dirinya di sofa mewah tersedia. Kelopak matanya tertutup seketika. Mengabaikan satu perasaan sedih yang tersarang di hati.
"Sebastian." panggil seorang pemuda tampan yang mempunyai lesung pipit menawan. Badan yang tinggi tegap itu berjalan menghampiri Archer yang hanya diam tanpa kata.
"Stop Mich, kau tak perlu panggil aku dengan nama tu. Langsung tak sesuai dengan diri aku yang macam iblis ni." peringat Archer dengan nada sedikit marah.
Baginya sebutan nama Sebastian tidaklah sesuai pada dirinya. Sebastian baginya amat suci dan itu tidak mungkin sesuai dengannya. Biarlah manusia di luar sahaja yang memanggil dirinya begitu.
"Sebastian Archer Min."
"Kau nak apa hah! Aku dah kata aku penyihir kejam!"
"Kau sempurna Sebastian. Amat sempurna Archer." tegas Michael berkata.
"Ya hyeong, kau sempurna. Berhentilah kata diri kau tu iblis sebab tanpa kau... aku, Noah dengan Jake tak akan dapat hidup selesa macam ni" tambah Edric. Sakit hatinya melihat abang kesayangannya itu sebegitu. Dirinya menunduk sedih. Noah yang berdiri di sampingnya juga tertunduk berdiam diri.
"Hyeong.. jujur dengan kami, sebenarnya kau tahu Hazel dan twins dekat mana. Dan selama ni kau tipu kami kan?"
Mission
Awal pagi lagi Althan dan Elthan sudah turun di dataran latihan. Mereka berdua ingin memulakan latihan untuk misi yang akan dia selesaikan beberapa hari lagi.
Laju mereka melangkah menuju ke sana. Menghiraukan pegawai-pegawai yang berjaga di setiap lorong laluan. Tiada langsung rasa gentar dalam jiwa bila berdepan dengan semua pegawai itu.
Althan yang membawa alatan kegemaran mereka berdua. Lain dengan Elthan yang ralit bermain dengan cube kesukaannya. Hanya mengambil masa sekejap saja dia sudah selesai betulkan benda itu.
"Please enter the correct code."
Mereka berdua berhenti di depan pagar bersaiz besar dan tinggi. Suara automatik dari satu arah berdekatan situ kedengaran.
Mereka saling berpandangan. Sebelum Elthan mengambil sebuah gajet canggih dalam beg yang dipikul kakak kembarnya itu.
"Kau nak buat apa, El?"
"Apa? Godam kod lah."
Terkejut Althan mendengar jawapan spontan dari adiknya. Dia tahu menggodam maklumat adalah salah satu kelebihan yang Elthan perolehi.
"Macam mana kalau sir and madam tahu."
"Excuse me, kau lupa tiga mangkuk ayun tu dah pergi dari sini. Siap pesan yang tiga hari ke depan mereka tak ada dekat sini." selamba sahaja Elthan beritahu. Dia kembali fokus pada skrin gajetnya.
"Wait, macam mana kau tahu? Mangkuk ayun? Biar betul kau ni, tak takut mati ke?" soalan bertubi-tubi dari Althan dibiar dibawa angin. Althan mendengus kecil. Dia sedikit terkilan dengan perangai tidak peka kembarnya.
Beberapa minit dengan gajet di tangan. Akhirnya pagar tersebut terbuka lebar. Senyuman bangga serta merta mekar di wajah mereka berdua. Saling bertepuk tangan. Gembira.
Mereka melangkah masuk ke dalam area latihan. Tempat yang amat luas. Seperti sempadan peperangan. Dataran lapang yang dikelilingi oleh pokok bakau di sekitarnya.
Althan meletakkan beberapa barang yang dirinya bawa berhampiran mereka. Memilih mengambil beberapa bilah pisau lipat kecil. Senjata kesukaannya.
Elthan pula masih dengan gajet ditangan. Keningnya berkerut. Tidak percaya dengan video klip yang dia lihat.
'Jadi semalam, madam Hazel memang betul datang dekat bilik kita orang?'
Monolog Elthan sendirian. Dia mengangkat kepala memandang ke arah Althan yang sedang berlatih tidak jauh darinya. Ingin saja dia memberitahu hal itu tapi serba salah untuk mengganggu kembarnya.
Gajet terus disimpan kembali di dalam beg. Alatan memanah jarak jauh dia ambil lalu berlari menghampiri Althan. Tangannya menyentuh bahu si kakak.
"Kau percaya... kalau aku kata madam Hazel kiss and hug kita semalam?"
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top