005 || Sad Misses

“I can't wait to see them.”

_____


Bunyi detikan dari jam yang tergantung pada dinding menemani malam Hazel. Matanya tidak mahu tertutup. Sudah dua jam dia berkedip sendirian. Posisi tidur sudah berapa kali dia ubah supaya selesa.

Tapi dirinya masih tidak boleh tidur. Mindanya terasa penuh dan berat. Memikirkan tentang dua anak kembarnya. Dia terlalu penat untuk menangisi keadaan dirinya dan anak-anaknya.

“Archer... awak memang dah lupakan kami.” lirih Hazel sendirian.

Dia bangun dari katil. Selipar yang terdapat di bawah katil dia ambil lalu menyarungkan di kakinya. Pintu kayu antik dia tuju. Memilih untuk keluar dari bilik sunyi.

Sebelum melangkah dia mengerling jam dinding yang menunjukkan sudah pukul dua pagi. Perlahan dia membuka pintu. Mengintip sedikit dari celah pintu.

Memandangkan biliknya dikawal ketat oleh pegawai atasan. Seketika dia mendengus menyampah melihat para lelaki berbadan tegap itu masih tidak beredar. Selalunya jam sebegini lorong itu sudah sunyi tanpa sesiapa.

Rambut ikal yang dilepaskan tadi dia sanggul tinggi. Sweater kebesaran berwarna koko dia balut di badan. Dia sudah tekad untuk keluar.

Dengan langkah menggoda yang dibuat-buat dia berjalan melintasi para lelaki itu. Senyuman cantik tidak lupa dia pamerkan. Sempat dia mengenyitkan mata pada salah seorang lelaki disitu.

Baru sahaja dia ingin masuk ke lorong kiri. Satu lengan kekar menahan pinggang rampingnya. Terkejut dibuatnya.

“Maaf madam, anda tidak dibenarkan keluar pada jam sebegini.”

Suara serak basah bergema di lorong terang itu. Hazel menatap tidak suka pada lelaki itu yang berani menyentuh dirinya.

“Siapa kau untuk sentuh aku? Siapa kau untuk arah aku?” ketus suaranya menyoal. Tidak suka ada yang menyentuh sebahagian dari anggota badannya. Dapat dia lihat wajah lelaki berbadan tegap itu mula memucat.

"Maaf madam, saya pengikut yang teruk. Saya patut dihukum."

Lelaki yang menggelar dirinya sebagai pengikut atau nama sebenarnya Nate itu menunduk dalam. Menerima saja apa hukuman yang bakal dia jalani. Salah dirinya juga menyentuh puan atasan sembarangan.

“Sudahlah, aku tak suka menghukum orang. Kalau kau nak lepas... berikan laluan untuk aku.” dengan wajah datar Hazel mengarah.

“Tapi madam, anda...”

“Ikut atau aku adu dekat Theo?” ugut Hazel. Matanya mencerlung tajam ke arah Nate. Dia tidak mahu berbasa-basi. Ada hal yang lagi penting ingin dia lakukan.

Nate mengeluh. Dia bergerak ke kiri sedikit memberi laluan untuk Hazel.

Hazel berlalu pergi dengan laju. Dia tergelak kecil. Tidak pernah-pernah dia berkasar sebegitu. Kakinya berhenti di beberapa lorong yang sudah gelap di hadapannya.

Matanya memandang ke atas. Melihat nombor-nombor yang berada di sana. Mencari bilik yang dihuni Si kembar tersayang. Senyum merekah bila menjumpai nombor bilik yang dihuni anaknya.

Dia terus ke arah lorong yang terakhir. Senyuman makin lebar melihat pintu besi bercorak tertutup rapat. Tangannya masuk ke dalam sweater, mengambil segugus kunci yang sempat dia curi pada bahagian badan Nate.

Dengan tidak sabar dia membuka pintu yang terkunci. Laju dia menolak dan melangkah masuk ke dalam. Pintu itu kembali ditutup rapat dan tidak lupa untuk menguncinya.

Bilik sederhana kecil itu dia teliti. Berbeza dengan bilik yang dia duduki. Biliknya sangat mewah. Lain dengan bilik anaknya yang kelihatan sedikit lama dan menyeramkan.

Mata Hazel jatuh pada dua sosok tubuh kecil yang tidur saling berpelukan erat. Selimut tipis membalut mereka berdua, saling membagi kehangatan.

“Archer... mana awak? Awak dah lupa janji kita?”

Hazel menahan sebak di dada. Dia berjalan menghampiri anaknya. Tilam yang terdapat ruang dia duduk. Tangannya naik mengusap rambut cantik kembarnya.

Matanya kembali melihat ke sekeliling ruang. Perasan akan bilik itu tersusun kemas. Langsung tidak bersepah. Baju-baju yang dilipat dan tersusun elok di penjuru bilik.

Beberapa buah buku yang disimpan pada rak kecil, alatan canggih yang ditaruh pada meja kecil di samping rak buku. Kemudian dia kembali melihat pada dua orang tersayang.

Dia naik ke tilam. Menyandarkan badannya pada dinding. Tangan tidak lari untuk mengelus pipi mulus anaknya. Badannya sedikit menunduk untuk mengucup sayang dahi si kembar.

Madam?

Mission

Bang

Bang

Bang

Tembakan demi tembakan Archer lepaskan. Semua tepat terkena sasaran. Dia ingin meluapkan rasa marah yang membuncah ingin keluar. Urat-urat di leher menampakkan diri.

Pistol keluaran baru berharga semahal mungkin yang sudah kehabisan peluru dia baling sembarangan. Kakinya melangkah laju pada segerombolan manusia yang berdiri di depannya.

Dia sudah tidak berfikir panjang. Sekarang ini dalam kepalanya memikirkan tentang keselamatan orang tercinta. Matanya bertukar kepada warna hitam sepenuhnya.

Dirinya sudah tidak dapat dikawal oleh sesiapa. Lariannya makin laju. Tanpa senjata di badan dia ingin menyerang orang-orang di depannya. Tidak memikirkan tentang jumlah ramai yang juga ingin menyerangnya.

Sudahlah pakaian mereka amat segak. Berwarna hitam lengkap. Bersenjata bagai. Archer tidak kesah tentang itu. Dia tahu dia bukan keseorangan.

Senyuman yang amat manis menyeramkan dia pamerkan. Senyum yang tersarung dengan beribu makna di sebaliknya.

Bahkan beberapa tembakan yang dilepaskan dapat dia elak. Orang-orang yang berpakaian lengkap itu tercengang melihat diri Archer yang dapat mengelak dari tembakan mereka.

Tidak mereka ketahui Archer menghilang dari depan. Suara kalut mula bising berbunyi. Menanyakan di manakah lelaki itu.

Archer tersenyum kemenangan di belakang mereka. Dia bergerak seperti kilat, sepantas yang mungkin. Menyentuh tubuh-tubuh tegap itu di bahagian yang dia gemari.

Orang-orang itu terkejut lagi dengan gerakan cepat Archer. Memeriksa anggota badan mereka yang telah Archer sentuh. Tapi kerutan di dahi jelas terlihat. Mengetahui diri mereka tidak tercedera.

Archer kembali berdiri santai di hadapan mereka. Dia dengan senyuman lebar memandang pada orang-orang di depannya.Tangan terkepal dia angkat ke udara. Dengan gerakan lambat dia memetik jarinya.

Go die! Jangan lupa kirim salam sayang pada iblis-iblis dekat sana! dengan nada mengejek Archer berkata. Maka darah memercik ke sana sini. Ada yang menggelupur tidak sedarkan diri, akhir sekali maut juga yang menjemput diri.

Dia suka teramat suka dengan bau hamis darah. Tapi bukan darah iblis seperti orang-orang di depannya. Terus senyuman lebar tadi luntur dari wajah. Wajahnya datar tanpa perasaan.

SEBASTIAN MIN!! AKU DAH KATA JANGAN SERANG MEREKA!!

Dari jauh ada yang melaung. Laju Noah berlari ke arah Archer. Tapi menghilang seketika dan muncul tepat di depan Archer.

Mereka ambil milik aku.

Archer sudah seratus peratus dikawal oleh dirinya yang lain. Semua perwatakan dirinya lain. Tubuh Noah ditolak kasar. Lelaki itu terlambung tiga meter jauh darinya.

Noah bangun untuk menghentikan kegilaan yang sedang merasuki diri Archer. Dia memberi signal pada Michael yang berada sedikit jauh dari situ. Mengarah supaya menembak Archer dengan ubat dos yang tinggi.

Shup

Tepat pada batang leher Archer. Belum sempat dia ingin menoleh ke belakang. Tumbukan padu dari Noah kena pada pipinya. Menyebabkan dirinya jatuh tidak sedarkan diri.

Ini bukan kau Sebastian. Kau dikawal oleh dia!

Noah menggendong tubuh itu di belakangnya. Meninggalkan tempat lapang yang dipenuhi darah cemar dari manusia berhati iblis.

Tidak lupa mengarah pada beberapa budak mereka untuk selesaikan kekacauan yang telah berlaku.


|¦ MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top