001 || The Tragedy

“I love seeing those who are always try to take my position.

_____

Daddy!! Bang bang...”

Dua orang kanak-kanak perempuan berkejaran di ruangan utama rumah mereka. Pisang di tangan mereka dijadikan sebagai pistol. Berlakon sebagai pelakon aksi yang sedang menembak. Menyorok sana sini, berlari, berguling begitulah mereka.

Terobses melihat akan kerja bapanya seorang itu. Yang mana selalu membawa mereka ke tempat berlatih tembak-menembak.

Archer yang sedang mengetik sesuatu pada skrin ipad berjenama mahal miliknya merasa terganggu dengan dua anak kembarnya itu. Dia memilih untuk mematikan gajetnya dan menghampiri mereka berdua. Tangan panjangnya mencapai sebiji pisang yang dibaling oleh anaknya.

Menyertai aksi kembar. Dia juga berlari ke sana ke mari. Cuba menangkap tubuh kecil yang lincah berlari.

“Yak! Apa yang kau orang buat? Orang bagi pisang suruh makan bukan main lempar sana sini. Tengok dah bersepah balik rumah ni.” jerit Hazel yang turun secara tiba-tiba. Dia mencekak pinggang mencerlung tajam pada mereka bertiga.

“Ayok daddy, monster mommy dah keluar.”

Si kecil menyorok di belakang paha Archer. Mengintai sedikit melihat wajah Hazel yang sudah memerah akibat menahan rasa marah.

“Sayang, biasalah mereka kan masih kec...”

“Haa ya dia orang kecil lagi! Masa awak pergi selama beberapa hari tak balik yang sepahkan rumah, bisingkan rumah siapa lagi kalau bukan mereka.”

Hazel pergi dari situ. Mula mengutip barang-barang yang bertaburan ulah si kecil mereka.

Archer memandang ke bawah. Melihat anaknya yang berambut perang disanggul tinggi. Dia duduk mencangkung menyamakan tinggi  dengan anak-anaknya.

“Althan Elthan, what i already said to you.

I'm sorry.

Serentak mereka berdua meminta maaf. Sifat kembar begitulah. Elthan memutar hujung baju yang dipakai. Kedua kepala mereka diusap lembut.

“Bukan dengan daddy, but your mommy.

Althan selaku kakak pada Elthan terlebih dahulu pergi mendekati Hazel. Tidak lupa menarik tangan adiknya.

Archer kembali berdiri. Melipat tangan di di depan dadanya. Tapi riak wajahnya berubah serta-merta setelah merasai keadaan rumahnya seperti dikepung. Terima kasih pada deria rasanya yang amat kuat.

Dia memusing badan melihat pada pintu utama rumahnya. Belum sempat dia ingin mendekati pintu tersebut.

Brakk

Pintu tersebut ditendang kuat terlebih dahulu dari luar. Beberapa orang berpakaian khas bertopeng muka dengan membawa senapang bersama mula memasuki rumahnya.

Mengepung mereka berempat. Althan dan Elthan sudah dipeluk erat oleh Hazel. Archer menghampiri mereka bertiga. Bergabung sekali dengan mereka.

Sh*t!” umpat Archer. Tidak pernah-pernah dia memberitahu lokasi rumah mereka pada orang asing.

“Apa yang kau orang mahukan!”

Lengan kekar mengarah Hazel supaya duduk di belakangnya. Tubuh Elthan Hazel angkat, memandangkan anaknya seorang itu ada trauma akan situasi sebegitu. Althan pula dipegang erat. Mereka bertiga berlindung dibalik badan tegap Archer.

“Serahkan mereka bertiga.”

Suara serak basah salah seorang dari yang mengepung mereka bergema di ruang rumah itu. Mengacu senapang tepat pada Archer.

Fight me first, they're mine!

Archer meraba senjata di pinggangnya. Merasa berang dengan orang-orang itu yang datang ingin mengambil hak miliknya secara tiba-tiba.

“Kau orang semua, siapa yang arahkan hah!”

“Itu tidak penting Mr.Min, kami tidak ingin mencederakan sesiapa sekarang ini. Tapi jika anda berdegil kami terpaksa berbuat demikian.”

“Kesah apa aku!” bidas Archer cepat. Dia bergerak ke tempat yang terdapat telefon kecemasan. Tangannya masih mengawasi orang tersayang.

Memberi isyarat pada Hazel supaya menghubungi seseorang. Kalau tidak difikirkan tentang anak bininya suda lama dia kerjakan orang-orang itu dengan kelebihan dirinya.

Belum sempat tangan putih Hazel ingin mencapai telefon. Satu das peluru dilepaskan dan terkena sipis pada telapak tangannya.

“Kau sudah melebih!”

Archer menjerit kuat. Laju tangannya mengeluarkan pistol keluaran terbaru berwarna hitam dan melepaskan tembakan tepat pada dahi orang yang cuba mencederakan isterinya.

Maka tumbanglah seorang dari mereka yang melepaskan tembakan pada isterinya. Jumlah bilangan mereka memang ramai.

Jika ingin melawan dengan pistol sahaja memang keadaan tidak akan memihak pada Archer. Fikirannya hanya ingin melindungi anak dan isterinya. Dia tidak kisah jika dirinya tercedera. Yang penting keluarganya selamat.

Makhluk berpakaian hitam bertopeng tadi mula melakukan kerja mereka. Melepaskan banyak das tembakan sambil menghampiri Archer. Dia mengelak das tembakan dengan senang.

Archer mengarah Hazel membawa anaknya lari mengikuti pintu belakang. Hazel menggeleng tidak mahu. Dia tidak ingin apa-apa terjadi pada suaminya.

Tapi lelaki itu menegas supaya Hazel pergi dari situ. Malang tidak berbau satu das peluru terkena tepat pada bahu kanannya. Ringisan ngilu keluar dari bibir mulutnya.

Archer sudah tidak peduli. Laju dia melepaskan tiga das tembakan dan tiga orang yang tumbang.

Berpaling ke belakang melihat Hazel yang sudah ditarik kuat. Althan sudah diangkat diletak ke bahu. Jeritan takut darinya kuat kedengaran.

“Kau cederakan mereka! Aku sumpah kau!!”

Archer ingin pergi pada anaknya. Tapi dia jatuh melutut bila peluru terkena pada pada pahanya. Dan tembakan terakhir terkena pada bahagian dadanya. Kebetulan luka besar di badannya belum sembuh sepenuhnya dan tiga das tembakan cukup membuat dirinya tumbang.

DADDY!!!

“Argh!”

“Yak Archer kau okay?

“Noah, aku... aku mimpi dia orang lagi.”

Archer meremas kuat rambutnya. Tertekan memikirkan keadaan keluarganya.

“Alah mainan mimpi saja tu.”

Noah mengangguk kepala setuju dengan ucapan positif dari Theodore. Archer bangun dari kerusinya.

Mengambil sebatang rokok dari kotaknya dan membakar hujung batang itu. Lalu meletakkan di bilah bibir merah jambu miliknya.

“Kau tak faham Theo, tiga tahun mereka hilang tanpa jejak.” lirih Archer. Tanpa mereka sedari Archer sedang mengejek salah seorang darinya.


Mission

Hazel Aurora point of view

Aku memerhati gerak-geri lincah dari anak-anak aku yang sedang berlatih. Dari atas aku melihat mereka.

Pelatih-pelatih lain juga bersama mereka. Perasaan sebak selalu terasa setiap kali melihat wajah putih bersih mereka berdua.

Walaupun mereka masih anak-anak aku. Tapi ingatan mereka dibersihkan. Hanya memori tentang diri mereka sahaja yang tidak dibuang.

Tapi tentang aku dan Archer, doktor yang sudah diarahkan supaya menghilangkan memori tersebut. Fizikal mereka diubah menjadi seperti orang dewasa. Tiada langsung celoteh kanak-kanak dari mereka.

Tiap kali bertembung dengan aku. Hanya muka datar sahaja mereka berikan. Memikirkan hal itu cukup membuatkan aku ingin menangis .

Bayangkan tiga tahun aku disini bersama mereka dikongkong atau lebih tepat dikurung. Tapi aku dengan anak-anak ibarat orang asing. Mereka langsung tidak mengenali siapa diri aku.

Sama seperti pelatih lain, minda mereka di cucikan. Tanpa secebis memori yang tinggal.

“Hazel, Theo nak jumpa kau.” ujar seorang pelatih atasan.

Never mind, aku terlalu malas nak jumpa pengkhianat macam dia.”

Tiga tahun lepas semasa kejadian itu berlaku. Betapa terkejutnya aku bila mengetahui bahawa saudara rapat Archer sendiri dalang semua ini berlaku.

Mereka... terlalu kejam.


MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top