Missing you, Mio Marito...
Ok! First of all- eh, cakap English pula. :v
.
Ok! Mula-mula sekali, Ani cuma mahu memberikan beberapa penerangan dan warning terlebih dahulu. Mohon baca ya? Uwu
.
Sebab kalau korang tak baca, Ani akan bunuh korang! >:3 Ok gurau je. :v
.
♚ Buku ini mempunya unsur romantis dan heart-warmimg jadi ia tidak bagus untuk kesihatan sebab takut akan diabetes. :v
♛ Ini ialah ship Halilintar x Gempa jadi kalau antara kamu semua bukan shippers mereka dan haters mereka silakan meninggal- eh bukan! Silakan keluar. Uwu
♚ No negative comments or mana-mana komen yang boleh menyakitkan hati Ani. Sebab sometimes Ani akan reply nya dengan... Tenang but menyakitkan. 😊 If you understand this...
♛ Dan ini... Merupakan 70% true story but also changes a little bit. Only 30%. Uwu
♚ Up to you nak imagine Gemgem ni genderbend atau still in same.
.
Ok itu saja!
Enjoy!
:D
.
WARN! NO CONTINUE FOR THIS STORY!
SORRY NOT SORRY! JUST 2 CHAPS ONLY! :D
.
AND ALSO WILL BE OOC HERE! :D
.
ALSO~ M CONTENT HERE! UWU JUST A GIFT. I MEAN- HEY! THIS IS HALIGEM Y'ALLS!! X,D
.
.
.
.
.
.
.
Malam itu...
"Esok pagi aku akan bertolak lebih kurang jam 8 pagi..."
Halilintar duduk di atas kerusi sofa lalu menekan butang remote televisyen untuk menonton rancangan televisyen yang ada pada malam itu. Di sebelahnya terdapat sebuah beg bagasi sederhana besar dan sedang diisikan baju oleh Gempa. Sang isteri tercinta.
"Mmm..."
Hanya gumaman kecil yang diterima oleh Si Suami. Halilintar melirik ke arah Gempa lama. Melihat Si Isteri masih fokus mengisi pakaiannya di dalam beg bagasi, Halilintar mengehela nafas.
"Kan ada anak kita bersama akan menemani kau?"
"Mm..."
"Gem.."
Halilintar memandang ke arah Gempa geram. Dia tidak boleh terima kalau Gempa yang sentiasa ceria itu membalas kata-katanya dengan singkat sahaja. Terlalu singkat. Itu bukan perkara biasa bagi Halilintar. Walaupun dia sering lakukan hal yang sama kepada Gempa, tetapi sekiranya Gempa yang melakukan itu, ianya tidak bagi Halilintar. Bukan isu yang kecil.
"Gem... Pandang aku."
Gempa tidak membantah. Dia menolehkan kepalanya dan memandang ke arah Halilintar, Sang Suami yang sudah sekian lama menemani dan menyayanginya. Iris emas dan ruby mereka bertemu antara satu sama lain. Menyampaikan mesej yang ada di dalam diri masing-masing.
"Kau ni... Macam tak biasa pula yang aku selalu kena pergi jauh dan tinggalkan kau."
"..."
"Tapi itu tak bermakna aku akan lupakan kau tahu?"
"... Aku tahu..."
Halilintar memandang ke arah isterinya dengan lekat. Manakala Gempa pula menundukkan kepalanya sebelum dia menghela nafas dan menyambung aktivitinya tadi. Mendapat respon dingin dari Si Isteri, Halilintar mengusap wajahnya geram.
Tidak lama mereka kekal diam, Halilintar pun berganjak dari duduknya lalu masuk ke dalam biliknya dan Gempa untuk tidur. Walaupun masih awal, tetapi Halilintar perlu tidur awal kerana dia akan memandu kereta melalui perjalanan yang jauh.
Gempa memandang sahaja Halilintar masuk dan menutup pintu bilik mereka. Dia kemudian mendesah sedih. Dia terdiam memikirkan sesuatu sebelum akhirnya dia kembali sambung tugasannya dan mengumpul pakaian untuk di-iron.
♟◆•♜♛♚♜•◆♟
Keesokkan Harinya..
"Sayang, bangun cepat. Kita akan teman Papa ni."
Gempa perlahan menggoncang badan anaknya yang masih lena tidur di atas katil. Dan tidak lama menunggu, si kecil mula membukakan matanya. Dia menguap dan mengusap matanya.
"Mama... Perlu ke kita pergi..?"
Gempa tersenyum ke arah anaknya lalu dia mengusap kepala serabai anaknya dengan lembut.
"Mestilah. Sudah, mandi dan bersiap. Papa akan bertolak pukul 8 nanti. Kita akan makan sarapan di restoran yang biasa kita makan ya? Mama tak sempat nak masak ni."
"Nasi sup ya, Mama?"
"Yup!"
"Yaayy! Ok! Saya bersiap sekarang!"
Si kecil pun mula melompat turun dari katil dan berlari menuju ke bilik mandi setelah mengambil pakaian dan tualanya. Gempa hanya tertawa kecil melihat telatah anak bongsunya dan Halilintar. Walaupun anak bongsunya itu kini sudah tiada abang dan kakak untuk menemaninya kerana sedang sibuk belajar di universiti, tetapi dia masih kuat untuk tersenyum. //cuba teka ada berapa ramai ahli keluarga (anak-anak) HaliGem? :v
Gempa bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik anak kesayangannya. Sebaik sahaja dia menutup pintu, dia ternampak suaminya seperti dalam keadaan tergesa-gesa.
"Lintar? Kenapa ni?"
"Kasut aku di mana ya? Aku terlupa aku letak dekat mana..."
"Mm... Tak cuba periksa di tempat biasa?"
"...dekat mana?"
"...rak kasut."
"Argh!! Terlupa pula!"
Halilintar terus berlari menuju ke rak kasut dan mencari kasut yang dicarinya. Tidak membutuh waktu yang lama, akhirnya Halilintar menemuinya.
"Yes! Jumpa!"
Halilintar pun terus membawanya masuk ke dalam kereta. Kini dia sudah bersedia untuk berangkat dan menyertai pertandingan yang sentiasa membawa kemenangan kepadanya.
Namun, masih ada yang seolah tidak mahu dia pergi.
Gempa memandang suaminya yang kelihatan begitu bersemangat sekali. Dia tidak boleh menghalang apa yang disayangi suaminya itu. Itu adalah minat Halilintar. Dan Gempa sudah mengenali Halilintar sejak Halilintar belum menceburi bidang itu lagi. Kerana itu Halilintar terkenal di mata orang. Halilintar sering dapat menaikkan lagi taraf hidup keluarganya dengan selalu mengharumkan nama sekolah.
"Hhh..."
"Mama?"
"Hm?"
Gempa menoleh ke kirinya. Terlihat anak kecilnya sudah siap sedia dan tidak lupa senyuman manis anaknya yang ia dapat dari Sang Ibu. Tapi wajah anaknya itu berubah risau.
"Mama ok? Mama macam... Tak suka je bila Papa kena pergi."
Gempa tersenyum.
"Mama ok, sayang. Jom?"
Gempa menarik tangan anaknya dengan lembut lalu masuk ke dalam kereta ke-2 milik keluarga HaliGem. Sebaik sahaja pintu semua ditutup dan diikuti pagar, 2 buah kereta itu pun mula bertolak.
♟◆•♚♛•◆♟
"Mama?"
"Ya?"
"Boleh saya tanya sesuatu?"
"Sudah tentu, sayang. Tanyalah."
"Mama... Betul-betul tak suka ke Papa pergi?"
"Hm? Kenapa kamu cakap macam tu?"
Gempa menoleh ke arah anaknya sebentar sebelum dia kembali memandang fokus ke jalan raya. Mengikuti kereta suaminya dari belakang.
"Sebab... Mama nampak sedih bila Papa nak pergi. Tak macam selalu. Kali ni Mama macam.. Tak nak ditinggalkan oleh Papa.."
Gempa diam seketika sambil meneruskan perjalanan memandunya. Terdetik di dalam hatinya bahawa betapa hebatnya anak kecilnya itu kerana menyedari perasaan hatinya. Padahal anaknya itulah yang paling kerap menjauh dan tidak berkata banyak selain kakak dan abangnya. Senang cakap anaknya yang seorang itu paling suka menyendiri.
Tapi Gempa tetap tersenyum.
"Mestilah Mama akan sedih. Setelah sekian lama Papa kamu meluangkan masanya bersama Mama, sekarang terpaksa pula berpisah walaupun sekejap."
"Mama... Sayang ke pada Papa?"
Gempa tertawa kecil.
"Kenapa kamu tanya macam tu? Mestilah Mama sayang Papa! Mama saaaaaaayang sangat pada Papa!"
"Tapi.. Bila Papa ajak bermanja dengan Mama.. Mesti Mama akan lari atau mengelak. Nampak macam Mama tak suka pada Papa je..."
"Haih.. Kamu ni. Kalau Mama tak sayang Papa, mesti kamu dan abang serta kakak kamu takkan ada...eh?"
Gempa baru tersedar akan kata-katanya. Aaahhh!! Dia tersilap kata!
Gempa menjeling ke arah anaknya. Kelihatan anaknya memandang pelik dan seolah-olah tidak faham apa yang barusan sahaja Gempa katakan kepadanya tadi. Gempa mengehela nafas. Huh.. Nasib baik dia masih kecil.
♟◆•♚♛•◆♟
Kini mereka sudah tiba di tempat sebelum Halilintar mula bertolak pergi. Ini kerana Halilintar harus mengambil kawannya dahulu di sekolah supaya mereka boleh pergi bersama dan berganti dalam memandu nanti.
"Semuanya sudah siap, Hali."
"Ok. Kau masuk dalam dulu."
Kawan baik Halilintar hanya mengangguk lalu terus masuk ke dalam kereta. Halilintar berjalan menghampiri Gempa yang sedang menunggu di kawasan berdekatan. Di hadapan bangunan khas yang dihuni hanya oleh Halilintar seorang di sekolah itu.
"Mana anak kita?"
"Dia tertidur sebaik sahaja kita bertolak dari restoran tadi."
Gempa tersenyum. Halilintar pula menggelengkan kepala. Sudah saja makan terus mengantuk?
Halilintar memandang ke arah Gempa yang masih lagi dengan senyumannya. Dia dapat melihat sepasang iris yang seolah-olah sedang menahan tangisan dan mahu memaksanya untuk tidak perlu pergi.
"Kau tahu yang kau sepatutnya katakan saja, kan?"
"Eh?"
Gempa dapati tatapan Halilintar berubah. Halilintar memandang Gempa dengan pandangan kecewa.
"Kau... Tak nak aku pergi, kan?"
"Eh?! M-mana ada! K-kan Lintar dah biasa ikuti aktiviti macam ni?? Jadi- mmh?"
Satu kucupan hangat hinggap di bibir Gempa. Gempa kaku dan kehilangan kata-katanya sebaik sahaja bibirnya bertemu dengan bibir Halilintar. Tidak lama mereka bercium, Halilintar menatap wajah Gempa.
"... Katakannya Gem.."
Bisik Halilintar dengan perlahan. Gempa terketar-ketar bibirnya mendengar suara bisikan Halilintar. Matanya mula berair dan ia mengalir dengan perlahan dari kelopak mata dan turun ke pipi. Isakkan tangisan mula kedengaran.
"Isk.. Hiks.. Mmh! A-aku.. Aku betul-betul tak nak kau.. Isk.. Pergii...!"
Gempa cuba mengusap air matanya namun semakin dia ingin cuba menahannya, semakin kuat ia mengalir. Halilintar tersenyum kepada Gempa yang mana senyumannya itu hanya khas untuk Gempa sahaja.
Halilintar menarik tangan Gempa dan membawa Gempa masuk ke dalam sebuah bilik yang tidak begitu jauh dan yang mana Halilintar sempat membukanya dan membawa masuk Gempa lalu menguncinya. Bilik yang gelap, sejuk dan sunyi.
⚠WARN FOR YOU⚠
Btw, this is not the part of the true story btw.
Ani hanya lakukannya untuk suka-suka~ xD
Don't like? Don't read~ Uwu
.
.
.
"L-Lintar! Apa yang kita buat di sini?!"
"Shhh..!"
Halilintar menutup mulut Gempa lalu mendekatkan wajahnya ke leher Gempa. Perlahan dia menarik kolar baju yang dipakai oleh isterinya itu turun sehingga tersergam indah dada dan leher yang putih. Si suami mula tersenyum.
"Nngghh!!"
Gempa mula bergetar kakinya sebaik sahaja gigi taring Halilintar yang setajam vampire itu mengigit lehernya dengan kuat.
Halilintar menggigit, kemudian menjilat dan menghisap leher Gempa seperti seekor vampire yang betul-betul mendahagakan darah.
Tidak lama kemudian, Halilintar menarik wajahnya kembali. Dia melihat 'hasil' nya yang baru sahaja dia tinggalkan di leher isterinya. Dia kemudiannya tersenyum.
Halilintar berpindah wajahnya dari wajah Gempa lalu ke telinga Gempa. Digigitnya sedikit kuat sehingga meninggalkan kesan gigitannya di situ.
"Akh! A-apa yang kau buat tu..?"
"Meninggalkan kesan."
"K-kesan..?"
⚠END WARNING Y'ALLS~⚠
ENJOY THE CONTINUE! UWU
Halilintar kembali memandang ke wajah Gempa. Dia mencium bibir isterinya kembali. Tidak terlalu lama, Halilintar pun menarik kembali wajahnya lalu membuka pintu bilik kecil itu. Mereka keluar bersama dari situ.
"K-kenapa kau buat macam tu..?"
Gempa melirik ke arah suaminya yang masih tidak berhenti dari tersenyum. Tangan Sang Isteri masih digenggam olehnya.
"Cuma mahu kau yakin. Aku akan pulang sebelum sempat 'tanda' tu hilang. Trust me, Lyubov."
Gempa kemerahan melihat senyuman yakin Halilintar. Dia kemudian menundukkan kepalanya dan menggangguk. Tangannya yang satu lagi yang masih bebas itu menutup 'tanda' yang dihasilkan oleh Halilintar sebentar tadi.
Kini Halilintar sudah bersedia untuk bertolak. Dia menerima pelukan hangat dari isteri tercintanya.
"Hati-hati ya, Mio Marito."
Gempa menghadiahkan senyuman ceria dan manisnya kepada Halilintar. Halilintar mengusap kepala Gempa dan mencium dahi isterinya.
"Kau juga, Lyubov."
Lalu Halilintar pun masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta yang dipandu Halilintar mula bergerak.
Gempa sempat melambai kepada Halilintar buat kali terakhir sebelum tiba-tiba pula dia menerima 'flying kiss' dari suaminya dan kereta itu pun berlalu pergi. Gempa terpinga-pinga dengan hal tadi.
"Ok...? Flying kiss itu kali pertama aku terima.."
Wajah Gempa sedikit kemerahan. Tapi dia tetap tersenyum senang.
Gempa berjalan menuju ke keretanya lalu terus masuk ke dalam. Sebaik sahaja pintu ditutup, si kecil terbangun dari tidurnya.
"Nnghh?? Papa sudah pergi, ya?"
"Ya. Maaf ya sayang. Mama tak sanggup nak kejutkan kamu..."
Gempa mengusap kepala anaknya perlahan. Si kecil hanya tersenyum dan mengangguk. Gempa tidak mengambil masa yang lama, lalu dia terus menghidupkan enjin kereta dan mula memandu keretanya pulang ke rumah.
♟◆•♚♛•◆♟
Malam itu...
Si kecil sedang bermain telefon Gempa dengan membaca beberapa.. Cerita? Tapi tidak begitu lama sehingga dia tersedar bahawa ibunya itu lain dari biasa. Senyap dan diam dalam melakukan kerjanya.
Si kecil tidak mahu mempersoalkannya. Kerana dia sering mendengar cerita dari si ayah bahawa ibunya itu seorang yang sering berahsia dan sering mengelak dari berkata jujur walaupun hal itu amat penting baginya.
Teringat kembali di saat Gempa menjemputnya dari kelas tusyen tadi. Senyap dan tidak berkata apa-apa. Dan hanya menjawab singkat jika ditanya. Pada awalnya si kecil itu tidak tahu apa-apa setelah dia teringatkan hal pagi tadi.
Mungkin banyak rahsia yang Gempa simpan dengan baik, tapi rahsia kali ini tidak. Perlahan si kecil membuka contact yang terdapat di dalam telefon. Dia mencari nama ayahnya namun tiada. Kemudian dia terjumpa satu nama aneh.
'Mio Marito⚡😊💞'
Kerana firasat yang kuat, si kecil itu pun menekan nombor itu. Dia dapat mendengar bunyi talian. Dan tidak butuh waktu yang lama, kedengaran suara familiar di telinganya.
"Helo? Kenapa Gem?"
Si kecil tersenyum. Dia pun terus menghulurkan telefon kepada Gempa yang sedang melipat pakaian.
"Eh? K-kenapa ni? Siapa??"
"Mama cakap je!"
Gempa terpinga-pinga apabila anaknya menghulurkan telefon kepadanya. Dan tanpa banyak soal, Gempa menerimanya dan meletakkan telefonnya di telinga.
"H-Helo..?"
"Helo? Gem? Kenapa? Kau sudah rindu aku ya?"
Jelas kedengaran suara Halilintar di hujung talian. Bibir Gempa perlahan mengukirkan senyuman. Senyuman gembira. Gembira kerana dapat mendengar suara suaminya semula.
"Ah! Uhmm.. M-mana ada! Eerr... Lintar.. Sudah sampai?"
Gempa kelihatan sedikit malu-malu bertanya. Dan Halilintar pula tertawa di hujung talian.
"Ya... Aku sudah sampai. Ni tengah makan ni. Kau sudah makan?"
"Uhmm.. Sudah. Macam mana? Semuanya baik-baik sahaja?"
"Heh, mestilah.."
Si kecil tersenyum melihat dan mendengar suara ceria ibunya dan ketawa riangnya. Perlahan dia turun dari sofa lalu berjalan menuju ke biliknya. Kedengaran Gempa masih bercakap dengan Halilintar dengan ceria sekali.
Klik.
Pintu bilik ditutup. Namun ia tidak sesekali menghentikan perbualan antara HaliGem.
"Buat yang terbaik ya..? .... Mio Marito..."
Gempa dapat mendengar dengusan ceria dari Halilintar. Dia membayangkan wajah Halilintar yang sedang tersenyum hangat.
"Hey Gem..?"
"Y-ya?"
"Bila aku balik nanti, pastikan yang kau sudah siapkan diri. Katil sudah dihias dan bilik sudah sejuk suhunya."
"Eh? K-kenapa pula..?"
"Sebab... Kita akan 'main', Lyubov~"
♟◆•♛♚•◆♟
.
OKEEEEEEEEE SUDAH SIAP!! XD
.
Like Ani kata, :v 30% jalan ceritanya diubah dan ditambah. Tidak lupa dipotong. Sebab kalau yang 100% punya ia terlalu sweet- :v //heh
.
Ok itu saja! Tiada sambungan! XD
.
Mungkin cerita akan datang juga akan dipublish sebab... Memang ada HaliGem Married Couple di dunia sebenar in yang sentiasa memberikan Ani inspirasi. Uwu
.
Dan ianya ibu dan ayah Ani! XD Ayyeee~
And of course ibu Ani perempuaaann!! >:v
.
Ok itu saja! Byeeee!! 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top