1) flashback

" Pang !! ". Satu tamparan hinggap di pipi Bong Hee . Bong Hee jatuh tersungkur akibat tamparan yang kuat dari Jungkook . Dia memperoleh kekuatan untuk bangun , dia tidak menyangka bahawa suaminya yang sangat manja dan penyayang berbuat demikian

. " Awak , percayalah saya , saya tak pernah buat semua tu , apa yang awak tengok bukan macam tu , saya berani bersumpah saya tak tahu pun siapa lelaki tu dan tu bukan saya . " Bong Hee cuba memperjelaskan segalanya .

Dia tidak tahu siapa yang cuba merosakkan rumah tangganya tapi dia yakin bahawa itu bukan dirinya . " Dahlah cukuplah , kata kata kau semua tu palsu , aku taktau pulak yang kau ni perempuan murahan " .

Kata kata Jungkook sangat menyakitkan hati Bong Hee . Dia merasakan yang Jungkook tidak mempercayainya lagi . Namun , dia akan terus mencuba . " Awak , tolonglah percaya saya , saya tak buat semua tu , itu semua tak betul . " .,. " Kau tunggu sini .." Jungkook naik ke atas dan mengambil semua pakaian Bong Hee dan memasukkan ke dalam beg .

" Kau keluar dari sini , aku taknak tengok muka kau lagi . "

" Awak , apa ni ? ". " Keluar ! Aku taknak tengok muka kau lagi " . Jungkook menolak dan menendang perut Bong Hee . Dia tidak tahu bahawa Bong Hee sedang mengandung .

Bong Hee hanya menangis dan menahan kesakitan . " Awak , tolonglah . Saya mohon percayakan saya " Kata Bong Hee sambil memegang kaki Jungkook . Dengan perasaan marah , Jungkook menyepak dan mengheret Bong Hee sampai ke pagar .

" Eh , kau ni tak faham bahasa ke ?! . Kan aku kata berambus , dasar perempuan tak ada harga diri , rumah aku bagi , makan pakai semua aku sediakan , tapi macam ni kau buat ?! Kau tahu tak , kahwin dengan kau adalah satu kesilapan yang besar pernah aku buat "

Lalu Jungkook beredar dari situ dan menutup pintu . Bong Hee menangis teresak-esak dan keluar dari situ dengan keadaan yang sakit .

~ end of flashback ~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top