Bab 2
WAKTU MALAM
Ame elok sahaja berada di mini meja DIY yang dibeli oleh Darwish menyemak setiap kerja rumah.Walaupun masa cuti masih lagi panjang tetapi memang tidak dia menyiapkan kerja rumah seperti Keysha,Syah dan Yanna.
Darwish yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan siap pakaian tidurnya, bergerak ke arah Ame yang masih kusyuk dengan kerja rumah.Sempat sahaja dia mengeleng kepala kerana susah untuk melihat pelajar sibuk menyemak kerja rumah awal percutian.
"Kusyuk sangat nampak." tegur Darwish
Ame tidak menjawab malah sempat lagi menyumbat telinganya dnegan earphone.Lantaknya untuk menahan sakit asalkan tiada suara daripada manusia atau syaiton mengacaunya menyiapkan kerja.
'Patutlah abang-abang dia langsung tak pelik kalau minah ni kerap sumbat telinga sambil buat kerja.' desis Darwish
Darwish terus mengeluarkan kerja rumahnya juga kerana tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada hal sekolah sahaja.Sekurang-kurangnya tidaklah kelam kabut sangat sekiranya ada hal mustahak.
Hampir dua jam bertentang mata pada buku, akhirnya kedua-dua menutup sebelum menghela nafas panjang.Itu cukup bagus semua kerja rumah yang diberi telah siap tanpa tertangguh sebelum sekolah buka semula.
"Awak." panggil Ame
Darwish menandang wajah Ame sambil menompang dagu.Sungguh dia berasa sedikit lega dapat menyiapkan kerja rumah namun dalam masa yang sama letih.Mungkin masih lagi untuk membiasakan diri dengan suasana baharu.
"Macam dengan hubungan kita dekat sekolah nanti?" tanya Ame
"Yang kau risau sangat dah kenapa?"tanya Darwish pula
"Bukan risau tapi awak ni lupa ke atau macam mana?Kan ada kawan kita yang tahu status sekarang ni, tak ke jadi satu hal dekat sekolah?" ulas Ame
Darwish terdiam seketika apabila kata-kata Ame ada benar juga.Bagaimana mereka ingin menutup mulut kawan mereka daripada terlepas kata?Itu bernasib baik ada yang sanggup mengahsiakan tentang hubungan nya dan Ame.
"Apa susah?Kita buat macam biasa je lah.Lagipun dengan cara buat macam tiada apa yang terjadi, pasti tiada siapa yang syak apa-apa." cadang Darwish
Ame hanya mengangguk kepala dengan muka ragu-ragu.Bukan dia tidak mempercayai suami sendiri tetapi kalau kawan mereka tu boleh percaya ka?Sudahlah kesemua mulut mereka bukan boleh duduk diam seperti dirinya.
"Jom tidur.Tak baik nak tidur lewat sangat." ajak Darwish
Ame hanya perlu akur sahaja sebelum dirinya ditarik oleh encik suami.Kalau ikutkan hati, mahu sahaja ingin bergusti tetapi mengenang siapa dihadapannya, terus sahaja tidak jadi.
"Bukan lewat mana pun.Kecoh betul atok sorang ni." rungut Ame dengan perlahan
Rungutan itu cukup perlahan untuk sesiapa mendengar kecuali seorang makhluk sudah berdiri sambil bercekak pinggang.Siapa lagi yang berada disitu tidak lain dan bukan lagi Darwish AkA suami paling kerek pernah dirinya jumpa.
"Apa kau kata?Ulang balik ayat kau tu." pinta Darwish
Ame tidak mengalih belakang kerana sudah pasti muka Darwish menyeramkan walaupun tidak seseram wajah Yanna apabila menjadi seorang psiko.Laju sahaja tangan kecil itu menutup mulutnya kerana tidak menyangka suaminya masih belum berada diatas katil.
"Tak ada apa pun.Awak salah dengar tu." nafi Ame
Hilang terus tubuh kecik Ame apabila Darwish semakin dekat dengannya.Dalam diam mahu sahaja ingin menghambur ketawa apabila melihat tingkah si isteri yang kelihatan comel.Dia tidak terasa mana pun dengan rungutan itu tetapi sengaja ingin mengusik gadis itu.
'Kalaulah yang jadi isteri aku adalah Ika, sudah pasti bertambah bahagia.' getus batin Darwish
Bukan dia tidak cuba tetapi sukar untuk melupakan cinta pandang pertama kerana hanya teman sepermainnya itu berbeza daripada yang lain.Namun, dia cuba untuk membuat Ame gembira walaupun dirinya tidak mampu untuk mengembirakan hati tuan sendiri.
"Daripada aku fikir pasal benda mengarut, lebih baik aku pergi cari minah tu.Entah-entah pergi sorok dekat bilik stor rumah sebelah?" omel Darwish sebelum membuka langkah
Manakala Ame elok sahaja menyorok dalam bilik kosong.Kalau pergi rumah jiran sebelah, tidakkah itu akan menjadi tempat pertama Darwish mencarinya.
'Macam manalah aku boleh lupa mamat kerek tu boleh dengar walaupun aku ni cakap perlahan.Nasib aku lah jawabnya.' desis Ame
Menyesal dalam hati ada juga kerana lupa dirinya bukan lagi anak dara tetapi isteri orang.Nasib baik sahaja lelaki itu tidak menyentuhnya, kalau tidak sudah pasti menjadi bahan usikan Keysha,Syah dan sudah pasti Yanna.
"Sementara tunggu mamat tu menyerah, ada baik aku tidur dulu.Lagipun esokkan aku kena ikut mamat tu pergi jumpa sepupu sebelah baba dia kan?Tapi, diorang boleh terima aku ke?" kata Ame
"Boleh je asalkan kau bukan pilihan daripada nenek aku."
Ame terus menoleh pada suara aneh dibelakangnya.Sesungguhnya dia terkejut Darwish tiba-tiba sahaja muncul dibelakangnya sambil memeluk tubuh.
"Macam mana..?"
"Macam mana aku boleh ada sini?Memang tak perasan ke balkoni bilik kita berhubung dengan bilik sebelah." kata Darwish dengan riak
Ame yang pada mulanya terkejut kemunculan mengejut Darwish, terus sahaja berubah kepada poker face.Terus terang kekadang dia betul-betul ingin menjadikan Darwish sebagai lauk untuk haiwan-haiwan kesayangannya.
'Kalau mamat ni bukan suami aku, memang aku buat lauk sahaja.Suka sangat tunjuk riak tu. Macam lah dia sorang lebih hebat?Aku pun boleh je.' bebel Ame dalam hati
Darwish terus mengangkat Ame dengan spontan sehingga terjerit gadis itu namun tidak mempedulikan langsung.Apabila melemparkan Ame ke atas katil, barulah dirinya baring disebelah sambil tangan menutup mata.
Melihat Darwish dalam keadaan pelik, membuat hatinya berasa risau sedikit.Bukan banyak mana pun risau tetapi masih ada rasa itu.Belum sempat Ame ingin menanyakan pada Darwish, telefon nya berbunyi menandakan ada panggilan masuk walaupun sudah larut malam.
"Siapa yang call?" tanya Darwish
Ame mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum menjawab panggilan ke tempat sedikit jauh. Bukan dia tidak mahu memberitahu siapa tetapi memikirkan rancangan asalnya membuat niatnya terbantut untuk jujur dengan encil suami sendiri.
"Moshi Moshi? (Hello?)"
"Hai, Chiyako ga hanashite iru nodesuga, dare ga imasu ka? (Ya,Chiyako bercakap.Siapa di sana?)" tanya Ame dalam bahasa jepun
Nasib baik sahaja Darwish bukan mahir untuk memahami bahasa Jepun berbanding bahasa Cina.Kalau tidak, memang mudah sangat kena tangkap untuk kali kedua dengan lelaki itu. Cukup-cukup serik apabila memikirkan semula kejadian sebentar tadi.
"Ako-chan ga wasureru no wa hontōni kantandesu ka? Wakarimasen ka? (Mudah betul Ako lupa?Tak kenal ke?)"
Ame mengerut kening nya sebelum memandang nombor yang tertera pada skrin telefon. Sempat dia mengeleng kepala kerana terlupa untuk menyimpan meletakkan nama pada nombor tersebut.
"Mōshiwakearimasenga, ojīchan. Ako-chan wa ojīchan no bangō o hozon suru no o wasurete imashita. (Maaf,atok.Ako terlupa nak simpan nombor atok.)" pohon Ame
"Atoku no sukina mago no hitoride wanai, hahahaha. (Bukan salah cucu kesayangan atok ni, hahahaha.)"
Ame cuba untuk menahan malu kerana atoknya sudah mengusik pada waktu begini.Siapa atok yang dimaksudkan sebenarnya?Dia adalah datuk susuan kepada Ame dan memang hanya dia sahaja tiada siapa kenal kecuali Keysha,Syah,Yanna,abang long dan Afdzim.
"Naze kono yō ni yoru ni denwa suru nodesu ka? Ojīchan ga amayakasa rete sodatta mago o ijitte iru koto o shitte iru to, o bāchan wa okotte imasu. (Kenapa atok telefon malam-malam begini?Marah nenek kalau dia tahu atok kacau cucu manja dia ni.)" tanya Ame dengan pelik
"Nani mo arimasen. Saikin, Ako-chan o nogashimashita. (Tiada apa-apa pun.Cuma rindu dengan Ako sejak kebelakangan ini.)"
"Ako-chan mo ojīsan ga inakute sabishīdesuga, Ako-chan ga doko de satogo ni natta no ka ima demo wakarimasen. Ako-chan demo dekiru ka dō ka wakaranainode, ojīchan ni wa kitai ga motemasen. (Ako pun rindu dengan atok juga tapi sekarang ni masih belum tahu dekat mana Ako jadi pelajar angkat.Harap atok tidak meletakkan harapan tinggi sebab Ako sendiri pun tidak tahu sama ada dapat atau tidak.)" terang Ame
"Ojīchan wa rikai shite iru. Kekkyoku, dokoni ite mo yōshi ni natte irukara to itte, Ako-chan ga min'na o wasurete shimai, Ako-chan no anzen ga obiyakasa reru wakede wanai (Atok faham. Lagipun, jadi pelajar angkat dimana sekalipun, tidak bermaksud Ako boleh lupa semua orang dan keselamatan Ako terancam.)"
Ame tersenyum kecil apabila atoknya sentiasa memanjakan dirinya walaupun umur sudah hampir remaja sehingga adik lelakinya cemburu.Darwish mengecil matanya sambil merenung Ame yang masih lagi leka bergayut pada telefon.
"Ehem!" dehem Darwish dengan kuat
Ame tersentak sebelum membalas jelingan Darwish kerana menganggunya untuk bercakap. Memang jadi masalah sekiranya atoknya tahu dapat tangkap suara siapa yang berdehem kepadanya.
"Ako-chan. Are wa dotchi no koe? (Ako.Suara lelaki mana tu?)"
"Eruku... ojīchan 〜 Ako-chan wa totemo nemuidesu. Ako-chan ga himana toki wa, a ko chi ~yangaojiichan'yaobaachan'ni denwa dekinai. (Erk... Atok~Ako rasa sangat mengantuklah. Boleh tak kalau Ako telefon atok dan nenek apabila Ako ada masa terluang.)" kata Ame sebelum memutuskan panggilan
Pasti dia bakal bertafakur tanpa bergerak dengan atoknya sekiranya menjadi pelajar angkat Jepun.Tidak menjawab soalan atok atau membuat masalah kecil mahupun besar, memang denda menjadi perkara pertama untuknya.
Terus sahaja Ame menjeling tajam pada Darwish sehingga baring atas katil sebelum tidur membelakangi Darwish.Darwish membuat muka sebelum melakukan perkara yang sama juga sambil menutup lampu bilik.
'Sesedap dia je nak jeling aku.Aku buat jadi steamboat karang baru tahu.' gumam Darwish dengan geram
Ame menyelimut dirinya sehingga paras kepala kerana tidak mahu memandang Darwish. Lantaklah kalau Darwish ingin mengatakan dirinya sebagai isteri derhaka ke atau apa sekalipun kerana sudah membuat dirinya menerima hukukam oleh atok sendiri.
'Kalau dapat Jepun, memang orang pertama aku heret adalah mamat kerek tu.' bisik hatinya dengan penuh sebal
SKIP TIME
Ame melakukan kerjanya tanpa mengeluarkan suara akibat tindakan Darwish malam semalam. Isteri mana yang tidak marah kerana dibebel selepas bangun awal pagi namun terpaksa menadahkan teling untuk mendengar leteran itu.
'Nasib aku dapat suami jenis berleter.Tapi aku pun dua kali sama sahaja dengan dia kalau difikirkan semula.' desis Ame
Nasib baik sahaja dia sudah meminta maaf selepas solat Subuh tetapi itu tidak bermaksud suaminya boleh mengelak daripada atoknya nanti.Kalau tidak, sudah pasti sampai sekarang masih lagi dibebel walaupun perkara yang remeh.
"Kau dah siap ke belum?" tanya Darwish
"Bersiap pergi mana?" soal Ame tanpa menjawab pertanyaan Darwish
"Pergi jumpa dengan saudara mara aku sebelah baba." jawab Darwish
Ame mengangguk kepalanya sebelum menyiapkan kerjanya dengan segera.Memang tidaklah dia mahu membuat orang lain menunggu dirinya.Nasib sahaja dia bukan jenis mengambil masa panjang untuk bersiap seperti Keysha.
"Nak bawa apa-apa tak dekat sana?" tanya Ame
"Bawa je lah telekung dengan sehelai dua baju seluar.Takut karang baju kotor ke apa." kata Darwish
Ame mengangguk kepala sebelum menghilang disebalik tangga.Lagipun bukan susah untuk mengemas barang kalau dibandingkan dengan kerja rahsia dia dan kembarnya.Tersilap langkah, pasti semua menjadi haru biru.
Darwish menyambung kerja Ame mengemas dapur kerana sudah pasti isterinya tidak sempat untuk melakukan dengan masa yang singkat.Tambahan lagi, Ame kelihatan seperti tidak sihat walaupun dinafikan oleh gadis itu sendiri.
"Awak buat apa tu?" sergah Ame dengan tiba-tiba
Secara refleks kepala Darwish terhantuk pada kabinet bawah kerana terkejut dengan sergahan sang isteri.Ame terus mengosok kepala Darwish sambil meniup bagi melegakan sedikit kesakitan pada kepala nya.
"Boleh tak lain kali jangan main terjah aku?Kalau aku ada heart attack, macam mana?" tegur Darwish dengan tegas
"Sorry.Lagipun, kenapa awak kemas tu?Bukan ke itu kerja saya?" tanya Ame dengan bersalah
"Memang kerja kau tapi tak salah pun kalau nak ringankan sikit masa kau.Sekurang-kurangnya banyak benda lain boleh siap." jawab Darwish
Ame hanya memandang Darwish sebelum memaling wajah.Tidak betah dia mahu melihat wajah Darwish lebih lama walaupun bukan haram pun.
"Dah siap ke?Atau nak saya tolong sekali?" tanya Ame dengan prihatin
"Dah siap.Tunggu kau memang lama lah." balas Darwish dengan selamba
Ame cuma memberi senyuman paksa walaupun dalam hati memang nak sahaja tambah sakit pada kepala suaminya itu.Pening pula dapat suamu yang jenis cepat sahaja berubah namun tidak bermaksud dia perlu menyerah kalah lagi.
'Bertenang,Ame.Ingat depan kau ni suami bukannya kambing jadian tu.Anggap sahaja depan kau sama dengan kambing yang telah dipanggang untuk makan malam nanti.' pujuk hati Ame
"Yang tercegat dekat situ dah kenapa?Jom gerak sekarang.Karang sangkut pula dekat highway dengan jammend semua." panggil Darwish
Terus Ame mengikut Darwish keluar dari rumah dengan kalut.Nasib baik sahaja lampu semua telah ditutup oleh Darwish sendiri.Kalau tidak, memang melambung bil semua walaupun hanya duduk tidak sampai sebulan lagi.
PAKAIAN AME
PAKAIAN DARWISH
TO UNLOCK THE NEXT CHAPTER, PLEASE COMPLETE THIS TASK:
Voted: 4
Comments: 4
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top