Bab 1- Rancangan
"Kringg!!"sebuah jam loceng POKEMON berbunyi. Shasha membuka matanya yang sepet."Uaahh.."Dia menguap sambil menggeliat malas."Eh,dah pukul 8.00 pagi?Patutlah matahari dah bersinar..."ujar Shasha setelah melihat jam locengnya
. "Nasib baik hari ini Sabtu,kalau tidak sudah lama didenda oleh cikgu.."kata Shasha sendirian sambil membayangkan guru disiplin mendendanya.TIDAK!JANGANLAH IA JADI KENYATAAN! "Hmm,baik pergi mandi,"Shasha lantas mengambil tuala POKEMON nya lalu masuk ke bilik air. ^^^ "Wah,segarnya dah mandi!"
"Aduhai!Lupa pula nak sikat rambut.."ujar Shasha sambil mencapai sikat POKEMON miliknya.Memang fan POKEMON betullah dia ini.. "Hmmm..."Shasha bersenandung sambil menyikat rambutnya. "POKEMON!GOTTA CATCH 'EM ALL!"kedengaran bunyi lagu POKEMON dari telefon bimbit Shasha menandakan ada panggilan.
"Opocot!"latah Shasha. "Hish,siapa pula yang call ini... Kacau sajalah!"bebel Shasha.Jarinya cekap menekan butang-butang telefon bimbit itu.Sebaik saja melihat nama pemanggil,bibirnya terus mengukirkan senyuman.
"Assalamualaikum.."mula Shasha."Waalaikumussalam,boleh saya bercakap dengan Shasha?" Shasha mendapat satu idea.Dia tersenyum nakal.Dia berdehem lalu membuat suara garau."Err,ini ayah Shasha
Maaf ya,Shasha berada di dalam bilik air!"tipu Shasha."Oh,yakah?Maaflah ya pakcik..Bila dia keluar bilik air nanti,suruh dia call saya ya!" Shasha ketawa terbahak-bahak."Hish,mana ada!Wani,ini sayalah.."
"Hah?!Oh,awak tipu saya ya..Nakal betullah awak ini,"
"Hihihi..Tidak sangka awak tertipu!Sorry lah!Bergurau saja.." "Yalah itu..Shasha,jom pergi SOGO hari ini!Ada SALE patung-patung soft toys.." "Hmm,okeylah!Pukul 10 nanti tunggu di depan rumah saya,tau!Kita naik kereta ibu saya.."kata Shasha. "Baik,boss!Itu saja saya mahu cakap..Bye,Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam.."Shasha menutup telefon.Dia lantas turun ke ruang tamu."Ibu!Oh,ibu!Ibu di mana?!"panggil Shasha. "Sini,di dapur!"jawab satu suara .Shasha bergerak ke dapur."Ibu,pukul 10 nanti tolong hantar saya dan Wani ke SOGO!"
"Wani?Siapa itu?" "Ala,Syazwani..Kawan baik saya itu!"terang Shasha."Oh,Wani itu.."kata Puan Sarah sambil terangguk-angguk bagai burung belatuk.
"Pukul 10 kan,okey!"^^^
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top