2: Terangkan
50 votes + 30 comments
"A-awak jangan datang dekat!" teriak Yeon Chanmi sambil menghalakan sekaki payung ke arah Jimin.
Park Jimin perlahan-lahan berjalan mendekati gadis itu. Dahinya berkerut kerana pelik akan sikap Chanmi itu. Bukankah gadis itu tahu yang Jimin ini heronya?
"Awak, saya ni hero awak. Saya keluar daripada mimpi tu sebab nak selamatkan awak tau" ujar Jimin dengan nada memujuk.
"Awak, pencuri kan?!" soal Chanmi lagi.
"Eh, bukan! saya datang ni nak tolong awak" kata jejaka itu.
Tanpa membuang masa Chanmi terus menghalakan payung itu ke arah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Park Jimin.
"Ini saya lah, lelaki yang dalam mimpi awak tadi. Yang selamatkan awak daripada dibunuh tadi" jejaka itu masih belum berputus asa untuk mendapatkan kepercayaan Chanmi.
"Tak akan lah tiba-tiba awak terkeluar daripada mimpi saya?" balas Chanmi dengan nada yang tersekat-sekat.
Perlahan-lahan Jimin menggapai payung yang berada di tangan gadis itu.
"Bawa bertenang, saya pun manusia juga" kata Jimin.
"A-apa yang berlaku ni?" Chanmi semakin keliru dengan keadaan ini.
"Ok, duduk dulu, saya terangkan" kata Jimin sambil meletakkan payung itu jauh daripada Chanmi.
Takut betul, kalau-kalau gadis itu tiba-tiba menyerangnya. Siapa sahaja tidak terkejut waktu malam-malam buta sebegini ada lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah secara tiba-tiba.
"Terangkan cepat. Lepas tu keluar daripada rumah saya" kata Chanmi sambil menayangkan keningnya yang sengaja di kerutkan.
"Apa yang awak mimpi tadi tu, tanpa sengaja dah terkeluar daripada dunia mimpi, dan pembunuh yang cuba tolak awak tadi tu dah ada dekat dunia ni, dia tengah cari awak sekarang, saya pun keluar sekali daripada dunia mimpi semata-mata nak selamatkan awak" kata Jimin.
Ok, jujur sahaja, bukan Chanmi seorang yang keliru dan tidak memahami apa yang berlaku. Anda pun sama sahaja.
"Awak faham tak?" soal Jimin apabila melihat wajah Chanmi yang penuh dengan tanda tanya itu.
Perlahan-lahan Yeon Chanmi menggeleng kepalanya.
"Senang cerita, penjahat yang dalam mimpi awak tadi, akan datang cari awak untuk bunuh awak" kata Jimin.
"Kejap, dalam mimpi saya tadi yang nak bunuh saya tu, Jeon Jungkook. Tak akan bos saya yang kacak tu nak bunuh saya?" soal Chanmi.
"Kalau dalam dunia mimpi, selalunya watak jahat boleh berubah ikut apa-apa rupa, sebab tu orang takut dengan mimpi negeri" kata Jimin.
"Ngeri lah, bukan negeri" balas Chanmi.
"Ohhh"
"Jadi awak ni nak tinggal dekat mana sekarang ni?" soal Chanmi.
"Sebab saya kena jaga kecemasan awak, jadi saya kena tinggal dengan awak lah" balas Jimin.
"Keselamatan lah bukan kecemasan" Chanmi membetulkan penggunaan kata Jimin buat kali kedua.
"Eh! tapi tak akan saya kena tinggal satu rumah dengan awak pula?!" balas Chanmi.
"Awak nak suruh saya tidur dekat bawah jamban ke?" soal Jimin dengan wajahnya dibuat bagi nampak kesian.
"Bawah jambatanlah, jamban tu ada dalam tandas tu" balas Chanmi.
Aduhai, mengapa hero mimpinya selurus ini?
TBC
Soo cerita ni di sambung gaes. HSHS anda akan sakit kepala dengan banyak disebabkan Jimin selalu salah sebut perkataan.
Btw, #Jiminyouareperfect ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top