1: Bangunan

40 votes + 15 comments

"Lee Jeno, saya bukan tak sayang awak tapi, comeback kali ni, Na Jaemin sangatlah mengancam arhh!!" Yeon Chanmi ber- fangirling seorang diri di dalam biliknya itu bersama telefon bimbitnya yang terpasang music video 'Boom' oleh Nct Dream.

Tidak habis-habis dia menjerit seperti orang gila. Walhal, umurnya sudah hampir mencapai 24 tahun.

Dia memandang kearah jam yang terletak di dinding. Alahai, malam ni hujan pula, sejuknya!

"Eh, aku kena tidur! esok nak pergi kerja!" Chanmi mula bersiap-siap untuk tidur.

Dia bangun untuk menutup lampu lalu melompat kembali keatas katil untuk tidur.

Sekejap pusing ke kanan kejap ke kiri. Ingat nak paksa tidur ni senang ke?

Yeon Chanmi berusaha sehabis baik untuk  memejamkan matanya.

"kajian sains mengatakan, kalau kita duduk diam selama lima minit, kita akan mengantuk" kata Chanmi pada dirinya sendiri.

Dia hanya baring di atas katil dan berdiam diri.

Setelah empat minit berlalu, Chanmi mula masuk kealam mimpi.

"Oh, Encik Crush, kacaknya awakk" kata Chanmi kepada crushnya dan bos kepada Chanmi iaitu, Jeon Jungkook.

Jeon Jungkook tersenyum senang kearah Chanmi.

"Sayang, tengoklah, cantik kan?" soal Jungkook sambil memeluk pinggang Chanmi dari arah belakang.

Sekarang mereka berdua berada di tingkat paling atas bangunan pejabat tempatnya berkerja. Mereka berdua sedang ber-dating disitu.

"Iya, sangat cantik" balas Chanmi sambil memandang kearah pemandangan dibawah itu.

Tiba-tiba sahaja bunyi tembakkan dilepaskan. Membuatkan bahu Chanmi terangkat akibat terkejut.

Chanmi berpaling kebelakang untuk memandang kearah Jungkook.

Wajah crushnya itu mula bertukar menjadi bengis, tapi tetap hensem. Hot gitu.

Makin terkejut tiba-tiba sahaja ada lelaki lain datang merentap tangan Chanmi.

"Kita kena lari!" kata lelaki itu.

Lelaki itu menolak badan Jungkook supaya menjauhi Chanmi.

"Lepaskan dia" kata Jungkook seakan-akan memberikan amaran kepada lelaki itu supaya berhenti.

Lelaki itu berhenti berlari sekaligus kaki Chanmi turut berhenti. Mereka berdua berpaling kebelakang.

"Kau nak bunuh dia, kan?" soal lelaki itu kepada Jungkook.

"Kejap, awak ni siapa?" Chanmi menyampuk.

Lelaki itu tersenyum manis kearah Chanmi.

"Saya ni, hero awak" kata lelak itu.

Jeon Jungkook berlari mendekati mereka berdua membuatkan Chanmi takut. Jungkook tu terlalu kacak untuk jadi penjahat kenapa tiba-tiba ni?!

"Baiklah, awak dengar sini, saya akan tolak awak jatuh dari bangunan ni, supaya awak bangun dari tidur" kata lelaki itu.

"Apa awak mengarut ni?" Chanmi menjadi semakin bingung.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu menolak Yeon Chanmi dari tingkat tinggi itu.

Badannya semakin jatuh kebawah! Ini terjun bangunan namanya!

Zrang! Zrang!

Bunyi petir menyambar bumi membuatkan Chanmi terjaga dari tidurnya.

Yeon Chanmi melepaskan nafas lega.

"Nasib baik mimpi je" ujar Chanmi.

Dia turun dari katil dan berjalan menuju kearah dapur, terasa nak minum air pula.

Langkahnya terhenti apabila Chanmi mendengar bunyi benda pecah. Bunyi tu datang dari arah dapur.

Lantas dia mengambil payung yang terletak di ruang tamu. Takut pencuri datang mencuri.

Setelah mengambil payung, Chanmi berjalan ke arah dapur.

Dia membuka lampu dapur dan ketika itu dia melihat figura tubuh seorang jejaka.

"Argh!" Chanmi menjerit.

Lelaki itu berpaling kebelakang, riak terkejut dilemparkan akibat terkejut dengan Chanmi yang tiba-tiba menjerit.

"shh!" lantas lelaki itu suruh Chanmi diam.

"Awak ni siapa?!" soal Chanmi, payung ditangannya itu di angkat tinggi.

Sudah sedia untuk memukul lelaki itu.

"Awak, ni sayalah, hero awak" kata lelaki itu sambil tersenyum.

"Ha?" Chanmi memproses otaknya, wajah lelaki tu, macam pernah nampak.

"Nama saya, Park Jimin" kata lelaki itu.

"Oh! awak ni hero saya yang dalam mimpi tadi!" akhirnya Chanmi ingat.

Eh, kejap, ada sesuatu yang pelik.

"Dalam mimpi tadi?!" suara Chanmi meninggi seratus peratus apabila watak dalam mimpinya tu muncul di depan mata.

"Iya, sayalah tu. Selamat berkenalan, cik heroin" balas Jimin sambil tersenyum lagi.

TBC

Aku tahu cerita ni mengarut. Maafkan saya 😭

Baiklah, macam mana dengan first chap ni? ok tak?


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top