🌸 1 🌸

20 votes + 10 comments

Mata Sung Aecha masih lagi tidak percaya dengan Han Seojun berdiri di hadapannya.

Wajahnya ada iras sedikit seperti Hwang In-Yeop tetapi lain kerana memang seperti terkeluar dari webtoon!

Sekejap!!!

Dia termasuk dalam webtoon ke?

Eh, rasanya sebelum ni kena langgar dengan lori putih baru reborn masuk dalam webtoon sejak bila terma dan syarat berubah ni?

Ah! tolak ketepi dulu semua itu!

Han Seojun berdiri betul-betul di depan pintu biliknya sekarang ni!

Watak yang paling Aecha mahu selamatkan, mahu lindungi,
mahu sayangi,
mahu carikan cinta sejati
mahu buat watak itu dihargai.

Han Seojun!


"Err, kau nak pergi sekolah tak ni? kalau lambat nanti kau kena denda jalan itik dekat padang sekolah" suara garau milik Han Seojun bersuara.

Oh tuhan, macam ni sebenarnya suara Han Seojun.

Sangat-- mencairkan

"Oi! Mandilah sial, kau ni tenung muka Seojun lama-lama tu dah kenapa?" soal abang Aecha yang tua 4 tahun darinya.

Sempat abangnya menyepak punggung milik Aecha semasa gadis itu mahu bergerak keluar dari bilik.

Wah.. sejak abanganya kerja di Jepun memang dah lama Aecha tidak kena penyepak abangnya.



☆☆☆☆

"Kita naik motor ke?" soal Aecha sambil memegang topi keledar hitam yang dihulurkan oleh Han Seojun.

"Kalau kau bangun awal tadi, kita dah boleh jalan kaki pergi sekolah" balas jejaka itu sambil mula menghidupkan enjin motorsikal besar miliknya.

Well.. naik motorsikal sambil peluk watak fiksyen kegemaran bukankah ini satu nikmat?

"Aku sebenarnya tak naklah tegur, tapi kenapa lain sangat perangai kau hari ni?" Seojun mula bertanya apabila Aecha sudah duduk membonceng dibelakangnya.

"Ha? lain? lain macam mana?" soal Aecha sambil pura-pura tidak tahu.

"Kau selalunya tak habiskan sarapan kau. Tapi tadi kau habiskan" balas Seojun.

Ah! semua orang! tengok ni!

Macam mana tak jatuh cinta dengan Seojun yang prihatin?!

Perubahan kecil macam tu pun dia perasan tau!

"Oh, sebab semalam aku terlepas makan malam tengok drama, jadi aku lapar" balas Aecha.

☆☆☆☆

Sung Aecha mengeluh berat apabila membuka buku teks.

"Haih.."

Masalahnya baru semalam dia habis jawab peperiksaan awam. Hari ni dah perlu ke sekolah semula.

Dahlah tiga tahun ke belakang pula tu! Maksudnya dia perlu belajar semua kembali lah benda yang dia sudah belajar?

Mimpi atau bukan Aecha tetap lelah dengan silibus ini.

Aecha merehatkan kepalanya di atas meja sambil matanya memandang ke arah Seojun yang sedang bercakap-cakap dengan sekumpulan pelajar lelaki. Geng dia barangkali.

"Aecha!" suara Guru mata pelajaran matematik memanggil namanya kuat membuatkan gadis itu terkejut lalu berdiri.

"Jawab soalan di depan ni" guru itu memberi arahan.

Aecha berjalan mendekati papan hitam itu dan mula menjawab soalan itu dengan segala ilmu yang telah dipelajarinya.

Aecha telah belajar benda yang sama buat kali kedua memanglah dia boleh menjawabnya. Namun seluruh kelas memandangnya dengan wajah yang tidak percaya.

Begitu juga dengan gurunya yang terkejut melihat jalan kerjanya yang sudah dipermudahkan.

Baiklah, jadi dalam kehidupan Aecha kali ini targetnya bukan untuk tamat sekolah sebab dia sebenarnya dah habis sekolah, bukan untuk menunggu cerita ironman yang baru kerana dua tahun depan endgame, ironman mati.

Targetnya ialah mahu memastikan Han Seojun bahagia dan Aecha juga mahu menyepak punggung abangnya sebelum abangnya berpindah ke Jepun.

Jadi mari mulakan!

Misi Selamatkan Han Seojun dan menyepak punggung abang kandungnya!


TBC❤

《¤¤ Notes ¤¤》

Chapter 1, nampak macam rush sedikit sebab pov Aecha. Personality Aecha ni kelam-kabut, kuat fangirling, banyak cakap dalam hati, muka depan orang selalu control. Tu yang chapter 1 ni macam rush.

Insyallah next Chapter pov readers everything akan jadii smoothh

Relax everyone! Suho, Seyeon, Jookyung belum keluar lagi.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top