Blurb
BLURB – MISI ALMOND LONDON (ARENA YIDIN)
“Peliklah mak. Siti dah terima 15 balang biskut Almond London dalam masa 15 hari kita puasa. Kalau 30 ramadan, mahu 30 balang ni Siti dapat. Siapa ni misteri sangat yang hantar biskut ni pada Siti? – SITI SALIHA.
Siti semakin penasaran. Semenjak berpisah dengan Izhan, dia menerima kiriman kotak berisi biskut Almond London di atas beranda rumah setiap hari satu balang di dalam bulan ramadan.
“Tak payahlah fikir. Dah orang bagi, kamu ambil ajelah. Jual saja sekali dengan hasil tempahan yang kamu dapat. Kalau tak pun, bagi saja pada budak-budak nanti. Ayah anggap orang tu bersedekah dalam bulan ramadan ni.” – PAK CIK HALIM.
Dalam terpaksa, Siti menerima kiriman dari figura misteri itu. Dia meneruskan membuat biskut Almond London yang ditempah pelanggan.
“Saya akan muncul dan menemui awak setelah awak terima 30 balang biskut dari saya. - I.
Hingga masuk 30 ramadan, janji figura itu untuk memunculkan diri hanya tinggal kenangan. Siti akhirnya pasrah, dia tidak akan mengambil tahu lagi akan hal itu. Namun lain pula jadinya apabila Arief, bekas suaminya yang muncul di hari raya setelah dua tahun tidak bertemu. Lelaki itu datang beraya sambil meminta maaf atas kesilapan lalu.
“Maafkan abang, Siti. Abang menyesal. Abang harap kita boleh nikah semula. Lagipun, abang dapat tahu, Siti dah berpisah dengan Izhan.” ARIEF.
Siti dalam dilema. Antara Arief dan figura bernama I, dia tidak tahu harus memilih siapa. Lagi pula dia sebenarnya menunggu figura pengirim kotak misteri kepadanya memunculkan diri. Barulah dia boleh membuat keputusan. Apakah keputusan Siti kali ini?
arenayidin
20 April 2022
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top