Teka-teki.

Bungou stray dogs.

1) Mendengar sahaja namanya, seluruh tubuhmu akan kaku.
Melihat wajahnya, boleh membuatmu gerun.
Melihat bayangnya melintasi kamu, membuatmu memohon agar segera mati.
Dia pandai berjenaka namun jika kamu salah tingkah, berhati-hati nanti kepalamu,dia lubangi.
Mantan dari lima hantu, kuasanya mampu membuat orang lain tidak berdaya.
Dia seorang yang bermisteri, mampu mempredik masa hadapan.
Sentiasa bersedia untuk apa-apa kemungkinan, mantan penopang duo terkuat kerajaan illegal. Bunuh diri adalah hobinya. Sentiasa dimarahi oleh sang ideal.

"Siapa aku?" Dia bertanya. Tubuhnya tersarung kemeja putih yang nyaris sama dengan kulitnya. Satu kot hitam kebesaran tergantung di kedua bahunya. Mata kanannya ditutupi pembalut, begitu juga seluruh tubuhnya. Rambut sewarna kopinya terlihat kusut dan menutupi manik hazelnya.

Siapakah gerangan 'dia' itu?

2) "Diam kau banjingan!" Dia berteriak marah kepada pemuda berambut sewarna kopi di hadapannya. Dia tahu bahawa pemuda di hadapannya sangat berbeza dengan pemuda yang dia selalu berkerja dahulu.  Dia tetap membenci pemuda tersebut. Pemuda itu ingat tiada siapa yang mampu melihat di balik topengnya hanya kerana dia sentiasa tersenyum dan berjenaka.

Pemuda bersurai sewarna senja itu memuntahkan segala sumpah seranah kepada pemuda yang memakai trench coat berwarna coklat pasir di hadapannya. Manik kelabu yang cenderung kepada biru langit pertengahan bulan Ogos itu memicing. Kedua-dua tangan tersarung sarung tangannya digenggam erat. Tempat dia berpijak, retak tatkala dia menggunakan kemampuannya. Sebuah kemampuan yang mempunyai lagi satu peringkat yang mampu memusnahkan sebuah gudang dalam masa seminit!

Siapa namanya?

3) Dia kelihatan dungu namun kuasanya sangat kuat.
Ilusi tiga dimensi, memiliki keinginan membunuh yang dapat dirasai walaupun tidak dapat dilihat.
Sering dilihat bersama di adik.
Berambut jingga dan bermata hazel.
Jaket merah sering kelihatan di pinggangnya.

Siapakah dia?

4)Pemuda yang sering bergaduh dengan si gadis.
Kuasanya tidak diketahui oleh para mafia.
Sering dilihat bersama si gadis dan orang tua.
Sentiasa tersenyum saat membunuh ancamannya.
Berambut jingga kecoklatan yang diwarnakan. Manik hazel yang sentiasa tajam melihat mangsanya.
Sering memakai band-aid di hidungnya atas sebab-sebab tertentu.

Siapakah dia?

5) Gadis yang dikatakan lahir untuk membunuh.
Kemampuannya mampu memotong apa sahaja dengan pedangnya.
Berambut biru gelap beserta manik biru cerah.
Sering memakai kimono merah bercorak bunga berwarna kuning.
Jarak empat tahun dari karakter utama.
Gadis yang mempunyai kisah silam yang agak tragis.

Siapakah gerangan gadis itu?

6) Si pemuda berambut putih.
Kemampuannya mampu mengubahnya menjadi haiwan yang jarang dijumpai, Harimau albino.

Kisah silamnya sangat tragis namun dia tetap optimis.
Membawa si gadis kegelapan untuk mengenali cahaya.
Anak murid kepada 'si suicide maniac'
Merupakan pesaing kepada 'raksaksa hitam.'

Aku pasti, kamu sudah mengetahui siapa dirinya.

7) Adik beradik yang dijumpai oleh si suicide maniac.
Mereka telah melalui banyak perkara tragis bersama.
Bermula dari saat rakan-rakan mereka dibunuh sehinggalah mereka dibawa masuk ke mafia.
Si abang dikenali sebagai 'raksaksa hitam' yang boleh mencarikkan badanmu kepada cebisan.
Sang adik pula tidak mempunyai kuasa namun dirinya dilengkapi dengan kepantasan yang tidak dimiliki oleh orang biasa. Sifat pendiamnya juga membuatnya salah seorang pembunuh terhandal di mafia.

Adik beradik yang mempunyai kisah yang tragis. Siapakah mereka?

Siapa watak kesukaan korang dalam Bungou stray dogs?

Aku punya...

Izumi Kyouka, Yasano Akiko, Akutagawa Gin , Ozaki Kouyou dan Aya Koda. (Perempuan)

(Lelaki)
Nakahara Chuuya, Tachihara Michizou, Kunikida Doppo, Nakajima Atsushi, Nikolai Gogol , Oda Sakunosuke, Edogawa Ranpo, Tanizaki Juunichirou, Fukuzawa Yukichi & Hirotsu Ryuuro.

They are just to awesome! Aku suka gila diaorang!

Korang punya pulak? Bagitau aku kat komen! Bye~

Assalamualaikum.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top