BAB 9
"ENCIK ? Encik okey tak? Nak saya tolong?" tanya Hanis teragak-agak.
Hanis jadi serba salah. Jika ditolong khuatir dimarahinya. Jika tidak membantu majikan Nina itu, nanti dikatakan sombong pula. Apa yang perlu Hanis lakukan? Ligat otaknya memikirkan sesuatu.
"Okey!" jawab Zafril dan terus berpura-pura menekan tubi di situ. Siap buat gaya macho lelaki tough lagi di hadapan Hanis.
Eleh, nak coverline di depan Hanis la tu. Eceh! Acah okey. Padahal tengah menahan sakit dan sebu dadanya tika itu.
(Spontan Zafril push up mcm tikus tu. Blh bygkan keadaan dia màcam mana?)
Hanis tergaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kalau encik betul-betul okey tak apalah. Saya nak sambung mengemas," kata Hanis .
Zafril tidak memberi respon dengan kata-kata Hanis . Masih mahu mengekalkan dengan egonya. Tanpa menunggu lama, Zafril bingkas berdiri dan melangkah pergi dari situ setelah membetulkan bajunya yang sedikit terselak. Mengawal wajahnya yang sudah merona kemerahan.
Hanis pula hanya mengangkat bahu melihat lelaki itu berlalu begitu sahaja. Tanpa menghiraukan lelaki itu, dia meneruskan kerjanya. Dengan niat di hati mahu segera pulang ke rumah Nina. Tidak betah berlama di rumah itu apabila kerap bertembung dengan lelaki dingin tadi.
Tanpa sedar Hanis, Zafril yang bersembunyi di sebalik pintu gerbang masuk ke dapur itu menggosok dadanya. Menyeringai sakit.
Wajahnya diraup beberapa kali. Melepaskan rasa yang dikawalnya tadi sepuasnya.
"Tak guna betul! Mangkuk betullah kau ni Zafril. Malukan diri sendiri depan perempuan . Aduh! Dahlah tu, sempat lagi otak ni berangan mengharapkan perempuan tu sambut aku? Hailah otak, kau dah gila ek? Memang taklah aku nak harap dia buat màcam tu. Malu kot. Dia? Boleh pulak dia mengelak dari sambut aku yang hampir tersembam atas dia tadi. Eh elok pulak dia mengelak tadi. Uish, malu oi! Malu malu malu. Ish, dah dah Zafril Ashraff. Kau kena cool. Kau lelaki. Kau tak tunjuk gelabah. Nanti perempuan tu nampak kau tengah gelabah macam ni, hilang macho kau. Fuh! Okey cool!" Berdecit dia sendirian. Marah pada diri sendiri kerana tak berhati-hati.
Setelah Zafril kembalikan riak macho dan coolnya di situ, dia menapak pergi dari situ menyertai neneknya di ruang tamu. Hari itu dia cuti lagi. Mahu meluangkan masa bersama katanya. Dia tak risau tentang pengurusan pejabatnya kerana ada Zaim, pengurus Jebat Corporation boleh uruskan syarikat.
"Nenek..." seru Zafril dalam nada manja. Dia tak perasan nenek tengah mendodoikan Bandit di situ.
"Ya, Aril..." sahut Zaimah senada.
"Nenek buat apa?" Zafril melabuhkan duduknya di sisi Zaimah, tanpa menyedari Bandit di sebelahnya kerana tika itu anak matanya ralit menatap rancangan yang sedang bersiaran di kaca TV .
Zafril pelik bila soalannya tidak berjawab. Lantas pandangannya di hala ke arah nenek. Sudah tertidur rupanya si tua itu. Tersengih Zafril melihatnya. Baru sahaja dia ingin memegang tangan neneknya, namun matanya tiba-tiba membulat apabila terasa berbulu pada tangan neneknya.
Dan dengan perlahan bebola mata Zafril melorot ke arah tangan nenek. Dengan tidak semena-mena perasaan cuaknya datang. Lalu...
"Arghhh! Kucing!!!" jerit Zafril spontan hingga terlompat kepala sofa telah memeranjat nenek yang sudah ketiduran di situ.
Meow meow...
Bandit mengeow di atas riba Zaimah menegur Zafril.
"Kucing! Argh! Pergi! Pergi! Pergi! Benda bulus aku benci! Pergi!" pekik Zafril apabila Bandit mula mendekatinya.
"Nenek! Dia datang dia datang. Nenek! Tolong!" jerit Zafril membuatkan Zaimah tertawa lucu. Sengaja dilepaskan Bandit dari pangkuannya.
Bandit yang melihat Zafril sudah meloncat turun dari sofa, dikejar oleh Bandit.
(Màcam tulah adegan Zafril tkut kucing)
Tika ini Bandit seakan tersengih jahat dapat takutkan cucu kepada tuannya itu. Habis satu rumah dia mengejar si Zafril.
Hanis yang mendengar bunyi bising itu menjengah ke ruang tamu. Terkedu dia melihat aksi lelaki itu.
Zaimah pula berdekah ketawa di situ. Hilang kantuknya melayan aksi lucu Zafril .
"Parah sungguh. Fobia dengan kucing. Uish! Hahahah!" ujar Zaimah.
***
SRI BANDAR APARTMENT JALAN IPOH, KL.
HANIS yang kepenatan berbaring di atas sofa.
Tidak lama begitu, dia ingin bangkit masuk ke kamarnya. Mahu mandi dan solat. Kemudian tidur kerana dia tak makan malam. Jika lapar sangat baru dia jamah roti sekeping dua. Patutlah tubuhnya keding . Nasib baik tinggi lampai orangnya. Jika tidak, memang tak cantik bila terlalu kurus.
Usai mandi dan solat maghrib dan isyak, Hanis baru hendak terlelap. Tiba-tiba kedengaran pintu rumahnya dibuka. Hanis tersentak. Dalam fikirannya mula merangka perkara buruk. Khuatir jika ada perompak yang mahu merompak rumah itu. Matikah dia jawabnya nanti. Sudahlah dia keseorangan.
"Aduh, kalau betullah tu perompak, matilanak!" Hanis mula resah. Perasaan takut menguasai dirinya.
Dan dia bangun duduk. Kakinya sudah mencecah lantai berkira untuk ke pintu keluar.
Hanis cuba beranikan diri untuk keluar dari situ dan mahu melihat sendiri siapa yang mencuri masuk ke rumah itu.
Dalam suasana kelam sebegitu Hanis masuk ke ruang dapur dalam keadaan terjengkit-jengkit seperti pencuri.
Tika itu dia berjaya mencapai batu lesung sahaja. Capai apa sahaja yang ada.
Dan kini dia kembali perlahan menapak ke ruang tamu. Saat itu dia terlihat bayang-bayang dua manusia di dalam gelap . Hanis memang jenis suka tidur dalam gelap.
Hanis bersiap sedia mengangkat tangannya yang menggenggam ulu lesung itu sama tinggi dengan paras kepalanya.
Kedengaran suara bersosek-sosek perompak itu mencari suis lampu agaknya.
Hanis sudah berdiri 3 langkah di belakang mereka. Dalam kiraan 3, 2, 1...
Tap!
Lampu terbuka. Dan automatik rumah itu terang benderang.
"Heyark!" Hanis mahu menghenyak mereka dengan ulu lesung.
Mereka yang terkejut dengan jeritan itu berpaling serentak. Terkejut bukan kepalang apabila melihat Hanis sudah melayangkan pada mereka dengan ulu lesung.
"Tunggu!" jerit mereka membuatkan Hanis terhenti serta-merta perbuatannya.
Saat mata mereka bertentang Hanis terperanjat.
"Nina? Abang Arin?" Nama-nama itu laju meluncur keluar .
***
"KAU... kalau aku tak jerit tadi, mahu kepala kami dua dah jadi mangsa hentakkan ulu lesung kau tu. Ish, ish..." tegur Nina sambil tergeleng kepala.
Hanis tersenyum sumbing.
"Maaflah. Mana saya tahu yang masuk ke rumah ni awak dengan Abang Arin. Saya sangkakan perompak tadi."
"Kan tadi aku dah bagitahu yang aku nak balik harini. Kau ni... lupalah tu!" ngomel Nina.
"Alah, maaflah. Saya tak tahu." Hanis memuncungkan bibirnya.
Tersengih Nazrin melihatnya.
"Tak apalah. Benda dah jadi. Kalau abang pun akan fikir perkara yang sama bila tiba-tiba ada orang masuk rumah. Hm, dahlah. Tak payah bising-bising dah. Ni, abang nak mandi nak solat isyak. Bilik abang kat mana?"
Nina mula tersenyum kembali.
"Ha, abang tidur di bilik adiklah. Nanti adik tidur dengan Hanis je. Okey?"
"Okey. Hanis okey ke?" tanya Nazrin.
"Ha? Saya? Saya okey je," jawab Hanis seiring dengan senyuman manis ditayangkan.
Nazrin membalas senyuman Hanis membuatkan gadis itu terpana. Bergetar tangkai jantungnya.
"Ha, abang masuk bilik dululah." Nazrin meminta diri.
Hanis dan Nina hanya menganggukkan kepala masing-masing.
Tika Nazrin sudah menghilang dari situ, Nina memandang Hanis.
"So, macam mana kerja? Okey?" tanya Nina.
"Okey. Okey sangat. Nenek baik sangat. Cuma... cucu dia tu..." Hanis tertunduk menekur ke lantai tatkala terkenangkan sikap dingin Zafril terhadapnya sepanjang dia bekerja di rumah agam itu.
Nina tersengih melihat kemurungan Hanis. Lantas bahu gadis itu dirangkulnya.
"Ni mesti sebab dia bersikap dingin dengan kau, kan?" tebak Nina membuatkan Hanis mengangguk mengiakan tekaan gadis itu.
"Hm, macam ni. Kau tak payah pelik dan terasa hati dengan dia. Tuan Zafril tu memang macam tu. Dengan perempuan mana-mana pun dia akan layan sama macam dia layan kau. Dingin. Sebabnya satu je..." Belum sempat Nina menghabiskan ayatnya, Hanis menyampuk.
"Fobia, kan?" Tercengang Nina mendengarnya.
"Mana kau tahu?" soal Nina pelik.
"Nenek bagitahu."
"Oh, patutlah. Ha, kalau dah tahu buat apa kau nak ambil hati dengan layanan dingin dia tu. Ignorekan ajelah sikap MR COLD kau tu. Sebenarnya, dia baik. Dulu mula-mula dia layan aku macam kau juga. Tapi lama kelamaan dia dah biasa dengan aku, dia layan aku macam biasalah. Tak adalah sikap dingin dia tu lagi. Cuma satu je kelemahan Tuan Zafril yang kau perlu tahu. Dia paling lemah dan takut untuk bertentang mata dengan perempuan kecuali nenek Zaimah dia tu," beritahu Nina lebih terperinci tentang Zafril terhadap Hanis.
Namun, apa yang diberitahu gadis itu langsung tidak menarik perhatian Hanis untuk mendengarnya.
"Ah, tak kisahlah dia màcam mana. Bukan ada kena mengena dengan saya pun Kak Nina."
Tergemap Nina dengan respon Hanis. Akhirnya dia terdiam di situ. Hanis pula tika ini teringatkan Nazrin. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada abang angkatnya itu?
***
PAGI menjelma. Penghuni rumah apartment itu mula bangkit awal subuh menunaikan yang wajib terlebih dulu sebelum masing-masing bersiap untuk ke tempat kerja.
Ketika mereka sarapan pagi, sempat mereka bertiga berbual di situ. Nazrin juga kemas bergaya.
Hanis yang tertanya-tanya kekemasan lelaki itu bersuara.
"Abang Arin bersiap kemas ni nak ke mana?" Persoalan Hanis itu membuatkan Nazrin tersenyum. Lelaki itu memang murah dengan senyuman .
Itulah puncanya Hanis mudah terjatuh hati agaknya.
"Oh Abang Arin ada kerja dekat area kl. Kena jumpa client harini," jawab Nazrin.
"Oh nak jumpa client. Hm, Abang Arin kerja apa sebenarnya?" Hanis menyoal lagi ingin tahu.
"Abang ni jadi perunding hartanah. Jadi pelanggan abang nak jumpa abang untuk runding hal jual beli rumah dekat Taiping. Itu yang abang ikut Nina datang sini," terang Nazrin membuatkan Hanis mengangguk faham.
"Ha abang, kenapa pelanggan abang tu tak turun Taiping je? Kenapa diorang nak abang pula yang datang ke sini? Jauh tu," celah Nina yang sejak tadi ralit menikmati sarapan pagi.
"Itulah risiko jadi seorang perunding hartanah. Kena ikut kehendak pelanggan. Diorang nak jumpa dekat mana kita kena pergilah. Tak boleh kata tidak kecuali postponekan temu janji tu. Nak cari rezeki yang halal la katakan, kenalah berkorban sikit," ujar Nazrin.
Dan sepi seketika. Mereka menikmati sarapan pagi.
"Abang, adik pergi dulu. Dah lewat ni. Nanti Tuan Zafril tu nak masuk kerja dah. Tinggal nenek sendirian. Kasihan nenek." Kelam kabut Nina bangkit dari duduknya.
"Ha okey okey. Kenapalah Zafril tu tak ambil pembantu rumah je. Kan senang," kata Nazrin.
"Alah, bukan abang tak tahu majikan adik tu fobia dengan perempuan. Memang taklah dia nak ambil pembantu rumah. Padahal berderet je yang datang nak minta jadi pembantu rumah. Tuan Zafril yang menolak. Yang melamar dia pun berderet tau. Tapi tulah. Semua dia tolak. Tak pandang pun. Gara-gara fobia punya pasal," bebel Nina membuatkan Nazrin tersengih.
Tidak pula pada Hanis. Entah mengapa dia kurang gemar bila dibualkan tentang lelaki dingin itu.
"Macam-macam..." Tergeleng kepala Nazrin.
"Itulah tu. Hah, aku pergi dulu Hanis. Kau jaga rumah elok-elok. Kunci pintu lepas Abang Arin keluar nanti. Ingat tu!" Sempat Nina menitip pesan pada Hanis sebelum ke tempat kerja.
"Baik mem!" seloroh Hanis.
Tergelak Nazrin mendengar gurauan Hanis. Nina mengherotkan bibirnya dan terus berlalu pergi.
Tinggallah Hanis dan Nazrin.
"Ha, abang nak pergi jumpa client dah ni. Diorang dah menunggu. Hanis jaga diri. Kunci pintu tu ye?" pesan Nazrin sama seperti Nina.
"Baik, bos!" jawab Hanis dalam nada berseloroh sama seperti dia lakukan pada Nina tadi. Siap pakej angkat tabik spring dihadiahkan buat Nazrin.
Tersengih Nazrin melayan aksi spontan Hanis.
"Dahlah, abang pergi dulu." Hanis hanya menjawab dengan anggukkan sahaja.
Nazrin bingkas menuju ke pintu utama. Namun, sempat dia menghentikan langkahnya dan kembali pada Hanis. Tercengang Hanis di meja makan tatkala melihat lelaki itu berpatah balik. Ada tertinggal barang ke?
"Kenapa ni?" tanya Hanis.
"Em, malam ni abang ingat nak ajak Hanis dengan Nina makan dekat luar. Jadi korang tak payah masaklah okey!" ujar Nazrin dalam nada ceria.
"Oh okey! Cantik!" balas Hanis dalam senada.
"Good! See you tonight my sweetie girl!" Sempat Nazrin melambai tangan pada Hanis yang dianggap seperti adiknya itu.
Hanis terpegun di situ dengan ucapan Nazrin sebentar tadi. Hatinya berbunga indah. Dan mula membalas lambaian lelaki itu hingga Nazrin hilang dari pandangan.
***
ZAIM berpimpin tangan dengan isterinya Zetty berjalan di belakang Zafril dan Zaimah.
Sengaja hari itu, nenek mahu mereka makan di luar. Kebosanan melanda diri nenek katanya. Jadi diajak semua cucu-cucunya luang masa bersama. Mereka menurut sahaja.
"Ha, Zetty... kamu nak apa? Ambil je. Nenek belanja hari ni," pelawa Zaimah ramah.
"Yeke nenek? Ish, tak payah susah-susahlah." Zetty menolak lembut pelawaan nenek. Bukan apa, dia tak mahu menyusahkan wanita itu.
"Ish, tak ada susahnya. Jom kita masuk ke dalam butik tu. Kamu nak apa? Baju? Handbag? Jom! Biar nenek yang pilih." Beria Zaimah mahu belanja cucu angkatnya itu.
Zetty serba salah. Dia memandang Zafril dan Zaim silih berganti.
"Pergi ajelah kak. Nenek tu kalau dia kata nak belanja, terima je. Kalau akak menolak, nanti dia merajuk dengan akak 44 hari. Jenuh nak pujuk," kata Zafril.
"Ha dengar tu!" sampuk Zaimah menyokong kata cucunya sendiri.
"Kalau tak nak nenek merajuk 44 hari, terima je pelawaan nenek ni." Sambung Zaimah lagi membuatkan Zetty tergelak lucu.
"Yelah yelah yelah . Ambe ikut je kemahuan nenek yo?" Keluar terus loghat ganu Zetty membuatkan mereka yang mendengar tersengih.
"Baik betul nenek malam ni," tegur Zaim setelah menghantar nenek dengan Zetty masuk ke butik pakaian di hadapan mereka dengan lirikan matanya terhadap Zafril.
"Biasalah nenek tu, Abang Zaim. Datang angin baik dia nak belanja orang, màcam tu jadinya."
Zaim hanya membalas dengan senyuman sahaja.
Setengah jam melepak di hadapan butik itu menunggu nenek dan Zetty, tiba-tiba pandangan Zafril tertancap ke arah dua pasangan yang amat dikenalinya. Tergemap dia di situ. Hingga tidak berkelip kelopak matanya merenung ke satu arah.
Zaim yang perasan menepuk bahu Zafril cuba menyedarkannya. Keadaan itu automatik membuatkan Zafril terenjat bahunya lalu menoleh ke arah Zaim.
"Kau menung apa? Sampai naik terjojol biji mata kau tu," tegur Zaim.
"Tak, aku macam nampak Nina," beritahu Zafril. Anak matanya kembali terarah pada dua pasangan yang dilihatnya tadi.
Rancak mereka berbual hingga tidak sedar Zafril dan Zaim di situ. Zaim yang melihatnya mula terperasan, memang itulah Nina dengan tunangnya , Arham. Dan sepasang lagi itu? Siapa?
" Tu Nina dengan tunang dia. Yang belakang tu, bukan ke pengganti Nina yang jaga nenek baru-baru ni?" tanya Zaim.
"Hm, betullah tu," jawab Zafril ringkas. Dek kerana ralit merenung ke arah mereka.
"Tapi lelaki tu siapa? Abang dia ke?" Zaim tertanya-tanya.
"Bukanlah. Tu abang Nina. Nazrin. Nina pernah kenalkan aku dengan Nazrin tu dulu," sangkal Zafril.
"Oh, abang Nina. Boleh tahan kacak orangnya. Mesra semacam je tu." Zaim seakan sengaja mahu perangatkan Zafril.
"Eh, jomlah tegur diorang," ajak Zaim.
"Tak naklah. Biarlah diorang!" Zafril menolak ajakan lelaki itu.
"Jomlah. Nanti diorang kata kau sombong pulak. Kau kan bos Nina tu. Seeloknya kita tegur diorang. Jom!" gesa Zaim.
"Ish, malaslah. Kau ajelah pergi." Zafril masih enggan mahu menyertai Zaim untuk menyapa pekerjanya itu.
Zaim membuat muka geram dengan keengganan Zafril. Pelik betul sikap cucu Nenek Zaimah yang seorang ni. Tergeleng kepala Zaim di situ.
Belum sempat Zaim pergi, nenek dan Zetty yang baru keluar dari butik pakaian terlebih dulu ternampak Nina dan yang lain. Berbual rancak mereka di hadapan butik itu. Yang paling Zafril terkejut, boleh pula nenek ajak Nina, Hanis, Arham dan Nazrin sertai mereka makan malam bersama? Uh, spoil mood ceria Zafril malam itu. Entah mengapa melihat kemesraan Hanis dengan Nazrin itu menimbulkan tanda tidak senang dihatinya.
"Aril! Sini! Tengok siapa yang nenek dengan Zetty jumpa," panggil wanita itu .
Zafril terpaksa memaniskan wajahnya di hadapan neneknya. Tak mahu neneknya bising jika dia buat muka Mr.Coldnya di situ .
Sepanjang makan malam, kelihatan Nazrin berborak rancak dengan Hanis . Zaimah tumpang sekaki. Nina sibuk melayan tunang si Arham.
"Am, you nak makan apa?" tanya Nina.
"I nak ikan bakar tu," pinta Arham dalam nada mengendur antara dengar dengan tidak. Biasalah seorang yang pendiam sepertinya memang sukar hendak mendengar suaranya.
"Okey, I ambilkan untuk you ya dear," kata Nina.
Zetty pula sibuk melayan suaminya.
"Sayang... cuba rasa udang bakar ni, tekstur dia sedaplah. Ada rasa macam jus-jus gitu."
"Wah sedap dengar tu. Suap-suap. Nak rasa!" Zaim sengaja mahu bermanja dengan isterinya.
Zetty dengan senang hati menyuap sang suami. Romantik di situ. Tersenyum Zaimah melihat pasangan yang romantik sebegitu. Terhibur hatinya. Sedangkan cucunya? Takut pada perempuan.
"Hanis? Nak cuba sotong bakar ni? Meh sini biar abang tolong ambilkan," pelawa Nazrin mesra.
"Nak nak!" sahut Hanis senada. Dengan muka teruja dipamerkan membuatkan Nazrin mengulum senyum.
Lantas dua ekor sotong besar diambil dan diletakkan ke dalam pinggannya. Dipotong kecil-kecil dan diletakkan ke dalam pinggan Hanis.
Hanis dengan cerianya terus menjamah sotong itu .
"Sedap, kan?" tanya Nazrin.
"Ha'ahlah. Betul. Sedap sangat. Terima kasih Abang Arin sebab tolong potongkan untuk saya," ucap Hanis.
"Sama-sama..." balas Nazrin yang masih kekal dengan senyumannya itu.
Tanpa sedar, segala tingkah mereka menjadi perhatian Zafril tidak berkalih. Makanan lazat terhidang di hadapan matanya juga tidak menarik minatnya. Seleranya hilang di saat makan beradab dengan Hanis dan yang lain. Jantungnya berdegup laju usah dikata . Entah mengapa dia sendiri tidak mengerti.
"Aril? Makanlah. Tunggu apa?" sergah Zaimah menyentakkan lamunan Zafril.
Wajah nenek di sisinya dipandang. Automatik senyumannya terukir apabila dirinya menjadi tatapan nenek. Zafril Cuba menyembunyikan rasa hatinya dari pengetahuan Zaimah.
"Ha? Nak makanlah ni," sahut Zafril sambil tersengih.
"Meh nenek suap. Rasa ikan salmon bakar ni. Sedap oi!" Belum sempat Zafril hendak menolaknya, nenek sudah sumbat ke mulutnya membuatkan Zafril terkemam makanan itu yang memenuhi mulutnya membuatkan Hanis dan yang lain tertawa lucu.
"Sedap kan?" tanya Zaimah.
Zafril hanya menjawab dengan anggukkan sahaja. Walhal, rasa itu biasa sahaja padanya. Terasa pahit hendak menelan apabila pasangan mesra alam itu masih ditayangkan di hadapannya. Senyumannya juga begitu kelat dipamerkan buat mereka yang tersenyum padanya.
Tika Hanis hendak ke tandas, Zafril pula kebetulan rasa hendak terkucil. Dia meminta diri selepas 3 minit Hanis pergi.
Elok sahaja selesai membuang air, Zafril menatap cermin panjang di dalam tandas itu. Wajahnya dibasuh dengan air hingga puas.
Kemudian kembali menatap cermin yang memantulkan wajahnya sendiri.
"Haish, Aril... kenapa dengan kau ni? Kenapa fikiran kau asyik bayangkan perempuan tu je. Dia nak keluar dengan siapa dia punya pasallah. Apa masalah kau sampai nak tayang muka cemberut màcam tu? Ish! Memalukan betul. Pleaselah. Kau manusia fobia dengan perempuan. Jadi kekalkan karakter tu sampai habis. Jangan tersasar!" marah Zafril pada dirinya sendiri. Cuba menafi keras tentang perasaannya yang bergelojak.
"Hm... fuh! Okey cool. Kau just cool. Dia bukan sesiapa. Forget it!" Zafril mengingatkan dirinya sendiri.
Nasib baik waktu itu tiada orang di dalam tandas. Hanya dia sendirian. Jika tidak, sah orang sangka dia gila sebab bercakap seorang diri.
Tidak lama melangut di situ, Zafril menghela nafas seketika. Dan terus melangkah keluar dari situ.
Dalam waktu yang sama, Zafril yang berjalan gaya ala-ala idola lelaki korporat tersadung pada kakinya sendiri , seperti selalu. Loqlaq betul mamat ni. Dan...
Gedebuk!
Zafril jatuh tersungkur di atas seseorang membuatkan kedua-dua mereka terpaku. Suasana tika itu ibarat membeku. Lagu cinta hadir lagi.
Apa akan jadi? Dengan siapa Zafril jatuh tu? Ops!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top