BAB 8
'DIA... kenapa mesti dia? Dia yang tadi hadir mengganggu tidur aku. Apa sebenarnya yang terjadi dengan diri aku? Kenapa mesti terbayangkan dia? Ah, aku benci dengan rasa ni. Aku benci perempuan. Aku benci! Kerana perempuan telah membunuh rasa cinta aku. Dan aku pasti dia juga sama seperti Izara.
Eh tak! Tak! Dia nampak polos je. Mustahil dia sama macam Izara. Ish! Kalau namanya perempuan, yang baik boleh berubah jadi sebaliknya. Macam Izara. Dulu aku sangka dia baik. Tapi... rupanya... entahlah. Dan tak mustahil juga perempuan ni datang ke sini bertujuan untuk menggoda aku sebab nak jadi kaya cepat macam perempuan lain kat luar sana tu. Bila dah dapat cinta aku, dia campakkan hati aku ke lurah yang paling dalam.
Uish! Tak sanggup aku untuk kecewa lagi. Sakit makan dalam. Tak boleh jadi ni, aku kena halang dia dari terus datang ke sini tanpa pengetahuan nenek. Tapi macam mana?' Hati Zafril rancak berperang dengan perasaannya sendiri hingga tidak sedar dia menjadi perhatian nenek dan Hanis.
"Aril! Oh Aril!" panggil nenek menyentakkan lamunan Zafril.
"Ha ya nenek?" soal Zafril dalam nada mengawal riak ronanya kerana boleh mengelamun di situ bahawa Hanis datang padanya memikat dirinya.
Gila! Itu yang difikirkan Zafril tika itu.
"Yang kamu tercegat dekat situ buat apa? Marilah sini borak dengan kami dekat sini," ajak Zaimah.
"Eh, tak apalah nenek. Tak nak kacau nenek dengan kawan baru nenek tu berbual. Aril nak keluar ke taman mini kejap ya nenek." Zafril menolak lembut ajakan nenek. Tidak mahu wanita itu berkecil hati dengannya lagi.
Sebenarnya Zafril mahu mengelak dari bersemuka dan berbual dengan gadis yang dikenali sebagai Hanis itu sahaja. Sebab itulah dia memberi alasan sebegitu.
"Ril, nantilah dulu," tahan Zaimah membuatkan niat Zafril yang ingin berlalu dari situ terbantut. Wajah nenek dipandang.
"Ya, nenek? Kenapa?"
"Kamu nak keluar ke taman mini, kan? Ni ajaklah Hanis sekali. Bawa dia meninjau kawasan rumah kita biar dia selesa dan tak kekok nanti," suruh Zaimah membuatkan Zafril terkedu.
'Oh nenek, aku nak mengelak dari dia. Nenek suruh aku bawak dia pulak? Matai!' desis hati kecilnya. Tergaru kepalanya yang tidak gatal ligat mencari alasan namun tak ditemui.
"Aril? Tunggu apa lagi? Bawaklah Hanis ni keluar sekali." Zaimah bersuara lagi apabila melihat cucunya masih tidak memberi respon. Tujuannya hanya satu, mahu cucunya itu berkenalan rapat dengan Hanis.
"Ha? Er..." Terkial-kial Zafril di situ. Serba salah.
"Tak apalah nenek. Hanis nak tolong nenek. Nanti kalau dah tak ada apa nak buat, baru Hanis pergi kat luar tu." Hanis mencelah setelah melihat cucu nenek itu seakan tidak suka akan dirinya untuk dibawa keluar ke taman sahaja gayanya.
"Eh apa pula macam tu. Pergi ikut cucu nenek tu. Tak apa. Nenek boleh masak di sini seorang. Ringkas je. Tak susah pun. Pergi! Pergi!" desak Zaimah beria-ia mahu Hanis pergi bersama Zafril.
Zafril hanya mengangguk tanda setuju. Terpaksa akur dengan desakan neneknya. Dia menapak mendahului Hanis menuju ke pintu utama.
Hanis terpaksa membontoti dari belakang.
Zaimah pula sudah tersenyum sendiri.
"Harapnya perancangan aku ni menjadilah. Yalah, sampai bila dia nak fobia dengan perempuan, kan? Uh!" Zaimah berbicara sendiri dan tersengih sendiri. Dengan harapan cucunya itu berjaya ditawan hatinya oleh kelembutan Hanis.
***
TAMAN MINI
ZAFRIL termangu sendiri di kolam ikan talapia merah dalam taman mini. Serius riak wajahnya tika itu. Kehadiran Hanis di sebelahnya itu mengundang rasa tidak selesa dihatinya .
Hanis pula tersenyum manis malu-malu. Melihatkan senyuman Hanis , Zafril terus mengambil makanan ikan, dan memberi ikan makan tanpa menghiraukan gadis itu di situ.
"Er... encik? Ni kolam ikan talapia ek?" tanya Hanis sebagai pembuka kata. Malu-malu pada awalnya.
"Taklah . Kolam renang. Nak mandi pun boleh!" balas Zafril dalam nada menyindir membuatkan Hanis tersengih lucu.
"Oh kolam renang. Tapi nampak macam ada ikan je tu," ujar Hanis.
Sungguh Hanis lurus kerana tidak tahu dirinya sedang disindir oleh lelaki itu.
Zafril hanya membatukan diri malas melayan sengihan Hanis. Sebenarnya dia tidak berani menatap mata bundar dan berwajah iras Jepun itu , kerana takut terpukau seperti sebelum ini lagi. Parah jadinya nanti. Sungguh dia takut.
"Dah tahu tanya buat apa?" dingin benar nada Zafril tika itu. Dan terus berlalu ke buaian kecil yang terletak di dalam kawasan taman itu.
Hanis tersentak apabila lelaki itu terus berlalu begitu sahaja tanpa menjawab persoalannya.
"Aku salah cakap ke? Kenapa dia macam marah aku je? Dari tadi aku perasan dia langsung tak senyum pun dekat aku. Bila aku pandang dia terus beralih ke arah lain. Betul kata nenek tadi pagi. Memang terlalu sukar untuk melembutkan hati cucu dia ni. Uh, aku takkan datang ke sini kalau bukan nenek yang desak aku tadi pagi. Suruh aku pujuk cucu dia tu supaya lembut hati dengan perempuan. Dan tak fobia dengan perempuan lagi. Macam mana aku nak buat? Aku manalah pandai bab-bab macam ni..." monolog Hanis sendirian.
Tangannya diangkat ke kepala. Dan jemarinya menggaru-garu kepalanya yang berlapik dengan tudung bawal satin bercorak simetri kebingungan.
Tidak lama begitu, akhirnya Hanis membuat keputusan untuk pergi dari situ. Malu hendak menegur lelaki itu lagi. Nanti disangka dia cuba menggoda lelaki itu pula.
Hanis menghayun langkah melewati di hadapan Zafril dengan pandangan ditundukkan sedikit. Belum sempat langkahannya maju ke hadapan, Zafril menahan.
"Nanti." Suara sergahan itu membuatkan langkah Hanis termati serta-merta.
Hanis memalingkan wajahnya ke arah Zafril di dalam buaian besi . Sedikit pun lelaki itu tidak menoleh ke arahnya.
"Ada apa, encik?" tanya Hanis ingin tahu dalam nada yang masih dilembutkan seperti biasa.
"Ke sini kejap," panggil Zafril dengan tangannya menggamit Hanis agar datang padanya tanpa memandang wajah polos itu.
Hanis hanya menurut tanpa membantah.
"Ya, encik? Saya datang..." Kini Hanis berdiri betul-betul bersebelahan dengan buaian besi itu.
Wajah lelaki itu dipandang menanti butir bicaranya yang bakal diutarakan.
Zafril menghela nafas seketika sebelum memulakan bicaranya.
"Look Hanis, after this please jangan datang ke rumah ni lagi," pinta Zafril tegas membuatkan Hanis tersentak.
"Hah? Tapi kenapa encik? Saya ada buat salah ke? Saya minta maaf encik. Saya janji tak ulanginya lagi. Tapi tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya sayangkan nenek. Dan tugas saya untuk menjaga nenek ada lagi beberapa hari sementara menanti Nina kembali. Janganlah pisahkan saya dengan nenek. Please!" Bertubi-tubi Hanis melalut hingga sanggup melutut di hadapan lelaki itu membuatkan Zafril tercengang.
"Oi, siapa kata saya nak pisahkan awak dengan nenek? Ops, kejap! Tu nenek saya tahu. Kenapa awak pula yang melebih sayangkan dia more than me?" soal Zafril pelik dengan reaksi spontan dari gadis itu yang agak over baginya.
Hanis agak terkilan dengan persoalan lelaki itu. Riaknya berubah mendung.
"Salah ke kalau saya sayang nenek encik? Lagipun, saya teringin nak rasa kasih sayang selama ni saya tak pernah rasa dari seorang nenek. Saya rasa bahagia dengan layanan nenek. Ia mengingatkan saya pada bonda saya dan juga keluarga saya di Yayasan," luah Hanis soal hatinya yang sebenar. Sebak nadanya tatkala teringatkan bonda dan adik beradiknya di yayasan.
Zafril yang mendengar luahan itu memandang Hanis sekilas. Tak berani untuk menatapnya lama-lama. Entah mengapa.
"Nangis ke? Why? Saya cuma tak bagi awak datang sini. Bukan beerti awak tak boleh jumpa nenek." Kata-kata Zafril membuatkan Hanis sedikit tersenyum lega.
Ada sinar kebahagiaan terlukis pada wajahnya .
"Betul ke ni, encik?"
"Hm. Tapi dengan syarat." Zafril mengenakan syarat pula.
Hanis terkedu.
"Syarat? Syarat apa?"
Soalan Hanis tidak terus dijawab oleh Zafril. Dia berjeda seketika. Mungkin sedang merangka syarat-syarat yang ingin dikeluarkan untuk Hanis.
"Ehem! Pertama, awak boleh jumpa nenek tapi bukan dekat rumah ni. Tapi dekat luar sana."
"Oh luar pagar tu ek?" tanya Hanis sambil memandang ke arah pagar rumah itu.
"Bukan. Luar dari kawasan ni. Faham?" jelas Zafril membuatkan Hanis mengangguk faham.
"Itu je?" Soalan Hanis dijawab gelengan oleh Zafril. Tanda belum habis lagi syaratnya.
Terlongo Hanis di situ. Ingatkan satu syarat sahaja. Demi nenek, dia sabarkan jua hatinya.
"Kedua, awak hanya boleh bertemu nenek sebulan sekali sahaja. Faham?" Sambung Zafril untuk syarat kedua membuatkan Hanis termenung sejenak. Memikirkan syarat-syarat itu mampu dipenuhi atau tidak.
"Tapi, encik... kenapa encik tak bagi saya datang ke sini lagi? Apa salah saya? Bagitahulah saya. Biar saya faham. Sebab kalau nak kata Nina nak balik harini, tak mungkin. Pagi tadi dia dah mesej saya bagitahu dia balik lusa. Ayah dia masih di hospital." Hanis tidak puas hati selagi tak tahu sebabnya dia tak dibenarkan ke situ lagi.
"Sebab saya tak percayakan awak," jawab Zafril tanpa memikirkan perasaan Hanis.
Tergemap Hanis mendengarnya.
"Kenapa encik cakap macam tu? Saya ikhlas datang ke sini untuk jaga nenek sebab nak tolong gantikan Nina . Nina perlukan pertolongan dari saya . Kenapa encik cakap macam ni?"
"Mungkin di mulut cakap lain. Di hati siapa tahu? Uh!" balas Zafril sinis. Kemudian dia bingkas keluar dari situ.
"Encik? Encik cakap apa? Saya tak faham." Hanis masih cuba berfikir positif.
Langkah Zafril dimatikan. Dalam keadaan membelakangi Hanis.
"Awak boleh berpura-pura polos di depan nenek. Tapi bukan saya. Saya kenal sangat perempuan macam awak ni nak apa dari kami yang golongan kaya dan mewah ni. Berpura jadi polos dan berlagak suci. Lama kelamaan cuba menggoda saya. Lepastu jadi mem besar dalam rumah ni. Bila dah hidup mewah , saya dicampak jauh. Nenek apatah lagi. Entah-entah ke lombong awak campak sebab masa tu si tua tu dah tak berguna pada awak. Betul kan, macam tu?" dakwaan yang dilemparkan lelaki itu membuatkan Hanis terdiam. Terguris hatinya dituduh sebegitu rupa.
"Kenapa diam? Jadi, betullah apa yang saya cakap?" tebak Zafril masih dalam keadaan membelakangi Hanis.
Hanis tertunduk menekur ke lantai. Saat itu bergayutan manik-manik jernih di hujung alis matanya. Air liurnya diteguk beberapa kali cuba menahan sebak .
"Encik silap besar jika fikir saya perempuan yang macam tu. Saya tak pernah terlintas untuk menjadi kaya. Tak pernah terfikir untuk menggoda lelaki kaya seperti encik sebab saya sedar diri saya siapa. Saya sentiasa berpijak pada bumi yang nyata. Bonda saya tak pernah ajar saya untuk jadi perempuan yang tak bermaruah seperti yang encik fikirkan tu.
Bonda saya dan keluarga saya di Yayasan tu sentiasa mendidik kami menjadi orang yang berguna, berbudi bahasa, menyenangkan orang di sekeliling. Bukan hidup kerja menyusahkan orang. Bonda saya selalu berpesan, sentiasa bersihkan hati dengan ayat suci Al-Quran dan sucikan fikiran dengan perkara positif. Sentiasa berfikir baik terhadap orang di sekeliling kita. Bukan kotorkan fikiran dan hati dengan perkara negatif. Saya tahu semua tu.
Bonda saya dah ajar semua. Encik tak patut fikir buruk pasal saya sampai halang saya dari bertemu nenek hanya kerana berfikiran negatif tentang saya. Sampai hati encik. Encik tak kenal siapa saya. Encik tak patut hina saya macam tu. Kalau encik nak tahu latar belakang saya, encik sepatutnya siasat. Pergi sekolah yayasan yang menjaga saya selama ni. Mereka akan menceritakan semua baik buruk saya pada encik. Kalau begini cara pemikiran encik terhadap saya, tak apalah saya sendiri yang akan angkat kaki pergi dari sini." Hanis meluahkan segala rasa bagi membetulkan prasangka lelaki itu membuatkan Zafril terpempan.
Belum sempat Zafril bersuara, Hanis telah pergi dari situ. Zafril mengeluh sendiri. Kesalkah dia?
***
"NENEK, esok Nina masuk kerja tak?" tanya Zafril malam itu ketika dia sedang bersantai di ruang tamu bersama nenek tercinta.
Bandit? Di dalam sangkarnyalah. Kalau ada di situ mahu menjerit histeria Zafril dibuatnya.
"Entah. Mungkin masuk kot. Ayah dia pun dah boleh discharge hari ni kata Nina tadi siang masa call nenek," bagitahu Zaimah senada.
Anak mata mereka masing-masing menonton siaran yang ditayangkan di kaca TV .
"Em, maknanya kalau Nina masuk, Hanis dah tak masuklah ya?" soal Zafril lagi.
"Entahlah. Tapi kalau dia rajin nak ikut Nina mungkin dia datang lagi. Tapi tadi dari gaya ayat dia tu macam tak nak datang dah sini. Entah kenapa nenek rasa lain macam air muka dia tadi," jawab Zaimah . Dan tertanya-tanya perubahan pada riak keceriaan Hanis siang tadi.
Mendengarkan kata-kata nenek yang berbaur terhidu sesuatu itu membuatkan Zafril menggumam bibirnya. Berharap Hanis tak menceritakan pada nenek punca gadis itu berubah riak tadi.
Zaimah yang menyedari kebisuan Zafril mengalihkan pandangannya ke arah cucunya itu.
"Hm, ni diam je kenapa? Dah mula rindukan Hanis ke?" duga Zaimah membuatkan Zafril membulatkan matanya.
"Ish, mana adalah nenek! Dia tu muda lagi. Tak sesuai dengan Aril. Aril tanya je tadi. Tak ada maksud apa-apapun. Nenek ni suka fikir bukan-bukan..." sangkal Zafril. Pura-pura tertawa.
Zaimah tergelak kecil mendengar jawapan cucunya itu. Bahu Zafril dirangkul manja.
"Wahai cucuku sayang... walaupun nenek baru je kenal Hanis tu. Tapi hati nenek ni kuat mengatakan dia gadis yang baik. Dia tak sama macam perempuan lain yang materialistik tu . Nenek percaya dia mampu menjadi penawar kepada fobia Aril tu," pujuk Zaimah mula memancing Zafril untuk dikenenkan dengan Hanis.
"Ish nenek ni. Ke situ pulak. Tak naklah bercakap pasal jodoh bagai. Lagipun, Hanis tu budak lagi. Aril ni dah tua. Dah 28 tahun. Jauh beza umur dengan dia. Tak sesuailah nek. Dahlah nenek. Tak syoklah bercakap pasal ni," ngomel Zafril. Tak mahu membangkitkan riak tegang di situ. Khuatir neneknya akan merajuk lagi.
Zaimah mengeluh berat. Runsing dengan cucunya yang seorang itu. Asalkan sebut soal jodoh tentu mahu mengelak. Dia tak berniat mahu menyusahkan lelaki itu. Hanya mahu Zafril ada yang menjaganya nanti bila dia telah tiada memandang usianya juga sudah menghitung hari sahaja.
"Aril... boleh tak Aril ketepikan dulu perasaan fobia tu? Aril nak tahu tak kisah Hanis? Kalau Aril tahu, tentu Aril akan rasa sedih dan Aril akan rasa mahu selami hatinya," kata Zaimah membuatkan Zafril memandang neneknya.
"Maksud nenek?"
"Kamu tahu tak, sebelum Hanis datang ke sini... sebelum dia jadi adik angkat Nina... banyak dugaan perit yang dia lalui lepas dia keluar dari rumah yayasan tu."
"Mana nenek tahu? Entah-entah dia tipu nenek ke sebab meraih simpati nenek. Who knows? Nenek jangan mudah percaya dengan orang. Banyak kes penipuan dan scammer zaman sekarang ni," balas Zafril selamba.
"Ish kamu ni. Ada pulak fikir macam tu dekat Hanis. Hanis tu budak baiklah. Kamu ni. Nenek tahu kisah dia melalui Nina tau. Bukan Hanis yang bongkarkan sendiri kisah hidup dia," terang Zaimah membuatkan Zafril mengangguk faham.
"Hm, Nina bagitahu nenek... sebenarnya Hanis tu..." Zaimah mula menceritakan apa yang terjadi terhadap Hanis sehingga dia ditemui pitam di tengah jalan membuatkan Zafril terkejut.
Saat itu dia mula rasa bersalah kerana menuduh Hanis yang bukan-bukan. Termangu dia sendiri.
"Sebab tu nenek teringin sangat nak tengok Aril dengan dia bersatu. Aril lindungi dia dari kekejaman tu. Nenek percaya kamu akan bahagia dengan Hanis. Sebab nenek tahu Hanis seorang gadis yang luhur. Sopan tingkahnya. Lembut tutur bicaranya. Dan segala kata-kata yang terluah dari bibirnya tentu akan menyenangkan hati sesiapa saja yang mendengarnya. Hanis takkan sesekali menyakiti hati orang di sekelilingnya. Nenek senang dengan dia. Nenek suka dia. Hari pertama dia datang ke sini, dia malu-malu dengan nenek. Bahasanya yang lembut tu menawan hati nenek. Cuma sekarang ni, nenek risau dia tinggal sendiri tu. Risau kalau orang tua angkat dia tu kembali cari dia dan seksa dia lagi lepas diorang dah bebas nanti... hm." Kedengaran jelas nada susah hati Zaimah mengenangkan nasib Hanis nanti.
Zafril hanya membatu di situ. Mungkin fikirannya mula ligat memikirkan semula kata-kata dan cerita neneknya tentang Hanis tadi.
***
HANIS melamun di jendela kamarnya. Wajah-wajah orang yang dirinduinya mula terlayar di ruang matanya. Bibirnya mengukir senyum .
"Aku rindu korang semua... Lia? Mysha? Bonda? Adik-adik semua... aku rindu korang." Hanis mencebik rindu.
"Memang nasib anak yatim macam ni ke? Orang kaya akan berfikiran buruk tentang kami macam ni. Dan layan kami dengan hinanya. Hina ke bila aku jadi anak yatim piatu?" Hanis pejamkan matanya. Memendam rasa pilu sendiri.
Tanpa sedar, dia terlelap di situ.
Manakala, Zafril pula termangu sendiri di atas katil terfikirkan Hanis. Bukan apa, terkenangkan layanannya terhadap gadis itu. Melampau. Itu yang dia rasakan.
"Apa yang perlu aku lakukan? Aku pening..." Akhirnya Zafril turut terlena dek kerana penat memikirkan perkara yang membelenggu jiwanya.
***
ESOKNYA, Zafril kedengaran semula suara nenek menyeru namanya seperti biasa.
Tersengih Zafril mendengarnya.
"Suara laungan ni yang aku rindu selalu. Nenek... nenek... untung aku pujuk dia. Kalau tak, tak dengarlah laungan suara dia tu macam selalu. Galau hati aku ni kalau tak dengar suara dia sehari..." Termangu dia sejenak. Kemudian dia memandang ke arah readers.
"Apa pandang-pandang? Jangan salah faham ya. Saya dengan nenek memang manja terlebih. Jangan fikir naughty-naughty. Tak mau tak mau... jangan jeles ya. Aku ada, kau ada?" Zafril boleh pula bercakap dengan readers.
Setelah bercakap dengan pembacanya, dia kembali fokus pada karakternya.
Zafril bangkit dari pembaringannya. Dan menyahut panggilan neneknya. Kemudian masuk ke bilik air untuk basahkan diri .
Usai bersiap semua, Zafril turun ke tingkat bawah mahu sarapan bersama nenek. Yang pasti pagi itu, tentunya Nina telah hadir.
Meja makan dipenuhi sarapan pagi. Neneknya tiada di situ. Zafril melabuhkan duduknya. Namun anak matanya melingas ke sekitar situ mencari kelibat neneknya.
"Nina? Nenek? Nenek?" laung Zafril menyeru neneknya dan Nina.
"Ya, ya..." sahut Zaimah dengan cerianya dari dapur menyertai Zafril.
"Ha, nenek... duduklah teman Aril break fast," ajak Zafril mesra dengan neneknya.
"Ya nenek duduk ni. Ish, Ish..." Zaimah tergeleng sambil tersenyum melayan cucunya itu.
"Ha, nenek... Nina yang masak semua ni ke?" tanya Zafril ingin tahu.
"Taklah. Nina baru on the way balik dari kampung harini. Ada orang lain yang ganti dia. Nenek pujuk minta dia datang," beritahu Zaimah.
"Siapa?" tanya Zafril.
Belum sempat Zaimah hendak menjawabnya, seseorang muncul dari sebalik dapur. Zafril yang melihatnya terpempan .
"Ha... Hanis?" Tergagap Zafril hendak menyebut nama itu. Yelah, memanglah terpempan tiba-tiba gadis itu muncul pagi itu. Sedangkan semalam dia yang menghina gadis itu.
Hanis masih memaniskan wajahnya terhadap nenek. Tidak pula pada Zafril. Zafril tahu mesti gadis itu masih berasa hati dengan tuduhannya semalam.
Dan mereka makan bersama . Hanya kedengaran suara nenek dengan Hanis di situ. Zafril langsung tidak bersuara. Tidak berani untuk bertentang mata dengan gadis itu. Kerana bila menatap mata itu, dia akan terkenang Izara.
Usai sarapan pagi, Hanis mengemas meja makan. Zafril pula terus ke bilik gymnya. Zaimah membontoti Hanis ke ruang dapur. Mahu membantu Hanis.
Lama juga Zafril di dalam bilik gym merenggangkan segala ototnya. Lalu Zafril yang kepenatan melangkah keluar dari situ mahu mencari air.
Ketika Zafril ke ruang dapur, dia terlihat Hanis sedang mengemas dapur sendirian. Neneknya pula mungkin menunggu di ruang tamu. Bermain dengan Bandit kesayangannya itu.
Kekok bagi Zafril dengan suasana itu bila hanya berdua dengan Hanis. Hanis mungkin tidak menyedari kehadiran lelaki itu di situ.
Zafril cuba beranikan diri untuk berlalu ke peti sejuk untuk mengambil air. Dia terpaksa melewati di belakang Hanis membuatkan gadis itu terperanjat. Lantas Hanis menoleh memandang Zafril. Terkedu. Namun tidak lama begitu, Hanis tertunduk.
"Maafkan saya, encik. Saya tak berniat nak langgar arahan encik yang tak bagi saya datang. Tapi nenek yang pujuk saya minta saya datang juga. Saya tak sampai hati. Tapi saya janji, sekejap je. Lepas siap kemas semua ni saya terus balik. Maaf kalau kehadiran saya ni mencemarkan permandangan encik dan buat encik rasa tak selesa. Maaf," jelas Hanis tidak mahu lelaki itu salah sangka dengannya lagi.
Serba salah pula hati Zafril tatkala mendengar permohonan maaf dari gadis itu yang bersungguh-sungguh. Zafril meneguk minuman sebelum menjawab permohonan maaf dari gadis itu. Hanis masih lagi kaku di situ.
Setelah puas minum bagi menghilang rasa haus, Zafril memandang Hanis sekilas.
"Hm, saya bagi awak masa seminggu untuk buktikan yang awak jujur dan ikhlas nak jaga nenek. Bukan sebab niat lain." Lain yang ingin dia katakan, lain pula yang terluah dari bibirnya . Zafril sendiri tergagu di situ dengan apa yang dikatakannya.
"Terima kasih, encik. Tapi, harini je saya datang. Esok saya dah tak datang sebab Nina dah mula masuk kerja. Jadi encik tak perlu risau lagi. Sebab lepas ni encik takkan jumpa saya lagi," kata Hanis.
"Apa-apa ajelah," balas Zafril. Acah ego.
Tika dia hendak menyimpan air di dalam peti sejuk, dengan tidak semena-mena botol air terlepas dari tangannya dan jatuh berkecai.
Zafril tercengang. Begitu juga Hanis.
Kelam kabut gadis itu membantu Zafril untuk mencuci kaca dan air yang tertumpah di situ.
"Encik tunggu di depan. Saya akan cuci semua ni," pinta Hanis.
"Tak apalah. Saya boleh cuci sendiri. Dahlah, tepi," usir Zafril lalu kain di tangan Hanis di capai dan mula kerja mengelap lantai.
Hanis hanya terpaku di situ. Terasa hati dengan kedinginan lelaki itu melayannya.
Seusai mengelap lantai dan menyapu buang kaca botol yang pecah tadi, Zafril ingin berlalu ke ruang tamu. Malangnya, dia terpijak kain yang dia lap lantai tadi menyebabkan dia tergelincir. Automatik tubuhnya terasa bagaikan melayang di hadapan Hanis. Hanis tergemap melihat adegan itu.
Tika Zafril dalam keadaan terasa tubuhnya melayang dan di awang-awangan mula mengharapkan seperti adegan di dalam drama bahawa sang heroin menyambut sang hero yang hampir tumbang.
Dan...
Gedebuk!
Wajah dan tubuh Zafril sudah mendarat elok di atas lantai mozek dapur. Seluruh abdomen perut dan dadanya terasa sakit dan sengal. Biul otak dan sebu dadanya.
"Encik? Encik okey tak?" Kedengaran suara panik Hanis menyapanya.
Zafril menahan riak malunya sehabis mungkin. Disangkanya Hanis akan menyambut tubuhnya. Ternyata, gadis itu mengelak dari menyambut tubuh Zafril yang hendak tersembam di hadapan gadis itu tadi.
"Pft!" Zafril berdecit sendiri. Malu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top