BAB 7

"EHEM! Kamu buat apa kat sini?" tanya Zaimah yang baru keluar dari pintu masuk hospital itu menyentakkan Zafril.

Barulah Zafril tersedar tujuan utama dia ke situ. Melihatkan seraut neneknya di situ, terus sahaja tubuh si tua itu dipeluknya erat.

"Ha nenek... katanya nenek sesak nafas? Betul ke? Aril risaukan nenek... tak senang duduk Aril dibuatnya. Kenapa nenek boleh sesak nafas ni? Nenek buat apa hari ni sampai sesak nafas? Jangan cakap hisap vape lagi?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Zafril membuatkan Zaimah tercengang.

Zafril terlupa bahawa dia bukan sahaja berdua dengan neneknya. Tanpa sedar sikap terlebih risaunya itu menjadi perhatian Hanis.

'Mungkin dialah cucu nenek agaknya?' desis hati kecil Hanis.

"Eh, kamu merepek apa ni hisap bep bep . Nenek tak hisap bep bep tu la!" nafi Zaimah.

"Bukan bep bep. Vape." Zafril perbetulkan ayat neneknya.

"Ah, asalkan bunyi sama bep bep belakang tu. Kamu ni jangan sebut lagi bep tu. Malu depan Hanis ni. Haih, ingatkan dah tak pedulikan nenek lagi," ujar Zaimah dalam nada melirih.

"Nenek... siapa cakap Aril tak pedulikan nenek? Nenek yang merajuk dengan Aril. Tak nak bercakap dengan Aril. Aril okey je. Ni nenek dah okey ke?" Zafril meleraikan pelukannya.

"Dah tu nenek depan mata kamu sekarang, takkan tak tahu?"

Zafril membelek neneknya atas bawah, semua okey sahaja pada matanya.

"Habis tu, katanya nenek sesak nafas?"

"Tu tadi. Ni dah okey. Cuma penat berjudo dekat bilik gym kamu tu," jawab Zaimah dalam nada mengendur.

"Nenek... kan Aril dah cakap nenek tu tak berapa sihat sangat. Jadi janganlah nak acah kuat sampai nak berjudo bagai. Tengok, kan dah sesak nafas," ngomel Zafril.

Hanis menggumam bibir.

'Kaki bebel juga rupanya cucu nenek ni. Hm...' monolog Hanis di dalam hati.

"Judo tu kan senaman otot. Boleh kuatkan otot nenek. Kamu apa tahu? Uh!" balas Zaimah. Dengan bibir memuncung apabila dibebel oleh cucunya itu.

"Ha yelah bersenam. Bersenam sampai pengsan?" sindir Zafril. Geram dengan neneknya itu.

"Tu... tu sebab nenek ajar Hanis judo cha cha tadi. Ingatkan nak tunjuk judo versi terkini. Eh alih-alih termengah pulak. Tahu tahu aje dah tumbang," jujur Zaimah siap dengan gaya mimik mukanya.

Dan jarinya disatukan. Nak buat muka comel di hadapan Zafril lah tu. Takut kena omel lagi.

(Sis terbayangkan nenek Zafril ni cakap vape ke apa benda yang berbelit lidah mcm nenek dlm vdeo tu. Vape jadi bep bep.)

"La... patutlah sampai sesak nafas. Adeh nenek ni..." Tergeleng kepala Zafril pening melayan karenah neneknya yang macam-macam ragam itu.

Tersengih Hanis melihat aksi cucu dengan neneknya itu. Terhibur agaknya.

Pada waktu yang sama, Zetty turut keluar ke situ setelah selesaikan pembayaran di kaunter hospital. Mereka semua terhenti perbualan dan memandang tepat ke arah Zetty.

Zetty mendekati Zaim, suaminya. Tercengang. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Aik? Sayang? Macam mana sayang boleh ada dekat sini dengan tuan?" tanya Zetty pelik.

"Nina bagitahu nenek sesak nafas dan dihantar ke hospital. Itu yang kami terus ke sini," jelas Zaim letak duduk perkara sebenar.

Hanis pula hanya membatukan diri di sebelah Zaimah. Segan untuk mencelah. Jadi pilihan yang terbaik menjadi pendengar sahaja.

"Jangan risaulah semua. Nenek okey. Doktor cakap dia cuma penat sebab berjudo lama sangat. Siap menari cha cha lagi." Tergelak Zetty bila teringat apa yang diceritakan Hanis tadi. Lucu.

          Zaimah termalu sendiri. Lalu dia terus melangkah pergi cuba mengawal riak malunya di hadapan cucu-cucunya itu.

         Tergeleng kepala mereka dengan aksi spontan nenek.

         "Ha, kalau tak kerana Hanis, tak tahulah apa jadi dengan nenek," ujar Zetty membuatkan Zafril dan Zaim tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang dikenali sebagai Hanis itu?

           Zafril yang memandang Hanis tanpa riak .

           "Terima kasih sebab dah bantu nenek saya. Siapa awak?" tanya Zafril ingin tahu.

            "Saya adik angkat Nina. Dia suruh saya ganti dia untuk jaga nenek selama seminggu ni," beritahu Hanis jujur.

             "Oh, penjaga nenek rupanya. Saya..." Baru sahaja Zafril mahu beramah dengan gadis itu, tiba-tiba bayangan Izara bersama lelaki-lelaki di Jepun dulu kembali bermain di ruangan mindanya membuatkan ayatnya termati di situ.

              Perasaan terujanya ingin mengenali gadis itu terbantut. Dan fobia terhadap wanita kembali lagi.

               "Ya?" Hanis masih menanti.

                Zafril tidak menjawab. Wajah Zaim dipandang.

                "Abang Zaim, kita balik ofis sekarang. Kak Zetty hantar nenek balik ya, terima kasih." Usai memberi arahan tegas, Zafril terus berlalu ke tempat letak kereta.

             Meninggalkan Hanis termangu sendiri.

                'Kenapa dengan dia tu? Tiba-tiba je berubah riak.' Benak Hanis tertanya-tanya.

                "Sayang balik ofis dulu ya, ling?" Zaim meminta diri.
    
                Zetty hanya menganggukkan kepala tanda mengizinkan suaminya kembali ke pejabat.

                 "Hanis, jom balik. Nenek dah tunggu dekat kereta," ajak Zetty.

                  Hanis hanya mengangguk.

***

IZARA tersengih sendiri kerana berjaya menakutkan Zafril.

          "Baru gertak sikit dah gelabah. Rumah you pun I tak tahu, màcam mana I nak jumpa nenek you? Haih Zafril Zafril... mudahnya you tertipu dengan I. Sekarang you boleh benci dan marah I. Suatu saat nanti I yakin you akan menyembah kaki I dan merayu dekat I untuk terima cinta you semula. Kita tengok saja nanti." Izara melangut di balkoni rumahnya.

           Tanpa sedar ada tangan melingkar elok ke pinggangnya membuatkan Izara terperanjat kecil. Dan dia memalingkan wajahnya.

             Wajah Fahri yang terhidang di ruang matanya tika itu bersama senyuman manis terhias pada bibirnya untuk Izara.

              Malangnya senyuman itu hanya dibalas jelingan oleh Izara. Lantas tangan suaminya yang sudah melingkar pada pinggangnya itu di rentap kasar.

              "Jangan cuba nak ambil kesempatanlah, Fahri. I tak suka!" dengus Izara lalu menjarakkan tubuhnya dari  dalam rangkulan Fahri.

                Jelas Fahri hampa dengan respon dingin dari sang isteri.

                "Apa pulak nak ambil kesempatan ni? I suami you. Kita halal untuk buat macam ni. Jadi apa masalahnya?"

                "Ya, memang halal. Tapi I ni yang tak halalkan. I tak nak you peluk-peluk I màcam tu. I tak suka. I tak cintakan you. Dan I tak suka orang yang I tak cinta sentuh-sentuh macam ni. I tak suka!" bentak Izara. Entah mengapa hatinya panas jika bersama Fahri.

                 Fahri meraup rambutnya ke belakang. Cuba bertenang.

                "Sampai bila you nak layan I màcam ni? Dan sampai bila you nak harapkan cinta yang mustahil untuk you miliki tu? You bagitahu I."

              Izara membuang pandang ke arah permandangan di balkoni . Permandangan bandar yang dihiasi lampu berwarna-warni itu.

               "I tak tahu sampai bila. Tapi apa yang I tahu I akan dapatkan cinta Zafril tu . Tak kisah apa cara sekalipun. Dan you, please jangan harapkan apa-apa dari I. Sebab mustahil untuk you miliki cinta I. Bila cinta Zafril telah I miliki, I nak you lepaskan I. Dan pasal family kita tu I tahulah nak handle màcam mana nanti. Faham?"

                Fahri mengeluh berat. Tentang perpisahan itu yang dia tak suka mendengarnya.

               "I takkan lepaskan you Zara . Waima nyawa I galang ganti. I takkan sesekali lepaskan you!" tegas Fahri.

               Keputusan Fahri itu menimbulkan kemarahan di hati Izara. Wajah suaminya ditenung tajam.

               "Kenapa? Kenapa you tak nak lepaskan I?"

                "Sebab I cintakan you!" jawab Fahri menzahirkan rasa cintanya buat sang isteri.

                 Izara mengetap bibir . Jelas dia tidak suka dengan luahan hati Fahri tika itu. Jijik baginya. Tanpa menunggu lama, dia melangkah pergi meninggalkan Fahri terkilan sendiri.

               Nasiblah Fahri dapat isteri yang tidak menghargainya seperti Izara.

***

JAM penggera lagu ta rara nyanyian minion itu berbunyi. Mengganggu lena Zafril. Dengan malas Zafril bangkit dari pembaringan. Mahu solat subuh. Jam penggera di atas meja sudut tepi katil ditilik . Baru mencecah ke angka 6:15 pagi.

          Zafril berehat 5 minit sebelum berlalu ke bilik air untuk bersihkan tubuh sebelum menghambakan diri kepada sang Pencipta.

           Hari cuti memang Zaimah takkan mengganggu cucunya dengan melaung nama Zafril berkali-kali seperti hari biasa.

          Usai mandi dan solat subuh, Zafril kembali berbaring di atas katil dengan melayari telefon pintarnya seketika sebelum terlelap tanpa sengaja.

            2 jam kemudian, Zafril tersentak dari lenanya dek kerana termimpi jatuh motor sebab berlumba di Sepang. Ternyata dia jatuh katil. Entah apa-apa mimpi Zafril.

           "Aduh! Mimpi rupanya. Sikit lagi nak menang lawan dengan Abang Zaim. Alih-alih tumbang. Uh! Spoil betul!" Dengan malas Zafril naik semula memanjat katil berniat mahu berbaring semula. Menyambung kantuknya.

             Dalam seminit dua baru terlelap, tiba-tiba Zafril dikejutkan oleh satu suara gemersik menyeru namanya.

             "Zafril Ashraff... Zafril... Zafril..." Nama itu diulang berkali-kali membuatkan Zafril terbuka kelopak matanya.

            Kelihatan ada satu figura datang menemuinya bersama senyuman terindah siap ada bunga-bunga cinta berterbangan di kelilingnya . Kakinya diatur penuh tertib mendekati Zafril.  Saat itu Zafril hanya terpempan di atas katil.
  
             "Zafril... Zafril Ashraff..." seru gadis itu lagi dan mula duduk di birai katil memandang tepat ke wajah kaku Zafril.

               Bibir Zafril terkunci. Tidak tertelan air liurnya. Gadis itu beralih tempat duduknya. Kini dia berada betul-betul di sisi Zafril. Jemarinya diangkat. Tanpa diduga jemari runcing milik gadis itu melorot ke pipi Zafril dan diturunkan ke dagu.

           Tika itu Zafril bagaikan terdengar lagu cinta bermain yang entah datangnya dari mana.

              "Zafril Ashraff... I love you..." lafaz gadis itu membuatkan Zafril tersedak air liur sendiri. Terkejut.
       
              Zas!

               Bunyi desiran angin bayu menampar lembut wajah dingin Zafril membuatkan Zafril tersedar. Kamarnya kosong. Tercengang Zafril di situ.

            "Uish! Apakah ini? Aku bermimpi ke realiti? Dia? Dia... dia..." Zafril meneguk air liur berkali-kali kerana seakan tidak percaya dengan apa yang dialaminya sebentar tadi.

             Dia siapa? Siapa gadis yang datang menemui dirinya tadi?

             Lama Zafril termangu di situ memikirkan apakah ia? Kenapa dia hadir sebegitu rupa? Dengan melafaz cinta? Cinta? Zafril tergemap.

             Dengan tidak semena-mena jantungnya berdegup laju.

            "Cinta? Oh tidak! Tak! Ini bukan cinta. Itu mainan perasaan je. Tak mungkin ianya cinta. Argh! Ni mesti sebab aku tertidur lepas subuh. Mimpi bukan-bukan je. Haisy!" nafi Zafril tentang perasaannya dengan kerasnya.

            Kemudian dia bangkit dan turun dari katil. Melangkah keluar dari situ. Berniat mahu ke bilik gym mahu meregangkan ototnya.

            Tika dia menuruni anak tangga terakhir, kedengaran suara tawa halus telah menjentik hatinya untuk mencari si empunya suara.

           "Siapa tu? Takkan nenek suara lembut semacam? Nina? Macam lain je. Takkan hari cuti pun Nina datang? Ish, pelik ni..." ngomel Zafril sendirian.

           Namun dek kerana perasaan ingin tahu itu lebih menguasai diri, dia terus menapak mencari tuan si empunya suara.

            Suara itu datangnya dari arah dapur. Zafril berdiri di sebalik pintu gerbang hendak masuk ke dapur. Mahu melihat sendiri siapakah gerangan yang bersuara lemah lembut dan tawa halus sebegitu?

             Tika Zafril berdiri di situ, dia terlihat seorang gadis sedang berbual dengan neneknya sambil menumbuk sesuatu menggunakan batu lesung.  Hendak memasak untuk sarapan pagi agaknya. Namun perkara tidak penting bagi Zafril. Yang penting baginya adalah siapa gadis yang membelakanginya itu? Bertudung litup. Kurus tinggi. Dia agak ketinggian gadis itu adalah 175 cm. Dan tika itu juga jantungnya kembali berdegup. Degupan yang sama seperti dia bertemu dengan gadis misteri tadi.

                Dalam waktu yang sama, Zafril terdengar suara perbualan nenek dengan gadis itu.

               "Hanis pandai memasak apa?" tanya nenek.

               "Masak air dengan goreng telur pandailah hahaha," tawa Hanis malu-malu.

              Disambut tawa kecil oleh Zaimah. Terhibur agaknya.

                "Tak apa. Nenek faham. Hanis muda lagi. Nanti bila hari-hari belajar memasak, Hanis pandailah. Nenek dulu pun tak reti memasak masa sama umur dengan Hanis. Lama-lama mak nenek ajar , barulah nenek pandai. Yang kelakarnya tu, nenek nak belajar buat roti canai, Alih-alih jadi roti kirai. Berlubang sana sini. Koyak rabak. Aduhai..." beritahu Zaimah membuatkan Hanis tergelak lucu.

              "Tak cukup tu nenek nak belajar buat kuih pau. Kamu tahu jadi apa?" sambung Zaimah lagi.

             "Apa nenek?" tanya Hanis ingin tahu.

              "Pau kan lembut. Tapi boleh kat nenek pau tu jadi keras macam batu. Sekali ayah nenek baling dekat dinding retak sikit dinding tu. Hahaha..." tawa Zaimah bila terkenangkan zaman remajanya dulu membuatkan Hanis tergelak lucu.

             "Lawaklah nenek ni. Itu nenek. Kalau Hanis tu mau jadi keras macam bata konkrit agaknya," sahut Hanis.

           "Uish itu lagi parah tu. Hahaha... tak apa. Zaman sekarang ni kan banyak orang share dekat google resepi ni semua. Boleh cari kat situ. Ikut situ. InshAllah jadi. Tapi harini, nenek nak ajar Hanis masak makanan kegemaran cucu nenek, si Zafril tu. Bawal masak 3 rasa. Masak sedap-sedap. Mesti dia suka sangat," kata Zaimah membuatkan Hanis mengangguk faham.

          Zafril yang mendengar nama Hanis disebut-sebut itu baru tahu. Yang datang ke rumahnya cuti sebegini adalah Hanis. Pelik juga cuti pun datang? Tanpa menunggu, Zafril terus menyapa mereka.

          "Nenek?"

           Sapaan Zafril membuatkan perbualan dan tawa kedua wanita itu termati.

          Mereka menoleh serentak memandang Zafril.

           Saat itu anak mata Hanis dan Zafril bertembung lagi. Terpaku kedua-dua mereka. Sebenarnya bukan kedua-dua tetapi Zafril seorang sahaja. Dia merasakan seolah-olah dunia kelilingnya beku. Lagu cinta datang lagi.

               Sekali lagi Zafril terlihat gadis itu bangun dan mendekatinya. Senyuman terindah itu bermain di ruang matanya.

              Gadis itu mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Zafril.

              "Cinta itu tidak menyakitkan tetapi mengindahkan dua hati. Dua jiwa . Saya..." Gadis itu meletakkan tapak tangannya ke dadanya sendiri.

              "Dan... awak." Kemudian tapak tangannya Hanis mendarat ke dada lelaki itu.

               Tersentak Zafril diperlakukan begitu. Kelopak matanya tersengkang luas. Bibirnya terbuka sedikit ingin berkata sesuatu tetapi ia seolah-olah terkunci. Tidak mampu dibuka lagi. Hanya anak matanya yang bergerak mengikut rentak pergerakan sang gadis di hadapannya itu.

              Lama suasana membeku sebegitu. Apa akan jadi dengan Zafril?

annecayunk
Maeny23Hasami
nurdayinizarifah
RohanahDandai
Zac220778
hannnss_

           

            

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top