BAB 6

BEBERAPA hari berlalu, Zaimah masih tidak bertegur sapa dengan cucunya. Bila ditanya sepatah, sepatahlah yang dijawab. Jika tidak, mulut nenek paling banyak menceceh. Keadaan itu merunsingkan Zafril.

        Kerjanya juga tidak fokus. Perbincangan tentang pengeksportan produk minuman dengan kliennya juga antara dengar dengan tidak

        Sudahlah klien itu datangnya dari Jepun. Nasib baik ada Zaim yang menguruskan perbincangan itu. Dibantu oleh setiausaha syarikat iaitu Sherry.

        Untung sahaja Zaim fasih berbahasa Jepun. Mudah untuk mereka berurusniaga dengan syarikat korporat minuman dari Jepun itu. Jika tidak, entah apa jadi.

       Zaim sesekali merenung Zafril di tempat duduk pengerusi.

      "Tuan? Tuan?" panggil Zaim dalam nada separuh berbisik. Tidak mahu klien terdengar.

       Zafril yang baru tersedar memandang Zaim. Keningnya dijongketkan.

      "Ya, saya?" Tercengang Zafril di situ seakan baru bangkit dari sebuah mimpi.

      "Klien kita dah nak balik. Bagilah ucapan sepatah kata dekat diaorang. Nanti diorang salah anggap dengan tuan pulak," tegur Zaim . Tidak mahu klien mereka menganggap Zafril tidak menyukai dengan kehadiran mereka ke situ pula.

       "Oh ya . Watashi o yurushite. Kyō wa kibungawarui," tutur Zafril memohon maaf di atas Tindakannya yang melamun ketika di dalam perbincangan. Bermaksud,'maafkan saya. Saya kurang sihat hari ini.

       Itu dia sekali dia bertutur bahasa Jepun, fasih juga kedengarannya. Tak sangka Zafril juga boleh bertutur di dalam bahasa Jepun. Oh terlupa pula, dulu dia pernah tinggal di Jepun. Belajar di sana. Memang tak hairanlah jika mampu bertutur di dalam bahasa Jepun tanpa ragu-ragu.

        "Daijōbudesu, zafuriru-san. Shigoto o kangaeru no ni tsukare sugite iru yōdesu. Zaimu-shi wa koko de watashitachi no sewa o suru tame ni koko ni imasu. Issho ni hanasu koto wa seijōdesu," jawab salah seorang lelaki Jepun yang dikenali sebagai Rieyu yang bermaksud naga di dalam bahasa Jepun. Maksud,'Tak mengapa, Tuan Zafril. Kami faham tuan terlalu penat memikirkan soal hal kerja. Encik Zaim pun ada boleh uruskan kami di sini. Sudah biasa berbincang bersama.'

        "Rikai shite kurete arigatō sorede minasan wa izen ni nani ni tsuite hanashite imashita ka?" tanya Zafril ingin tahu perbincangan apa yang diutarakan tadi. Maksud,'terima kasih sebab faham saya. Jadi kalian adakan perbincangan apa tadi?'

         "Oh saya utarakan tentang syarikat kita yang nak eksport minuman jus buah-buahan yogurt campur kolagen itu yang seterusnya ke Jepun. Dan mereka setuju untuk menerimanya dengan kos yang berpatutan," terang Zaim terhadap majikannya itu.

       "Oh baguslah. Kiranya semua telah termeterai?" soal Zafril inginkan kepastian.

       "Ya, tuan," jawab Zaim.

      Kemudian Zafril berborak dengan klien dari Jepun itu agak lama.

      "Nagai ohanashi o kiite, tanomu no o wasurete, Rie yu-san to Haru wa mizu o nomitai nodesu ka? Hottokōhī? Howaitokōhī? Hottochokorēto? Matawa, hoka no nanika?" tanya Zafril setelah lama berbual. Maksud,' berbual lama-lama, lupa nak tanya, Encik Rieyu dan Encik Haru nak minum air apa? Hot coffee? White coffee? Hot chocolate? Or something else?'

        "Howaitokōhī ga hoshīdesu," sahut Rieyu. Maksud,' saya nak white coffee.'

       "Watashi wa hottokōhīdesu." Haru juga memesan minuman. Maksud,' saya hot coffee.'

        "Okey. Encik Zaim? Don't want to order any drinks?"

        "Oh saya hot chocolate," pesan Zaim.

        Zafril mengangguk faham.  Anak matanya mengerling ke arah Sherry yang duduk bersebelahan dengan Zaim sekilas kerana dia memang tidak boleh bertentang lama-lama dengan perempuan. Mahu muntah hijau nanti. Dia terpaksa kekalkan posisi Sherry sebagai Setiusahanya kerana gadis itu sudah lama bekerja di situ. Dan sudah tahu selok,-belok syarikat.

        "Sherry? Make me a drink like white coffee 1, hot chocolate 2, hot coffee 1. Now. Thank you." Zafril memesan minuman terhadap Sherry.

       Tiada jawapan. Tika itu suasana sunyi. Semua mata tertumpu ke arah Sherry yang sudah tersengih sendiri kecuali Zafril.

       Zafril menggeleng kepala.

       "Sherry? Sherry?" panggil lelaki itu dengan nada sedikit kuat membuatkan Sherry tersentak. Lantas dia memalingkan wajahnya ke arah majikannya itu.

       "Ya, tuan?" Terpinga-pinga dia di situ.

       "I want white coffee 1 cup, hot chocolate 2 cup, hot coffee 1 cup. Got it?" Sekali lagi Zafril mengulangi pesanannya dengan dalam satu nafas.

      "Oh okey. I want hot tea 1 cup!" respon dari Sherry itu membuatkan mereka semua tercengang.

       Sherry terus menyambung melayari internetnya.

         Zaim menepuk dahinya lalu berkata,"matai!" ujar lelaki itu.

            "Pft!” Zafril mengetap bibir geram. Lain yang disuruh lain pula yang dibuat. Boleh pula Sherry membalas dengan memesan minuman sama.

        Nasib kaulah Zafril dapat setiausaha blur.

***

PARKROYAL SUUTES AND APARTMENT KL.


NINA yang baru hendak ke rumah Zaimah agak terlewat kerana terlewat bangun pagi itu mendapat panggilan dari kampung. Tika itu keluarganya sudah pulang ke kampung. Dia menjawab panggilan itu.

          Hanis pula baru keluar dari kamarnya menuju ke arah meja makan menyertai Nina. Dia melabuhkan duduknya setelah melihat Nina sedang berbual di dalam talian.

           Tidak lama kemudian, talian dimatikan. Wajah Hanis dipandang.

           "Hanis, aku tak boleh masuk kerjalah. Ayah masuk hospital," maklum Nina serius membuatkan Hanis terkejut.

            "Masuk hospital? Sakit apa?" soal Hanis risau.

             "Ibu kata dia terjatuh bilik air pagi tadi masa nak solat subuh. Boleh tak kau gantikan aku jaga nenek majikan aku? Tak lama, dalam seminggu ni je." Nina meminta bantuan dari Hanis.

               Tercengang Hanis di situ.

              "Ha? Saya? Bukan saya tak nak. Tapi saya nak pergi naik apa? Saya tak berapa berani nak naik bas. Kereta pun tak reti nak bawak," jujur Hanis sambil tertunduk.

                "Oh, pasal tu? Kau jangan risau. Nanti aku mintak tolong tunang aku hantar dan ambil kau. Boleh?" cadang Nina.

                  "Tunang? Ish, tak naklah. Nanti orang fikir negatif pasal kami pulak," tolak Hanis tidak setuju dengan cadangan itu.

                   "Macam tu pulak. Atau... macam ni, aku try mintak tolong dengan kawan aku ni. Cucu angkat nenek kepada majikan aku tu. Kalau dia boleh tolong, nanti dia yang datang ambil dan hantar kau. Nanti aku bayarlah dia. Okey?" kata Nina.

                   Hanis mengangguk setuju.

                  "Good!" Tanpa menunggu lama, Nina terus menghubungi Zetty.

                 Dan Zetty setuju untuk membantu Nina. Kemudian Nina menghubungi majikannya itu, Zafril hampir berbelas kali tidak berjawab. Dan akhirnya dia menghubungi Zaimah sendiri memberitahu masalah yang dihadapinya dan tidak dapat hadir hari itu. Nasib baik Zaimah memahaminya. Tidak mula naik angin .

                Setelah bersiap semua, Nina pulang ke kampung di Taiping, Perak bersama Arham. Arham yang menawarkan diri mahu menghantar tunangnya pulang.

                 Hanis pula sudah diambil Zetty dan dihantar ke rumah keluarga Zafril.

                "Nenek... inilah Hanis. Pengganti Nina sementara. Hanis, inilah Nenek Zaimah yang Nina jaga tu." Zetty perkenalkan Hanis pada neneknya.

                 Tersenyum Zaimah suka dengan kepolosan wajah Hanis.

                 "Cantiknya Hanis. Macam Jepun. Suka nenek tengok kamu ni. Manis," puji Zaimah tulus dari hatinya membuatkan Hanis tersipu malu.

                  "Biasa saja nenek. Nenek pun masih cantik dan vouge sekarang," balas Hanis.

                 Tersengih wanita tua itu mendengar pujian Hanis. Begitu juga Zetty.

                 "Ha, nenek... Hanis ni adik angkat Nina. Mereka tinggal berdua sekarang," beritahu Nina.

                "Oh inilah adik angkat Nina yang Nina ceritakan pada nenek tu. Ini kalau jadi cucu menantu nenek pun cantik ni..." seloroh Zaimah mula berkenan dengan Hanis untuk dibuat cucu menantunya.

                 Terkedu Hanis mendengarnya. Zetty pula berpandangan dengan nenek. Tersengih-sengih kedua mereka.

                 "Hanis, pagi ini selalunya Nina sediakan sarapan pagi untuk nenek. Tapi tadi akak dah bawakan break fast tu. Akak letak dekat meja dapur. Dekat situ akak dah tolong sediakan ubat-ubatan nenek sekali. Lepas bagi nenek makan, Hanis kena bagi nenek makan ubat . Lepas tu suruh nenek mandi dan rehat. Dan bagi mandi sekali Bandit kucing nenek tu. Dan tengah hari, nenek selalu makan pukul 12:30 tengah hari. Jadi, dalam pukul 10 tu Hanis dah boleh mula memasak. Tahu masak tak?" Persoalan Zetty itu setelah memberi penerangan secara terperinci dijawab gelengan oleh Hanis. Tanda tidak tahu.

           Tersenyum nenek dan Zetty.

          "Tak apa. Akak boleh ajar Hanis memasak. Siapa tahu, dengan berkat masakan Hanis tu nanti mampu memikat hati tuan kita," usik Zetty membuatkan Hanis bertaut kening. Tertanya-tanya siapa tuan kita itu? Bagaimana rupanya? Mudakah? Tuakah? Pelbagai persoalan bermain di benaknya.

             "Dahlah, tak payah buat muka tercengang macam tu. Mulai hari ni Hanis anggap nenek ni màcam nenek Hanis. Hanis buat rumah ni macam rumah sendiri. Jangan risau. Cucu nenek tu takkan marah dan takkan makan orang," celah Zaimah.

            Hanis mengangguk faham. Senyuman terukir di hujung bibirnya.

            "Baik, puan."

            "Bukan puan. Tapi nenek..." Zaimah membetulkan panggilan Hanis untuknya.

            "Ya, nenek..." Hanis akur dengan permintaan nenek.

           "Ha, jomlah kita sediakan makanan untuk nenek. Akak akan ajar apa yang Hanis kena buat hari ni. Okey?" ajak Zetty dengan cerianya.

             "Okey kak," jawab Hanis senada.

          Mulai hari itu, Hanis mula menjaga nenek menggantikan Nina. Zetty mengajar dia sehari rutin harian yang dilakukan Nina sebelum ini.

            Zaimah pula perhatikan Hanis dalam diam. Dengan Bandit di dalam dukungannya. Tersenyum sendiri tatkala menatap wajah keceriaan gadis itu. Ya, Nina pernah memberitahunya tentang Hanis diseksa ibu bapa angkatnya tempohari. Dan mereka telah berjaya diberkas pihak polis beberapa hari lalu. Lega Zaimah mendengarnya.

           "Nenek harap kamu akan temui kebahagiaan kamu nanti." Hanya itu yang mampu dia doakan untuk Hanis.

        
***

RAHMAN PUTRA KL.

"IBU... Man tak jumpa dia. Dia dah tak ada dekat tempat tinggal baru tu. Orang di situ cakap dah berapa hari tak nampak dia," beritahu Haiman kepada ibunya.

         "Apa? Ke mana dia pergi?" Murni agak terperanjat mendengar berita itu.

         "Tak tahu, ibu. Man menunggu lama dekat situ. Hari-hari. Dia dah tak ada. Man tak tahu dia pergi mana," jawab Haiman turut mempamerkan riak khuatir.

           Aisyah yang juga berada di sebelah ibu mentuanya mula merasa risau.

            "Ya Allah... baru beberapa hari lepas kita nampak dia tengah buang sampah. Sekarang dah hilang pula?"

             "Ibu tak kira walau apa terjadi sekalipun, ibu tetap nak cari dia. Dah tiba masanya untuk ibu jaga dia . Ibu akan jelaskan segalanya pada dia," tekad Murni benar-benar memaksudkan kata-katanya.

              "Ibu nak buat apa? Nak cari dia dekat mana?" tanya Haiman.

               Aisyah yang iras aktres Thailand Nalinthip Sakulongum  itu mengangguk setuju dengan soalan yang diajukan oleh suaminya itu.

(Watak Haiman & Aisyah)

               Murni hanya mendiamkan diri seakan sedang merangka sesuatu .

             Haiman dan Aisyah berpandangan. Bertaut kening mereka tertanya-tanya apa yang sedang difikirkan ibu mereka.

***




NADIA IZARA menghubungi Zafril berniat untuk mengganggu ketenteraman lelaki itu dengan memujuknya untuk kembali padanya. Entah apa-apalah cara pemikiran Izara. Sudah berkahwin tetapi masih mahu menghubungi lelaki lain.

            "Hello Zafrilku sayang..." Kedengaran lenggok nada manja Izara di hujung talian membuatkan Zafril terasa nak termuntah hijau di situ.

            "Hello siapa ni?"

             "Alah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. You ni buat lawak apa siang-siang ni , sayang?"

              "Kau? Kau, Izara? Mana kau dapat nombor aku?" Nada Zafril serta-merta bertukar kasar. Tidak lagi menggunakan bahasa 'I' dan 'You'.

               "Ya. I you punya sayang," akui Izara masih kekal dalam nada yang sama.
 
                Kedengaran sebuah rengusan kasar dilepaskan dari sebelah Zafril menandakan lelaki itu tidak suka Izara menghubunginya.

              "Kau nak apa? Kalau setakat call dengan tujuan nak pujuk aku untuk terima cinta kau, maaf aku tak suka dan aku tak ada masa nak layan !"

               "Sabarlah sayang... You ni. I tak cakap habis lagi you dah nak letak. Jangan marah-marah sangat. Nanti you jatuh sayang dekat I nak matey. Baru you tahu. Ops lupa, you kan pernah menyimpan perasaan cinta dan sayang pada I dulu. I tak lupa tahu yang dulu you terkejar-kejar cinta I. And I know, tak mudah untuk you lupakan I kan?"

               "Kau jangan nak perasan boleh tak? Bau kau pun aku tak ingin, inikan pula nak tengok muka kau? Memang termuntah hijau aku kat situ jawabnya. Dahlah. Aku ada banyak kerja ni. Malas aku nak layan perempuan batak kasih sayang màcam kau ni. Buang masa aku je!" Zafril baru sahaja ingin mematikan taliannya. Namun segera ditahan Izara.

           "Tunggu. You tak nak tahu ke kat mana I sekarang?"

            "Tak nak!"

            "Oh baguslah you tak nak tahu. Bolehlah I jumpa Puan Zaimah. Nenek kesayangan you tu. I dengan dia sekarang ni. Apa reaksi dia eh kalau I bongkarkan apa yang pernah terjadi pada kita dulu? You agak-agak nenek you akan terkena serangan jantung tak? Dan you jangan ingat I tak tahu, nenek you tu ada banyak penyakit. If I bagitahu dia apa yang jadi pada kita dulu, I yakin... nenek you akan move! Hahah!" ugut Izara sengaja psiko Zafril.

             Zafril cuak. Nafasnya berhembus laju. 

              "Izara! Kau jangan nak macam-macam. Kalau kau berani apa-apakan nenek aku, nahas kau! Sampai ke lubang cacing pun aku cari kau!" marah Zafril.

                "Hahaha... baguslah you cari I. Memang I nak jumpa you pun sayang."

                "Herh!" Zafril mematikan talian .

                 Segala barang di atas meja disepahkan . Melampiaskan amarahnya di situ. Zaim yang baru masuk ke situ tercengang melihat keadaan ruangan pejabat majikannya yang sudah bagaikan tongkang pecah.

                  "Tuan? Kenapa bersepah màcam ni?" Zaim menegur. Pelik dengan perubahan pada sikap lelaki itu yang tengah mendengus marah.

                   "Abang Zaim, kau bawak aku balik sekarang!" arah Zafril tegas.

                   "Tapi... aku ada banyak kerja ni." Zaim memberi alasan.

                   "Ah! Tundakan dulu kerja tu. Aku bos. Tak kisah pasal tu. Ini lagi penting. Nyawa nenek dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia. Sekarang!" Zafril sudahpun bangkit dari duduknya. Briefcase di bawah meja di capai dan berlalu ke pintu keluar.

                    Zaim yang tergemap sendiri itu terpaksa akur dengan arahan Zafril. Mahu tak mahu dia terpaksa membawa Zafril pulang.

         ***

"NENEK, jom makan?" jemput Hanis dalam nada yang cukup lembut terhadap Zaimah yang sedang berjudo di dalam bilik gym milik Zafril di tingkat bawah.

           "Ha kejap!" sahut Zaimah.

            Hanis merenung nenek dengan renungan yang pelik . Mulutnya juga sudah terlopong menyaksikan aksi wanita itu yang gaya ala-ala taekwando tapi bukan. Silat pun bukan. Wushu pun bukan. Judo? Tapi kenapa macam pelik sahaja? Hati Hanis berkata-kata.

           "Nenek? Nenek ni silat ke taekwando?" tanya Hanis.

            "Dua dua pun bukan, sayang..." jawab Zaimah seiringan dengan senyuman sambil berjudo dengan memasang lagu Cha Cha.

            "Habis tu, apa?" Hanis masuk ke ruangan itu dan mencangkung di hadapan wanita itu merenung pelik.

             Tika ini Zetty sudah pulang memasak untuk makan tengahari kerana Zaim hendak makan tengahari di rumah katanya.

              "Ini namanya judo. Hanis nak cuba? Mari nenek ajar," pelawa Zaimah.

              "Wah, nak nak!" Hanis yang teruja terus berdiri di sebelah nenek.

              "Ha ikut langkah nenek tau," pesan Zaimah.

              Hanis hanya menganggukkan kepala.

              Pada awalnya Zaimah ajar langkah judo yang betul. Namun lama kelamaan ia berubah corak ke arah tarian Cha Cha. Hanis yang tak tahu apa-apa pasal judo hanya menurut langkah yang di atur oleh Zaimah. Tersengih suka dan kelakar bagi Hanis. Namun ia menyeronokkan.

(Ha sama inilah gaya nenek Zaimah mengajar Hanis Judo. Judo opah dia macam tu😂)

           
            "Yah cha cha. Yehhoo!" Zaimah terjerit suka hingga kepenatan dan sesak nafas.

              Dengan tidak semena-mena dia tumbang membuatkan Hanis cuak campur panik.

             "Nenek!" pekik Hanis panik.

            Tanpa menunggu dia terus menghubungi Nina. Kakak angkatnya. Beritahu perihal nenek.

             Nina yang terperanjat terus menghubungi Zetty sekali lagi. Meminta bantuan dari wanita itu lagi. Nasib baiklah Zetty bagus orangnya. Dan sedia membantu. Tika itu Zaim sudah ke tempat kerja.

             Zetty yang pandai memandu kereta itu mengambil nenek dan Hanis dibawa ke hospital berdekatan dengan segera. Pengsankah orang tua itu? Bandit mereka letak di dalam sangkarnya sementara.

***


ZAFRIL yang baru tiba di hadapan banglo peninggalan arwah daddynya itu, bergegas masuk mencari neneknya.

       "Nenek! Nenek!" Habis satu digeledah. Bayang neneknya tidak kelihatan.

          Zafril mula cuak.

           Zaim turut membantu majikannya mencari nenek.

           "Mana nenek? Nenek? Nenek!" panggil Zaim melilau ke sekeliling banglo itu.

           Malangnya kedua-dua mereka tidak menemui wanita itu. Tika ini mereka kedua-duanya resah. Takut terjadi sesuatu pada nenek.

            "Kita kena cari nenek. Mungkin dia ada di sekitar sini," gesa Zafril.

            "Nanti dulu. Cuba tuan hubungi Nina. Siapa tahu kalau nenek ada dengan dia," saran Zaim.

            "Kalau dia dengan Nina tak apa. Aku takut perempuan gila tu dah apa-apakan nenek je. Kalau jadi apa-apa pada nenek, aku memang takkan maafkan dia, Abang Zaim!" kata Zafril serius.

            "Tenang dulu Zafril. Kau call Nina dulu tanya di mana nenek . Kalau dah sahih memang nenek tak ada dengan dia, baru kita pergi cari nenek."
                
            Mahu tak mahu Zafril akhirnya setuju dengan saranan Zaim. Tanpa berlengah dia terus menghubungi Nina. Dalam masa seminit, panggilan berjawab.

             "Hello assalamualaikum Nina."

              "Hello, waalaikumussalam tuan. Ada apa ya, tuan?"

              "Awak kat mana? Kenapa tak ada sesiapa di rumah?"

              "Oh ya, saya nak bagitahu tuan sejak pagi lagi. Tapi tuan matikan telefon. Sebenarnya saya kat kampung ni tuan," beritahu Nina.

              "Ha? Kat kampung? Aduh! Kenapa balik kampung? Kenapa tak bagitahu semalam? Habis tu nenek màcam mana? Ni saya cari satu rumah nenek tak ada. Saya risau tahu tak?" bebel Zafril .

                 "Maafkan saya tuan. Saya bukan saja-saja balik kampung. Saya emergensi. Pagi tadi ibu saya call bagitahu ayah saya jatuh bilik air. Sekarang ni dia dekat hospital."

                "Ya Allah. Betul ke? Aduh maaf saya tak tahu pulak pasal tu. Tu ayah awak okey tak?"

                  "Alhamdulillah dah okey sikit. Saya rasa esok kalau ayah dah boleh discharge dari hospital, saya akan balik ke sana. Dan mula bekerja semula."

                 "Tak apalah. Jaga ayah tu baik-baik. Sampaikan salam saya pada dia dan keluarga awak. Ni ha, nenek mana? Awak tahu tak dia pergi mana?"

                "InshaAllah nanti saya sampaikan. Oh ya pasal nenek tu? Tadi Kak Zetty bawak pergi hospital. Nenek sesak nafas."

               "Apa? YaAllah. Terima kasih!"

                "Tapi tuan ... saya dah suruh Ha..." Belum sempat Nina menghabiskan ayatnya, talian telah dimatikan oleh majikannya itu membuatkan Nina tercengang di sebelah sana.
             
                 Zafril sudah berlalu ke kereta. Menggesa Zaim membawa dia pergi mencari neneknya. Sayang benar lagaknya. Siapa tak sayang nenek oi.

                "Kita nak ke mana ni, tuan?" tanya Zaim terpinga-pinga.

                "Kita ke hospital."

                "Hospital?" Terpempan Zaim di situ.

                 "Ya, nenek masuk hospital."

                 "Apa? YaAllah. Kenapa dengan nenek?" Zaim terkejut.

                  "Nanti aku bagitahu kau , abang. Sekarang jom pergi sebelum perempuan tu yang jumpa nenek dulu. Jom!" kerah Zafril.

                Tanpa banyak tanya, Zaim terus memecut pergi.

***
HOSPITAL PAKAR KPJ TAWAKKAL BUKIT TUNKU KL.



KERETA Zafril yang baru diletak ke tempat letak kereta itu segera keluar dari perut kereta mahu masuk ke hospital tanpa menunggu Zaim mematikan enjin kereta terlebih dulu.

          Zafril menerjah ke muka pintu cermin hospital yang bertinted hitam.

           Pintu kaca itu ditarik kasar dalam keadaan tergesa-gesa. Dan ...

Gedebuk!

            Zafril terlanggar seseorang yang kebetulan mahu keluar dari situ membuatkan kedua-dua mereka terperanjat besar hingga latah masing-masing terkeluar. Zaim yang melihatnya terlongo. Dengan siapa Zafril berlanggar itu?

             "Uh! Terkejut aku! Aduh!" Zafril menggosok dadanya yang berdegup kencang akibat terperanjat yang masih tersisa.

             Kepalanya yang terasa pusing dek kerana terhantuk tadi diurut dengan sebelah jemarinya. Menyeringai sakit.

              "Maafkan saya encik. Maaf! Maaf! Maaf! Saya tak sengaja..." ucap gadis itu bertalu-talu membuatkan Zafril memandang tepat ke wajahnya.

            Membulat matanya disaat bertentangan dengan si gadis. Gelabah.

             'Anak Jepun mana boleh cakap bahasa melayu dengan fasih ni? Comel. Comel sangat. Tapi... aku ... aku... ah sudah! Aku sepatutnya fobia dengan perempuan. Kenapa dengan dia jantung aku berdegup lain macam? Pelik. Memang pelik. Uish!' desis hati kecil Zafril terpegun menatap wajah gadis yang mungkin berdarah Jepun. Itu yang difikirkan Zafril.

           "Encik! Encik!" Panggilan sang gadis tidak mampu menghapuskan lamunan Zafril.

            Zaim yang sudah berdiri di hadapan Zafril tergagu. Lantas tangannya diawang-awangkan ke wajah lelaki itu. Masih sama. Zafril seakan berada di dalam dunianya.

            Pada waktu yang sama, keluar lagi seorang wanita dari belakang gadis itu dan merenung Zafril dengan renungan semacam.

            "Ehem! Ehem!" Deheman wanita itu menyentakkan lamunan Zafril.

             Zafril tergemap dan seperti biasa bila berdepan dengan wanita yang baru dikenali berpeluh dan gelabah tak tentu arah. Siapakah yang berdehem itu?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top