BAB 5

KENNY HILL BUKIT TUNKU KL.

ZAFRIL yang baru pulang dari kerjanya, menemui neneknya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Nenek..." seru Zafril manja dan terus melabuhkan duduknya di sisi Zaimah. Kemudian, melentokkan kepalanya di atas riba wanita itu.

Zaimah tergeleng kepala dengan sikap Zafril yang manja itu sejak kecil lagi. Wajah lesu Zafril direnungnya.

"Ni kenapa ni balik terus menyendeng dekat nenek ni?" soal Zaimah seraya mengelus lembut rambut cucunya yang mencacak gaya moden itu.

Zafril mengukir senyuman.

"Saja nak manja dengan nenek." Tersengih Zaimah mendengar jawapan Zafril.

"Mengada-ngadalah Aril ni," seloroh Zaimah. Anak matanya kini kembali menumpu ke arah siaran di kaca TV.

"Alah, nak mengada dengan nenek je. Nenek tau tak, nenek adalah wanita yang paling bertuah sebab dapat layanan istimewa dari Aril. Perempuan lain tak dapat layanan manja dari Aril màcam ni tau. Nenek seorang je. Sebab Aril sayang sangat dekat nenek. Neneklah nenek Aril. Neneklah ibu ayah Aril. Neneklah kawan Aril. Nenek segala-galanya bagi Aril. Kalau tak ada nenek nanti, tak tahulah apa jadi dengan Aril. Em..." Zafril melamun jauh terkenangkan detik andai dia kehilangan wanita yang paling dia sayang itu suatu saat nanti. Sungguh dia tak sanggup untuk menghadapinya.

Tersentuh hati Zaimah mendengar luahan hati Zafril. Pandangannya kini dijatuhkan ke wajah cucu yang paling dia sayangi.

"Ril... kalau betul Aril sayangkan nenek, boleh Aril tunaikan permintaan nenek?" Setelah beberapa saat Zaimah mendiamkan diri, kini dia kembali bersuara.

Zafril Ashraff menatap wajah tua neneknya bersama senyuman yang masih dikekalkan.

"Apa saja permintaan nenek akan Aril tunaikan. Cakap saja, apa dia?"

"Baguslah. Sebenarnya, nenek nak... nak Aril..." Teragak-agak wanita itu hendak menyuarakan permintaannya membuatkan Zafril mengerutkan dahinya, pelik.

"Apa dia, nenek?"

"Nenek nak... okey, permintaan nenek ni mudah je. Boleh tak, Aril hadiahkan nenek cucu menantu?" Permintaan yang diutarakan Zaimah bagaikan guntur menyambar diri Zafril hingga tersedak air liur lelaki itu dibuatnya.

Lantas Zafril bangkit duduk dan mengadap wanita tua itu.

"Er... apa tadi, nek?"

"Ish, dia ni. Nenek nak Aril berkahwin. Bagi nenek cucu menantu. Nenek teringin nak cicit. Yelah. Nenek ni dah tua sangat dah. Entah sampai bila hidup pun tak tahulah. Kalau Aril masih tak nak kahwin disebabkan fobia, alamatnya nenek mati kempunanlah nanti." Zaimah mula membuat drama sedihnya di situ untuk memancing cucunya agar bersetuju dengan permintaannya tadi.

Zafril menghela nafas. Akalnya ligat mencari alasan. Dia fobia dengan perempuan. Màcam mana dia nak kahwin? Itu yang berlegar di ruang ingatannya tika itu.

"Aril... Aril bukan tak nak tapi..." Tergagap Zafril gagal mencipta alasan.

Zaimah mengeluh hampa.

"Sampai bila kamu nak bagi alasan màcam ni? Kahwin sajalah. Apa susah? Nanti kalau nenek tak ada, sekurangnya ada orang jaga kamu. Tadi nenek dah suruh Nina dengan Zetty tu carikan gadis cantik untuk jadi bakal cucu menantu nenek. Lawa orangnya. Baik. Cikgu sekolah lagi tu. Nenek nak Aril kenal dengan dia ya?" Keputusan mengejut yang dibuat Zaimah membuatkan Zafril mengeluh.

"What? Nenek suruh diaorang cari calon untuk Aril? Oh no... apa ni nenek? Aril tak sukalah nenek buat macam ni. Aril tak sedia lagi untuk keluar date dengan mana-mana perempuan pun. Nenek tolonglah faham. Aril fobia dengan makhluk yang bernama perempuan. Fobia tahu tak. Dengan si Bandit tu pun Aril tak boleh nak tangani perasaan fobia tu, inikan pula perempuan yang bakal bergelar isteri? Tak boleh, nek... tak boleh." Zafril bingkas bangkit berdiri berkira untuk pergi dari situ.

"Tapi, nenek cuma nak bahagiakan Aril. Nenek cari calon cucu menantu tu sebab nenek nak Aril tangani fobia tu. Bukan biarkan diri terus dibelenggu perasaan takutkan perempuan. Salah tu. Dah, esok nenek nak Aril jumpa dia. Nenek dah suruh Nina dan Zetty tolong tempahkan annual dinner untuk kamu dengan gadis tu. Qaisara namanya. Ingat tu." Zaimah tetap dengan keputusannya yang mahu Zafril menemui calon yang dicarinya beberapa hari lalu.

Tersentak Zafril mendengar keputusan itu. Wajah nenek direnung dengan renungan tidak puas hati.

"Hah? Nek... kenapa nenek tak bincang dengan Aril dulu pasal date tu? Aril tak sukalah nenek pandai-pandai adakan makan malam dengan mana-mana perempuan untuk Aril. Biarlah Aril tentukan masa depan Aril sendiri. Nenek tak perlulah bersusah-payah macam ni. Lagipun, Aril dah bahagia hidup berdua dengan nenek sekarang. Aril tak perlukan mana-mana perempuan lain untuk masuk ke dalam hidup Aril. Harap nenek faham!" bentak Zafril dan terus berlalu naik ke kamarnya dalam keadaan membungkam.

Tanpa sedar, Zafril telah mengguriskan hati si tua itu. Terkilan hati Zaimah tatkala dimarahi cucunya sebegitu rupa. Maklumlah, sebelum ini, Zafril tidak pernah meninggikan suara dengannya. Namun, bila melibatkan wanita, entah mengapa cucunya itu mampu naik angin sebegitu. Sungguh Zaimah tidak mengerti. Melamun jauh dia sendiri.

Meow...

Pada waktu yang sama, Bandit muncul dari dapur menyendeng di kaki Zaimah. Manja.

Zaimah memandang Bandit lama sebelum mengambilnya dan diletakkan ke atas riba. Kucing berbulu tebal itu dibelainya lembut. Bandit melingkar elok di situ. Suka dirinya dibelai barangkali.

"Hailah Bandit. Kalau kamu ni manusia, tentu nenek dah suruh kamu yang kahwin. Tentu kamu akan ikut saja arahan nenek. Tanpa bantahan," ujar Zaimah perlahan. Berbicara dengan Bandit lebih tenang baginya kerana Bandit seakan memahami pertuturan tuannya itu.

Meow meow meow...

Hanya itu dibalas oleh Bandit menjawab kata-kata Zaimah. Zaimah tersenyum kerana dia tahu hanya Bandit yang memahami dirinya.

Manakala Zafril pula sudah tergedang di atas katil. Rasa bersalah kerana membentak neneknya tadi. Namun perasaannya masih gagu dengan apa yang neneknya katakan. Dengan membuatkan keputusan sendiri tanpa persetujuan darinya, amat menyakitkan hatinya.

"Kenapa susah sangat nenek nak faham? Aril fobia dengan perempuan. Cukuplah Aril pernah sukakan seorang perempuan ni dulu. Kerana perasaan suka, cinta dan sayang itulah yang membuatkan perasaan Aril terbunuh oleh sebuah kecurangan yang amat perih. Sakit nenek. Sakit tu makan dalam sama rasa macam mana Aril saksikan kecurangan mommy terhadap daddy dulu. Sampaikan Aril dah tak nak ada perasaan apa-apa lagi pada perempuan. Aril fobia nenek. Fobia bila melihat orang yang Aril suka, berkepit dengan lelaki lain. Bertukar-tukar lelaki bagaikan menukar pakaian. Terseksa jiwa ni hanya Allah yang tahu. Cukuplah sekali tu hati ni dilukai. Cukuplah! Aril cuma nak nenek. Aril hanya bahagia dengan nenek. Itu dah cukup buat Aril bahagia. Itu pun susah ke nenek nak faham? Huh!" luah Zafril sendirian.

***
PAVILLION DAMANSARA HEIGHTS.

LAMA Haiman menunggu di luar kawasan yang selalu dia datangi. Namun figura yang ingin dilihatnya langsung tidak kelihatan. Dia menjadi hairan. Selalunya gadis remaja itu akan muncul dalam dua tiga jam dia menunggu. Tetapi ini hampir 5 jam, wajah yang dirinduinya itu langsung tidak menjengahkan dirinya di situ meninggalkan tanda tanya di hati lelaki itu. Dia mengeluh sendiri.

"Mana dia pergi? Kenapa tak muncul lagi? Dia sakit ke? Atau ada sesuatu yang terjadi?" Haiman tertanya sendiri.

Pada waktu yang sama, terlihat seorang lelaki baru keluar dari bangunan itu mahu membuang sampah. Haiman menyapanya.

"Assalamualaikum, encik? Maaf mengganggu." Sapaan Haiman membuatkan lelaki itu tersentak lalu menoleh ke arahnya.

"Waalaikumussalam. Encik ni siapa? Dan ada apa ya?" tanya lelaki itu yang lebih kurang seusia Haiman.

"Saya Haiman Arif. Saya nak tanya encik sedikit boleh?" soal Haiman setelah perkenalkan dirinya.

"Boleh. Apa tu?" balas lelaki itu serius.

"Begini, saya tengah mencari seseorang. Saya dapat tahu, dia tinggal di sini. Gadis remaja. Encik kenal tak? Rasanya dia baru lagi tinggal di sini. Diambil oleh keluarga angkat. Encik kenal gadis tu?" jelas Haiman tujuan sebenar dia ke situ membuatkan lelaki itu terfikir sejenak.

"Gadis remaja? Saya tak pastilah encik. Lagipun saya jarang ada di ruma sebab kerja. Ni pun sebab cuti je baru ada di rumah. Jadi saya tak berapa tahu pasal budak baru kat sini," beritahu lelaki itu membuatkan Haiman mengeluh hampa.

Melihatkan kehampaan pada wajah Haiman, lelaki itu seakan teringat sesuatu.

"Tapi, beberapa hari lalu saya ada perasan seorang gadis remaja, yang buang sampah dekat sini. Saya pernah terserempak dengan dia. Lemah lembut orangnya. Mudah tersenyum. Saya tak pernah nampak dia sebelum ni. Mungkin gadis tu yang encik maksudkan?" Sambung lelaki itu lagi .

Haiman berubah riak.

"Dia tinggi, kan? Pakai tudung? Muka dia ala-ala jepun?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan Haiman untuk mendapatkan kepastian.

Lama lelaki itu termangu. Mungkin cuba mengingati gadis remaja yang dilihatnya sebelum ini, sama ada sama ciri-cirinya dengan apa yang disoal oleh Haiman atau tidak. Dan akhirnya dia tersenyum senget.

"Ha, betul betul betul. Tinggi orangnya. Kulit putih bersih macam cina ke jepun ke tak tahulah. Lebih kurang itulah orangnya," jawab lelaki itu membuatkan Haiman tersenyum lega. Benarlah itu memang adiknya yang dicari.

"Betullah itu dia. Boleh Saya tahu, di mana dia tinggal?" tanya Haiman.

"Itu saya tak pasti. Tapi saya pernah nampak dia naik lif ke tingkat 5. Sebab kami pernah naik lif yang sama. Mungkin dia tinggal di situ. Cuma saya tak tahulah pula rumah nombor berapa. Tapi... rasanya semalam pun sehari saya tak nampak dia turun buang sampah," jelas lelaki itu.

"Oh, okey okey. Terima kasih encik atas informasi ni. Saya akan cari sendiri info tu. Terima kasih, ya..." ucap Haiman tanda menghargai lelaki itu yang sudi berkongsi maklumat.

"Ya sama-sama. Sebenarnya, siapa perempuan tu? Kenapa encik cari dia?" tanya lelaki itu pula. Mungkin berasa hairan apabila Haiman tiba-tiba mencari gadis itu.

"Oh, sebenarnya dia adik saya yang hilang. Saya... tengah mencari dia," jelas Haiman siapa yang dicarinya itu membuatkan lelaki itu mengangguk faham.

"Oh patutlah. Saya harap encik berjaya temui adik encik tu. Kalau tak jumpa juga, encik laporkan pada pihak polis sajalah. Mungkin dengan cara tu, polis boleh bantu mencari adik encik," kata lelaki itu.

"Ya, terima kasih encik." Haiman bersalaman dengan lelaki itu.

Kemudian lelaki itu meminta diri. Tinggal Haiman tertanya sendiri dengan kehilangan gadis yang dicarinya selama ini.

***



PARKROYAL APARTMENT KUALA LUMPUR.


"IBU, ayah... kita nak buat apa dengan dia ni? Kenapa Abang Arin tak nak bawa dia pergi klinik? Atau hospital?" soal Nina kebuntuan sambil menatap wajah si gadis yang ditemui keluarganya.

"Entahlah. Ibu dah suruh Abang Arin kamu tu bawa dia ke hospital. Tapi Abang Arin tak nak. Dia takut jadi kes polis," beritahu Fahizah iaitu ibu kepada Nina.

"Ha? Macam tu pulak? Apalah abang ni. Dia tak salah. Buat apa dia nak takut?" respon Nina.

"Itulah dia. Pelik je cara pemikiran abang adik tu. Ish!" sahut Fahizah sambil tergeleng kepalanya.

"Hm, dah tu kita nak buat apa ni? Ibu dengan ayah berapa lama dekat sini? Jangan cakap dengan adik yang ibu dengan ayah dan Abang Arin nak balik malam ni. No way!" Nina berpeluk tubuh mengadap ibunya.

"Kalau ikutkan hati ibu ni, nak je terus tinggal dekat sini dengan adik. Ibu risaukan adik tinggal di sini seorang. Buatnya Arham tu datang mengejut. Orang masjid terpandang diaorang salah faham pulak. Tak pasal-pasal kena tangkap basah. Uish, minta simpang!" Fahizah menggeleng kepala. Tidak mahu perkara sebegitu terjadi.

"Ish ibu ni. Ke situ pulak. Am tu bukan jenis datang lepak kat sini. Dia kalau nak jumpa adik, dia suruh adik keluar. Jumpa kat mana-mana. Dekat khalayak ramailah. Macam mall . Atau taman ke lebih kurang. Janji tempat yang ada orang ramai. Ibu jangan risau. Arham tu seorang tunang yang jenis menjaga batas." Nina membela Arham tunangnya itu.

Mereka bertunang dua bulan yang lalu. Bercinta sudah lama sejak di zaman belajar lagi. Bukan Nina. Tapi Arham seorang sahaja yang belajar. Nina tidak berminat untuk menyambung pelajarannya. Hanis sekolah terus nak kerja. Itu yang boleh kerja dengan Zafril Ashraff hingga sekarang. Sudah rapat hingga menganggap mereka seperti keluarganya.

"Baguslah kalau macam tu. Ibu cuma cakap je. Risaukan anak perempuan ibu yang seorang ni je."

Tersenyum Nina mendengarnya. Lantas lengan ibunya dirangkul manja.

"Ibu... tinggallah dengan adik sehari dua lagi. Budak ni siapa nak jaga nanti? Adik dah la tak kenal dia. Dia pun tak sedar lagi ni. Kita bawak pergi hospital ajelah. Jom!"

"Jangan!" tegah Nazrin yang baru muncul di muka pintu kamar tetamu di rumah Nina itu.

Nina dan Fahizah berpaling serentak. Tersentak ditegah mengejut.

"Habis tu, kita nak buat apa? Takkan nak tengok je dia macam ni? Entah bila dia nak sedar tak tahu lagi. Setakat beli ubat dekat farmasi, apalah sangat. Bukan boleh sedarkan dia pun. Tak fahamlah adik dengan sikap Abang Arin ni. Takut sangat doktor tanya macam-macam. Kalau tak salah buat apa nak takut?" bebel Nina panjang lebar dek kerana geram dengan abangnya.

Nazrin melangkah masuk ke ruangan itu.

Kini dia berdiri di sisi katil gadis yang terlantar tidak sedarkan diri.

"Abang tak nak dipanjangkan cerita. Apa-apapun kita tunggu dia sedar. Lepastu dengar penjelasan dia. Abang tak nak doktor tuduh abang yang langgar dia. Harap Nina faham. Dah, tak payah banyak cakap lagi. Tunggu sampai dia sedar." Nazrin tetap dengan keputusannya. Tidak berganjak.

Nina merengus marah.

"Degillah abang ni! Kalau..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, telefon pintarnya berdering.

"Alamak, Arham call. Ibu, abang , adik jawab call kejap." Usai meminta diri, Nina berlalu keluar dari situ untuk menjawab panggilan dari tunangnya itu.

Nasharuddin tika itu baru selesai solat maghrib. Setelah habis wirik dan doa, dia kembali ke ruangan yang gadis pengsan tadi ditempatkan.

Ketika dia melangkah ke situ, kelihatan Nazrin dan Fahizah sedang merenung si gadis yang masih kaku.

"Tak sedar lagi ke?" Nasharuddin bersuara setelah beberapa saat berdiri di sisi isterinya.

"Belum, bang. Kita nak buat apa? Saya risaulah." Kedengaran rentak resah di hujung nafas Fahizah.

"Kita bawak pergi hospital sajalah, Arin," ujar Nasharuddin menyentakkan Nazrin.

"Tak..." Baru sahaja Nazrin hendak menidakkannya, mereka dikejutkan dengan suara mendesah resah dari si gadis di pembaringan.

Lantas mereka memandang ke arahnya serentak.

"Hnh hnh hnh... er... ti... tidak!" Gadis itu tiba-tiba terjerit dan bangun duduk mengejut dalam keadaan berpeluh-peluh.

Mereka yang melihatnya panik. Fahizah terus mendapatkannya. Tubuh itu dirangkul erat. Cuba tenangkannya.

"Tidak! Tak nak! Takut... jangan buat saya! Jangan!" raung gadis itu kuat. Jelas ketakutannya.

Dia meronta-ronta ingin lepaskan diri. Nina yang terdengar berlari masuk ke ruangan itu.

Nazrin dan ibunya berusaha menenangkannya. Nasharuddin turut khuatirkan hadiahkan itu.

"Tenang... tenang... awak selamat sekarang. Kami bukan orang jahat. Tenang... kami yang selamatkan awak tadi," terang Nazrin cuba fahamkan gadis itu.

Mendengarkan penjelasan dari Nazrin membuatkan gadis itu terdiam. Saat itu anak matanya meliar ke sekeliling. Dan akhirnya bebola matanya merenung tepat ke wajah Fahizah. Bergenang air matanya membuatkan Fahizah tidak keruan jadinya.

"Mak cik... mak cik... tolong saya. Laki tu nak rogol saya. Tolong saya mak cik... saya takut kalau isteri dia nampak, habislah dia pukul saya. Tolong saya mak cik. Pak cik... tolong saya. Hik hik hik..." Berjuraian air matanya mengalir ke pipi.

Tubuh Fahizah dipeluknya erat dengan wajahnya menyembam ke bahu wanita itu. Terkedu Fahizah dibuatnya dengan tindakan spontan dari gadis itu. Dan mereka terkejut mendengar apa yang terluah dari bibir gadis itu. Mengucap sakan mereka di situ.

"Astaghfirullahal-azim. Ya Allah. Kita tak boleh biarkan ini terjadi. Kita kena buat laporan polis." Nasharuddin bersuara tegas. Bersimpati dengan apa yang menimpa gadis itu.

"Adik, boleh bagitau apa nama adik? Dan siapa yang sanggup buat adik macam tu?" tanya Fahizah dalam nada lembut. Cuba memujuk gadis itu agar menceritakan segalanya.

Nina pula sudah duduk di birai katil. Cuba selami hati gadis remaja itu yang sedang tersedu-sedan menangis ketakutan.

"Sa... saya..." Lama gadis itu mengambil masa untuk kenalkan dirinya.

"Jangan takut. Kami orang baik. Tak ada niat jahat pada kau pun." Nina pula bersuara cuba memujuknya.

Dalam sendu itu akhirnya gadis itu menceritakan segalanya apa yang terjadi pada dirinya setelah perkenalkan diri.

Tergagu semua yang ada. Nazrin menggenggam penumbuk . Perasaan marah menular ke seluruh tubuhnya tatkala mendengar kisah di sebalik kesedihan gadis itu.

"Jom! Ikut abang. Kita pergi balai. Buat laporan. Bagitahu segalanya apa yang terjadi. Biar mereka tu kena hukuman setimpal. Geram pulak aku dengar cerita ni!" tegas Nazrin dengan bersungguh. Wajahnya juga tegang waktu itu.

"Hanis? Ikut kami ke balai ya? Jangan takut. Bagitau kebenaran. Biar nasib yang menimpa kamu ni akan terbela nanti. Biar manusia kejam tu ditangkap dan dikenakan hukuman." Nashruddin mencelah.

Lama Hanis mendiamkan diri dan akhirnya setuju untuk mengikut mereka ke balai membuat laporan polis.

Dan mereka terus ke balai berdekatan. Setelah selesai memberi keterangan, Hanis disuruh ke hospital untuk memeriksa anggota tubuh badannya untuk membuktinya dirinya didera oleh keluarga angkatnya.

Nazrin dan bapanya menguruskan semuanya dalam masa sehari.

Dan setelah selesai semuanya, Hanis dibawa pulang ke rumah Nina.

Tika ini, mereka semua duduk di ruang tamu mengadap Hanis.

"Hanis, disebabkan kamu pun anak yatim piatu dah tak ada tempat nak pergi, apa kata kamu tinggal terus dengan kami? Anggap kami seperti keluarga kamu?" cadang Fahizah yang sudah mula jatuh sayang terhadap gadis itu seperti anaknya.

Nina mengangguk menyokong dengan cadangan ibunya. Nazrin hanya diam di situ merenung Hanis. Menantikan respon darinya. Begitu juga dengan Nashruddin.

Hanis memandang mereka dengan pandangan sayu.

"Saya... saya tak nak menyusahkan orang lagi. Walau apapun, saya tetap nak berterima kasih dengan mak cik pak cik satu keluarga. Sebab bersusah-payah bantu saya. Dan terima kasih kerana dah selamatkan saya dari dunia kejam tu. Saya bersyukur sangat. Tapi untuk menyusahkan mak cik dan pak cik sekeluarga..." Hanis matikan kata di situ. Hanya berakhir dengan gelengan sahaja. Tandanya dia benar-benar tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.

Nina naik duduk di sebelah Hanis.

"Hanis... kau tak nyusahkan sesiapa tau. Aku dengan family aku sukakan kau. Apa kata, kau terima je cadangan ibu aku. Kau jadi sebahagian dari keluarga kami, ya? Aku teringin nak ada adik perempuan macam kau. Jadi kau boleh anggap aku macam kakak kau. Boleh, kan?" pujuk Nina.

"Tapi..."

"Tak ada tapi tapi. Setuju aje. Lagipun, kamu tak ada tempat nak pergi lagi. Kamu dah tak boleh tinggal di rumah yayasan tu lagi . Sebab usia kamu dah lebih had. Tinggallah di sini dengan Nina. Anggap saya ayah kamu," cantas Nashruddin.

"Dan saya, Nazrin. Atau Abang Arinq. Boleh anggap saya sebagai abang awak," celah Nazrin dalam nada santai. Kerana tidak mahu Hanis kekok dengannya.

Hanis mengangguk faham.

"Saya... saya terharu masih ada orang yang sudi menganggap saya anak dan keluarga. Terima kasih semua sebab buat saya rasa diri masih dihargai," luah Hanis tulus.

Mereka yang mendengarnya tersenyum.

***

TA RA RA RA RA...

Bunyi jam penggera bersuara minion itu telah mengejutkan Zafril dari lenanya.

Lantas dengan malas dia bamgkit. Jam penggera itu dimatikan.

Lama dia termenung di atas katil dalam keadaan mata terpejam melayan kantuknya.

Sengaja mahu menanti neneknya menyeru namanya seperti selalu.

10 minit menunggu, masih tiada apa-apa. Zafril pelik. Selalunya, wanita itu sudah tercongok di hadapan muka pintu kamarnya. Tetapi hari itu tiada pula .

"Haish, nenek ni merajuk dengan aku ke?" Tergaru kepala Zafril bila teringatkan hal semalam.

Dek kerana kekangan masa, Zafril terpaksa melupakan hal itu dulu. Dia terus mengurungkan diri ke dalam kamar mandi. Mahu bersiap untuk ke tempat kerja.

Apa yang terjadi? Merajukkah neneknya?

Zaimah pula hanya bermain dengan kucingnya si Bandit di dalam kamarnya. Langsung tidak keluar dari situ sejak malam dia dibentak oleh Zafril.

Nina yang baru tiba untuk menjalankan tugasnya, mencari kelibat nenek.

Dan bertembung dengan Zafril di tangga.

"Eh, awalnya tuan nak ke tempat kerja? Tak makan dulu? Ni saya dah bawa break fast dari rumah tadi," tegur Nina tatkala terlihat Zafril kelam kabut turun tangga.

"Tak apalah. Saya makan kat ofis je. Tu , tolong tengokkan nenek. Pastikan dia sarapan pagi. Dan ubat dia jangan lupa," pesan Zafril setelah menolak pelawaan Nina.

"Oh okey, tuan," jawab Nina.

"Oh ya, betul ke nenek suruh awak dengan kak Zetty carikan calon isteri untuk saya?" tanya Zafril mahukan kepastian.

"Ha'ah. Adalah dia suruh kitorang carikan. Katanya malam ni, ada annual dinner tuan dengan calon tu. Tuan kena balik awallah nampaknya. Nenek dah aturkan semuanya," jelas Nina.

"Tengoklah macam mana. Nenek memang macam tu. Suka bertindak sendiri," keluh Zafril.

"Ikutkan sajalah. Nenek tuan jugak," tutur Nina.

Zafril tergeleng kepala melayan kerenah neneknya.

"Entahlah. Saya pun pening. Tak apalah. Saya pergi kerja dulu. Jaga nenek."

"Tuan? Harini saya balik awal sikit ya. Sebab ada keluarga datang rumah. Malam ni diorang nak balik kampung dah. Tak seronoklah kalau saya balik lambat," beritahu Nina jujur.

"Oh okey. Nanti saya balik awal. Saya pergi dululah." Zafril meminta diri.

Nina hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Setelah lelaki itu menghilang di sebalik pintu utama rumah itu, Nina terus naik ke kamar milik Zaimah. Mahu melihat keadaan nenek.

"Nenek..." panggil Nina lembut.

Tergagu- tercengang, terkaku,tergemap

Guntur- kilat, guruh(bagaikan kilat atau guruh menyambar dirinya)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top