BAB 3

"NADIA IZARA?" Nama itu laju meluncur keluar dari bibir Zafril dalam nada terkejut. Lantas pandangannya dilarikan serta-merta.

Gadis itu tersenyum menggoda menatap Zafril.

"Yes, it's me my dear Zafril Ashraff," akuinya dalam nada lenggok manja.

"How do you know this is my office?" soal Zafril hairan bagaimana gadis itu bisa tahu keberadaannya? Sedangkan sudah lama dia merahsiakan lokasinya.

Tergelak jengkel Nadia Izara mendengar soalan itu.

"Soalan bodoh apa yang you tanya ni sayang? Seluruh Malaysia pun tahu ni ofis keluarga you," jawab gadis itu kedengaran begitu sinis.

Mendengarkan jawapan Nadia Izara itu membuatkan Zafril menyandar pada kepala kerusi sofa kerjanya seraya meraup wajahnya yang mula serabut dengan kehadiran wanita yang telah menghancurkan jiwanya dulu.

Setelah bertahun tidak bertemu, dan hari ini mereka bersua muka. Bukankah bagus jika dia lenyap terus dari muka bumi ini? Terdetik hati kecil Zafril sendirian.

Nafasnya dihela seketika sebelum kembali bersuara seraya mengawal rasa gigilnya.

"Okay, so? What do you want from me now?" Zafril kembali serius. Cuba bersikap rasional di tempat kerja.

"I nak you..." ujar Izara.

Zafril tersentak mendengarnya. Lantas dia memdengus di situ tanpa memandang wajah itu. Peluh merenik di dahinya. Entah mengapa dalam suasana sejuk nerhawa dingin sebegitu tubuhnya boleh pula terasa hangat.

"Zara, please! Don't waste my time just want talking stupid things! Lagipun I ada meeting hari ni. Kalau tak ada apa-apa nak cakap, lebih baik you keluar." Zafril mengeraskan suaranya. Tidak suka gadis itu main-main bila berbicara dengannya.

Izara tersengih mengejek apabila dimarahi lelaki itu. Sedikit pun tidak gerun.

"Syh... garangnya you sekarang ni, kan?" Jari telunjuknya diletak pada bibirnya sendiri tanda mahu Zafril diam.

Kemudian, dia yang tadinya berdiri di hadapan meja kerja Zafril, berlalu dan mendekati lelaki itu. Lalu tanpa diduga Izara bertenggek di bucu meja berhadapan dengan Zafril membuatkan lelaki itu gelabah.

"Zara, turun. Tak elok staf tengok!" tegas Zafril.

"Biarlah. Ada i kisah kalau diaorang nak tengok? Yang penting sekarang ni, adalah you! Sayang... mari kita mulakan hidup baru. I dengan you. I janji kita akan bahagia nanti." Kata-kata janji manis Izara itu membuatkan Zafril terasa hendak termuntah hijau di situ juga. Bukan dia tak kenal gadis itu dulu kaki pikat jantan kaya.

Zafril terus bangun dari duduknya apabila jemari Izara mula merayap ke bajunya. Resah. Seakan fobia yang telah lama berjaya dikawal bakal menjengah tiba.

"Oh pleaselah... apa you cakap? Bina hidup baru? I dengan you? I rasa tak perlu kot sebab I dah happy dengan hidup I sekarang. You tu yang tak cukup bahagia kot. Sebab tu terhegeh-hegeh datang cari kebahagiaan dekat sini pulak. Aduhai, I tak sangka betullah. Masih ada dalam dunia ni perempuan yang batak kasih sayang. Tsk tsk tsk!" Zafril membunyikan lidah siap pakej geleng kepala lagi setelah membidas wanita itu membuatkan Izara berubah riak serta-merta.

Termati terus sengihan mengejeknya tadi. Yang ada kini hanyalah perasaan bengang apabila dibidas oleh Zafril.

"Biarlah you nak cakap I batak kasih sayang ke apa. I tetap nak you. You kena ingat Aril, apa jadi dulu. You lari dari majlis nikah kita. You jangan ingat I akan diamkan diri. I akan lakukan apa saja untuk dapatkan you semula!" ugut Izara benar-benar memaksudkannya.

"Dan you lupa ke, kenapa I lari? You lupa you yang perangkap I? I tak salah, jadi buat apa I nak kahwin dengan you? Oh lagipun, kejadian tu di Jepun. Bukan di sini. Jadi tak ada siapa akan kisah tentang hal tu. You tau tak kenapa perangai batak you ni dah tak boleh nak undur? Sebab kalau dah lurus tu memang tak ke mana. Akan tetap lurus ke depan macam youlah. Sikap batak kasih sayang you tu takkan berubah selagi you tak lencongkan jalan you ke arah kebaikan," tazkirah Zafril panjang lebar untuk sedarkan Izara.

"Lepas ni i dah tak nak tengok muka you kat ofis i sebab ofis i nampak cacat bila ada you. So, dipersilakan angkat kaki dan blah! I tak nak bau baju you pun dalam ofis i!" usir Zafril setelah sekolahkan Izara di situ.

"Zafril! You're too much! I tak habis cakap lagi," bentak Izara yang sudah turun dari bertenggek di bucu meja dan mendapatkan Zafril.

"Sudah-sudahlah tu, Zara. Cukuplah you terhegeh-hegeh dekat I. You ingat you kahwin dengan I, you boleh bahagia? Uh! You tak kenal I dengan baik lagi Zara. You pernah tengok story mafia yang kejam?" psiko Zafril dalam keadaan membelakangi Izara.

"Apa kena mengena dengan kita pulak?" Pelik Izara dengan soalan Zafril.

"Ada. Sebab I nak bagitahu you, kalau baran I keluar, I akan jadi jauh lebih kejam dari Mr. mafia tu."

"Ah tak kisahlah you mafia ke kejam ke, i tetap nak you." Izara masih berdegil mahukan Zafril.

Lantas tubuh lelaki itu dipeluknya dari belakang tanpa segan silu membuatkan Zafril naik hantu. Spontan tubuh Izara ditolak kasar hingga membuatkan wanita itu jatuh terhenyak ke atas karpet ofis.

"Hei! Aku cakap aku tak nak kau tak faham ke? Lagipun, aku tak nak keturunan aku mempunyai sifat yang sama macam kau! Tergedik-gedik terhegeh-hegeh dekat orang!" herdik Zafril geram bila ugutannya langsung tidak berbekas di hati Izara.

Usai membidas wanita itu, Zafril terus berlalu keluar dari ruangan pejabatnya. Malas mahu melayannya lagi. Buat sakit otak sahaja.

Ketika dia melewati meja kerja setiausahanya, Sherry, sempat dia menitip pesan tanpa memandang wajah itu.

"Sherry, lepas ni jangan bagi sesiapa pun masuk ke bilik pejabat saya tanpa izin saya. Faham?" tegas lelaki itu tanpa secalit senyuman.

Zafril memang sentiasa serius di pejabat.

"Oh, baik Tuan Zafril," akur Sherry menurut perintah.

"Perempuan tu, siapa benarkan dia masuk?"

"Oh dia cakap dia sepupu Tuan Zafril. Dia yang halang saya untuk bagitahu tuan tentang kehadiran dia tu. Saya ingatkan dia betul-betul sepupu tuan. Maafkan saya, tuan," terang gadis itu jujur.

"Tak kisahlah sepupu ke apa. Jangan benarkan mereka masuk tanpa izin saya. Buatnya yang masuk tu ada niat jahat nak bunuh saya ke apa, macam mana? Ingat! Dah, call sekuriti heret perempuan tu keluar. Saya tak nak tengok muka dia dekat ofis ni!" perintah Zafril dalam nada keras.

"Baik, tuan!" balas Sherry.

Belum sempat Sherry hendak menghubungi sekuriti, ada suara menegahnya.

"Tak payah panggil sekuriti. I boleh keluar sendiri!" Izara sudah menghayun melangkah menuju ke arah Zafril.

"Tunggu I ya, sayang. I takkan give up untuk dapatkan you... muah!" Sempat gadis itu melayangkan flying kiss ke arah Zafril sebelum berlalu pergi.

Zafril membuat muka geli serta gaya hendak termuntah.

Sherry pula membuat muka tiada perasaan di situ.

"Sherry, mana Pengurus Zaim?"

"Dekat lobi. Jumpa clients," beritahu Sherry.

Zafril terus berlalu mahu menemui Zaim. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari Nina. Dan mengkhabarkan tentang kondisi neneknya. Gelabah Zafril dibuatnya . Dengan segera dia pulang ke rumah.

***

KENNY HILL BUKIT TUNKU KL.


"NENEK! Nenek!" Kelam kabut Zafril berlari masuk ke ruangan kamar milik neneknya. Risau tentang kondisi nenek apabila mendapat khabar dari Nina tentang neneknya yang pengsan dengan tiba-tiba.

Nina yang sedang duduk di birai katil menemani Zaimah bangkit berdiri memberi ruang untuk majikan duduk di sisi neneknya.

"Nenek? Nenek okey tak?" tanya Zafril dalam nada risau.

"Hm..." Hanya itu respon Zaimah.

"Kenapa dengan nenek? Nina? What happened?" soal Zafril tanpa memandang Nina.

"Saya tengah masak tadi. Tiba-tiba saya dengar nenek nyanyi lagu Jepun. Saya masuk ke bilik tuan, saya tengok nenek dah macam orang mabuk. Dan pengsan. Bandit pun terjatuh sekali dengan nenek. Dan saya jumpa ni dekat tangan nenek," beritahu Nina seraya menunjukkan vape pada Zafril.

Terkedu Zafril melihatnya. Botol vape diambil dan dahinya dikerutkan seribu.

"Ni vape saya. Nenek? Nenek buat apa dengan vape ni?"

"Hm... soalan apa yang kamu tanya ni, Aril? Tu kan air buah kamu. Nenek hidu bau wangi. Nenek sedutlah minuman kamu tu. Tapi pelik dia keluar asap pulak. Canggih betul botol air kamu tu ya. Dari mana kamu beli?" Jawapan nenek itu membuatkan Zafril menepuk dahinya. Membulat matanya.

"Apa? Jadi nenek sedut vape ni? Nenek tahu tak, ni bukan air buah. Ni rokok. Rokok versi vape. Patutlah nenek khayal semacam. Haisy!" bebel Zafril setelah menjelaskan apa yang neneknya hisap.

"Ha? Rokok? Ah patutlah pening semacam..." Melali mata Zaimah. Khayalnya masih tersisa.

"Tulah nenek, jangan main tibai je. Tengok, apa jadi dekat nenek? Nasib baik tak jadi nenek brutal. Tapi, cayalah. Nenek hisap vape haahahaha!" Kurang asam punya cucu. Sempat lagi dia tertawakan neneknya.

Pak!

Dengan tidak semena-mena kepala Zafril ditampar neneknya membuatkan tawa lelaki itu termati.

"Bertuah punya cucu. Kurang asam bol betul. Manalah nenek tahu tu rokok versi bep bep yang kamu kata tu. Kalau nenek tahu nenek tak hisaplah. Banditlah main tadi ni. Nasib baik Bandit tak hisap. Kalau tidak, jadi macam nenek," omel Zaimah bengang.

"Ha kalau tidak Bandit pun mabuk macam nenek siap menari lagu Jepun Tokyo tu lagi. Hehe..." sampuk Nina membuatkan Zaimah termalu bila terkenangkan apa yang terjadi tadi.

"Wu... nenek menari lagu Jepun. Menari sikit nenek. Mesti nenek menari macam dame to cosita tu," usik Zafril.

"Menatang apa tu dame tototosita?" tanya Zaimah tidak mengerti maksud Zafril. Ikut suka dia sahaja hendak menyebutnya.

Tergelak Zafril dengan Nina di situ. Lucu mendengar sebutan nenek.

"Bukan dame tototosita la nek. Dame to cosita. Ni ha, tengok video ni." Nina membuka video itu pada Zaimah dari telefon pintarnya dan ditayangkan pada wanita tua itu.


"Ha, tengkorak kamu menari macam gitu. Hudoh!" marah Zaimah.

"Apa yang hudoh? Kalau nenek menari macam tu, pergh comel. Nak nak lagi tengah khayal macam tadi hahaha," sakat Zafril. Rancak pula dia kenakan neneknya. Nakal.

Tergelak Nina mendengarnya.

Kuk!

Sekali lagi kepala Zafril di lepuk oleh neneknya membuatkan lelaki itu menyeringai sakit.

"Nenek! Sakitlah. Apa ni? Main kepala pulak," rungut Zafril sambil memuncung sedepa. Sebal dengan neneknya.

"PPadan muka uh!" balas Zaimah dan terus memalingkan wajahnya dari mengadap cucunya sambil memeluk si Bandit kesayangannya itu.

Tergeleng kepala Nina menahan tawa. Lucu melayan majikannya . Bahagia dua beranak cucu dengan nenek itu. Terasa rindu pula dia dengan keluarganya di kampung.

***

PAVILION DAMANSARA HEIGHTS

"HANIS! Hanis! Bangun!" pekik Azlin mengejutkan Hanis yang sudah terlelap selesai solat subuh tadi.

Hanis mencelikkan kelopak matanya. Dan merenung sekeliling dalam keadaan mamai.

"Hoi! Aku panggil kau pekak ke? Kau ni memang dasar tak kenang dek untung!" jerkah Azlin yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu kamar Hanis.

Hanis yang terperanjat dijerkah sebegitu terus terbangun duduk seraya menggenyeh-genyehkan matanya.

"Mama? Maaf mama. Saya tak dengar tadi mama panggil." Hanis memohon maaf dalam nada lembut.

"Tak dengar? Tak dengar? Kau memang pekak!" Tanpa menunggu, Azlin terus menerkam Hanis.

Hanis gerun. Tubuhnya menggigil resah.

Tubuhnya di tarik kasàr oleh Azlin hingga terseret ke lantai menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

"Aku nak makan. Aku lapar. Aku nak pergi kerja. Tapi kau! Kau sesedap rasa je membuta. Dasar pemalas! Ambil ni!" Kuali yang tersangkut di dinding dicapai lalu dihentak ke kepala Hanis bertalu-talu membuatkan gadis itu menjerit sakit.

"Sakit mama! Sakit... jangan mama. Sakit!" Tangisan Hanis langsung tidak dihiraukannya.

Emir yang baru terjaga dari lenanya, tersentak apabila terdengar suara jeritan seiringan dengan tangisan kuat. Lalu dia bingkas bangkit keluar dari kamarnya. Kakinya dihayun menuruni anak tangga dan terus ke ruang dapur.

Dilihatnya Hanis sudah teruk dilanyak oleh Azlin. Emir segera menghalang isterinya.

"Azlin! Sudahlah!" marah Emir. Geram. Belakang tubuh isterinya dipeluk kuat dan dibawa pergi dari situ meninggalkan Hanis menangis sendiri hingga tersandar pada dinding dapur. Tersedu-sedan dia di situ.

"Bonda... sakit. Bonda..." Hanis bersuara serak-serak dalam sendu mengadu nasib.

Tidak lama kemudian, Emir datang pada Hanis semula. Luka pada dahi Hanis dibelek. Kedengaran keluhan berat dari hujung nafas Emir.

"Papa minta maaf bagi pihak mama. Papa tak sangka mama sanggup buat Hanis macam ni. Nanti papa bawa pergi klinik. Tapi janji jangan bagitahu doktor yang mama pukul Hanis. Papa tak nak mama dipenjarakan nanti. Jangan risau. Selagi papa ada, papa akan lindungi Hanis," pujuk Emir dalam nada simpati dengan nasib Hanis.

Hanis tidak menjawab. Hanya menghabiskan sisa tangisnya.

Seperti yang dijanjikan, Hanis dibawa ke klinik. Setelah selesai merawat lukanya dan dikenakan 3 jahitan pada dahinya, mereka pulang. Hanya Emir berdua dengan Hanis. Azlin tidak mengikuti mereka kerana sudah ke tempat kerja.

***

HANIS yang tengah hendak membuang sampah terasa seperti dirinya sedang diperhatikan dari jauh.

Bila dia menoleh, tiada sesiapa. Akhirnya dia kembali naik ke rumah keluarga angkatnya.

Usai masak untuk makan malam mereka, Hanis telah menghidang di atas meja makan.

Luka di dahi masih terasa perit . Hanis yang terasa pening mula melangkah ingin naik ke biliknya mahu rehatkan diri. Namun, tanpa sengaja bertembung dengan Emir, bapa angkatnya.

Emir menegur apabila terperasan riak Hanis seakan menahan sakit.

"Hanis? Okey tak ni?" tanya Emir sambil mengusap pipi Hanis membuatkan Hanis menepisnya lembut. Tidak selesa disentuh sebegitu.

"Ha, okey. Cuma pening sikit. Saya naik ke bilik dululah, papa. Nak rehat kejap." Hanis meminta diri . Tidak betah berlama di situ. Kalau berlama di situ, mahu tumbang nanti.

Emir hanya mengangguk sahaja. Tanpa sedar Hanis, Emir merenung belakang tubuhnya tidak berkalih. Entah apa yang sedang bermain dibenaknya tika itu.

Dalam waktu yang sama, Azlin turun dari biliknya. Pelik dengan suaminya yang melamun sendirian di hujung tangga. Dia menegur.

"Haih, melamun jauh nampak. Terfikirkan apa?" Teguran Azlin meretakkan segala lamunan Emir.

"Tak ada apalah. Jomlah pergi makan," ajak Emir . Tidak mahu isterinya tahu apa yang sedang berada di dalam kotak fikirannya tika itu.

Azlin merenung suaminya tidak puas hati. Namun tidak pula dia hendak bersuara. Malam itu mereka makan berdua.

Hanis pula tiada selera makan kerana masih terasa sakit kepalanya.

Baru sahaja dia hendak terlelap, tiba-tiba terasa tangannya di tarik kasar hingga membuatkan dia terbangun duduk. Tergemap Hanis di atas katil mengadap orang yang menarik tangannya tadi.

"Mama? Kenapa mama?" tanya Hanis terpinga-pinga.

"Aku nak kau iron baju kerja aku. Tak payah nak tunjuk malas sangat. Pergi!" arah Azlin dalam nada kasar.

"Saya pening mama. Esok pagi boleh tak?" Takut-takut berani Hanis memberi alasan.

Alasan yang diberikan Hanis automatik membuatkan Azlin panas. Lantas rambut panjang Hanis direntap kasar. Terjerit sakit Hanis dibuatnya.

"Sakit, ma! Sakit... jangan. Sakit..." rintih Hanis menyeringai sakit.

"Jangan nak mengada sangat! Aku suruh baik-baik banyak pulak alasan kau kan? Kau saja nak menaikkan darah aku, setan! Sini kau!" Diseret rambut Hanis ke bilik pakaian di hujung laluan itu.

Tika itu Emir tiada. Keluar rumah bertemu rakan-rakan. Mungkin bosan mendengar bebelan Azlin.

Tiba di bilik pakaian, Hanis diseret ke tempat seterika baju berwap. Azlin membuka suis. Lalu memaksa Hanis menggunanya .

Hanis terkial-kial hendak menggunanya. Dia langsung tidak pernah menggunakan seterika jenis berwap dan berpaip seperti itu. Manalah dia tahu hendak pakai.

"Mama, macam mana nak guna? Saya tak tahu," jujur Hanis. Dalam takut-takut.

"Guna ni pun tak tahu? Sini aku ajar kau..." Azlin bersuara lembut dengan tiba-tiba sahaja menimbulkan tanda hairan di hati Hanis.

Kepala paip seterika berwap itu diambil dari tangan Hanis.

"Cara guna dia macam ni, sayang..." Lembut sungguh tutur bicaranya. Hanis merenungnya pelik.

Dengan tidak semena-mena, paip itu di tala ke tubuh Hanis membuatkan Hanis terjerit panas. Menggelupur tubuhnya di situ terkena wap panas.

"Argh! Panas mama! Panas!" jerit Hanis.

"Ha ini cara nak guna. Tak faham lagi? Sini aku ajar lagi..." Kali ini nada Azlin berubah menjadi kasar dan garang.


Air wap itu sengaja di tala ke muka Hanis. Namun Hanis sempat menerkup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Untuk melindungi wajahnya.

"Panas! Panas mama!" Jeritan Hanis tidak dihiraukannya.

Dan akhirnya Hanis pengsan di situ. Barulah Azlin menghentikan tindakannya. Batang paip berwap itu dicampak ke tepi. Suis ditutup.

"Huh! Tak payah nak pura-pura pengsanlah. Aku suruh kau iron baju aku. Bukan suruh tidur sini. Hoi!" pekik Azlin sambil menendang tubuh Hanis yang sudah kaku.

"Hoi! Bangunlah !" Dikuis-kuis tubuh gadis itu. Masih sepi. Tidak bergerak.

Azlin terdiam sejenak. Lalu dia mula bertinggung mengadap Hanis.

"Hoi! Bangun!" Dikocok bahu Hanis. Tiada respon.

Lama juga dia kejutkan Hanis, tiada sahutan. Akhirnya, dia meninggalkan Hanis di situ sendirian .

"Mamposlah kau di situ. Kau ingat aku kesah kalau kau mati? Aman hidup aku. Tak adalah si Emir tu tergilakan kau dan asyik membela kau je, sial!" hamun Azlin sebelum berlalu pergi.

Hanis masih tidak sedarkan diri. Tidak sampai 10 minit tubuhnya sudah menggelembong akibat terkena wap panas tadi. Bahkan tangannya juga begitu.

***

"IBU... Man dah jumpa tempat tinggal baru dia," beritahu Haiman yang baru melabuhkan duduknya di hadapan ibunya.

"Betul ke?" soal Murni inginkan kepastian.

"Betul, bu. Man nampak sendiri dia buang sampah dekat kawasan apartment tu. Cantik dia sekarang ibu," kata Haiman cuba meyakinkan ibunya.

Murni tersenyum gembira.

"Syukurlah. Syukurlah dia selamat. Ibu cuma nak tengok dia bahagia."

Aisyah yang baru keluar dari ruang dapur membawa dulang minuman mendekati ibu mertuanya.

"Saya dengan Abang Man dah tengok sendiri. Dia sihat. Cantik. Cantik macam ibu. Ibu janganlah risau. Nanti kita akan jemput dia ya, bu?"

Murni mengangguk mengiakannya.

"Tapi, wajah dia iras ayah. Makin meningkat dewasa makin seiras dengan ayah. Ke manalah ayah menghilang sekarang ni?" Haiman termangu sendiri mengenang ayahnya yang telah lama menghilangkan diri.

"Tak payah sebut tentang ayah. Ibu tak suka dengar!" tegas Murni yang sudah berubah riak cemberut.

Sungguh dia benci mendengar gelaran itu. Kerana lelaki itulah punca huru-hara keluarga mereka.

Haiman terus mendiamkan diri. Bukan apa, dia benar-benar mengerti tentang perasaan ibunya. Aisyah pula melabuhkan duduk di sisi suaminya.

"Ibu, Abang Man. Jemputlah minum." Aisyah menjemput kedua insan tersayang minum malam sebelum tidur.

Kini semua sepi.

***

"SAYANG..." seru Zetty yang bàru masuk ke kamar beradu sambil mendekati suaminya yang tengah membaca buku di atas katil.

"Ya, ling..." sahut Zaim senada. Hanya mulut bersuara. Matanya masih tertumpu pada bacaannya.

"Ling ingat, esok nak pergi jenguk neneklah. Rindu pula dekat dia. Dah berapa hari tak jenguk dia. Boleh tak?" Zetty meminta izin suaminya untuk menziarahi Zaimah.

Permintaan Zetty itu membuatkan Zaim terhenti bacaannya. Dan memfokuskan pandangannya terhadap isteri di sisinya. Sebuah senyuman termanis dihadiahkan buat sang isteri.

"Ha, bagus juga tu. Lama tak jumpa nenek. Nanti merajuk pulak orang tua tu dengan kita. Eloklah ling nak jenguk dia. Esok sayang hantar ling okey?" Zaim menawarkan diri mahu menghantar isterinya setelah memberi keizinan.

"Ha itulah dia. Ling takut nenek merajuk dengan kita pulak sebab lama tak pergi jenguk dia. Kalau macam tu, esok pagi kita keluar bersamalah ya?" kata Zetty seraya melentokkan kepalanya di bahu Zaim.

Zaim melilitkan lengannya ke bahu Zetty manja. Sempat dikucup pipi Zetty.

"Ya, ling... esok kita keluar sekali. Nanti sayang dah habis kerja, sayang ambil ling dekat rumah Tuan Zafril."

Zetty hanya mengangguk mengiakannya. Lalu mereka tersenyum berdua.

annecayunk
Junejin-07
RohanahDandai
Zac220778
nurdayinizarifah

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top