BAB 2

"HANIS! Aku suruh buatkan aku air kan? Kau tunggu apa lagi? Pergilah!" herdik Azlin menyentakkan lamunan Hanis.

Hanis menganggukkan kepalanya dan terus berlalu ke ruang dapur untuk menyediakan air seperti yang dipinta. Namun dalam hatinya sedih memikirkan apa yang terjadi .

"Bonda, kenapa mama angkat saya garang? Dia màcam bencikan saya je? Kenapa dia marah dan herdik saya macam tu sekali? Kalau dia nak saya buatkan air, dia boleh je suruh saya buat dengan menggunakan bahasa yang lembut. Bukan menengking. Saya pun ada hati dan perasaan juga," bicara Hanis sendiri mengenangkan nasib diri yang bakal menimpa dirinya nanti.

"Jangan ambil hati dengan mama tu." Suara sergahan seseorang menyentakkan Hanis . Lantas gadis itu menoleh ke belakang. Wajah bapa angkatnya sedang tersenyum padanya di situ.

"Eh, papa. Saya okey. Saya tak ambil hati pun. Saya buatkan air dulu ye. Mama suka air apa?" Hanis bermanis wajah di hadapan bapa angkatnya kerana tidak mahu lelaki itu terlihat wajah sedihnya.

"Mama suka air fresh oren. Buah ada dalam peti sejuk. Tak apalah. Biar papa yang buat. Hanis pergi naik ke bilik dulu . Rehat." Emir menawarkan diri untuk menggantikan Hanis membuat air untuk isterinya, Azlin.

Emir sudah majukan langkah ke arah peti sejuk. Mahu mengambil buah oren sunquick untuk dikisar.

Hanis yang melihatnya kelam kabut menahan lelaki itu.

"EEh, tak apa. Biar saya yang buat. Nanti mama marah papa pula. Biar saya yang buat. Manalah tahu, kalau mama lembut hati dengan saya lepas saya buatkan fresh oren untuk mama," kata Hanis.

"Tak apa. Pergilah rehat. Nanti malam turun makan. Papa masak. Pergi pergi pergi pergi!" suruh Emir beria-ia mahu Hanis berehat.

Hanis terpaksa akur seiringan dengan tersenyum hambar.

"Nanti kalau mama marah papa macam mana?" soal Hanis.

"Tak adalah. Mama takkan berani marah papa. Jangan risau. Pergi naik. Berehat. Pergilah," sangkal Emir seraya menyuruh anak angkatnya itu merehatkan diri.

"Yelah. Terima kasih, papa," ucap Hanis tulus.

"Untuk apa?" soal Emir kehairanan.

"Sebab papa sudi terima saya si anak yatim piatu ni," jawab Hanis dalam nada mengendur seraya menunduk.

Emir yang baru lepas membasuh buah itu memandang Hanis. Bibirnya mengulas senyum.

"Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi panggil papa pada saya. Dah lama saya teringin nak dengar panggilan tu."

"Sama-sama, papa. Kalau macam tu, Hanis naik ke bilik dululah," pinta Hanis setelah menjawab terima kasih bapa angkatnya itu.

Emir hanya menganggukkan kepalanya tanda membenarkannya pergi.

Tanpa menunggu, Hanis berlalu naik ke bilik. Azlin sudah tiada di ruang tamu. Mungkin sudah mengurungkan diri di dalam kamarnya untuk basahkan badan. Nasiblah dia tiada. Jika ada di situ, tentu Hanis jadi mangsanya untuk dimarahi.

***

KENNY HILL BUKIT TUNKU KL.


ZAIMAH mencari-cari Bandit kesayangannya di ruang tamu. Nina pula tolong kemaskan rumah dan bilik wanita tua itu.

"Mana Bandit ni? Bandit! Bandit! Tsk tsk tsk..." Zaimah membunyikan lidahnya memanggil kucing kesayangannya itu.

"Bandit sayang... mari dekat nenek. Mana kamu ni?" panggil Zaimah tidak putus asa.

Melilau dia mencarinya tidak ditemui.

Nina yang baru turun dari kamar Zaimah memandang wanita tua itu dengan pandangan yang pelik.

"Nenek? Cari apa tu?" tanya Nina. Kakinya berhenti di tangga terakhir mengadap Zaimah.

Zaimah menoleh ke arah Nina. Berkerut-kerut dahinya tika itu.

"Nenek cari cucu nenek tu la si Bandit. Ke mana Aril campak dia tak tahulah. Tak jumpa dari tadi mencari. Ish, geram pulak nenek dengan si Aril ni. Kot ya pun janganlah campak Bandit kesayangan nenek tu merata-rata. Dia ingat Bandit tu karpet ke apa nak main campak-campak? Haisy!" bebel si tua itu setelah menerangkan apa yang dicarinya.

Kemudian anak matanya kembali meliar mencari Bandit ke serata sudut rumah itu.

"Oh, cari Bandit rupanya. Tadi kalau tak salah, Nina nampak dia dekat dalam bilik Tuan Aril. Tengah main apa entah. Malas nak kacau," beritahu Nina membuatkan Zaimah terhenti dari meneruskan pencariannya. Dan kembali tertumpu pada Nina.

"Betul ke kamu nampak dia dekat bilik Aril?" tanya Zaimah inginkan kepastian.

"Ya, Nek Zaimah. Saya baru nampak Bandit tadi." Nina meyakinkan si tua itu.

Tanpa menunggu Zaimah bergegas mendaki anak tangga mahu menemui cucu kesayangannya itu.

Tergeleng kepala Nina dengan aksi spontan nenek tua itu. Tersengih kecil dibuatnya.

"Nenek nenek... nenek dengan si Bandit berpisah tiada. Haha..." Usai bicara sendiri, Nina menapak ke dapur mahu sediakan makan tengah hari untuk wanita itu.

Manakala Zaimah pula, tika dia menapak masuk ke ruangan kamar beradu milik Zafril, kepalanya terjengah-jengah mencari kelibat kucing itu.

Di bawah katil, tiada. Di atas katil, kosong. Tergaru kepala si tua itu tertanya-tanya ke mana Bandit bersembunyi? Tiba-tiba...

Shreh! Shreh!

Zaimah dikejutkan dengan bunyi benda di seret oleh sesuatu dari arah belakangnya. Lantas dia berpaling. Membulat matanya saat itu. Apakah yang dilihatnya?

"Bandit? Cucu nenek... kamu pergi mana? Nenek rindu kamu. Kamu ni pandai main sembunyi-sembunyi dari nenek ek? Sini dekat nenek!" Zaimah mendapatkan Bandit.

Dan mendukung Bandit. Namun dia baru perasan, ada sesuatu di dalam pelukan Bandit. Apakah?

Zaimah melabuhkan duduk dibirai katil dan membawa Bandit bersamanya.

Sesuatu dalam pelukan Bandit itu diambil dan dibeleknya lama.

"Benda apa ni? Mana kamu jumpa ni Bandit? Macam botol air cekedis je," tebak Zaimah. Lalu botol itu dibelek dirodek sampai terbuka penutupnya.

(Siapa tahu benda apa ni? Siap nenek jumpa ni hahahah. Tengok apa jadi?)

"Papa Smurf E? Menatang apa? Ada gambar buah lagi ni. Kejap nak bau. Macam candy je ni." Zaimah menghidu baunya.

"Um, wangi. Bau buah. Apa ke pelik benda alah ni ada dekat sini? Aril punya kot," teka Zaimah lalu diletak ke mulutnya.

Meow meow meow...

Bandit mengeow seakan hendak menyampaikan sesuatu pada neneknya. Malangnya si tua itu tidak mengerti maksud Bandit. Tanpa diduga dia menyedut muncung pada hujung botol yang disangkanya air buah milik Zafril.


Sekali sedutan berasap. Berkepul. Dihembusnya hingga terbatuk-batuk si tua itu.

"Uhuk! Uhuk! Air apa ni keluar asap je? Sedap juga rasanya." Pelik si tua itu. Dengan tidak puas hatinya, dia sedut lagi, lagi dan lagi.

Dalam masa tidak sampai 10 minit. Dia mula berkhayal dan bangun menari seorang.


Ohayo Tokyo konichiwa

Kedengaran riuh suara nyanyian lagu jepun menyentakkan Nina yang tengah memasak di bawah. Api ditutup. Lalu dia menjengah ke ruang tamu mahu melihat apa yang terjadi.

"Siapa pulak yang nyanyi lagu pelik tu? Nenek ke? Ish, takkan kot..." Nina tidak puas hati. Lantas laju sahaja kakinya mendaki anak tangga satu persatu mahu melihat apa yang terjadi.

Tiba dimuka pintu masuk kamar milik majikannya, terkejut dia dibuatnya.

"Ya Allah Ya Rabbi. What happened, Nek Zaimah? Oh my God!" Nina menerkup mulutnya yang sudah melopong.

Gedebuk!

Zaimah tumbang bersama Bandit. Apa jadi dengan nenek?

***

JEBAT CORPORATION SDN.BHD.

ZAIM mengetuk pintu bilik pejabat majikannya itu berkali-kali, tiada jawapan. Tanpa melengahkan masa, dia terus menolak dedaunan pintu kaca mahu menemui Zafril.

Dilihatnya lelaki itu sedang melamun jauh. Apa yang sedang difikirkannya?

'Nenek tu tak habis-habis nak kenalkan aku dengan calon cucu menantu dia tu. Hish, apa aku nak buat ni? Buatnya dia suruh perempuan tu datang sini jumpa aku, macam mana? Matilanak!' getus hati kecil Zafril tanpa menyedari Zaim sudah berdiri di hadapan meja kerjanya.

"Tuan Zafril? Tuan? Tuan Zafril Ashraff?" seru Zaim berulangkali apabila tiada sahutan dari lelaki itu.

Zaim bengang lalu ditepuk meja seraya menguatkan suaranya menyeru nama Zafril.

"Tuan Zafril!"

"Oh nenek kau suruh kahwin lagi!" Terkeluar latah Zafril dibuat Zaim hingga terangkat-angkat kakinya membuatkan Zaim terlepas tawa lucu dengan aksi spontan majikannya itu.


"Oit! Terkejut aku! Kau ni, Abang Zaim..." rengus Zafril bengang.

Zaim hanya membalas dengan tawanya yang masih bersisa.

"Kau memang màcam ni. Suka terkejutkan aku. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tidak, dah lama arwah. Kau ni... lain kali nak masuk ketuk pintu dulu. Jangan main sergah je. Torporanjat den!" bebel Zafril kalah mak nenek berjela panjangnya seraya menggosok dadanya yang masih berdetak kencang akibat terperanjat yang masih tersisa .

"Maaf, Tuan Zafril. Aku tak sengaja. Tadi aku dah ketuk tapi Tuan Zafril yang tak dengar. Asyik mengelamun jauh," ujar Zaim sambil tersengih. Tawanya juga sudah terhenti.

"Hm, ada apa kau masuk bilik pejabat aku dengan mengejut ni, Abang Zaim?" soal Zafril setelah degupan jantungnya makin reda.

"Oh ya, ada seorang perempuan nak jumpa kau, Tuan Zafril. Màcam mana? Nak jumpa dia ke? Atau..." Belum sempat Zaim menghabiskan ayatnya, Zafril terlebih dulu mencantasnya.

"Suruh balik. Aku tak nak jumpa dia!" Tercengang Zaim dengan respon Zafril.

"Suruh balik? Macam tu je?" tanya Zaim inginkan kepastian.

"Ya," jawab Zafril sepatah.

"Tak nak jumpa dia dulu ke? Kot dia ada nak bincang hal penting ke? Macam mana?" Zaim masih bertanya mahukan kepastian.

Zafril mendiamkan diri memikirkan sesuatu seketika. Apakah ia?

'Jangan-jangan itu perempuan yang nenek nak kenalkan dengan aku tu? Uish, tak naklah aku! Semua perempuan tak boleh percaya. Kaki kikis semua tu.' Tergeleng kepala Zafril sendiri.

Hairan Zaim yang melihatnya.

"Tuan? Nak bagi dia masuk ke tak? Kalau nak, aku panggil dia. Kalau tak nak, bagitahulah. Aku suruh dia balik. Tapi tuan tak takut rugi ke? Buatnya dia ada projek nak kerjasama dengan tuan ke? Who's know? Tuan?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan lelaki itu membuatkan Zafril rimas.

"Ish, kau diam kejap boleh tak, Abang Zaim? Bagi aku fikir kejap!" Zafril mengherotkan bibirnya dengan kening bertaut . Serius benar lagaknya.

Zaim hanya mencebikkan bibirnya bila dimarahi majikannya yang dianggap seperti adik.

"Ha!" Spontan Zafril menepuk meja siap pakej membuat gaya mendapat satu idea hingga memeranjatkan Zaim.

"Apahal, tuan?" soal Zaim terpinga-pinga di situ.

"Kau cakap dekat dia, aku busy. Aku tak boleh jumpa dia," beritahu Zafril.

"Hm, tahu dah. Itu jawapannya. Aku pergi dululah," respon Zaim sambil membuat muka. Sudah masak dengan lelaki itu yang takut untuk menemui mana-mana perempuan.

"Hm, good," balas Zafril hanya dua patah perkataan. Dan mula menyambung kerjanya yang terbengkalai.

Zaim berlalu ke muka pintu. Sempat dia berpaling seketika ke arah Zafril sambil tersengih sendiri membuatkan Zafril kembali memandangnya.

"Apahal kau tersengih macam kerang busuk kat situ?" tegur Zafril kehairanan.

"Aku peliklah dengan kau ni. Apahal kau takut sangat nak jumpa perempuan? Diaorang bukan zombie yang kau nak takut. Cuba sekali kau jumpa diaorang. Mana tahu kot tersangkut seorang. Boleh buat isteri," kata Zaim .

"Ish, banyak pula cekadaknya. Kalau kau nak sangat kau ajelah pergi jumpa dia." Zafril malas melayan lelaki itu lagi.

Zaim tergeleng kepala dan terus berlalu keluar dari situ. Tidak sampai lima minit, seseorang masuk ke ruangan itu tanpa pamitan membuatkan Zafril terganggu untuk menyambung kerjanya. Dia berang. Lantas mendongakkan kepalanya.

Terlohong mulutnya tatkala bertentangan mata dengan tetamu yang hadir tanpa diundang itu. Saat itu Zafril terasa tubuhnya mula menggigil resah. Mengapa terjadi begitu? Dan siapakah yang masuk ke situ menemuinya?

***

PAVILION DAMANSARA, HEIGHTS

HANIS yang baru turun ke tingkat bawah untuk makan malam seperti yang diarahkan papanya itu menuju ke ruang makan.

Tika itu Azlin dan Emir sudah ada di meja makan.

Hanis mendekati mereka dan mahu makan bersama. Dengan tidak semena-mena...

Pang!

Meja diketuk kuat mengejutkan Hanis yang baru sahaja melabuhkan duduknya. Pandangannya automatik beralih ke arah mamanya. Wajah gerun dipamerkan. Takut dimarahi itu yang pasti. Apa lagi yang tak kena?

Emir yang turut terkejut merenung tajam ke arah sang isteri.

Azlin langsung tidak menghiraukan renungan suaminya.

"Siapa suruh kau duduk? Siapa benarkan kau duduk semeja dengan kami? Kau layak ke duduk situ? Layak ke?"

"Tadi, tadi... papa suruh turun makan malam bersama," beritahu Hanis jujur. Dengan kepalanya ditundukkan. Tidak berani hendak bertentang mata dengan wanita bengis itu.

"Eh, di sini bukan tempat kaulah! Kau tu cuma anak angkat. Eh bukan. Kau tu amah je dalam rumah ni. Tempat yang layak untuk kau, kau tahu kat mana?" Azlin mendekatkan wajah bengisnya dengan Hanis.

Hanis menggeleng. Tanda tidak tahu.

"Sayang... saya yang suruh dia makan sekali. Boleh tak jangan marah-marah macam ni depan rezeki? Tak elok," tegur Emir. Tidak berkenan dengan cara layanan isterinya terhadap Hanis.

"Awak diam! Saya dah cakap saya tak suka ambil anak angkat. Tapi apa awak buat? Awak nak juga anak angkat, kan? Awak tengok apa saya nak buat dengan budak ni! Sini kau!" Cuping telinga Hanis dicepit ketam menggunakan kuku tajamnya tanpa belas ihsan membuatkan Hanis menyeringai sakit.

"Sakit mama. Sakit... jangan mama. Jangan cubit, sakit..." rayu Hanis. Berkaca jernih bebola matanya.

"Jangan panggil aku mama! Kau tak layak menggelarkan aku mama kau!" larang Azlin dengan nada yang cukup keras. Lalu diheret Hanis ke ruang dapur paling hujung.

Sejurus kemudian, ditolak kasar tubuh keding itu hingga jatuh terhenyak ke atas lantai mozek. Hanis mengemam bibirnya menahan rasa sakit pada pinggulnya.

"Mama... kalau saya ada buat salah, maafkanlah saya. Jangan layan saya macam ni," kata Hanis dalam nada sendu menahan tangis.

Alis matanya sudah bergayutan manik-manik jernih menanti jatuhnya sahaja.

"Hoi! Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku, mama! Kau ni degil, kan? Degil! Budak degil perlu diajar!" jerkah Azlin.

Tanpa diduga, dia mencapai batang mop yang tersangkut pada gril pintu dapur dan dibidas tubuh Hanis berdas-das membuatkan Hanis mengerang sakit. Sebuah esakan tangis sayu kedengaran memenuhi ruangan dapur itu.

"Mama! Sakit! Jangan ma. Jangan. Sakit! Sakit mama!" Hanis merayu hingga sanggup memeluk kaki Azlin. Berharap wanita itu menghentikan pukulannya.

Sayangnya rayuan itu langsung tidak diendahkan. Emir yang mendengar tangisan meninggi itu segera berlari ke dapur. Wajahnya berubah riak terkejut dengan apa yang terhidang di ruang matanya.

"Azlin! Apa awak buat ni? Awak nak bunuh budak ni ke? Awak dah gila ke? Cukuplah!" tegah Emir menahan Azlin dari terus memukul Hanis.

"Tepilah! Jangan halang saya!" Tangan Emir yang memaut lehernya itu ditepis kuat.

"Sudahlah!" marah Emir.

Piak! Piak!

Pukulan itu masih tidak henti dihayun ke arah Hanis.

"Ampun mama. Ampunkan Hanis..." Tersedu-sedan Hanis memohon maaf dengan wanita itu. Walau dia langsung tidak tahu apa salahnya .

"Ampun hotak kau!" Kepala Hanis ditunjal-tunjalnya.

Emir terus menarik Azlin dibawa pergi dari situ. Cuba menghalang isterinya dari terus memukul Hanis.

"Hanis! Pergi masuk bilik. Pergi!" perintah Emir tegas.

Hanis terus berlari naik ke kamarnya dalam keadaan teresak-esak.

Azlin mengamuk bagai orang gila.

"Hoi! Kau tunggu! Aku belum selesai lagi. Tempat kau dekat tandas belakang. Bukan di atas!" tengking Azlin masih tidak puas hati dengan Hanis.

"Sudahlah tu! Kenapa dengan awak ni? Nak menggila tak tentu hala!" jerkah Emir geram.

Azlin terdiam. Dan mula mencerlung tajam ke arah Emir. Bibirnya diketap marah.

"Awak jangan ingat saya tak tahu tujuan awak ambil budak perempuan tu jadi anak angkat. Awak nak jadikan dia perempuan simpanan awak, kan?" dakwa Azlin membuatkan Emir terkejut mendengarnya.

"Apa awak melalut ni? Ish, saya tak fahamlah dengan cara pemikiran awak ni. Kolot! Tahu tak? Kolot!" sangkal Emir senada.

"Siapa yang kolot? Awak jangan cuba nak nafikan. Awak jangan ingat saya tak tahu kenapa semua pembantu rumah kita lari dari rumah ni. Awak yang cuba..." Belum sempat Azlin menghabiskan ayatnya...

Pang!

Satu tamparan hebat melekat di paras Azlin. Keadaan itu telah merenjatkan tubuhnya. Suasana sepi. Pipi Azlin yang terasa bahang berdesing akibat kesan dari tamparan itu diusap. Perit. Itu yang dirasai.

Emir mula tersedar akan keterlanjurannya.

"Sayang, maafkan saya. Saya... saya terlepas. Maafkan saya. Tapi awak tu. Tuduhan awak melampau. Saya suami awak. Tolonglah hormat saya." Emir mula mengendurkan suaranya mahu memujuk sang isteri yang sudah terkaku tidak berkutik.

Jemari isterinya ingin disentuh tetapi malangnya, direntap kasar oleh Azlin. Tanpa menunggu, dia terus berlalu keluar. Sakit hati. Terguris.

Emir meraup wajahnya. Kedengaran keluhan halus di hujung nafasnya.

Manakala Hanis pula sudah menangis di atas katil dalam keadaan menyembamkan wajahnya ke situ.

"Kenapa jadi macam ni. Aku cuma perlukan kasih sayang dari sebuah keluarga je. Bukan penderitaan ni yang aku inginkan. Ya Allah, bantulah aku. Lindungilah aku. Jangan kau biar mama marah aku lagi. Sakit. YaAllah." Hanis mengadu nasib kepada sang Pencipta. Lengannya yang lebam teruk dibelek.

"Bonda. Saya tak suka duduk sini. Saya rindu bonda. Saya rindu Alia, Minsha. Dan adik-adik yang lain . Saya tak suka tempat ni bonda. Saya nak balik jumpa bonda. Tapi jauh. Saya tak mampu nak balik sendiri. Duit tak ada," luah Hanis bersama tangisan sendu.

Tidak lama begitu, dia berlalu mengambil wudhuk untuk solat sunat. Menyembah diri pada yang Esa.

Apalah nasib dia nanti.

annecayunk
nurdayinizarifah


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top