BAB 18

TERGAGU Hanis tatkala melihat kepala Zafril sudah terlentok di atas meja, tidak sedarkan diri.

           "Encik? Encik Zafril? Alahai... dia pengsan ke? Aduh! Màcam mana ni?" Hanis cuak.

             Terpaksalah dia menghubungi Nina untuk menjemput mereka. Terkejut juga Nina pada awalnya.

             Sementara menunggu Nina datang menjemput, Hanis melangut di situ memandang Zafril. Dia cuba mengejutkan lelaki itu.

            "Encik?" Hanis bangkit berdiri dan mendekati lelaki itu.

           Bahu Zafril ditepuknya dalam keadaan teragak-agak. Berderau juga darahnya hendak bersentuhan dengan tunangnya itu waima ianya berlapik.

            Lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Hanis mengeluh berat. Dia bertinggung di sisi lelaki itu sambil mengadap wajah kaku itu. Pucat. Tergeleng kepalanya bila terkenangkan penyakit fobia lelaki itu terhadap wanita.

            "Sampai bila encik nak terus jadi macam ni? Sebenarnya, saya malu untuk keluar berdua dengan encik sebab saya sedar diri saya siapa.
Dan saya tahu, mesti encik anggap saya jenis perempuan yang tak tahu malu sebab mencuba untuk pikat encik.  Kalau nak ikutkan saya ni seorang yang pemalu. Tapi disebabkan rasa kasih dan sayang saya yang ikhlas terhadap nenek, saya tunaikan permintaannya.

          Walau saya tahu ia sukar untuk saya lakukan seperti apa yang nenek mahu, iaitu misi memikat encik, tapi saya kawal sehabisnya perasaan malu tu sebab saya tak nak tengok nenek terlantar lagi macam hari tu. Saya takut untuk kehilangan dia... saya takut... sebab tak ada sesiapa yang sayang saya màcam dia sayang saya. Dia tulus sayang saya, encik..." Hanis terhenti seketika. Tanpa sedar ada air jernih mengalir membasahi pipinya.

           "Saya perlukan dia... sebab tu saya panik bila Kak Nina bagitahu saya yang nenek sakit. Saya terus cari teksi datang ke sini. Saya takut tak dapat jumpa dia lagi. Nenek baik sangat dengan saya. Saya tak boleh nak lukai hati dia dengan menolak permintaannya yang mahu saya mengubah encik. Saya tak boleh buat màcam tu encik. Saya sayang dia..." Terhenti lagi ayatnya. Menangis.

        Air matanya mengalir jenuh.

         "Kalau encik mampu dengar luahan hati ni, mesti encik marah saya kan? Màcam hari tu yang encik marah saya sebab sayangkan nenek encik lebih dari encik sayangkan nenek. Sampai encik halang saya dari datang jumpa nenek. Kasih nenek sama màcam bonda. Nenek layan saya sama màcam bonda layan saya.  Nenek mengingatkan saya pada bonda. Saya rindu bonda... kalaulah keluarga Nina tak jumpa saya tentu saya takkan jumpa nenek. Kalaulah saya tak lari dari rumah neraka tu, tentu saya takkan pengsan di tepi jalan. Semua ni adalah takdir, encik... Allah dah tentukan..." sambung Hanis lagi.

          "Saya buat semua ni, saya tahan perasaan malu ni semata-mata demi nenek... hik hik hik..." Hanis tidak dapat mengawal perasaan sebaknya. Rindukan bonda itu yang pasti.

         Dan sesungguhnya bukanlah dia batak kasih sayang. Cuma dia menghargai bila diri disayangi dan dilayan seperti keluarga sendiri. Bukan dilayan seperti binatang. Apa yang terjadi pada dirinya tempohari benar-benar menyiksa jiwanya. Perit. Sungguh dia takut jika perkara itu berulang lagi. Hanis pejamkan matanya, cuba menenangkan hatinya.

          Namun tanpa sedar ada seseorang menyeka air mata menggunakan tisu membuatkan Hanis tersentak. Lantas kelopak matanya dibuka. Terpempan dia di situ tatkala memandang seraut yang sudi menyeka air matanya itu.

           Ternyata, Zafril yang sedang menggilap air matanya menggunakan tisu tanpa memandang wajahnya.

           "Encik? Bila encik sedar? Bukan ke..." Belum sempat Hanis menghabiskan ayatnya, Zafril terlebih dahulu memotong.

            "Sebenarnya, sa... saya dah sedar awal lagi. Cuma saya ra... rasa loya dan mamai itu yang saya tak menyahut bila awak panggil saya. Saya ri... risau kalau saya buka mata saya nampak awak. Kalau nampak awak, awak tahulah kan apa akan jadi pada saya? Muntah hijau dekat sini. Malu mendapat nanti..." gugup Zafril tika itu.

              "Jadi, encik dah dengar semuanya tadi?" tanya Hanis dengan mulut sedikit ternganga.

               Zafril hanya menjawab dengan anggukan sahaja.

              Hanis terdiam sepi. Termalu sendiri. Tanpa menunggu dia terus bangkit berdiri dan kembali duduk ke tempatnya. Saat itu Hanis tertunduk menekur ke bawah.

             "Maafkan saya dah terluah perasaan saya..." Hanis menggigit bibir, cuba mengawal perasaan malunya.

             Manakala Zafril pula curi-curi pandang Hanis kerana gadis itu dalam keadaan menunduk.

             "Saya... saya tahu awak... awak ikhlas rapat dengan nenek saya. Saya... saya tahu awak... awak tak sama màcam perempuan lain. Saya tahu... se... sebab tu saya... saya turuti kemahuan nenek yang... yang mahu saya dengan... awak... aw... awak bersatu." Zafril turut tertunduk sambil bermain dengan jemarinya. Dia cuba mengawal perasaan gigilnya berdepan dengan gadis itu.

              "Sa... saya dah fikir masak-masak. Sa... saya nak la... lawan penyakit ni. Saya tak su... suka bila fobia ni da... datang menyerang diri saya. Hanya a... wak yang mampu bantu saya. Ji... jika awak ikhlas sayangkan nenek, te... tentu awak juga ikhlas untuk bantu saya. Ba... bantu saya melawan rasa fobia ni. Saya harap awak sanggup bantu saya... tolong saya?" rayu Zafril, benar-benar mengharapkan bantuan dari gadis itu.

              Lama Hanis terdiam memikirkan kata-kata rayuan dari lelaki itu. Dan akhirnya bibir Hanis mengulas senyum.

              "Saya akan cuba yang terbaik untuk kesembuhan encik. Esok kita mula."

              "Mula apa?" tanya Zafril, tidak mengerti maksud Hanis.

               "Mula misi untuk pemulihan penyakit encik. Tapi encik jugak kena pergi jumpa pakar tu jangan mis due date tu ya?" terang Hanis membuatkan lelaki itu mengangguk faham bersama senyuman nipis terukir dalam keadaan menunduk.

               "Terima kasih sebab sudi bantu saya... kalau perempuan lain tentu dah tinggalkan saya dah sebab penyakit fobia teruk ni. Saya yakin, mana-mana perempuan pun takkan berani dekat dengan saya kalau tahu kondisi sebenar saya," ucap Zafril masih dalam nada gugup.

               "Tak apalah encik. Perkara kecil aje. Yang penting encik berusaha. Saya yakin encik mampu lawan fobia tu!" Hanis memberi semangat terhadap Zafril.

             "Ya. Hanis... nenek nak kita kahwin cepat kan? Awak rasa kita perlu ke buat macam tu?" tanya Zafril mahukan pendapat Hanis.

              "Saya tak tahu encik. Keputusan di tangan encik. Saya ikut je. Mana baik untuk encik baik jugak untuk saya. Lagipun kita bertunang ni  pun demi nenek. Encik fikirlah mana yang baik untuk kita," kata Hanis mencuri pandang Zafril yang turut mencuri pandang wajahnya. Dan mereka termalu sendiri.

              Zafril bukan malu. Tapi lebih kepada perasaan gelabah dialah, apa lagi.

            Tidak lama begitu, Nina sampai. Tersentak dia tatkala bertentang dengan Zafril yang sudah sedar.

***

THE LUXE KLCC


"LING... tahu tak, Aril pergi mana malam ni?" tanya Zaim sambil bersantai menonton televisyen bersama Zetty dalam keadaan berbaring di atas sofa dengan berbantalkan paha isterinya.

            "Pergi mana?" tanya Zetty, blur. Bebola matanya masih menetap ke kaca TV. Ralit melayan siaran kegemarannya.

             "Pergi dating dengan someone," beritahu Zaim membuatkan Zetty terbuntang biji matanya. Lantas wajah suaminya dipandang.

            "Betul ke? Dengan siapa? Hanis?" Bertubi-tubi soalan yang diajukannya.

               Zaim mengangguk mengiakannya bersama senyuman ceria terbias pada wajahnya.

              Terlohong mulut Zetty mendengarnya.

             "Betul ke? Alhamdulillah. Wah... macam tak percaya diorang date berdua. Mesti romantik, kan? Hehhe màcam kelakar pun ada bila si fobia bertemu dengan si shy shy cat. Hahaha... tak sabar nak tahu respon Aril tu nanti. Nak tanya Hanis esok. Hehe..." Tidak sabar Zetty hendak menemui Hanis esok. 

            "Amboi dia... bukan main happy lagi ya." Zaim mencuit dagu isterinya.

             Zetty tersengih.

            "Mestilah happy. Adik kita dah berani keluar dating tau," balas Zetty.
           
             "Ye betul. Harap Hanis mampu menjadi penawar penyakit gynofobia Aril," ujar Zaim.

            "Ha'ah. Ling pun harap màcam tu," sahut Zetty.

            "Haisy, dahlah. Asyik fikirkan hal orang je. Bila nak fikirkan hal kita pulak?" Zaim mengubah topik membuatkan Zetty tersenyum.

           "Em, okey. Kita fikirkan hal kita pulak ye sayang..."

           "Kalau màcam tu, nak kiss sini dulu," pinta Zaim siap mengangkat jari mengetuk lembut pipinya. Tanda mahu Zetty mengucup pipinya.

            Lama Zetty merenung suaminya. Sebelum menjongketkan keningnya. Seakan sedang merangka sesuatu.

            Zaim membalas renungan itu dengan renungan yang pelik.

            "Cepatlah..." rengek Zaim, sengaja mahu bermanja dengan isterinya.

            "Ish... gatal ni... suami siapa ni?" Zetty mengepit kedua-dua pipi Zaim dengan kedua tapak tangannya hingga memuncung bibir Zaim dibuatnya.

              "Ala ling... tak nak macam ni. Habis pipi sayang. Nantilah dia. Nak kena ni..." Zaim membalas mencubit kedua belah pipi Zetty hingga terjerit-jerit isterinya membuatkan Zaim tergelak.

             Bahagia mereka berdua. Makin hari makin mekar rasa cinta yang tumbuh di hati mereka. Biarpun bertahun kahwin tidak dikurniakan zuriat, namun mereka bahagia. Begitulah rutin harian mereka berdua bila luang masa bersama. Saling bergurau senda. Harap kekal begitu hingga ke akhirnya.

***

"HANIS? Hanis? Di mana awak?" panggil Zafril, tercari-cari kelibat Hanis di dalam sebuah ruangan bilik yang agak terpencil seperti sebuah makmal.

          Hanis meminta dia ke situ hari itu. Nina menjaga Nenek Zaimah di rumah.

          Dalam tercari-cari kelibat Hanis, satu pesanan ringkas masuk dari telefon pintar miliknya.

          Zafril membuka pesanan ringkas itu. Lalu dibaca isi kandungannya.

          Encik Zafril, sila masuk ke dalam bilik hujung.

2:00 p.m

          Untuk apa?
2:02 p.m

Nanti encik akan tahu...
2:04 p.m

           Zafril yang membacanya terpaksa menurut sahaja kehendak Hanis. Walau di dalam kotak fikirannya pelbagai persoalan yang sedang berlegar-legar tika itu.

          Kakinya dihayun menuju ke pintu paling hujung.

(Lebih kurang inilah bilik rahsia itu dalam bayangan sis)

           Zafril melangkah masuk ke dalam bilik rahsia . Pintunya berbentuk besi dan kalis peluru.

          Masuk sahaja ke situ, Zafril tidak melihat apa-apa melainkan kegelapan .

           Kakinya melangkah setapak demi setapak ke hadapan dan ...

Tap!

            Automatik lampu kuning menjadi terang benderang menyentakkan Zafril. Tertoleh-toleh Zafril ke kiri dan kanan.

            "Encik Zafril pejamkan mata..." Satu suara memberi arahan membuatkan Zafril hanya menurut kerana dia tahu bahawa itu suara Hanis.

             "Hanis? Awak nak buat apa sebenarnya?" tanya Zafril , ingin tahu.

             "Saya nak bantu hilangkan fobia encik," jawab Hanis.

             Namun figuranya tidak kelihatan. Di manakah keberadaan Hanis yang sebenar? Persoalan itu yang berada di fikiran Zafril kini.

            "Okey. Màcam mana?" Zafril bersuara lagi.

            "Encik tunggu situ kejap. Tunggu je," kata Hanis membuatkan Zafril terdiam.

            Berdebar menanti apa yang bakal Hanis lakukan.

            Dalam keadaan mata terpejam, dengan semena-mena Zafril dapat merasakan kehadiran seseorang.

            Saat itu Zafril sudah gementar tahap dewa. Dia dapat merasakan aura wanita yang sedang berlegar di sekelilingnya.

            "Encik jangan takut. Tenang. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Dan cuba kawal perasaan gentar tu..." Hanis bersuara cuba tenangkan lelaki itu.

            Zafril hanya menurut sahaja arahan gadis itu. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. Dan dihembus perlahan.

            "Baik, sekarang saya nak encik bayangkan apa yang telah membuat encik fobia terhadap perempuan," arah Hanis.

            Saat itu, bayangan kejadian masa silam kembali menggamit ingatan Zafril. Jantung Zafril berdegup laju tatkala terlihat mommynya tidur sekatil bersama lelaki lain. Dan bayangan skandal mommynya memukul daddynya bertalu-talu membuatkan Zafril sesak nafas.

            "Sabar, encik. Tenang... jangan panik," tegur Hanis dalam nada yang cukup lembut, cuba memujuk lelaki itu.

            Kedengaran dekat benar suaranya pada pendengaran Zafril.

            "Dan saya nak encik kosongkan fikiran encik. Buang segala pemikiran negatif terhadap perempuan. Apa sahaja yang negatif tolong buang. Buang sampai ia menjadi kosong," sambung Hanis lagi.

             Dengan perlahan Zafril cuba untuk membuang bayangan itu satu persatu. Namun, datang pula bayangan Izara sedang bergelak tawa, bercumbu mesra dengan skandalnya menambahkan lagi kesesakan di hati Zafril.

           "Hnh hnh hnh..." Deruan nafas Zafril berhembus tidak sekata.

            "Buang fikiran negatif tu dengan perlahan-lahan. Jangan memaksa. Cuba untuk buang sedikit demi sedikit." Hanis tidak putus asa untuk bantu lelaki itu.

           Zafril mencuba untuk buang bayangan itu sedikit demi sedikit. Malangnya makin berasak ia datang mengganggu fikiran Zafril. Gelak tawa jahat Izara dan kemarahan mommynya terhadap daddynya bergema di ruangan kotak fikirannya membuatkan Zafril menerkup telinganya dan terduduk.

           "Tidak! Tidak! Pergi! Pergi!" jerit Zafril dalam nada resah.
           
            "Encik!" Hanis terus mendapatkan Zafril yang sudah terduduk di atas lantai simen dalam keadaan menggigil.


           "Tidak! Pergi! Jangan ganggu aku!" Terpekik-pekik Zafril mengusir suara yang mengganggu fikirannya.

           Zafril seakan meracau membuatkan Hanis panik.

           "Abang Am! Abang Am tolong saya!" panggil Hanis meminta bantuan Arham, tunang Nina.

            Ternyata, dia bersama Arham. Bukan sendirian. Nina yang meminta Arham yang membantu Hanis untuk ubati penyakit fobia Zafril .

            Arham bergegas masuk ke situ mendapatkan mereka berdua.

            "Kenapa Hanis? Kenapa ni?" Kelam kabut Arham mendapatkan Zafril.

            "Tak tahu. Abang Am kena tolong saya!" gesa Hanis, risau.

            Dilihatnya Zafril sudah meracau di situ. Jenuh juga Arham mencuba untuk menyedarkannya.

             Hanis terkesima melihat air mata Zafril mengalir jenuh hingga ke perdu. Terasa sebak hatinya melihat keadaan lelaki itu.


            "Ya Allah seteruk ini ke apa yang encik alami selama ni? Saya tak tahu. Sekarang baru saya tahu kesakitan yang encik lalui. Saya faham perasaan encik yang fobia dengan masa silam encik. Tak apa. Kita berhenti di sini. Kita balik ya? Kita balik..." Hanis turut membantu Arham untuk bangunkan Zafril yang menggigil takut.

              Tika Hanis dan Arham cuba bangunkan Zafril, tanpa diduga lengan Hanis dirangkul dan dipeluk kejap. Terkejut Hanis dengan tindakan spontan itu. Membuntang biji matanya apabila mendapati Zafril menggigil resah bersama juraian air mata ketakutan. Dia seakan tidak sedar bahawa lengan Hanis berada di dalam pelukannya.

               "Tolong... tolong saya... saya takut..." rayu Zafril.

               Keadaan Zafril itu membuatkan Hanis tidak sampai hati. 

               Akhirnya mereka membawa Zafril keluar dari situ.  Tanpa sedar, ada manik-manik jernih tertumpah keluar dari kolam mata Hanis. Hatinya sejak dulu mudah tersentuh.

               'Kasihan  Encik Zafril. Saya janji akan bantu encik untuk buang terus segala perkara negatif yang mengganggu perasaan encik,' tekad Hanis di dalam hati.

                

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top