BAB 10
JANTUNG Zafril berdegup tak menentu. Saat anak matanya bertembung dengan anak mata seorang gadis, membuatkan fobianya datang dan tika itu juga dia terasa mual dan ketakutan melanda diri.
"Uwerk!" Spontan kedengaran suara Zafril yang hendak termuntah di hadapan wajah sang gadis membuatkan gadis itu terkejut dan terus menolak dada bidang lelaki itu menjauh darinya hingga membuatkan Zafril jatuh ke belakang.
"Uwerk! Uwerk! Bluerk!" Tanpa diduga Zafril termuntah teruk di situ membuatkan gadis itu panik.
Lantas gadis itu mendapatkan Zafril.
"Encik? Encik okey tak?" tanya sang gadis.
Zafril menerkup kedua-dua belah telinganya. Kedengaran suaranya mendesah kuat dek kerana ketakutan. Tubuhnya menggigil.
"Jangan dekat!" tahan Zafril dalam suara menggetar.
"Tak, encik muntah teruk ni. Mari saya tolong encik bangun atau nak saya panggil nenek?" Gadis itu masih tak berganjak.
"Pergilah! Tolonglah jangan dekat..." usir Zafril.
Zafril memejamkan matanya dengan rapat. Tanda wajah gadis itu tak mahu dilihatnya.
Air matanya sudah menitis dari kolam matanya. Tika itu Zafril sudah mengerekot di hujung penjuru dinding. Takut untuk menatap gadis di hadapannya itu.
"Kejap. Saya panggil Encik Zaim," kata gadis itu dan terus berlalu pergi.
Zafril yang merasakan gadis itu telah menghilang dari situ, membuka kelopak matanya.
"Allahu, fobia aku datang balik? Aku ingat dah okey dah." Nafas Zafril tercungap-cungap. Ibarat tak cukup nafas pula gayanya.
"Aku tak boleh tunggu di sini." Zafril terus berlalu pergi dari situ meninggalkan muntahnya tadi di situ.
Perasaan gementarnya lebih menguasai diri dari muntah itu. Ya ciri-ciri lelaki fobia memang akan rasa mual dan terkejut bila bertembung dengan mana-mana perempuan yang baru ditemuinya secara mengejut sebegitu. Tambahan jatuh ke atas perempuan itu, lagilah fobia teruk jawabnya. Ia digelar gynophobia. Iaitu fobia pada wanita.
Zafril kelam kabut keluar dari restoran itu tanpa pengetahuan mereka yang datang bersamanya tadi.
Dalam fikirannya tika itu mula terbayang ke arah detik-detik dia melihat Izara menggoda lelaki dan berkepit dengan lelaki. Malah bukan sebab itu sahaja. Ada lagi sebab lain yang menjadi punca dia fobia pada wanita.
Ingatannya terimbas ke arah 23 tahun yang lalu sebelum ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan.
Zafril yang tengah asyik bermain permainan kapal terbangnya itu, terdengar suara mendesah resah dan gelak tawa halus.
Disebabkan dia baru berusia 5 tahun, dia masih tak tahu apa-apa. Gelak tawa itu menarik minatnya. Dia terus bangkit dari duduknya di dalam kamarnya.
Zafril mencari arah suara itu. Kedengarannya seperti datang dari kamar milik ibu bapanya. Lalu dia mendekati kamar itu yang terletak sebelah kamarnya sahaja.
Tika itu, Zafril terlihat pintu sedikit terbuka. Anak matanya sempat menangkap sesuatu dari dalam kamar itu . Apa yang dilihatnya menimbulkan tanda tanya di hatinya.
"Siapa uncle tu? Tu bukan daddy. Tapi kenapa dia dengan mommy? Kenapa dia masuk bilik daddy? Tak sukalah!" Zafril tertanya-tanya sendiri. Dia merengus sendiri.
Pada waktu yang sama, terasa bahunya disentuh dari belakang. Keadaan itu automatik merenjatkan bahu Zafril. Terkejut. Lantas dia menoleh . Wajah daddynya di situ. Zafril memalingkan tubuhnya mengadap daddynya.
"Aril buat..." Belum sempat Jebat menyoalnya, Zafril telah mengangkat jari comelnya dan letak pada bibirnya. Tanda mahu daddynya diam.
Jebat hanya akur dengan isyarat yang diberikan Zafril. Lalu Zafril menggamit daddynya dekat dengannya.
Jebat menundukkan sedikit tubuhnya mendekatkan telinganya pada anaknya.
Zafril membisikkan sesuatu pada daddynya.
"Daddy... mommy ada kat dalam dengan uncle jahat. Aril tak suka uncle tu. Sebab dia masuk bilik daddy," beritahu Zafril dengan perasaan marahnya.
Mendengarkan apa yang diberitahu Zafril membuatkan daddynya naik angin.
Tanpa menunggu lagi Jebat terus meredah masuk ke kamar itu dengan mengejut telah memeranjatkan kedua pasangan terlarang itu.
Zafril hanya melihat di balik pintu pergaduhan besar hari itu. Bibirnya diketap menahan rasa amarah apabila melihat skandal ibunya itu membelasah daddynya.
Dengan perasaan marah Zafril berlari masuk ke situ mahu membantu daddynya dari terus dipukul.
"Jangan! Jangan pukul daddy saya. Uncle jahat! Jahat! Mommy jahat!" jerit Zafril.
Sejak itu, daddynya menceraikan mommynya. Keputusan daddynya itu sama sekali mommy tak setuju. Hingga daddy mahu menghantar mommy pulang ke kampung asalnya. Tika itulah Zafril dijaga nenek. Dan dari situ dia mendapat khabar mereka kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
Kejadian itu amat menyayat hatinya. Tika usianya 5 tahun, dia tak tahu apa-apa. Tapi bila meningkat remaja, dia memahami segalanya. Berkali-kali nenek menitip pesan agar tak membenci mommynya itu. Tetapi hingga kini, perasaan itu membuatkan dia jadi kemurungan dan fobia dengan perempuan. Sebab itulah bila dia terlihat gadis yang dia suka berkepit dengan lelaki lain, perasaan fobia dan benci takut kemurungan dia datang. Sejak itu dia takut untuk berkenalan dengan mana-mana gadis yang baru muncul.
"Zafril?" Suara seruan dari seseorang yang dia kenali itu telah menyentakkan lamunannya di situ.
Zafril menoleh. Wajah Zaim yang terpacul di situ. Nafasnya dihela kuat.
"Abang Zaim?" Zafril meliar ke sekeliling. Baru dia sedar dia kini berada di tepi jalan.
"Kau okey tak?" tanya Zaim , risau.
Zafril meraup wajahnya.
"Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni," luah Zafril.
"Fobia kau datang balik?" tebak Zaim seraya menggosok perlahan bahu Zafril. Cuba menenangkannya.
Persoalan itu hanya dijawab anggukan oleh Zafril.
"Sabar... bertenang. Kau dah jumpa pakar?"
"Belum..."jawab Zafril perlahan. Dan akhirnya tertunduk ke jalan. Cuba tenangkan diri.
"Aku faham perasaan kau. Tadi, Hanis bagitahu aku yang kau muntah-muntah depan tandas. Aku dah tahu bila dengar Hanis bagitahu kami pasal tu. Ni sah fobia kau datang balik. Tak apalah. Esok kau ikut aku. Kita jumpa pakar. Kawan aku pakar bahagian ni. Mungkin dia boleh bantu kau," saran Zaim setelah menenangkan Zafril.
Zafril hanya mengangguk setuju.
"Mesti Hanis takut dengan aku, kan?"
"Tak. Dia tak takut dengan kau. Cuma, dia risau tengok keadaan kau. Yelah, mungkin dia tak pernah tengok keadaan orang yang berpenyakit gynophobia tu macam mana. Dahlah, jom aku hantar kau balik. Keadaan kau ni tak mengizinkan kau untuk memandu. Aku tahu tu. Jom!" ajak Zaim seraya memaut bahu Zafril erat.
"Nenek?" Zafril teringatkan neneknya.
"Aku dah suruh Nina hantar nenek balik. Kau naik dengan aku. Aku hantar kau balik," balas Zaim .
"Hanis?"
"Jangan risau jangan takut. Dia dah balik dengan Nina sekali tadi. Jadi kau takkan nampak dia. Jom! Zetty dah menunggu dekat kereta tu," kata Zaim.
Zafril terpaksa akur. Dan mereka pulang bersama.
***
HANIS termangu sendirian terfikirkan apa yang terjadi terhadap Zafril semalam.
Berkerut-kerut keningnya memikirkan perkara tersebut.
Tika itu Nina sudah ke rumah agam milik keluarga Zafril.
Pipinya yang terasa gatal digaru-garu.
Manakala Nazrin pula yang baru hendak pulang ke kampung itu terperasan Hanis yang sedang duduk termenung di balkoni rumah itu.
Lalu dia datang menyapa.
"Haih, jauh termenung?"
Hanis tersentak lamunannya. Wajah Nazrin di sisi dipandang.
Bibirnya terukir senyum tatkala memandang seraut yang disukai dalam diam itu. Sejuk mata memandang.
"Taklah. Cuma terfikirkan bos Kak Nina tu. Teruk betul fobia dia tu. Sampai muntah-muntah. Pertama kali saya tengok orang yang fobia dengan perempuan sampai macam tu sekali. Masa tu dia tak pandang muka saya. Bukan masa tu je, waktu lain pun sama. Dia tak pernah pandang muka saya pun kalau bercakap dengan saya. Dah tu layanan dia tu dingin je..." jeda Hanis sambil membuang pandang ke arah permandangan di balkoni ruang tamu.
Nazrin tidak pula terasa hendak menyampuk. Dia hanya menjadi pendengar sahaja di situ . Tika itu pandangannya juga di tala ke arah permandangan yang terhidang di hadapan matanya .
"Rupanya, fobia dia tu tahap sampai teruk macam tu. Uish, patutlah dia takut nak dekat dengan mana-mana perempuan. Rasa bersalah pulak sebab saya tersalah tafsir pasal dia," sambung Hanis menerangkan dengan panjang lebar apa yang sedang bermain di fikirannya tika itu membuatkan Nazrin mengangguk faham.
"Ya. Memang ciri-ciri lelaki yang fobia pada perempuan macam tu. Itu yang digelar gynophobia," balas Nazrin .
"Apa tu?" tanya Hanis tak faham. Kini pandangannya kembali difokuskan pada Nazrin.
"Apa itu gynophobia?
Ketakutan terhadap wanita dipanggil gynophobia. Ahli sejarah mengatakan istilah itu timbul untuk menentukan ketakutan yang dialami oleh lelaki yang dipermalukan oleh wanita, iaitu dengan pengiraan. Emasculation bermaksud untuk melucutkan lelaki dari maskulinitasnya atau identiti lelaki. Dalam erti kata lain, untuk membuatnya berasa lemah atau tidak "jantan" cukup.
Misogyny, atau kebencian wanita, adalah frasa lain yang disebabkan oleh ketakutan lelaki yang dihina oleh seorang wanita. Sebaliknya misogyny adalah salah guna, yang bermaksud kebencian terhadap lelaki. Gynophobia boleh menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita,"terang Nazrin apa itu gynophobia dari apa yang dia tahu.
"Oh... baru saya tahu." Hanis mengangguk faham.
Mereka terdiam di situ sambil menghirup udara segar. Namun pada tika itu, Hanis mula terkenangkan apa yang nenek katakan padanya tempohari.
"Hanis, nenek nak cakap sikit boleh?" Zaimah menatap figura Hanis dengan tatapan sesuatu.
Hanis pula yang tengah ralit mengupas bawang memandang wanita itu dengan senyuman termanis dihadiahkan .
"Okey boleh. Apa dia nenek?"
"Boleh tak nenek nak minta tolong Hanis buat sesuatu untuk nenek?" pinta wanita itu membuatkan Hanis berkerut dahi.
"Minta tolong apa tu nenek?" soal Hanis ingin tahu.
Wanita itu mencuri nafas seketika sebelum mengutarakan niatnya tadi mungkin. Itu yang Hanis fikirkan.
"Sebenarnya, nenek beria-ia telefon Zetty suruh hantar kamu ke sini ada sebab."
"Sebab apa nenek?"
"Kamu tahu kan pasal sikap cucu nenek yang dingin dan fobia tu?" Persoalan yang diajukan nenek itu membuatkan Hanis mengangguk mengiakannya dalam teragak-agak. Khuatir jika wanita marahkannya nanti.
"Dia jadi macam tu bersebab. Ada sesuatu pernah terjadi dalam hidup dia dulu masa dia usia 5 tahun. Kejadian dulu tu buat dia fobia dengan perempuan. Tapi masa dia dah sekolah menengah, nenek dah bawak dia pergi berubat. Dia dah okey dan dah boleh kawal fobia tu. Habis sekolah, dia dapat tawaran sambung belajar di Jepun. Tinggallah nenek dengan Zaim dan Zetty. Mereka teman nenek sampai Zafril pulang ke sini setelah tamat belajar.
Dia balik dari Jepun, fobia dia datang balik. Habis semua staf dia tukarkan ke department lain sebab takut untuk bertemu perempuan yang baru dia kenal. Nenek dengan Zaim bawak dia pergi berubat kampung. Dah okey sikit. Dia dah boleh kawal emosi dan kemurungan dia tu. Itu yang Nina boleh kerja dengan dia. Itupun sebab dia kerja dan jarang bertembung dengan Nina.
Kalau jumpa pun bukannya duduk dekat. Jauh-jauh duduknya. Bercakap pun tak pandang muka Nina. Lama kelamaan dia boleh kawal perasaan fobia dia tu. Cuma dia tak boleh nak pandang perempuan yang baru dia kenal. Dia akan jadi tak tentu arah . Terkelu terkedu terpaku gementar gemuruh semua ada," terang nenek terperinci tentang Zafril membuatkan Hanis terlongo mendengarnya.
"Oh, màcam tu sekali? Sadis juga kisah cucu nenek tu ya? Dan nenek nak saya buat apa?" soal Hanis seakan tidak percaya mendengarnya.
"Ya, sebab tu nenek panggil kamu ke sini. Nenek nak kamu bantu nenek untuk ubati fobia dia. Kamu ubah persepsi dia tentang perempuan. Kamu lemah lembut, baik, penyayang. Nenek percaya hanya kamu yang mampu mengubah Zafril tu." Keputusan yang dibuat nenek mengejutkan Hanis. Terpempan dia di situ.
"Nenek... saya seganlah nenek. Lagipun saya dengan Encik Zafril tu bukan kenal rapat pun. Jumpa pun sekali-sekala je. Dia pandang muka saya pun tak nak. Nanti dia kata saya terhegeh-hegeh dekat dia pulak," kata Hanis .
"Tak. Dia takkan cakap macam tu. Kamu ni. Belum cuba lagi dah fikir bukan-bukan. Nenek ni dah pening dengan Zafril tu. Sampai bila dia nak teruskan fobia tu? Nenek dah kenalkan dia dengan macam-macam jenis perempuan dah. Semua dia tolak. Haisy, stress tau melayan sikap dia yang satu tu. Nenek adakan annual dinner untuk dia dengan gadis pilihan nenek, haram dia nak pergi jumpa perempuan tu. Bengang betul nenek ni tau. Nenek cuma nak dia tangani fobia dia. Tu je. Tolonglah nenek... Hanis..." pujuk wanita itu bersungguh mahu Hanis membantunya.
Mahu tak mahu wajah merayu yang dipamerkan oleh nenek telah berjaya melembutkan hatinya untuk bersetuju dengan permintaannya.
Setelah dia menjalankan misinya untuk berbaik dengan lelaki itu walau dalam keadaan pemalu ya Rabbi itu, wajahnya ditebalkan demi nenek . Tapi, apa yang dia dapat hanyalah sebuah penghinaan dari lelaki itu dengan mendakwan bahawa Hanis hanya mahukan harta keluarga itu. Sungguh tak patut dan mengguris hatinya. Sejak itu Hanis tak jadi untuk menjalankan misinya.
Daripada sakit hati baik tarik diri awal-awal dari meneruskan perancangan nenek itu.
Hinggalah semalam, tanpa sengaja lelaki itu terjatuh ke atasnya menyebabkan mereka berdua tergedang ke atas lantai di hadapan tandas. Tika itu wajahnya tebal merona kemerahan usah dikata tatkala bertentmg mata dengan Zafril. Malangnya, lelaki itu tiba-tiba takut dan menggigil. Kemudian muntah teruk. Siap usir dia lagi. Dari situ baru Hanis tahu fobia lelaki itu di tahap mana. Teruk. Memang teruk. Hanis tergeleng kepala.
"Hanis?"
Hanis tersentak tatkala namanya dipanggil. Kini dia tersedar bahawa dia masih di balkoni sedang merenung Nazrin lama tak berkelip.
"Haih, renung abang lama-lama macam tu kenapa? Hm..." tanya Nazrin membuatkan Hanis termalu sendiri.
Menyeringai dia tersengih. Malu-malu.
Tergelak Nazrin dengan sikap malu-malu Hanis.
"Ha, petang ni abang nak balik kampung. Hanis nak ikut? Boleh jumpa mak dengan ayah kat kampung. Mak bagitahu abang yang dia rindukan Hanis. Nak balik?" pelawa Nazrin dalam nada ceria.
"Oh boleh jugak! Lama tak jumpa mak dengan ayah. Tapi kena tunggu Nina balik dululah,"balas Hanis dalam nada teruja. Dia memang sukakan suasana kampung .
"Okey my sweetie girl!" sahut Nazrin siap pakej kenyitkan mata lagi buat Hanis.
Hanis tersipu malu di situ. Almaklumlah yang kenyitkan mata itu adalah lelaki yang dia suka. Memanglah membahang wajahnya tika itu menahan rasa malu apabila dilayan sebegitu.
"Em... saya masuk bilik dululah." Hanis dalam nada malu-malu meminta diri.
Nazrin hanya menjawab dengan anggukkan sahaja . Bibirnya menguntum senyum.
Berbunga hati Hanis melihatnya dan terus berlari masuk ke kamarnya. Mengurungkan diri di situ. Malu hendak berhadapan dengan lelaki itu lama-lama.
***
ZAFRIL menyibukkan diri dengan tugasannya menyemak fail laporan kerja harian. Dan tandatangan apa yang patut.
Zaim juga sibuk menguruskan kerjanya. Berjumpa dengan clients bagai.
Ketika Zafril melangkah kaki keluar dari ruangan pejabatnya untuk pulang ke rumah yang agak lewat malam, ada seseorang menyapanya dengan lenggok manja .
"Sayang..." sapa wanita itu yang sudah mendekati Zafril. Jemarinya laju sahaja merayap ke atas bahu Zafril membuatkan lelaki itu terperanjat dan fobianya datang lagi.
"Jangan sentuh aku!" tegah Zafril dalam nada mengawal amarah.
"Alah... garangnya you. Dengan I je pun. Bukannya ada sesiapa kat sini," rengek gadis itu membuatkan Zafril rasa jengkel.
"Pergilah. Jangan ganggu aku!" Jantung Zafril berdebar laju. Pandangannya langsung tidak tertala ke arahnya.
"Tak nak... I nak you teman I makan malam." Gadis itu masih berdegil dan ligat jemarinya menari-nari di atas permukaan dada bidang milik Zafril .
Zafril yang baran mula naik angin. Dengan spontan dia menepis jemari itu kasar dan menolak gadis itu jauh darinya.
"Izara! Jangan melampau. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau dah kahwin. Pergilah jaga suami kau. Kenapa kau nak ganggu aku? Aku tak nak tengok muka kaulah!" Zafril terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Izara.
Izara merengus marah .
Sis unpub tadi sbb nak jelaskan apa itu gynophobia yg Zafril alami. Smlm lupa nk jelaskan. Heheh nt dia jmpa pakar baru pakar tu akan jelaskan lbh details apa itu yang dialami Zafril sejak kecil. Kalau dibiarkan penyakit ni blh memudaratkan pesakit yg mengalaminya. Byk punca yg blh pesakit terjebak dalam Gynophobia.pernah disakiti, atau terlihat sesuatu yg menyebabkan dia fobia, dibuli oleh pmpuan atau sbgnya. Byk kes ni yg blh ditangani oleh pakar. Jadi tggu dia jmpa pakar. Dlu brubat kg je sbb Zafril xnk jmpa pakar sbb dia rsa bla jmpa pakar ibarat meletakkan dirinya kepada seseorg yg brpnyakit mntal. Dan mgkin nt dia akan sdr dia perlukan perubatan sains jgk bkn tradisional semata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top