BAB 1
TING tong ting tong!
Jam loceng berdeting beberapa kali telah mengejutkan Zafril dari tidurnya yang nyenyak. Zafril masih bermalasan di atas katil. Terasa malas hendak bangun dari pembaringannya. Dalam masa seminit dua dengan kiraan tiga, dua, satu...
"Muhammad Zafril Ashraff bin Tan Sri Jebat! Bangun! Mandi! Kerja!" Suara laungan yang kuat dari muka pintu kamar itu telah memeranjatkan Zafril hingga membuatkan lelaki itu terbangun duduk.
"Nenek... terkejut Aril. Jangan jerit màcam tu la. Kurus semangat!" Zafril merungut seraya mengurut dadanya yang berdebar kencang gara-gara suara nenek yang bagaikan hendak bergegar bumi itu.
Baru sahaja lelaki itu mahu baring semula...
"Bangun! Bangun! Bangun!" Sekali lagi nenek memekik siap pakej datang pada Zafril dengan menepuk-nepuk kasar tubuh itu mahu cucunya bangkit.
"Nanti bangunlah. Tak lari ofis tu dikejar. Duduk setempat tu jugak, nek..." Balasan Zafril yang begitu hampeh pada pendengaran sesiapa sahaja yang mendengarnya membuatkan neneknya geram. Lantas ditarik telinga cucunya.
"Bertuah punya cucu. Bangun... mandi! Busuk masam. Memanglah ofis tu tak lari. Tapi staf boleh lari kalau tahu bos dia ni pemalas macam kamu tahu tak! Bangun! Mandi!"
"Adeh! Adeh adeh deh... nenek. Okey okey okey Aril bangun. Lepas lepas lepas. Sakit sakit nenek!" Zafril menyeringai menahan sakit telinganya dicepit ketam dengan kuku nenek yang agak panjang juga itu.
"Padan muka! Suka hati Aril je cakap apa? Tak lari ofis tu dikejar? Amboi jawapan kamu..." Zaimah siap menggoyang-goyangkan tubuhnya sudah gaya Azwan Ali sahaja.
Zafril pula ligat mencari idea mahu kenakan neneknya untuk lepaskan diri. Idea spontan datang.
"Nenek! Lipas!" jerit Zafril.
"Hah? Lipas? Mana? Mana?" Automatik Zaimah melepaskan cepitan pada telinga cucunya dek kerana takut pada lipas. Terkial-kial sana sini mencari lipas.
Zafril tidak menunggu terus melarikan diri ke dalam bilik air meninggalkan neneknya resah sendirian.
Zaimah yang baru tersedar cucunya sudah menghilang, bercekak pinggang. Baru tahu, dia telah dipermainkan oleh cucu kesayangannya yang kaki sakat itu.
"Bertuah punya cucu. Dia kenakan aku ya. Ish ish! Kamu tunggu!" Zaimah tersengih nakal di situ. Adalah agenda dia tersendiri.
***
STAY and blah blah blah
You just want what you can't have
No wait, I'll call the cops
If you don't stop I'll call your dad
Bukan main lagi rancak Zafril mendendangkan lagu Billie Eilish yang baru sudah mandi. Pintu bilik air dibuka dan hanya tangannya menjulur keluar mahu mencapai tuala yang disidai di tepi pintu bilik air itu. Itulah diri Zafril, asal masuk bilik air sahaja, tentu lupa nak bawa tuala sekali. Dan jemarinya berjaya mencapai tuala berbulu tebal. Baru sahaja dia hendak menariknya, Zafril terkedu dan pelik. Bertaut keningnya apabila terasa dia menyentuh bulu tebal.
"Ish, takkan tuala aku tiba-tiba berubah jadi bulu tebal? Semalam biasa je," omel Zafril sendiri. Tanpa menunggu dia menarik tuala itu dan...
Meow!
"Hargh! Nenek! Kucing! Nenek! Nenek!" Bunyi suara mengeow itu memeranjat Zafril. Automatik dia tercampak bulu tebal yang dipegangnya tadi dan terjerit dek kerana takutkan kucing.

(Bayangkan Zafril jerit màcam tu la bila takut kucing. Kalah perempuan wei. Hilang macho hahah)
Zaimah yang sudah turun ke tingkat bawah tergelak lucu dengan aksi spontan Zafril sambil berlalu ke ruang makan.
Nina Azureen yang baru keluar dari ruang dapur mendekati nenek kepada majikannya itu dengan membawa dulang ubat-ubatan milik Nenek Zaimah. Itu gelarannya.
"Haih, Nek Zaimah... tergelak tersengih sakan, apa yang lucu tu? Kongsilah dengan Nina. Nina pun nak tahu jugak," ujar Nina ramah.
Zaimah masih lagi tersengih. Menghabiskan sisa tawa lucunya sebelum menjelaskan pada Nina tentang perkara apa yang melucukan itu.
"Cucu nenek tu la. Si Aril. Nina tahu-tahu ajelah yang dia tu fobia dengan kucing sejak kecil lagi. Tadi, dia kenakan nenek. Dia takutkan nenek dengan lipas. Kamu pun tahu kan yang nenek ni fobia dengan lipas. Bertuah betul cucu nenek tu. Boleh diusiknya kita lipas. Nasib baik nenek tak terlompat kat situ," jelas Zaimah.
"Ha yeke? YaAllah nakalnya Tuan Aril tu. Kelakarlah nenek. Dah tu nenek buat apa?" Nina sudahpun meletakkan dulang ubat di atas meja dan melabuhkan duduknya di sebelah wanita tua itu. Sudah terbiasa rapat dengan Zaimah sebegitu.
"Uh, dia ingat dia je boleh sakat nenek? Dia tak kenal lagi siapa nenek. Nenek paling nakal dekat dunia ni, it's me. Zaimah! Nenek letak si Bandit kesayangan nenek tu dekat atas tuala dia yang tersidai di tempat penyidai tu masa dia tengah mandi. Agaknya dia baru perasanlah tu, itu yang menjerit sakan tu. Hahaha!" tawa Zaimah kedengaran lagi.
Disambut tawa oleh Nina. Ternyata Zafril fobia dengan kucing. Patutlah menjerit sakan.
"Hahahah! Patutlah Nina dengar suara orang menjerit tadi. Ingatkan orang belakang rumah tu ke. Rupanya... Tuan Aril? Hahahah... ni memang lawak, Nek Zaimah!" Nina menyambung tawanya.
Tanpa sedar, Zafril muncul dari belakang mereka dengan muka masam mencuka.
"Ehem! Ehem! Sedap mengumpat orang nampaknya!" sergah lelaki itu menyentakkan Nina dan Zaimah.
Keadaan itu membuatkan mereka terdiam serta-merta.
Zafril mencapai air teh 'O' yang sudah dituang ke dalam cawan oleh neneknya. Dan menyisip minuman panas itu dua tiga teguk. Kemudian meletaknya kembali ke tempat asalnya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. Mungkin merajuk dengan neneknya pasal kucing tadi.
Tindakannya itu membuatkan kedua wanita tadi tercengang . Zaimah menoleh memandang Zafril.
"Aril, tak sarapan dulu ke?" tanya Zaimah.
"I'm full. Pergi dulu, Nek," balas Zafril hanya sekadar memberi alasan.
"Ha, nanti jangan lupa balik awal. Ada seseorang yang nenek nak kenalkan dengan Aril." Sempat lagi Zaimah peringatkan cucunya. Apa lagi? Mahu cari calon cucu menantulah.
Zafril menjulingkan mata ke atas. Sudah masak. Memang itu yang akan diutarakan nenek setiap hari.
"Aril balik lambatlah nenek. Ada kerja. Bye, assalamualaikum!" Tanpa menunggu Zafril melajukan langkahnya keluar dari Vila itu setelah memberi alasan. Tidak sempat Zaimah hendak mencantas ayatnya.
"Ceit! Budak ni. Alasan! Takut sangat nak beristeri. Pelik betullah." Tergeleng kepala si tua itu membuatkan Nina tersengih lucu.
"Nek... agaknya, Tuan Aril tu tak nak kahwin sebab takut tak boleh nak kawal fobia takut kucing dia tu kot," tembak Nina.
Zaimah hanya mengangkat bahu. Dan mula tersengih bila teringat adegan cucunya yang fobia kucing menjerit kalah Puvadol Vechwongsa yang memegang watak James dalam Make Me Shudder horror movie. Boleh bayangkan? Teruk betul fobianya.
***
YAYASAN WARDATUL JANNAH, DAMANSARA.
"HANIS!" Alia berlari masuk ke dalam bilik mendapatkan Hanis.
"Oh mak kau ayam bertelur!" Terlatah Hanis dek kerana terkejut disergah mengejut. Tercampak habis kain yang dilipatnya tadi.
Tercengang Alia mendengar Hanis melatah.
"Kau ni Lia! Terkejut aku!" marah Hanis geram dengan Alia.
"Sorry sorry terbuat kau melatah. Aku ada story hot ni nak sampaikan dekat kau!" Alia duduk bertinggung di hadapan Hanis setelah memohon maaf atas khilafnya.
"Kenapa, Lia?" tanya Hanis tercengang.
"Eh, tadi aku lalu dekat depan bilik pejabat bonda. Kau tahu tak apa yang aku dengar?" Serius benar Alia tika itu membuatkan Hanis mengerutkan dahinya.
"Apa dia? Kau ni buat saspen ajelah!" Hanis sudah bersila mengadap Alia di hadapan almarinya.
"Aku nampak... ada pasangan suami isteri kaya ni datang jumpa bonda. Lepas tu aku curi dengar. Diaorang cakap nak ambil anak angkat dari sini. Salah seorang dari kita. Dan kau tahu siapa?" Alia bermain teka-teki pula dengan Hanis.
"Siapa?" soal Hanis ingin tahu.
"Orang tu... kaulah!" beritahu Alia telah mengejutkan Hanis.
"Ha? Aku?" Hanis berubah riak.
"Wei! Betul ke ada orang nak ambil Hanis jadi anak angkat?" sergah Minsha yang baru masuk ke situ menyentakkan mereka berdua.
"Ha'ah. Itulah yang aku dengar. Sedihlah wei, kau nak pergi dah. Um..." Alia mencebik sayu.
"Takkan kot? Kau salah dengar ni." Hanis menidakkannya. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Tapi, memang ini yang akan kita hadapi, kan? Anak yatim màcam kita ni akan pergi dari sini bila diambil keluarga angkat. Apatah lagi yang dah usia 16 tahun. Kita dah 16 tahun. Mesti bonda usaha mencari keluarga angkat untuk kita semua. Dan sekarang giliran kau, Hanis. Berpisahlah kita lepas ni." Minsha mencelah. Dan turut merasai kesedihan untuk berpisah dengan sahabatnya yang sudah dianggap seperti keluarga.
Hanis termangu sayu jika benar itu yang terjadi. Namun, dia tidak hanya menunggu di situ. Dengan segera dia berlalu pergi ke bilik pejabat pemilik Yayasan Wardatul Jannah, Petaling Jaya.
"Assalamualaikum, bonda?" Hanis memberi salam setelah mengetuk pintu bilik pejabat pemilik yayasan itu iaitu Puan Laila.
"Waalaikumussalam, Hanis? Ha, masuklah," jemput Puan Laila setelah menjawab salam Hanis.
Dengan perlahan Hanis masuk ke ruangan itu. Wajah wanita yang dianggap seperti bondanya itu dipandang lama.
"Hm, ada apa ni Hanis?" soal Puan Laila setelah beberapa saat menanti butir bicara Hanis yang tidak terluah itu.
"Bonda, betul ke apa yang saya dengar? Betul ke yang ada orang nak ambil saya jadi anak angkat?" Tanpa membuang masa, Hanis terus ke tujuan utamanya.
Puan Laila tersenyum mendengar persoalan Hanis.
"Ya, alhamdulillah. Akhirnya, ada pasangan suami isteri dari golongan kaya nak ambil Hanis jadi anak angkat diaorang. Syukur Hanis dah ada keluarga baru sekarang. Esok diaorang akan datang ambil Hanis. Diaorang baru je balik kejap tadi. Tapi, dari mana Hanis tahu tentang berita ni? Bonda rasa bonda belum maklum pada sesiapa tentang perkara ni." Jawapan Puan Laila itu telah membuatkan riak ceria Hanis bertukar mendung.
"Alia. Dia terdengar perbualan bonda dengan tetamu tadi. Itu yang dia sampaikan pada saya. Jadi, betullah apa yang dia dan saya dengar?"
"Ya, betul," akui Puan Laila.
Hanis tertunduk monyok.
Puan Laila yang perasan riak Hanis tertanya-tanya.
"Kenapa monyok aje ni? Eh, sepatutnya Hanis happy tau sebab dah ada keluarga baru. Bukan monyok macam tu," tegur Puan Laila dalam nada yang cukup lembut dan tenang mendengarnya.
"Sebenarnya saya bukan tak seronok. Tapi, saya rasa berat hati nak tinggalkan bonda. Kawan-kawan. Saya dah anggap semua orang dekat sini dah màcam keluarga saya. Jadi, saya rasa sedih bila dah tiba masa untuk saya pergi. Saya tahu masa itu akan tiba. Cuma saya yang belum bersedia," jujur Hanis tentang perasaannya yang sebenar.
"Bonda faham perasaan Hanis tu, sayang. Bonda pun sedih juga bila kena berpisah dengan anak-anak bonda. Tapi nak buat màcam mana. Anak-anak yatim hanya boleh tinggal di sini sampai usia 16 tahun je sayang. Di sini bukan tempat yang sesuai untuk Hanis. Gadis remaja secantik Hanis selayaknya memiliki sebuah keluarga. Menjalani kehidupan normal seperti remaja lain. Bonda nak Hanis jalani kehidupan normal. Bebas. Dengar cakap bonda ni. Bonda yakin, Hanis akan bahagia nanti dengan keluarga baru." Panjang lebar wanita itu menasihati Hanis dan menganggap Hanis seperti anaknya sendiri.
"Tapi, kalau saya rindukan bonda dengan kawan-kawan macam mana?" tanya Hanis kedengaran nadanya cukup lirih.
"Kalau rindu, Hanis datang sini jumpa kami kat sini," pujuk Puan Laila.
Lama Hanis termangu. Dan akhirnya mengangguk perlahan. Puan Laila tersenyum lalu berdiri mendapatkan Hanis. Tubuh itu dipeluknya cuba menenangkan hati Hanis yang sedang bergejolak.
***
TIBA masanya untuk Hanis pergi. Rakan-rakannya bersedih dengan kepergiannya. Puan Laila juga begitu.
"Jangan risau semua, mama akan jaga Hanis seperti anak mama sendiri," kata Azlin kepada warga yayasan yang menghantar Hanis pergi.
"Ya, betul tu. Papa dan mama akan jaga Hanis sebaiknya. Jangan risaukan Hanis ya. Dia tentu akan bahagia nanti," sokong Emir beria mahu anak-anak di situ yakini mereka.
Sahabat-sahabat Hanis memeluk Hanis untuk kali terakhir. Sedih semua ada.
"Selamat tinggal korang! Nanti aku datang sini lagi jumpa korang tau."
"Nanti kau jangan lupakan kami kat sini," pesan Alia.
"Takkan pernah!" Hanis memeluk Alia erat.
"Hanis, jom pergi," ajak Azlin.
Hanis mengangguk faham. Berpisahlah mereka di situ setelah memeluk cium dengan Puan Laila yang terakhir.
***
PAVILION DAMANSARA HEIGHT

HANIS masuk sahaja ke rumah itu, tercengang. Terpegun. Jakun. Mewah cukup mewah. Bersinar matanya. Bibirnya mengulas senyuman suka.
"Wah! Cantiknya rumah..." puji Hanis tulus.
"Ya, cantik. Memang cantik. Tapi, lagi cantik kalau kau pergi buatkan aku air. Hangat. Haus semua ada," sahut Azlin dalam nada sinis.
Terkedu Hanis dengan perubahan pada sikap ibu angkatnya itu. Pelik. Tadi bukan main lembut bahasanya. Sekarang berubah 360 darjah. Apa kes? Hanis tertanya-tanya.
"Kau tengok apa? Aku suruh kau buatkan aku air, kan?" tegas Azlin setelah menyedari Hanis masih terkaku di situ.
"Ish, awak ni. Dia kan baru je sampai dekat sini. Biarlah dia berehat dulu. Awak ni pun. Tak menyempat!" tegur Emir suami mudanya itu.
"Eh, awak lupa eh tujuan kita ambil dia? Kita cuma nak jadikan dia amah je dalam rumah ni. Saya dah cakap saya tak nak anak. Awak yang nak sangat anak angkat. Ha, awak jagalah! Saya tak nak!" bentak Azlin tiba-tiba naik angin.
Terperanjat Hanis mendengarnya. Luruh jantungnya. Apa akan jadi?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top