BAB 9

Satu keluhan dilepaskan oleh Iman Irdina apabila memandang suasana di dalam bilik wad hospital.

Wajah Iman Fahri terbayang-bayang dikepala. Apa yang dilakukan oleh Iman Fahri apabila mengetahui dirinya sudah lari daripada rumah itu?

Mengamuk? Sudah pasti.

EHEM!

"Awak dah makan ke belum?" Tegur lelaki itu sambil senyum.

Iman Irdina tersentak dari lamunan lalu berpaling ke arah empunya suara itu. Dia senyum nipis dengan menggelengkan kepala.

"Saya ada bawa bubur ayam McD untuk awak. Nanti awak makan, baru kandungan awak akan bertambah sihat" Ujar lelaki itu lagi.

Bubur ayam tadi, diletak ke atas meja di tepi Iman Irdina.

Iman Irdina angguk kepala dan senyum sedikit.

Tangannya mengusap perut yang masih lagi kempis. Dia sangat gembira apabila disahkan hamil 2 minggu. Dia mengucap syukur di dalam hati, kerana dipertemukan dengan lelaki dihadapannya ini.

Jika bukan kerana lelaki itu, dia sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya.

Flashback

Dia membuka perlahan kelopak mata sambil kerutkan pada dahi, apabila memandang suasana yang tidak dikenali. Lagi bertambah pelik, bila ada seorang lelaki disampingnya.

"Saya dekat mana?" Soal Iman Irdina.

Tangannya mula memicit kepala bila terasa pening.

"Awak jangan risau. Awak sekarang ini, berada dalam hospital. Saya yang bawa awak datang sini sebab, semalam awak pengsan dekat tengah jalan" Balas lelaki itu.

"Awak siapa?" Soal Iman Irdina lagi.

"Saya Doktor Tengku Rifqie Aslan, dan saya juga yang merawat awak" Kata Rifqie Aslan lagi kepada Iman Irdina.

"Terima kasih Doktor" Ucap Iman Irdina dengan senyuman manis kepada Rifqie Aslan.

Rifqie Aslan bagikan kena terpukau bila memandang senyuman Iman Irdina. Cepat-cepat dia tersedar dari angau.

"Panggil saya Rifqie sahaja. Oh, tadi saya ada buat pemeriksaan ke atas awak, and tahniah awak sudah hamil selama 2minggu" Tutur Rifqie Aslan.

Iman Irdina mengangkat kepala apabila mendengar kata Rifqie Aslan tadi.

"Be-betul ke Rifqie?" Soal Iman Irdina untuk kepastian.

Melihat sahaja Rifqie Aslan mengangguk kepala, dia tersenyum manis. Tangan mula mengusap perut yang masih lagi kempis.

"Errr... Suami awak mana?"

Iman Irdina tidak membalas, malahan tunduk kepala. Dia tidak tahu harus bagaimana mahu memberitahu kepada lelaki itu.

Rifqie Aslan mula menggosok belakang lehernya apabila melihat kebisuan Iman Irdina.

"Maaf... kalau soalan saya ini, buat awak kurang selesa"

Iman Irdina pantas menggelengkan kepalanya dan senyum nipis.

Rifqie Aslan hanya diam sahaja. Mungkin ada sebab gadis itu, tidak mahu memberitahunya.

Endflasback

"Hai Irdina... jauh sangat tu awak termenung. Dah sampai dekat mana" Sapa Rifqie Aslan bagi memati lamunan Iman Irdina.

Rifqie Aslan menggelengkan kepala bila Iman Irdina masih lagi dengan lamunanya itu. Dia mengetik jari beberapa kali sehingga Iman Irdina tersedar.

"Awak ada cakap apa-apa ke tadi?" Kata Iman Irdina dan tunduk kepala bila melihat Rifqie Aslan tertawa kecil.

"Tak ada apa-apa pun Irdina. Awak makanlah lepas itu, rehat. Saya dah nak pergi ni. Kalau awak ada apa-apa atau perlukan sesuatu, awak tekan butang dekat atas tu" Kata Rifqie Aslan lalu keluar dari bilik tersebut.

•••

"Apa kau dah buat ni Iman Fahri!" Jerkah Dato' Kamil dengan lantang.

"Fahri tak tahu! Tiba-tiba dia lari dari rumah" Bohong Iman Fahri.

"Boleh lagi, kau cakap tak tahu? Eh! kau ingat, aku tak tahu apa sebab Irdina lari? Apa aku nak jawab, kalau mak ayah dia tanya?!" Bengang Dato' Kamil lalu mencengkam kolar baju Iman Fahri.

"Daddy! Fahri akan cari dia sampai jumpa dan Fahri akan terus-terang pada mak ayah dia" Kata Iman Fahri sambil menarik kolar bajunya kembali.

"Tak perlu cari Irdina! kalau kau dapat dia, lagi teruk kau kerjakan dia"

Bukan dia tidak tahu, perangai syaitan anaknya itu.

"Kau nak sangat semua ini kan? sekarang kau ambil semuanya! Aku buat semua ini, sebab Irdina yang suruh aku bagi pada kau!" Kata Dato' Kamil lagi. Dia meninggalkan Iman Fahri keseorangan.

Fail dicampak tepat pada muka Iman Fahri. Memang benar Iman Irdina yang mendesak agar semua harta dicop sepenuhnya ke atas nama Iman Fahri sahaja sebelum Iman Irdina lari dari rumah.

Iman Fahri mengambil fail tadi lalu membaca dengan puas hati.

"Finally" Iman Fahri bangun dari duduk dan melangkah keluar dari bilik tersebut dengan hati yang gembira.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top