BAB 7
Iman Irdina berlari menurun anak tangga dengan tergesa-gesa lalu mendekati pintu utama.
Pintu kereta dibuka dan meloloskan diri ke dalam kereta tersebut.
"Asal kau lambat! Aku dah cakap tadi, jangan lambat tapi kau tetap lambat jugak!" Tengking Iman Fahri dengan lantang.
"Min..ta ma..af" Ucap Iman Irdina dengan tunduk kepala.
"Kau ingat, aku tengah bercakap dengan batang kayu ke apa hah? Lain kali, setiap kali aku bercakap dengan kau pandang wajah aku!" Kata Iman Fahri. Dia menolak bahu Iman Irdina dengan kasar.
"Kau ni dah kenapa erk... Sikit-sikit nak nangis. Ini mesti mak bapak kau yang ajar bermanja sangat kan!"
"Jangan nak kaitkan umi dengan abah saya dalam hal ni. Dia orang tak ada kena mengena dengan masalah kita"
Apa salah umi dengan abahnya, sampai dikait dalam masalah mereka berdua.
Iman Fahri menoleh ke tepi dengan hati yang membara apabila Iman Irdina berkata begitu.
Siapa gadis itu mahu menjawab sebegitu?
"Eh kau dengar sini. Kau dengan keluarga kau tu semua, bawa menyusah dalam hidup aku sahajalah! Kenapalah Daddy boleh kahwinkan aku dengan perempuan macam kau ni erk!"
Dengus Iman Fahri dengan kasar.
Pedal minyak kereta ditekan kuat lalu kereta laju membelah jalan raya.
Iman Irdina hanya diam dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
•••
Kini mereka berdua berada di hadapan pintu rumah Dato' Kamil. Loceng ditekan beberapa kali.
"Ingat pesan aku tadi. Kalau Daddy tanya apa-apa pada kau, kau mesti kena tipu dia orang. Kau bagi tahu dia orang yang aku jaga kau dengan baik. Faham tak?" Bisik Iman Fahri pada telinga Iman Irdina.
"Faham" balas Iman Irdina.
Daun pintu dibuka agak kasar. Dato' Kamil dan Datin Mastura tersenyum manis kepada mereka berdua.
"Menantu Mummy!" Datin Mastura memeluk Iman Irdina dengan erat.
"Jom masuk" Ajak Datin Mastura sambil menarik lengan Iman Irdina supaya mengikuti langkahnya.
Iman Fahri baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah, tetapi dia cuak apabila memandang Dato' Kamil tersandar di pintu dengan senyuman sinis ke arahnya. Dia cuba untuk kawal dan terus masuk ke dalam rumah dengan riak tenang.
Makan malam menjadi sunyi sepi. Hanya berteman bunyi sudu garfu sahaja yang berlaga.
"Daddy nak kita semua nanti berkumpul di ruang tamu. Daddy nak bincang sesuatu dengan kamu berdua. Terutama kamu Fahri" Jari dituding tepat ke arah Iman Fahri yang sedang makan.
Iman Fahri tersentak dan membalas renungan tajam dari Dato' Kamil.
•••
Satu keluhan dilepaskan oleh Iman Fahri. Mata Dato' Kamil dari tadi tidak henti memandang Iman Fahri dengan pandangan sukar ditafsir.
"Fahri! Apa yang kamu dah buat pada Irdina?" Soal Dato' Kamil dengan nada yang keras.
Iman Fahri sudah agak pasti hal ini akan dibincang oleh Dato' Kamil. Dia hanya diam dan memandang wajah Iman Irdina.
"Iman Fahri! Jawablah aku tanya!" Tengking Dato' Kamil.
Iman Fahri menelan air liurnya dengan kesat. Apabila Dato' Kamil memanggil dirinya dengan nama penuh. Itu bermakna tahap kesabarannya sudah tiada.
"Fahri tak buat apa-apa pun pada Irdina. Kan sayang" Balas Iman Fahri. Dia memberi isyarat mata kepada Iman Irdina supaya pertahankan dirinya.
"Daddy... betul apa yang abang cakap tu. Abang layan Irdina dengan baik" Iman Irdina bersuara.
"De...."
"Irdina tak perlu nak pertahankan lelaki dayus macam si Fahri ni. Daddy tahu semuanya Irdina. Kamu jangan takut. Daddy dengan Mummy ada" Pintas Dato' Kamil.
"Bagi tahu Mummy apa yang Fahri dah lakukan pada kamu" Kata Datin Mastura.
Iman Irdina hanya diam tidak membalas.
"Kalau betul Daddy tahu. Mana bukti nak cakap Fahri buat apa-apa pada Irdina?" Soal Iman Fahri. Dia berlagak tenang kerana fikirnya, Dato' Kamil tiada bukti.
"Proof? You sure want proof . You are sure of your answer. Are you sure you don't embarrass yourself?." Soalan dibalas dengan soalan. Dato' Kamil menarik senyuman sinis lalu mencapai telefonnya di atas meja dan menghubungi seseorang.
"Now." Arah Dato' Kamil dengan tegas.
Seorang lelaki berpakaian serba serbi hitam telah masuk ke dalam rumah itu lalu menghampiri Dato' Kamil. Dia menghulurkan komputer riba kepada Dato' Kamil.
Komputer riba tadi bertukar tangan. Dato' Kamil meletakkan komputer riba tersebut ke atas meja.
"You can go now." Arah Dato' Kamil lagi.
Jari jemarinya ligat menari di atas papan kunci komputer riba tersebut. Tidak lama kemudian dia menarik senyuman senget dan pandang wajah pucat Iman Fahri.
"Are you sure. You want to see proof?." Dato' Kamil sengaja bermain soalan dengan Iman Fahri.
Melihat kebisuan Iman Fahri, butang play ditekan dan melihat reaksi Iman Fahri.
Membuntang mata Iman Fahri melihat video tersebut. Video dia sedang pukul Iman Irdina dengan menggunakan tali getah.
Dia mengetap giginya dan rahang mula bergerak-gerak sambil pandang wajah Dato' Kamil dengan perasaan tidak berpuas hati.
"What are you want from me Huh?! What your problem? You have no right to stop me from doing anything! You did wrong! You told me to marry this girl. I do not like her. But you forced me. I follow all your instruction. What more do you want from me!." Tengking Iman Fahri dengan lantang.
Pang!
Satu tamparan hinggap pada pipi Iman Fahri.
"Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku! Aku ni bapak kau Iman Fahri! Aku paksa kau kahwin dengan Irdina, sebab aku ingat Irdina mampu ubah perangai setan kau! Tetapi aku silap"
"Aku silap sebab serahkan orang tak bersalah kepada kau! Kau sedar tak, kau tu lelaki dayus! Kau jangan ingat kau akan dapat semua harta aku!"
"Kau nak perbodohkan aku kan! Sebenarnya kau tu dibodohkan oleh aku. Kau ingat surat tu sah? Memang tak aku nak bagi semua harta aku kepada orang berperangai setan macam kau ni!" Suara Dato' Kamil seoktaf.
"Congratulations on your fraud. I really appreciate it. But remember this one thing. Fools are not always fools. And be careful about judging others" Balas Iman Fahri dengan wajah bengis. Dia mengempal sebuah penumbuk.
Dia berpaling pula kearah Iman Irdina yang sedang berada di dalam dakapan Datin Mastura.
Dengan pantas dia menarik kasar lengan Iman Irdina dari dakapan Datin Mastura lalu berjalan menuju ke arah pintu utama, dengan hati yang berbara.
Panggilan dari Dato' Kamil dan Datin Mastura tidak dihiraukan. Apa yang difikirkan oleh Iman Fahri ialah IMAN IRDINA.
yes! Bagi dirinya, gadis itu yang membuat keluarganya menjadi kucar-kacir. Jadi gadis itu harus menerima hukuman yang setimpalnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top