BAB 6

Selepas selesai solat tahajjud.  Iman Irdina merenung pada bingkai gambar perkahwinannya. Setitis demi setitis air mata mula jatuh.


Dia sudah tidak sanggup dengan perangai Iman Fahri.

Sedang dia mengelamun jauh, dia tersentak apabila loceng rumah berbunyi.

Tanda Iman Fahri sudah pulang!

Cepat-cepat dia mengesat air matanya dan mencapai tudung lalu menyarung. Dia berlari turun tangga lalu membuka daun pintu tersebut.

Dia mengerutkan dahi apabila melihat keadaan Iman Fahri yang sedang mabuk. Dia memandang pula Azrai dan Syafiq.

"Fahri mabuk, sebab dia minum banyak sangat" Ujar Azrai sambil senyum kepada Iman Irdina.

Mahu gugur sahaja jantungnya, bila mendengar Azrai beritahu Iman Fahri mabuk.

Tak sangka perangai suaminya sebegitu.

"Terima kasih encik, sebab hantar suami saya balik" Ucap Iman Irdina sambil memapah bahu Iman Fahri yang sedang mabuk.

"It's okey. I dah biasa hantar dia balik. Errr... Kami minta diri dulu"  ujar Azrai. Dia dan Syafiq beredar pergi.

Iman Irdina menutup kembali pintu rumah dan kunci.

"Kau dah kenapa perempuan nak pegang-pegang aku!" Marah Iman Fahri dengan huyung-hayang.

"Abang mabuk ni. Naik atas" kata Iman Irdina sambil tutup hidungnya apabila bau air syaitan menusuk masuk ke dalam rongga hidung.

•••

Iman Irdina baringkan tubuh Iman Fahri ke atas katil. Dia mula membuang stoking Iman Fahri lalu dimasuk ke dalam bakul pakaian.

Dia ingin keluar dari bilik Iman Fahri. Namun terbantut, apabila Iman Fahri menggengam erat lengannya.

"Abang... Lepaskan saya" ucap Iman Irdina separuh rayu. Dia cuba untuk lepaskan dari pegangan Iman Fahri tetapi Iman Fahri menguatkan lagi pegangan tersebut.

"Kau nak pergi mana! Aku nak kau layan aku" Dengan kasarnya Iman Fahri menarik Iman Irdina ke dalam dakapannya.

"Jangan Ab-"

"Aku cakap jangan nak melawan!"

PANG!

Iman Fahri tersenyum puas bila Iman Irdina berhenti melawan.

Iman Irdina hanya pasrah dan redha bila dirinya diperlakukan begitu.

•••

Iman Irdina hidangkan makanan buat Iman Fahri. Dia melihat sekilas kearah tangga rumah, bila figura Iman Fahri yang sedang turun itu.

Dengan pantas dia ingin pergi. Akan tetapi Iman Fahri memanggil dirinya. Dia hentikan langkahnya dan berpaling ke arah Iman Fahri.

"Iman Irdina! Kau nak pergi mana?" Soal Iman Fahri.

"Nak naik atas" Jawab Iman Irdina.

"Teman aku makan. I have something to say to you"  kata Iman Fahri sambil berjalan mendekati meja makan.

Iman Irdina mengangguk kepala dan mendekati kembali meja makan. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi tersebut.

"Siapa suruh kau duduk?"

"Tak ada sesiapa"

Iman Irdina tunduk kepala apabila Iman Fahri merenung tajam kearahnya.

"Habis tu, siapa suruh kau duduk. Kau tak layak nak duduk tepi aku. Kau kena berdiri depan aku sampai aku selesai makan" arah Iman Fahri. Dia menjeling maut kepada Iman Irdina di hadapannya itu.

Iman Irdina bangun dari duduk, lalu berdiri dihadapan Iman Fahri.

"Bagi aku mee goreng" pinta Iman Fahri.

Iman Irdina menghulurkan mee goreng tersebut kepada Iman Fahri.

"Habis tu, Kau suruh aku letak sendiri ke apa? Isteri jenis apa kau ni. Tak pandai nak layan suami!" Marah Iman Fahri sambil mendengus geram.

Iman Irdina menyedok sesenduk mee goreng ke dalam pingan Iman Fahri.

Selepas 10 minit kemudian, Iman Fahri bersuara.

"Malam ini, kita akan pergi rumah Mummy dan Daddy. Aku nak kau berlakon seperti mana aku ajar kau sebelum ni. One more pastikan muka kau tu, tak tinggal sebarang kesan" Ujar Iman Fahri sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

"Okey" Balas Iman Irdina.

•••

Iman Fahri masuk ke dalam pejabatnya. Tangannya ingin memulas tombol pintu tetapi Hanis menahan dirinya.

"Bos... Dato' Kamil suruh bos masuk ke dalam bilik pejabat sekarang juga" Ujar Hanis.

Dia merupakan P.A kepada Iman Fahri.

Iman Fahri mendengus kasar lalu menuju ke arah bilik pejabat Dato' Kamil.

KLAK!

Pintu bilik pejabat Dato' Kamil dirempuh kasar oleh Iman Fahri.

"Nak apa? Pagi-pagi buta macam ni dah panggil" soal  Iman Fahri tanpa memberi salam terlebih dahulu.

Dato' Kamil mengangkat wajah dan menggelengkan kepala.

Kemana adat anak lelakinya itu?

"Mana salam kamu? Atau kamu bukan Islam?" Perli Dato' Kamil sambil menongkat dagu.

"ASSALAMUALAIKUM" Ucap Iman Fahri.

Dia menjeling Dato' Kamil di depannya.

Dato' Kamil tertawa kecil dan menghembuskan nafas berat.

"Please sit down" Arah Dato' Kamil.

Iman Fahri melabuhkan punggung ke atas kerusi tersebut.

"Terus-terang Daddy" kata Iman Fahri dan mengerlingkan sekilas jam tangan miliknya.

"Malam ini, Daddy nak kamu datang ke rumah" Balas Dato' Kamil.

"Daddy... kalau pasal ni, Daddy nak cakap baik tak payah. Buang waktu Fahri je. Mummy dah bagi tahu" Jawab Iman Fahri.

Dia mula bangun dari duduknya dan ingin keluar dari bilik tersebut.

Dia hentikan langkahnya, apabila Dato' Kamil berkata sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Kamu ingat Daddy tak tahu apa yang kamu dah buat pada Irdina" Dato' Kamil senyum sinis kepada Iman Fahri apabila perubahan pada wajah Iman Fahri.

"Apa yang Daddy tahu?" Soal Iman Fahri dengan berlagak tenang. Padahal wajah sudah bertukar menjadi pucat.

"Daddy suruh kamu jaga dia. Bukan suruh kamu pukul dia, anakku sayang" Balas Dato' Kamil dengan nada perli.

"Itu bukan urusan Daddy" Terus Iman Fahri keluar dari bilik Dato' Kamil.

"Tunggu ye anak pinta. Nanti Daddy akan pinta kan lagi fikiran kamu" Gumam Dato'Kamil sambil menghubungi seseorang.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top