06 🌹 ALPA AJAL MENGHAMPIRI

Roseanne terus mendiamkan diri. Dia hanya mampu menahan kesakitan. Air matanya mula mengalir. Perkataan bunuh berjaya membuat jantung Roseanne berderau.

"Kau pernah dengar nama, Cadariq?"

Cengkaman pada rambut Roseanne dileraikan.

Roseanne hanya mendiamkan diri. Nafas cemasnya mula kedengaran.

"Dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan yang mati."

ujar Rosel sekadar berbisik pada telinga Roseanne. Jari jemari lelaki itu mengusap perlahan leher Roseanne.

Roseanne menelan air liur. Telinganya menumpukan sepenuh perhatian dengan segala ungkapan Rosel. Dia diselubungi dengan rasa takut dan gementar yang melampau.

Rosel ketawa sinis melihat Roseanne yang ketakutan.

"Takut? Bukankah ini yang kau mahukan?"

ujar Rosel sambil mengusap wajah Roseanne.

Roseanne hanya kekal membisu. Matanya hanya mampu merenung wajah Rosel di dalam ketakutan. Dia takut dengan ancaman bunuh.

"Aku telahpun membuat perjanjian dengan Cadariq."

Rosel kemudian menggigit perlahan bibir Roseanne. Roseanne lantas menutup matanya dengan erat. Dadanya berombak deras. Bukan kerana nafsu tetapi kerana takut.

"Dengan syarat, satu nyawa perlulah dijadikan sebagai tukar ganti."

ujar Rosel sekadar berbisik sambil masih lagi menggigit bibir Roseanne.

Roseanne terkejut mendengar kata-kata Rosel. Matanya terbuntang luas. Dia menolak tubuh Rosel dengan sekuat hati. Namun hasratnya gagal. Kedua-dua tangannya digenggam erat oleh Rosel. Roseanne masih cuba untuk meronta.

Gigitan pada bibir Roseanne digigit dengan lebih kuat sehingga berdarah. Roseanne menjerit sekuat hati.

Rosel berjaya membuat Roseanne berhenti meronta.

"Aku beri amaran. Lebih baik kau diam."

Ujar Rosel perlahan. Gigitan pada bibir Roseanne dilepaskan. Pergelangan tangannya juga dilepaskan.

"TOLONG!!!!"

Roseanne menjerit sekuat hati mengambil kesempatan itu untuk mnyelamatkan dirinya. Namun
semua itu sia-sia. Rosel terus menampar wajah Roseanne sekuat hati. Dengan pantas Rosel mencapai sepucuk pistol yang tersisip dipinggangnya dan terus diacukan kearah wajah Roseanne. Picu ditarik.

Roseanne terkejut! Matanya terbuntang luas. Air mata terus mengalir deras. Baru dia teringat dan tersedar saat ketika dia meraba-raba tubuh Rosel dan saat ketiaka jari-jemarinya menghampiri pinggang lelaki itu tangannya terus digenggam dengan kasar. Kerana nafsu yang bergelora, Roseanne tidak sedar akan kewujudan senjata itu. Dia kesal. Roseanne telah jatuh kedalam perangkap Rosel.

"Tolong...tolong..jangan bunuh..saya.."

Ujar Roseanne tersangkut-sangkut. Dia betul-betul ketakutan. Air mata terus mencurah-curah.

"Sudah terlambat..."

Ujar Rosel sambil tersenyum. Muncung pistol kemudian diusap perlahan pada bibir Roseanne . Bibir Roseanne terketar-ketar ketakutan. Dia tidak mampu mengeluarkan sebarang suara. Malahan seluruh tubuhnya turut menggeletar.

Rosel perlahan-lahan memasukkan muncung pistol kedalam mulut Roseanne. Nafas Roseanne mula tidak terkawal. Jantungnya berdegup kencang. Keringat mula kelihatan pada seluruh wajahnya. Pandangan matanya kian kabur kerana terlalu kotak. Mindanya menjadi tepu.

"Merah lambang keberahian, lambang kesakitan dan lambang dendam. Kau ibarat mawar merah. Namun merahnya mawar tidaklah semerah darah. Aku ingin lihat warna darah. Aku ingin lihat mawar yang semerah darah...Kerana aku tahu, kau yang telah bunuh Azure!"

Usai sahaja nama Azure disebut, satu das tembakkan dilepaskan kedalam mulut Roseanne. Darah merah pekat tersembur keluar dari belakang kepala Roseanne. Pecah berderai kepalanya. Mulut Roseanne juga turut bertakungkan darah merah yang pekat. Matanya terbeliak. Hujung muncung pistol yang masih berada didalam mulut Roseanne ditarik keluar. Hujung muncung pistol
itu turut dikotori dengan darah.
Kelihatan beberapa titisan darah menitis dari muncung pistol.

"Nyawa telah ditukar ganti. Kini aku layak menjadi pengikut Cadariq. Aku bukan lagi manusia. Aku adalah makhluk pelahap jiwa."

Rosel membuat satu pengakuan.

Makhluk pelahap jiwa adalah manusia yang diselubungi dengan kegelapan sihir. Mereka dikurniakan kuasa. Tugas mereka adalah melahap jiwa manusia yang berduka. Jiwa akan dikumpul bagi membangkitkan Caddarik. Setelah Caddarik dibangkitkan, barulah nyawa Azure akan dihidupkan semula. Ianya memakan masa yang lama namun Rosel tidak peduli. Semuanya kerana cinta.

🌹MAWAR SEMERAH DARAH🌹
🌹TAMAT🌹


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top