17 • Weekend
— Maths —
Ain terlantar malas di atas katilnya di dalam bilik. Matanya memandang siling dengan pandangan kosong.
Hm... bosanlah pula. Exam trial kurang dari lima hari je lagi.
Tiba-tiba, fikirannya melayang memikirkan Izz.
Rindu pula nak luangkan masa dengan dia. Rasanya dah dekat sebulan kitorang tak keluar bersama.
Ain mencapai telefon dan mencari nama Izz dalam senarai kenalan WhatsApp lalu menekannya. Dia mula menaip sesuatu dan menghantar mesej.
Izz, jom keluar joging kat taman besok
Lama kita tak keluar kan? :(
Beberapa minit berlalu, Izz masih belum membalas mesej Ain. Hairan wanita itu dibuatnya. Selalunya paling lama pun, lima minit saja masa yang diambil Izz untuk membalas mesej.
Maybe dia sibuk study kot? Yelah, exam trial dah dekat kan?
Ain cuba bersangka baik. Dia pun menunggu sehinggalah Izz membalas mesejnya.
Ting!
Laju Ain memandang skrin telefonnya semula. Terukir senyuman di bibir tatkala matanya melihat notifikasi daripada Izz lantas jarinya menekan mesej tersebut.
Izz: boleh je :3
Izz: besok pukul 9 kita jumpa kat taman biasa k?
Okay~!
Besok kita keluar eh? 🤧💕💞
Izz: ye sayang.. 💓💘
Yayyy! I tunggu tau nanti
Jangan lambat! 😤
Izz: alright 😅💝
Rindu nak keluar dengan youuu 🥺🥺
Izz: ye ke? I pun rindu you hm 🤧❤️💕
Don't worry
Besok kita jumpa, I peluk you ketat-ketat nak lepaskan rindu 😤💓💕
Izz: hahaha mengada you ni
Heheheh 😚
Izz: okay, see you tomorrow
Alright! Gudnite Izz 🥺💞
Izz: night~
Ain semakin pelik membaca balasan teman lelakinya itu. Selalunya Izz akan membuka topik untuk dibual tapi sekarang? Pendek saja balasan daripadanya.
Mungkin betul yang dia dah penat nak layan aku. Dia dah tak sayang aku lagi ke?
Hati Ain mulai bimbang. Dia cuba untuk tidak berfikir bukan-bukan.
Tak baik bersangka buruk, Ain! Baik kau tidur awal je. Dah pukul berapa dah ni?
Bebola mata Ain bergerak memandang jam di atas meja laci bersebelahan dengan katilnya. Jam menunjukkan pukul 10:28 malam.
Erm, awal lagi. Biasanya dia akan tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Tapi entah kenapa dia berasa mengantuk pada waktu begini. Lama-lama matanya terlelap lalu dia pun terbang ke dunia mimpi.
~~~~
Esoknya, Ain tiba di Taman Indah yang merupakan sebuah taman rekreasi yang biasa dikunjungi oleh dia dengan Izz untuk bersenam bersama. Jam tangan yang dipakai ditilik oleh Ain. Pukul 9:01 pagi. Bila-bila masa lagi Izz akan sampai.
Ain mengeluarkan telefonnya dan menghantar sebuah mesej kepada lelaki itu.
I dah sampai ni, Izz
Jumpa I kat bangku sebelah kedai air ni k? ☺️
Sent.
Ain menunggu balasan daripada Izz. 10 minit berlalu, dia masih belum mendapat apa-apa balasan.
"Takpelah. Lambat 10 minit je. Maybe aku yang awal sangat." Tutur Ain sendiri.
Memang dia sentiasa menepati masa pun. Kalau lambat pun, tak lebih 10 minit.
~~~~
"Eyyy, ke mana dia ni? Tak sampai-sampai lagi?" Ain semakin hilang sabar. Dia berhenti berjoging lalu duduk di sebuah bangku di mana tempat yang didudukinya tadi.
Sempat Ain berjoging sendirian sementara menunggu Izz tadi. Lambat betul Izz ni.
Jam sudah menunjukkan pukul 9:48 pagi. Hampir sejam Ain menunggu. Izz masih belum memunculkan dirinya. Penat gadis itu menunggu. Dia telefon, tak dijawab. Mesej, tak dibalas. Hatinya mula tak keruan. Adakah benar bahawa Izz sudah tak sayangkannya lagi?
Tidak lama kemudian, Ain ternampak Airil sedang berjoging sendirian di sekeliling taman dia berada.
"Airil!" Ain melaung.
Airil pun berhenti berjoging lalu memandang sekeliling mencari siapa yang memanggil namanya tadi. Dia ternampak Ain sedang melambai-lambai ke arahnya berdekatan dengan sebuah bangku. Pemuda itu pun berjalan ke arahnya.
"Eh, kau buat apa kat sini?" Tanya dia pelik.
"Kau rasa aku nak buat apa? Exercise la. Buat apa lagi?" Balas Ain.
"Seorang je? Apasal tak ikut laki kau?" Airil mengelap peluh di leher dengan tuala kecil yang digantung pada belakang lehernya.
"Pfft- laki aku bhai.. hahahah. Maksud kau, Izz? Urm... aku call dia tak angkat pun. Semalam kata pukul 9 tapi dah dekat sejam aku tunggu. Batang hidung pun tak nampak." Jelas Ain sedikit hampa.
Dahi Airil berkerut mendengar kata-kata gadis tersebut. Pelik. Ya, memang pelik.
Baru saja tadi dia nampak Izz dengan seorang wanita di sebuah kafe berdekatan taman itu. Muka wanita tersebut tak dapat dikenal pasti kerana dia membelakangi Airil tetapi gadis tersebut bertudung bawal. Mereka agak berpeluh, mungkin baru habis bersenam bersama.
Airil tak pedulikan perkara itu lalu meninggalkan kawasan tersebut sebelum orang perasan dia berada di situ. Dia pun malas nak ambil tahu hal orang tapi sekarang ni situasi menjadi pelik.
Takkan budak tu curang dengan dia kot?
"Oi, pikir apa tu?"
Tersentak Airil bila lengannya dipukul lembut oleh Ain.
"Apasal? Kau nampak dia kat mana-mana ke?" Tanya Ain ingin tahu.
Airil diam sebentar.
"Um... takdelah. Aku mana tahu korang nak exercise hari ni. Dahlah, aku nak sambung joging. Nak ikut tak?"
"Takpelah, aku tunggu dia."
"Tch, ikut jelah. Kau tunggu dia, sampai esok tak sampai-sampai. Jom." Airil elak dari bertentang mata dengan Ain sambil acah mengelap peluh pada dahi dan lehernya.
Patut ke aku bagitahu dia? Ah, biarlah dia dapat tahu sendiri.
Teragak-agak Ain ingin mengikuti Airil tetapi dia iyakan juga akhirnya. Kalau tunggu lagi, sampai bila aje Izz akan sampai? Telefon, tak dijawab. Mesej, tak dibalas. Siapa saja yang tak overthink?
Botol air dicapai oleh Ain lalu dia pun berjoging bersama Airil. Keluhan dilepaskan.
Haih... manalah kau ni, Izz?
~~~~
"Aku rasa betullah apa yang kau cakap. Mungkin dia dah penat dengan aku." Sayu Ain berkata.
Mereka baru selesai berjoging sekeliling taman dan turut meregangkan badan. Jam sudah pun menunjukkan pukul 10:25 pagi. Manik-manik peluh mengalir di dahi Ain lalu dia mengelapnya sehingga kering.
Airil memandang gadis di sebelahnya dengan pandangan menyampah tetapi pada masa yang sama, kasihan juga pada Ain. Bila tak dilayan dengan orang yang tersayang, siapa saja tak sedih?
"Dah dah, takyah fikir pasal dia. Minggu depan exam. Kau kena fokus. Belajar elok-elok nanti." Nasihat Airil. Matanya memandang redup Ain yang mengangguk perlahan mendengar nasihatnya.
"Kalau kau yang baru kenal aku pun dah malas nak layan aku... dia apatah lagi? Bertahun kot aku kenal dia."
Batu-batu di atas tanah disepak oleh Ain sambil mereka berjalan bersama-sama sekeliling taman. Nak rehatkan diri dulu sambil menikmati suasana pada pagi ini.
Airil mengeluh perlahan mendengar Ain merungut.
"Bila masa pulak aku malas nak layan kau?" Tanya lelaki itu.
"Yelah, kau asyik marah-marah aku je. Lepas tu aku cakap banyak sikit pun tak boleh."
"Ha, sedar pun kau tu banyak cakap. Lain kali kurangkan sikit membebel tu. Lagi banyak kau bercakap, lagi banyak ilmu keluar."
"Memandai je kau. Apasal macam tu pulak?"
"Entah. Aku dengar ada orang cakap macam tu." Selamba Airil membalas.
Ain pun menjelingnya.
Dah tak pasti, nak bagitahu info tak betul pula.
"Aku nak balik dah ni. Kau balik naik apa?" Tanya Airil sambil matanya melirik ke arah Ain.
"Jalan kaki je. Jauh juga rumah aku dari sini tapi takpelah. Kira exercise jugak hoho."
"Ye ye je. Nak tumpang tak? Aku boleh hantar kau balik."
"Ehhh gila ke? Kang apa orang fikir, tengok aku bonceng motor dengan kau."
"Siapa kata naik motor? Aku ada kereta k."
Terjongket kening Ain sambil mulutnya ternganga mendengar kata-kata Airil.
"Kau boleh bawak kereta? Wow~ dah ada lesen sendiri ke?"
"Of course la. Aku buat lesen masa awal tahun ni."
"Seriuslah? Wahhh~ aku nak jugak."
"Tak payah. Kau naik je kereta laki kau, dah cukup." Balas Airil tanpa memandang Ain.
"Ish, kau ni. Boleh tak for once, jangan sakitkan hati aku? Ugh, menyampah aku."
Tersenyum sinis Airil melihat Ain menarik muka.
"Dah dah, kau nak tumpang cepat cakap. Kalau tak, aku tinggal." Ugut Airil.
"Hm, bolehlah. Aku pun tengah penat ni."
Mereka pun berjalan menuju ke kawasan luar taman di mana kereta Airil terletak.
"Fuyoo~! Kereta kau ke ni siot? Cantik dooo!" Tangan Ain gatal nak sentuh setiap bahagian kereta BMW Airil yang berwarna merah itu.
"Kereta ayah aku. Ayah aku ada dua kereta. Dia bagi aku satu." Jelas Airil.
"Kereta ayah kau kereta apa pulak?"
"Ferrari."
"Wow. Kayanya kau nihhh. Bilalah aku dapat merasa nak kaya macam family kau?" Ain menayangkan muka sedih pula.
"Bersyukur jelah dengan apa yang ada. Rezeki masing-masing. Ada orang tak banyak harta, tapi ramai orang sayang. Ada orang hidup senang, tapi adik-beradik tak ramai. Macam aku ni ha. Seorang je dalam rumah. Ada adik pun rasa sama je, bosan." Bicara Airil sambil membuka pintu kereta lalu melangkah masuk ke dalam.
Terdiam Ain mendengar nasihat lelaki itu. Dia menapak masuk ke dalam kereta lantas bau kereta menusuk ke dalam hidungnya.
"Uwaw~ wangi. Pakai apa ni? Ambi pur?" Soal Ain.
"Tak." Ringkas Airil menjawab. Malas dia nak berbual lebih.
Enjin kereta dihidupkan lalu Airil pun memandu meninggalkan tempat tersebut. Baru beberapa meter bergerak, mata Ain menangkap sepasang pasangan berjalan bersama-sama. Pasangan tersebut sedang membelakanginya tetapi dia dapat rasakan lelaki tersebut adalah orang yang dikenalinya.
"Weh weh, itu Faizz ke??" Tanya Ain sambil matanya terpaku pada susuk tubuh lelaki itu.
Airil turut memandang ke arah yang sama. Dia menekan pedal minyak dengan lebih kuat bagi melajukan lagi keretanya meninggalkan taman itu sehinggalah pasangan tersebut hilang dari pandangan.
"Bukan kot... kau salah tengok tu." Balas Airil, cuba menenangkan Ain yang duduk tak diam tu. Mata gadis itu masih memandang ke belakang bagi memastikan siapa gerangan pasangan itu.
"Aku yakin itu Izz. Gaya rambut dia aku kenal." Ain bersuara dengan riak wajah yang tak dapat ditafsirkan. Garang ada, sedih ada.
Pandangannya dipalingkan ke hadapan semula. Airil perasan akan perubahan riak wajah gadis itu. Dia tahu bahawa pasangan tersebut ialah Izz dengan wanita tadi. Tapi dia tak mahu bagi Ain bergaduh dengan mereka nanti memandangkan Ujian Percubaan SPM dah semakin hampir. Biarlah gadis itu dapat tahu selepas peperiksaan nanti.
"Bukan tuuu. Kau fikir dia seorang je ke reti gayakan rambut? Ramai lagi yang boleh buat gaya macam tulah. Lagipun, takkan dia nak curang dengan kau. Kau lawa kot?" Sengaja Airil memuji bagi menceriakan gadis tersebut.
Terkejut Ain mendengar pujian daripada jejaka itu.
"Seriuslah kau puji aku? Aww~ budak sombong puji aku siaaa. Sumpah rare gila hahahah. Thank you." Ain tersenyum malu sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.
Airil pula sudah menggulingkan matanya.
Okey, Ain. Jangan sangka bukan-bukan. Izz takkan curang belakang kau. Rileks...
Ain menenangkan hatinya sendiri. Dah kali ke berapa dah dia tenangkan diri sendiri supaya tak bersangka buruk terhadap teman lelakinya.
"Dekat mana rumah kau? Nah, taip kat sini." Airil menghulurkan telefonnya kepada Ain sambil mata fokus pada jalan raya.
Alamat rumah ditaip oleh Ain dalam aplikasi Waze. Kemudian, telefon itu diserahkan kepada Airil semula.
"Nanti aku nak try bawak kereta ni boleh?" Tanya Ain sambil membuat muka comel.
"Tak payah. Kang accident kang, menyusahkan orang je." Balas Airil mendatar.
Ain mencebik.
Nak cuba pun tak boleh... ish.
~~~~
(Dengar lagu Zero o'clock by BTS, feeling sikit untuk part ni haha enjoy! 🤧💕)
Malam menjelma...
Ain menghenyak punggungnya di atas kerusi di hadapan meja belajarnya. Dia langsung tak dapat menumpukan perhatian pada kerja sekolahnya sekarang ni. Otaknya asyik memutar kembali figura lelaki yang dilihatnya pagi tadi.
Sumpah, aku yakin itu Izz. Aish, tapi takkan dia bersama perempuan lain pulak? Ya Allah, serabut aku.
Rambut dikusutkan oleh Ain kasar. Takutnya sekiranya Izz tak sayangkannya lagi. Dia mencapai telefonnya yang sedang dicaj di bawah meja belajar. Plag charger dicabut dari telefon lalu Ain menghidupkannya. Mesej dihantar kepada seseorang.
You dekat mana tadi?
Lama tau I tunggu 😡😡😤
Ain menunggu balasan daripada Izz. Skrin telefon ditenung lama.
Masih double tick.
Dia okey ke tak ni? Sakit ke??
Desis hati Ain risau.
Dia masih setia menunggu Izz untuk membalas. Setelah lima minit berlalu, gadis tersebut melepaskan keluhan berat. Izz masih belum membalas mesejnya. Telefon diletak agak jauh darinya di atas meja untuk mula membuat kerja sekolah. Buku latihan Fizik dibuka lalu sebatang pen dikeluarkan daripada bekas pensel.
Ting!
Sebuah mesej diterima oleh Ain dan terus gadis itu mencapai telefon lalu menghidupkannya berharap dia mendapat balasan daripada Izz.
Hampa. Ianya sebuah mesej daripada Airil. Ain membuka mesej tersebut lalu membacanya.
Airil: minggu exam takde kelas kecuali kalau hari esoknya ada Maths k
Okey cikgu! ☺️💘
Cikgu belajar leklok tau :)
Nanti kita tengok markah siapa lagi tinggi :3
Airil: lol mestilah aku
Ehhh konfidennya dia...
Okey, kita tengok nanti
Airil: tengah buat apa tu?
Ehhhhhh???
Awak tanya saya buat apa?!?? 😱😱🤭
For the first time in forever~!
Awak kisah pasal sayaaa huhuuu 😭😭
Airil: k bai
Ehhhhhh nak gi mana tuuuu!?
Oklah oklah saya tengah terfikirkan awaklah uhukss! 🤧💞💘
Airil: gila
Hahahhah gurau je
Actually aku tengah tunggu bf reply ni hahaha
Tak reply reply lagi dia ni
Airil: okay bye
Ehh itu je?
Awak jealous eh hehehehe
Airil: takde maknanya
Airil: dahlah, aku nak tidur
Airil: gudnite
OMGGGG
AIRIL WISH GUDNITE SIOT SKDHSJJSKS
OKEY AWAK. GUDNITE MUAH SLEEP WELL
💕💞💘💖💗💝💞💖💞💝💕💘💗💓
seen
Mesej Ain dibaca oleh Airil namun tak dibalas. Gadis itu tak terasa pun sebab dah memang terbiasa yang Airil akan 'seen' mesejnya. Lagi-lagi bila dia mesej macam tu hahaha. Gatal.
Senyuman di bibir Ain masih tak putus lagi. Macam tak biasa pula dapat mesej "good night" daripada orang.
Mungkin mesej daripada Airil terasa lain? Sebab biasanya lelaki itu akan mesej Ain untuk beritahu sesuatu yang penting saja. Lepas tu, dia berhenti bermesej. Malas nak sembang lebih.
Ain meletak telefon ke tepi. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Awal juga eh Airil nak tidur? Pukul berapa sekarang?
Telefon dihidupkan semula lalu jam pada skrin ditatap oleh Ain. Pukul 10:04 malam.
"Wow, awal tidur. Aku baru nak buat homework, kau nak tidur dah? Hm, budak pandai mestilah tidur awal kan?" Kata Ain sendiri.
Dia pun mula membuat kerja sekolahnya setelah telefon dimatikan.
~~~~
Jam menunjukkan pukul 11:49 malam. Ain baru selesai membuat kerja sekolahnya lalu dia pun menyimpan segala peralatan ke dalam beg sekolah. Dia mencapai telefonnya dan membaringkan diri di atas katil, sedia untuk tidur.
Ting!
Telefon berbunyi menandakan Ain telah menerima mesej daripada seseorang. Dia melihat skrin telefonnya dan tertera notifikasi daripada Izz.
Gadis itu mengeluh perlahan.
Sekarang baru you nak reply?
Mesej tersebut dibuka lalu dibacanya.
Izz: sorryyy..! I lupa you ajak joging hari ni 🥺🙏
Izz: plus I bangun lewat pagi tadi
Izz: entahlah, badan rasa tak sedap je dari semalam
Izz: sayang tengah buat apa ni?
Ohh... baru nak tido ni
Tak sedap badan? Kenapa??
Izz: tak tahu :(
Izz: issokay, nanti I dapatkan rehat secukupnya
Izz: you tidurlah ya? ☺️💕
Izz: gn 💕💘💓
Gudnite 🥺❤️
Ain perasan mesej Izz semakin hari, semakin singkat. Nak taip 'good night' pun guna short form saja.
Betul ke you dah tak sayangkan I? Kalau ya pun, kenapa? Tolong jelaskan pada I, Izz. Jangan tipu I.
❤️❤️❤️
Huahahhaha~ dah kata drama dah nak start ni hohoh. Teruskan membaca tau 🥺💘 jangan stop separuh jalan je. I tahu macam lambat sangat plot klimaks nak sampai hurm biasalah. Budak noob yang menulis.. memang tak gempaklah hm 🤧💗💞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top