8 - Someone Out?
"Haz, Janji dengan aku, jangan lemah semangat"
Selepas itu, aku rasa badan aku tenggelam di dalam air yang dalam. Bila aku sedar.. Baru aku faham ni bukan sekadar permainan tapi peperangan!
*****
"Ingat, kita tak tau apa dasarnya" kata aku sambil menarik nafas berkali kali.
Mimi memegang bahu aku dan berkata. "Ehem. Bawah sana ada air"
"Are you sure?" Aku mahukan kepastian.
"Well.. Aku dapat rasa air. Akar pokok selalu berjaya mencari air bawah tanah tau!"
"Mungkin air tu Haz?"
Mimi tersengih. Dalam hati nak je aku tumbuk perempuan ni tapi bila ingat balik dia kalahkan tiga goblin tadi, tak jadi lah aku. So balik pada cerita asal, "Ready?" tanya aku. Mimi angguk.
Aku pecahkan tingkap di hadapan aku dan mencipta jalan daripada besi tulang bangunan ini. Jalan ni pulak bersambung dengan bangunan lain supaya tidak kelihatan oleh serangga raksasa lain. Dan sehingga sekarang, Haz masih tidak kelihatan.
Aku mengambil langkah seribu, diikuti oleh Mimi. Satu bangunan selesai. Kini kami je bangunan ke dua, masih tiada masalah tapi aku dapat dengar bunyi bingit sayap lebah.
Kini Lisya makin dekat. Aku tak tau apa yang ada padanya yang membuat aku tertarik tapi satu je dalam fikiran aku sekarang ni, aku ingin selamatkan dia. Jadi belum sempat memberi Mimi amaran, aku terus tarik tangannya dan pergi ke bangunan ketiga. Mimi bergelut dengan aku kerana dia masih tidak sedia tapi aku endahkan. Aku mahu selamatkan Lisya secepat yang mungkin!
Proses lari ke bangunan demi bangunan berlangsung berulang kali sehingga kami betul betul di depan Lisya. Dan satu masalah, dia berada atas sarang labah-labah. Satu perkara aku rasa tak sedap hati.. Mana labah-labahnya. Jikalau sarang lebih besar dari manusia, bukan ke pemiliknya lebih kurang sama saiz dengan manusia?
Aku datang lebih dekat. Sipi-sipi saja tangan aku hendak sentuh bahunya, satu bebola air memerangkap tangan aku. Membuat aju ditarik ke belakang sehingga bersemuka dengan Haz.
Haz hanya tersengih memandang aku. Di belakang dia pula terdapat sekawan lebah dengan bunyi sayap yang bingit!
"aahhh!"
Aku terdengar suara Mimi menjerit. Aku sedaya upaya untuk memandangnya, jelas kelihatan Mimi terperangkap antara 3 ekor labah-labah gergasi.
"Mimi, ja-"
Belum sempat aku membebel ala hero, aku diserang oleh berliter liter air dan meruntuhkan sebuah bangunan di situ. Aku mahu bangun tapi badan aku tak mampu menahan kesakitan tadi! Dibiarkan aku jatuh ke dalam gaung, aku ditarik semula dan bertemu lagi dengan Haz.
Kali ini badan aku dikelilingi lingkaran air. Badan aku pula terasa sakit yang amat dan kulit aku bertukar perang. Aku tak boleh bertahan lagi! Badan aku rasa sakit, lemah dan macam nak tercabut setiap plug plug dalam badan ini!
Sehingga satu kad dibaling oleh Mimi membuat beberapa anak pokok yang membentuk sfera di kelilingi aku sambil membuang air Haz keluar.
"Dengar ni Ed, aku akan kejutkan Lisya. Kau lawan Haz! Aku nak kau bunuh jugak lebah kat belakang Haz. Lebah tu yang pukau dia"
"Habis kau macam mana?"
"Aku dah bunuh tiga ekor labah-labah ni dan cipta dinding untuk halang serangga lain. Sedarkan Haz cepat!"
Aku cuba gagahkan diri. Memang benar aku cakap, badan aku sekarang ini berkarat! Aku keluarkan dua kad aku, 2 Heart dan 4 Heart. Pada masa yang sama, sfera ciptaan Mimi ini bergoncang. Pasti Haz sedang berusaha untuk memecahkannya. Baiklah, biarkan!
Selepas beberapa hentakan yang kuat, sfera itu pecah. Cepat cepat aku menggunakan kuasa unsur aku. Dengan tulang tulang bangunan yang berhampiran, aku melilit Haz. Aku campak kad 2 dan 4 Heart tadi kepada Haz. Kad kad itu pulak beraksi dengan membunuh semua serangga yang cuba mengawal Haz.
Aku dan Haz jatuh ke dalam gaung. Aku sempat mencapai satu rangka besi bangunan yang hampir untuk menggelongsor dan menangkap Haz. Tapi sebaik sahaja aku dapat Haz, tangan aku rasa terbakar. Aku menjerit sekuat hati.
"Haz! Aku tau kau sedar. Janji dengan aku, jangan lemah semangat!" aku lepaskan Haz, tidak dapat menahan rasa sakit yang ada. Aku menjerit lagi, kali ini memanggil Mimi.
Beberapa saat berlalu, satu akar pokok menjalar dan melilit pergelangan tangan aku. Akar itu menarik aku kepada Mimi yang mana di pehanya ada Lisya yang masih tidak sedarkan diri.
Aku pandang ke belakang Mimi, terlihat 5 ekor labah-labah sedang merentap tenaga untuk memusnahkan pendinding Mimi.
"Mimi.." aku pandang Mimi. Dia termenung jauh.
"Kita lompat"
"Apa? Kau gila?!"
"Bawah tu air. Kita akan selamat"
"Air? Huhh! Aku dah karat ni woi!" aku ketawa sinis.
Mimi pandang aku. Mukanya serius "Ed. Please.. Percaya kan aku?"
Aku bangun. Ambil masa untuk aku menerima permintaan itu. Dan akhirnya, sambil hulurkan tangan aku berkata "Ok. Bangun cepat" dia menyambut "Tarik nafas dalam dalam" dan kami terjun ke dalam gaung tanpa rasa was was.
*****
Aku berenang ke permukaan. Ketika mengambil nafas, Mimi timbul bersama Lisya beberapa meter dari aku. Aku berenang ke arah mereka untuk mengambil Lisya dan berenang lagi untuk naik ke permukaan tidak jauh dari situ. Selepas menaikkan Lisya, aku menolong Mimi pula.
Mimi baringkan Lisya dan ambik sesuatu dari belakang rambutnya yang terikat dan basah. Ianya bunga berwarna hitam. Aku tidak bertanya apa apa kerana kepenatan dan melihat saja apa Mimi buat.
Bunga itu Mimi letak pada dahi Lisya. Selepas itu, bunga itu terus kembang. Serta merta Lisya terbangun. Dia memandang aku dan Mimi silih ganti, tertanya tanya. Sudahnya dia memeluk Mimi erat.
"Sorry ganggu. Nak naik?"
Aku pandang ke belakang. Ada satu tubuh yang memakai topeng sedang berdiri sambil tunjuk ke arah satu kereta api.
"By the way, Aku No Face"
*****
Aku tersedar.
"Bangun pun kamu"
Seorang lelaki berkata kepada aku yang terbaring di atas sofa biru. Lelaki itu sedang membaca buku di rak buku dalam bilik itu. Beberapa langkah lagi, terdapat seorang perempuan yang menghayati teh, bangun dari duduknya lalu tinggalkan kami di bilik itu.
"Kamu kenal aku siapa?"
Aku tenung lelaki itu lama lama. "Kau.."
Lelaki itu tutup bukunya dan letakkan buku itu ke rak di belakang. Selepas itu, dia berjalan ke arah aku dan duduk di hujung sofa. Aku pula membetulkan posisi dengan duduk di sebelahnya.
"To make it easy.." Lelaki itu menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya dan mengambil nafas berat. Selagi nafas dia berkata lagi sambil tersenyum sinis "..Yang tembak kamu berempat sebelum ni"
Aku bangun begitu juga lelaki itu. Aku melangkah ke belakang sehingga belakang aku bertemu satu cermin yang besar sebesar dari pantai ke siling. "Apa kau nak? Siapa kau?" tanya aku dalam nada tegas.
Lelaki itu ketawa kecil sebelum menjawab soalan aku. "Aku Silverstone. Raja Bayangan Cermin"
Detik itu satu tangan memegang tangan kanan aku dari belakang. Bertambah lagi satu tangan yang memegang tangan kiri aku serta kedua dua kaki. Aku terkesima dan bergelut untuk di lepaskan. Lelaki yang gelarkan dirinya Silverstone ketawa lagi.
"Apa kau nak?" kali ini aku menjerit.
Silverstone berhenti ketawa. Mukanya berubah serious. "Aku tembak kau sebab aku tertanya macam mana kau boleh terlepas dari Istana Pengawal? Jadi aku hantar kau ke dimensi ilusi dan ENTAH MACAM MANA JOKER JUGA BOLEH ADA DI SITU! dan korang boleh lepas semua halangan terutama kau! Kau telah bertemu dengan kisah silam kau yang ngeri dan lebah lebah di gaung itu telah naikkan kemarahan kau!
"Dan lagi.. Kembar kau, Agnis! Telah menceroboh dimensi cermin ketiga! APA DIA TAK PENAT MINTAK TOLONG KAU UNTUK KELUARKAN DIA DULU?"
Aku berhenti bergelut. Terkesima dengan ayat terakhir Silverstone. "Kau? Bukan ke Zack dan Dean yang.."
Silverstone memandang aku dengan mata yang bercahaya. Tangannya dinaikkan. "Bawa dia pergi"
Semudah itu aku ditarik ke dalam cermin di belakang aku. Semuanya putih. Aku tak pasti aku meluru ke mana tapi aku terdengar satu suara berkata.
"Mari bawa dia ke Villa"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top