4 - Rules

Bukan nak kata apa, aku bosan! Even apa Luke cakap pasal cara gunakan kad pun aku tak faham. Hanya perlu fikir apa akan jadi pada kad. Rasa macam dah jelas tapi aku masih tak dapat. "Mana kau tahu semua ni, Luke?"

"Aku jumpa kertas arahan sekali dengan kad aku" dia keluarkan kad 6 Club dan tenung dalam dalam. "Aku pun masih tak faham. Aku buat sekali terbakar badan aku"

"Kuasa kau berkurang?"

"Tak"

Ok pelik. Dulu kuasa aku boleh berkurang. Dunia kita dulu dengan sekarang lain ke? "Dunia kau dulu macam mana?" tanya aku selepas pening fikir segala teori yang boleh. Aku sampai sekarang tak boleh terima yang dulu tu simulasi. Faham kan maksud aku?

Luke mengeluh berat. "Dunia aku.." Luke tutup matanya sambil pandang syiling. "Duni aku 100% dunia yang penuh api. Ayah aku raja dan aku ada dua abang. Aku pulak putera yang tak ada kawan sebab kuasa aku tak boleh dikawal. Abang abang aku ramai kawan dan kuasa mereka setanding dengan ayah" 

Bila aku sedar sesuatu.. "Dude, jangan nangis. Kami semua kawan kau sekarang"

"Aku cuma.. cuma .. aku tak sangka aku dapat keluar dari dunia teruk tu"

Jeda. Dia ni suka ke tak family dia tu? Aku diamkan diri untuk bagi Luke bertenang. Like real? Luke kene kurung sepanjang dia ada dalam dunia dia? Macam mana dia boleh datang sini?

"Kau pulak macam mana?" tanya Luke. 

Belum sempat aku menjawab, seorang pengawal datang dan masuk ke kurungan kami. Orang batu itu berdiri kaku di depan pintu keluar. Aku segera berdiri dan sedia dengan kad aku ditangan. Aku perasan mata Luke merah dan nafas dia masih lagi tercungap cungap. Jadi aku perlu lawan seorang. Lagi pun Luke sendiri mengaku yang dia tak boleh kawal kuasa dia.

"Oh tak perlu. Ni aku, Adam" pengawal itu bercakap.

"What the hell!" Adam?! 

"Dah, kita tak ada masa. Ikut aku, aku dah tahu jalan istana ni."

"Apa maksud kau istana?"

"Kita dalam istana. Mereka panggil tempat ini Papan Permainan."

Mereka? Bagus! Sekarang aku perlu tahu banyak lagi dari diorang ni. Aku tolong Luke bangun sementara Adam memerhati keadaan di luar. "Kita kene selamatkan Noah," kata aku mengejutkan Adam dari fokusnya.

"Noah? Elemen tanah tu?"

Aku angguk. Adam faham dan kami terus mengikut Adam. Mulanya kami lalu satu koridor yang panjang dan naiki tangga berputar. Semasa di tangga itu baru aku perasan kami di bawah tanah. Adam berhenti pada satu tingkat, dia memandang dinding di sebelah kami. Dinding itu ada beberapa grafiti yang aku pernah tengok sebelum ini. Yang pengguna ilmu ghaib entah apa namanya tu. "Adam, kita kene pergi." aku memegang bahunya. 

Maafkan kami tau

Dean?! Dean, aku dah lama maafkan kau. Dean? Dean! 

"Haz, dengar tak?" 

"Haa? Apa?" Jeda. Apa jadi? Luke dan Adam pandang aku pelik.

"Tak ada apa lah. Jom!"

Adam teruskan langkah diikuti aku dan Luke. Sampai di suatu ruang, kami bertemu jalan mati. Bagus. Kami patah balik tapi jalan kami dihalang, oleh pengawal! Dari tengah pengawal itu ada satu yang paling tinggi,mungkin dia ketua tadi. Ketua itu memberi arahan pada pengawal yang lain. Mereka memberi laluan untuk seseorang atau sesuatau tapi yang pasti bukan kami. Seekor serigala keluar, menuju ke arah kami. Part ni kan kami patut dari?

"Kami datang!" jerit satu suara. Dari atas ada empat orang turun dengan gaya.

"Lain kali ada parti jangan lupa ajak" jerit Lisya dan menggunakan teknik angin sehingga separuh dari pengawal pecah.

"Haz, aku dengar kau pandai seni pedang?" tanya Edwin. Aku angguk. "Nah guna ni" dia beri aku sebilah pedang. Bersinar dan tajam. Ya ni baru main.

Aku, Lisya, Edwin dan Agnis berlawan dengan Pengawal Batu sementara Mimi, Luke dan Adam hadap serigala. Tapi apa yang aku pelik, serigala tu haya duduk diam. Selepas semua Pengawal Batu dikalahkan selain ketuanya dan serigaa, kami terus berhadapan dengan mereka berdua. 

"Noah, sudahlah!" Luke tiba tiba menjerit. Kami pandang Luke serentak dengan muka pelik. Seriously serigala tu Noah?

"Luke.." kata Mimi perlahan.

"Noah, aku nampak kau dalam mata serigala tu. Keluarlah ke rupa asal kau!" tambah Luke. Rasanya kali ini aku tak leh masuk campur tapi aku perlu jugak. Belum sempataku keluarkan kad aku, ada satu cahaya muncul entah dari mana. Aku terjatuh disebabkan lantai mula runtuh. Mereka yang lain tiada berita, mungkin senasib. 

Janganlah tanya macam mana, aku buka saja mata aku, aku berada di satu tempat aku sendiri tidak tahu. Tempatnya seperti alam fantasi. Pokoknya tidak pernah aku lihat, bercayaha dengan bantuan kelip kelip walau langit masih cerah. Kejap! Tiada langit! Yang ada cuma ruang yang luas ke atas dan tiada lagi jalan untuk kebawah, sudahpun lantai ini seperti tidak pernah dijejak.

Aku pandang mereka yang lain, cukup 7 orang aku kira tidak termasuk diri aku. Kami ambik masa untuk bangun. Agnis tolong aku. "Okay tak?" tanya Agnis. Akubalas dengan anggukan. "Kau ke yang buat tadi?"

"Meaning?" Dah.. apa salah aku?

"Kau cuba ambkkad tadi and then kita kat bawah ni"

"Tak" jawap aku ringkas. Aku sendiri tak tahu dari mana cahaya tu datang. "Semua ok?" aku jerit.

"Ok je" balas Mimi dengan senyuman.

"Noah tak" jerit Ed. Dan kami semua dekati Noah dan Luke yang yang sedang duduk menghadap Noah yang terbaring mengiring.

"Dia pengsan dan ada sedikit luka kat tangan dia" kata Luke.

"Biarkan dia pada aku" Mimi mencelah. "Aku pemulih. Tanyalah Ed dan Agnis. Diorang yang nampak aku sembuhkan Lisya kat bangsal"

Angis dan Edwin angguk serentak. Nampaknya aku kene dengar banyak lagi apa yang jadi masa aku kene kurung. Aku duduk di sebelah Luke. Agnis pergi meneroka ke tempat yang berhampiran. 

"Aku masih tak jawap soalan kau" aku mulakan bicara. 

Luke pandang aku dengan muka bertanya 'apa?' Lalu aku menceritakan kisah aku semasa di dunia dulu. Dari aku kenal Dean, Zack, Abang Danny sampai aku bunuh Lucemon. Dari aku kene tindakan oleh Elai hingga terima nasihat yang diberi Albert. Macam mana aku jumpa Agnis dan siapa Shah. Tanpa aku sedar, kami semua tergelak dengar cerita aku termasuk Noah yang sudah bangun di pertengahan cerita. 

"Haz, kenapa Danny kiss kau?"

"En.." Sebabnya untuk kuatkan lagi fizikal dan mental Haz. Tu suara abang! Aku mencari punca suara Abang Danny. Kelapa aku berpusing pusing mencari.

"Haz?"

Ingat, don't make the same mistake I did.

Dean! Kali ini aku lebih ligat mencari. Kalau suara mereka, mesti mereka ada berdekatan! Aku cuma perlu cari di tempat yang betul.

"Haz!" Adam menjerit sebelum menyabung, "Masanya tak betul"

Jeda. Dia dengar apa aku dengar ke sejak tadi? Monolog aku pun? "Kau dengar?"

Adam angguk. Suasana sunyi sebentar sebaluma aku dengar bunyi tapak kaki kuda. Maki lama makin dekat. Aku pandang ke arah yang menjadi tempat munculnya kuda itu. Apa aku rasa, lebih dari seekor.

"Dengar tu?" mereka semua ambil sedikit masa semua berdiri serentak. Aku perasan riak Agnis berubah lalu aku siku dia. Tiada repons diterima dan akubuntu. Beberpa minit  berlalu dan penungggangnya sudah kelihatan. Kami pula sudah bersedia. Dua ekor kuda hitam dan penunggang yang tediri daripada seorang lelaki dan perempuan. Mereka menghampiri kami dan ahirnya di hadapan kami.

"Kamu sesat?" tanya si lelaki.

Disebabkan tiada siapa berani menyahut,aku menjawab Ya. 

"Oh. Kalau begitu, ikut kami" si perempuan pula bersuara.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top