17 - Bonus Card
Keadaan sekeliling semuanya putih. Aku nampak masa lampau aku, selerak, memaksa aku untuk menjerit ketakutan.
Masa silam itu semakin hilang. Tapi jeritan aku makin kuat kerana melihatnya.
Aku nampak Dean, Zack, Jimmie, Abang Danny dan.. Angnis..
Tiba tiba semua bayangan itu hilang total. Serentak itu juga muncul Adam, Luke, Noah, Lisya, Mimi dan Edwin di ruang tanpa graviti itu.
Edwin, dah lama tak jumpa. Dia hanya berdiri di situ. Kelihatan sungul. Kejap.. Edwin !?
*****
"Jadi korang pun kene tarik dalam ni?" ujar Edwin.
Kami memandang sesama sendiri. Semuanya tidak mahu untuk bersuara. Suarakan apa pun entahlah.
Edwin mengeluh. "Ok, Agnis mana?"
Agnis. Manusia itu sudah hilang dari radar. Aku tak tau dia di mana. "Dia hilang" kata aku perlahan.
"Kembar kau.." kata Edwin tapi dipotong oleh aku.
"Kami bukan kembar. Aku jumpa dia dekat stimulasi dulu. Tak mungkin dia kembar aku. Dia hanya salah satu dari permainan gila ni"
Edwin kerutkan dahi. Kemudian dia memandang ke satu arah dimana terdapat bunyi tapak kaki yang semakin kuat.
Di sebalik bayangan, muncul satu tubuh, Froze. Muka dia selamba. Dia mengeluh. Sambil menggosok tengkuk nya, dia berkata dengan nada yang berat "A-aku.. Ada masalah belum selesai lagi dengan kau, Haz"
Edwin angguk. "Baik cepat. Aku ada bende nak bagi ni. Dan satu kad Joker untuk kau"
"Kejap, kad?" tanya Luke.
"Yup, kad Joker. Aku satu, dia satu, Noah ada satu. Dan yang terakhir pada Lisya"
Kami pandang pada Noah dan Lisya. Noah tiada sebarang reaksi selain mengeluarkan kad Joker di tangannya. Lisya pula terkejut, mencari kad itu di seluruh badannya. Kad itu dijumpai dalam poketnya.
"Tak. Maksud aku, Froze bukan daripada kami" kata Luke.
Edwin ketawa. Kemudian dia pandang Froze. "Cepat lah"
Froze segera menuju ke hadapan aku. Dia keluarkan dua buah catur Pawn Putih. "Ambik satu" ujar Froze.
Aku ambik salah satu buah catur itu. Segera, buah catur itu bercahaya dengan badan Froze sekali.
"Ayahanda, Ananda meminta. Liarkanlah angin beku! Biarkan lah kenyataan dipecahkan! Biarkan lah segalanya tiada lagi rahsia! Biarkan lab penipuan ini berakhir! Biarkan lah Ayahanda memaafkan Ananda! Tolong lah Ayahanda! Tolong lah!" jerit Froze.
Seraya itu terdapat dua arus air muncul dan melilit badan Froze. Aku ditolak ke belakang. Badan Froze bertukar menjadi tulang temulang di belakang sana. Sementara buah catur di tangan aku bertukar menjadi sekeping kad. Kad Joker.
Pusaran air tadi makin hilang. Kini di depan aku ialah Agnis. Dia mengambil kad di tangan aku.
Suasana sangat sunyi sehinggalah Edwin bersuara. "Ok. Siapa yang dapat kad Joker akan mati. Aku serius"
Kami semua memandang Edwin tidak percaya. Dia mencebik.
"OK, show time"
Perlahan lahan latar sekeliling kami bertukar.
"Kejap"
"Tak pe, aku dah tanam plan aku dalam otak korang. Dengan bantuan Joker"
Sekarang kami berada di depan Villa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top