14 - It's Still Not Clear

"Apa yang kau cakapkan ni, Luke?" Brade bertanya.

"Noah tunjukkan aku sesuatu. Dia tunjuk aku pada Ed" kata Luke perlahan. Dia menyambung lagi. "Aku ajak dia balik. Tapi dia tak nak"

That's it. Cerita Luke berhenti di situ. Kami pula, secara automatik, dian seribu bahasa. Aku panjang Luke. Luke pandang Frost. Frost pandang Scarlet. Scarlet pandang Brade. Brade pandang Luke. Lisya..

"Mana Lisya?" soal aku dengan suara yang tinggi. Lisya hilang! Tadi dia ada.

Semua Pendang satu sama lain lagi. Buat aku rasa menyampah. "This is getting nowhere!" Aku menjerit sebelum aku pergi mencari Lisya. Noah aku tinggalkan dengan mereka.

Aku mula mencari di tingkat atas. Dari bilik, ke bilik yang lain aku cari hingga aku terjumpa dengan Maid di bilik yang boleh nampak seluruh ruang pintu hadapan di tingkat bawah.

Dia perasan yang aku masuk bilik, tersenyum. "Eh Haz.."

"Kau perhatikan kami?" aku terus menyergah.

Senyuman dia terus pudar. Aku mendiamkan diri apabila dia mendekati dan berhenti di depan aku. Tangannya mengeluarkan sesuatu dan dia beri pada aku. Kad 5♦ dan J♠.

Kemudian dia beredar dengan segera.

"Apa kau tidak langsung terangkan sesuatu?" ayat aku terus membuatkan Maid berhenti.

"Apa kau bagi kami kad semua ni supaya kami jadi raksasa?" tanya aku lagi.

"Mungkin kami tak perlu percayakan kau?" dan lagi.

"Bawa Noah dan Luke ke Istana Pengawal" itu saja yang keluar dari mulut Maid.

"KENAPA!" kali ini aku menjerit tapi sia sia. Di koridor yang panjang tu..

Maid hilang.

"Kenapa apa Haz?"
Lisya jumpa aku.

*****

Jadi kami menaiki kereta api No Face ke Istana Pengawal tanpa banyak soal.

Kami semua terdiam diri. Ada satu dalam perasaan aku tengah kacau sekarang ni. Apa yang berlaku pada kamu sebenarnya? Apa maksud gambar gambar pada belakang kad hari tu? Bila aku tengok balik, ianya kosong. Apa jadi kat Mimi? Edwin? Agnis?

Apa akan jadi pada kau?

"Luke.."

Tu bukan suara Abang Dany. Aku baru sedar dah lama aku tak dengar suara Abang Dany. Jadi suara siapa tadi? Takkan..

"Noah?" Aku pandang dia. Telinga Noah diturunkan. Aku tak faham. "Aku tak fahan" kata aku. Kali dia matanya jadi sayu. "Aku tak faham" aku ulang dengan lebih tegas. Sebelah telinganya naik. Diikuti dengan telinga yang lagi satu. Kemudian dia berdiri, memandang ke luar.

"Istana Pengawal" No Face berkata.

Kami keluar daripada kereta api sorang demi sorang diikuti Noah di belakang sekali. Brade kelihatan tergesa gesa. Berbeza pada Frost dan Scarlet. Luke yang baru sahaja habis bermeditasi masih mengekalkan kuasanya dalam mood sedia. Adam tidak ikut. Dia mahu memerhati kami dari Villa.

Perjalanan ke Istana Pengawal itu seolah perjalanan ke neraka. Jadi, kenapa kami pergi ke sini?

Aku tengok Lisya. Dia kelihatan takut dan gelisah. Dia memandang sekeliling seperti ingin mencari sesuatu. Aku sentuh bahunya. Dia terkejut.

"Kenapa?" aku bertanya.

Dia menggeleng. Dia mengeluarkan kad K♦ "Aku jumpa kat Villa"

Aku terdiam. Soalan soalan datang lagi ke dalam kepala aku. Macam mana dia jumpa? Dia ada nampak gambar yang aku nampak kat belakang kad?

Belum sempat aku bersuara, kami terhenti di depan pintu istana. Brade beranikan diri untuk buka pintu setinggi bangunan tujuh tingkat itu.

"Aku nak patah balik" ujar Lisya.

Semua berpaling. "Kenapa?" tanya Luke.

Lisya geleng kelapa. Sambil menarik tangan Scarlet dia berkata "Aku tak nak masuk. Korang masuk lah"

Scarlet ikut tanpa melawan.

Kami berempat masuk. Suasana memang suram dalam istana itu. Serentak itu, dua pengawal di pintu masuk terus hidup. Mata mereka menyala dengan warna hijau.

Kemudian sekumpulan pengawal datang berarak. Kami bagai di sambut. Pengawal pengawal itu berbaris dan mencipta satu jalan yang membawa kami ke arah ketua mereka.

Seraya itu juga, aura pada badan Noah makin kuat. Api Luke pula, dari bara kecil kini membakar tubuhnya dan di belakangnya telah tumbuh dua sayap.

Kami sudah sampai ke penghujung. Keluhan seorang lelaki batu gergasi yang duduk di atas singgahsana. Mungkin itulah ketua mereka. Luke, Noah dan Brade menuju ke dia dengan laju.

Aku terhenti. Kaki aku tersekat pada satu pentagram. Begitu juga Frost. Ini kuasa Adam. Tapi kenapa? Luke, Noah dengan Brade boleh pula terlepas. Kami memandang satu sama lain.

Aku keluarkan satu kad. Aku tak tahu kad apa. Kemudian aku lempar kepada Luke. Kad itu terhenti apabila Luke menangkap kad itu. Tapi kad itu berhenti betul betul dua sentimeter dari tangan Luke. Kemudian kad itu terbakar dan muncul dua kad baru.

Ketua pengawal itu bangun. Jarinya dituju ke arah aku dan Frost.

Serentak itu dua pengawal yang lain menangkap kami dengan rantaian besi sebelum kami diheret.

Masa itu, aku nampak ada satu aura berbentuk silinder yang menyambungkan ketua pengawal dengan Luke dan Noah.

Jadi, aku ambil satu kad aku untuk menyeru banjir. Air yang datang entah dari mana mula memenuhi ruang itu sehingga tiada tempat untuk udara.

Namun sangkaan aku meleset. Pengawal pengawal itu, Luke, Noah Dan Brade seperti tiada kesan dengan banjir ini.

Sementara aku dan Frost telah hanyut dibawa arus deras.

"Ke mana pun korang pergi, korang tetap menuju ke arah kegelapan!"

Satu suara kedengaran. Bukan suara Abang Danny. Aku pasti. Bukan Dean atau Zack juga. Suara itu sangat jelas. Jelas dengan maksudnya kegelapan, arah yang aku dan Frost sedang tuju.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top