10 - Rules #2
Kisahnya ada satu negara di mana mempunyai empat kerajaan dan hidup secara harmoni. Setiap kerajaan itu pula mempunyai seorang raja serta permaisuri. Setiap pasangan mempunyai seorang anak.
Semangat rakyat mentaati mereka. Namun keempat empat anak diraja itu tidak seperti ibu bapa mereka.
Buku ditutup oleh Mr. Silverstone. Dia memicit micit bahagia hidung antara kedua matanya. Apa yang dia hujahkan tadi, itu saja yang tertulis di dalam buku itu. Berkali kali dia mencari siapa anak diraja berempat itu.
Mrs. Silverstone datang masuk ke dalam bilik, menyediakan minuman untuk suaminya. "Risau?" tanya Mrs. Silverstone.
Mr. Silverstone angguk. "Satu soalan. Siapa musuh yang mereka fikir?"
"Dendam awak dengan negara itu perlu dihapuskan"
Mr. Silverstone geleng. "Raja-raja tak guna. Biar anak kita lawan mereka. "
*****
"Ed! Ed! Ed! Ed!" Aku menjerit. Masa seakan berhenti. Edwin pengsan selepas munculnya kad Joker. Aku panik. Aku lihat Mimi dan Lisya saling berganti. Pertahanan aku pada serangan Luke pecah. Masa memang terhenti, aku sempat lihat setiap serpihan yang pecah. "Mimi, rawat Ed!" kataku sebelum cuba untuk memperkuat pertahanan itu. Namun, usaha itu gagal setelah satu demi satu pentagram sihir hitam hilang.
Satu tubuh berjalan ke depan aku. Orang tinggi, berambut putih lebat, memakai sweater biru.
Masa masih seakan terhenti.
"Ayahanda, Anakda meminta. Liarkanlah angin beku. Sejukkanlah api yang membakar. Biarkan ia pecah menjadi ais!.. Tolonglah Ayahanda" ucap pemuda berambut putih itu.
Masa kembali normal.
Akhir kata pemuda itu disambut dengan satu angin kencang yang sejuk, lebih sejuk dari kemampuan Lisya. Meluru ke arah asteroid Luke sehingga asteroid itu menjadi beku lalu pecah menjadi serpihan kecil. Pemuda berambut putih itu memandang aku. Dia tersenyum ke arah aku.
Angin berderu laju di sebelah aku. Dua tubuh sedang berlari ke arah Luke dan Serigala. Kedua dua mereka ialah perempuan. Satu pada Luke mengenakan rambut pendek berwarna perang terang, mengeluarkan satu aura yang bersama dengan daun berwarna pink, meredakan Luke. Luke pula tidak melawan kerana dia seperti bertelepati bersama Serigala itu.
Gadis yang ke dua pula mempunyai rambut panjang berwarna coklat hazel bak daun kering. Empat batang pokok tanpa daun cuba membina satu perangkap untuk mengurung serigala itu.
Luke dan serigala itu mengamuk. Bagai ada sesuatu mengganggu mereka. Tapi, lama kelamaan Luke semakin reda namun serigala itu pula semakin mengganas sehingga terlepas dari kurungan buatan perempuan rambut hazel itu.
Aku terlopong.
"Nampaknya kene kejar lah lepas ni" satu suara yg aku tidak kenal muncul. Seorang lelaki dengan berbaju t shirt nipis dan berseluar pendek dipadankan dengan rambut kuning.
"Mana budak tu?" tanya si rambut putih tadi.
Lelaki berambut kuning menunjuk ke arah Lisya dan Mimi. Satu tubuh lagi selain Edwin sedang terlentang di situ. "Haz?" aku bersuara.
"Haz? Kau pasti?" tanya si rambut putih.
"Ya"
"Macam mana? "
"Apa maksud kau macam mana?"
"Macam mana kau tahu dia bukan kembar dia, Agnis?"
"Kau kenal Agnis?"
"Huhh! Aku kenal korang semua"
"Jadi aku siapa?"
"Jawap soalan aku tadi dulu"
"Aku siapa?"
"Aishh budak ni degil pulak. Yelah! Kau Adam, ahli sihir ilmu hitam. Sekarang jawap soalan aku"
"Gelaran tu agak menyakitkan hati"
"Jawap lah!"
"Aku ada guna sihir pada Agnis. Dan kesan sihir tu mesti ada. Dan Haz tiada kesan tu. Puas?"
Aku bergerak ke Haz. Mimi masih merawat Edwin. Luke juga pengsan. Dua gadis tadi telah membawa Luke dan dibaringkan di sebelah Haz. Aku buntu. "Bawa mereka masuk"
*****
Kini kami berada di dalam satu bilik tetamu. Kami semua, 11 orang. Termasuk Luke, Haz dan Edwin yang dah bangun dari pengsan. Ouh dan 4 orang watak baru namanya..
Si rambut putih : Frost, Putera musim sejuk
Si rambut kuning : Brade, Putera musim panas
Si rambut pendek : Alis, Puteri musim bunga
Si rambut panjang : Scarlet, Puteri musim luruh
Dan kalau korang tertanya mereka ada kad atau tak ; mereka tak de. Tapi mereka ada bende lain iaitu buah catur. Alis dengan Knight Hitam. Brade dengan Rook Hitam. Scarlet dengan Bishop putih. Dan Frost dengan dua Pawn putih.
Suasana pula senyap membisu, semua bermain dengan fikiran sendiri. Sehingga pintu dikuak perlahan dan 3 tubuh berserta satu orang orang masuk kahwin ke dalam. Mereka adalah Maid, The Kidz, No Face Dan Lobak Putih.
"Memandangkan semua orang ada di sini kecuali Noah, aku akan beri kamu semua kad bertuah" Kidz mula berbicara.
Kami yang mendengar hanya mampu mengerut dahi.
"Kamu tahu kenapa kamu di sini?" tanyanya lagi. Kami geleng. "Baiklah. Sebenarnya terpulang pada kamu semua" Kidz berhenti bercakap sementara Maid menyambung.
"Serigala yang kamu lawan itu adalah Noah, macam yang Edwin tahu. Dia sekarang berada di Istana Pengawal"
"Aku akan bawa korang ke sana " kata No Face.
"Itu saja" akhir kata dari Kidz.
"Itu je?" Luke memintas tatkala Maid mahu memegang tombol pintu.
Dan sekali lagi suasana menjadi hening. Tiada satu suara pun. Kidz memandang kami semua satu persatu. Dari mukanya aku tahu yang dia mahu kata sesuatu. Dan sangkaan aku tepat apabila satu suara akhirnya muncul.
"Kamu semua akan mati"
Suara itu bukan suara Kidz mahupun No Face. Nak kata Maid tapi suara tu kedengaran maskulin.
"Tu suara Joker! " Edwin menjerit. Semua mata memandang ke arah dia.
Kidz mara ke depan, ke arah Edwin. Dia mengarahkan Maid, No Face Dan Lobak Putih keluar dari bilik itu. Tatkala itulah drama bermula.
"Tahniah" ucap Kidz sebelum mengeluarkan kain put bersaiz manusia dan menutup badan Edwin. Kami semua berundur satu langkah apabila kain itu menjadi rata menghempas lantai. Seperti tiada langsung kelibat seseorang di situ.
Kidz mula ketawa. Dia mengambil kain itu semula. Benarlah Edwin sudah hilang! Kidz masih ketawa dan kami semakin ke belakang. Biarkan saja Edwin! Kami perlu keluar dari sini!
Kidz meletakkan jari telunjuk ke bibirnya tanda menyuruh kami diam. Di jarinya pula ada satu keychain dengan figura Edwin padanya! Senyuman Kidz makin melebar!
Serta merta bilik itu menjadi gelap gelita. Kami cemas dan lebih cemas apabila Adam berkata ini bukan sihir.
"Luke, api!" seseorang menjerit. Luke membakar dirinya.
Namun, api Luke tidak cukup. Kami masih lagi tidak nampak apa apa. Ketika itulah cahaya berwarna ungu muncul yang membuat api Luke makin membara. Membuat kami nampak sesuatu, sebuah dinding yang penuh lukisan.
Ia merupakan lukisan zaman Firaun.
"So kita dalam piramid?" Brade bersuara.
"Guys, Mimi hilang" ujar Lisya. Saat itu jugak lah !!?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top