Teaser 2

Teaser 2 🥹

#masihkahadacintabuataku
#PBAKL2023

“Err... maaf Tuan Haris. Bilik ni saya belum siapkan lagi tapi kalau Tuan Haris nak guna, saya akan keluar. Saya akan kemas di bahagian hadapan dulu.” Gugup Arissa

Dia tunduk mengutip semula fail yang terjatuh di atas lantai. Fail itu diletakkan di atas meja. Cepat-cepat dia berlalu pergi dari situ.

“Tunggu dulu!”

Terpejam mata Arissa saat mendengar suara itu. Perlahan-lahan Arissa menoleh ke arah lelaki itu tanpa memandang wajahnya.

“Awak ke yang kemaskan baju saya?” soal Haris dengan nada yang dingin.

“Ya, saya Tuan Haris.” Hampir nak terkeluar jantung Arissa ketika ini. Aura lelaki ini terlalu berbeza.

“Saya tak suka bila bercakap tak pandang muka saya. Cantik sangat ke lantai tu dari tengok muka saya ni?” perli Haris.

Tertelan air liur Arissa. Kali ini dia beranikan diri menatap wajah Haris.

“Jangan berani sentuh pakaian saya tanpa izin. Ini amaran saya.” Keras suara Haris memberikan amaran.

“Maaf Tuan Haris. Saya janji takkan sentuh pakaian tuan.”

Haris berjalan mendekati meja kerja. Salah satu fail dicapai.

“Awak tak perlu pergi. Kemas bilik ni dulu. Saya nak guna sekarang,” arah Haris tanpa memandang wajah Arissa.

Arissa serba salah. Sudahlah hanya mereka berdua di sini.

“Rasa tak manis pula saya ada di sini. Saya kemas di bahagian depan. Nanti bila rakan saya dah sampai, saya kemas bilik tidur Tuan Haris.” Arissa berura-ura untuk keluar. Namun langkahnya terhenti saat mendengar ayat lelaki itu.

“Kenapa? Awak takut saya apa-apakan awak? Tak payah risau. Saya bukan jenis lelaki yang suka digoda oleh mana-mana perempuan sesuka hati. Tak tahulah saya kalau ada sesetengah perempuan tu tak cukup dengan seorang lelaki,” sindir Haris.

Mata dipejam rapat. Kedua tangannya digenggam kuat. Berkali-kali dia beristighfar di dalam hati. Haris seolah-olah cuba bermain api dengannya. Tak salah kalau Arissa hanya mengikut rentak Haris.

“Baguslah kalau macam tu. Takkanlah Tuan Haris tergoda dengan pekerja bawahan seperti saya ni. Tuan tak perlu risau. Saya masih sedar di mana kedudukan saya di sini. Kalau tuan tak kisah, saya sambung kemaskan bilik ni.”

Arissa tayang senyuman manis dan bergegas mengemas bilik seperti yang diminta. Lebih cepat dia siapkan, lebih cepatlah dia keluar dari sini.

Haris rasa tercabar dengan jawapan Arissa. Dia takkan mudah tertipu dengan penampilan polos Arissa sekarang. Dulu dia pernah ditipu. Dan akhirnya, dia juga yang menderita.

Tiba-tiba muncul Ayu dalam keadaan tercungap-cungap.

“Arissa... sorry lambat. Masa nilah lif nak rosak. Eh! Tu... tuan, maaf. Saya tak perasan Tuan Haris ada dekat sini.” Tergagap-gagap Ayu gara-gara terkejut.

Ayu langsung tidak sedar dengan kehadiran Haris. Kelam kabut dia memohon maaf tanda bersalah.

“Tak apa. Saya cuma nak ambil fail saya. Awak boleh sambung buat kerja. Lagi sejam, saya akan kembali,” pamit Haris.

Sebelum dia keluar dari bilik itu, sempat dia memandang wajah Arissa. Namun Arissa langsung tidak menghiraukan dirinya. Keluhan kasar terlepas dari bibirnya.

Hilang kelibat Haris, Arissa menarik nafas lega. Dadanya diurut sedikit. Hampir tak bernafas gara-gara Haris ada di sini.

“Ayu… aku nak ke tandas kejap.”

Pantas dia masuk ke kamar mandi. Pintu bilik ditutup rapat. Mulutnya ditekup laju. Esakan yang ditahan sejak dari tadi terlepas juga. Hatinya masih terluka dengan kata-kata lelaki itu sebentar tadi.

Terlalu hina dirinya di mata Haris.

💔

Versi terbitan sendiri kak banyak tukar dari susunan ayat dan penambahan dialog. Kalau nak baca versi baru, blh dapatkan MACBA terbitan MA ni🫶

Jualan secara online dibuka sehingga 15 Mei. Selepas tarikh tersebut, kami simpan stok untuk PBAKL.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top