Blurb

Arissa Najwa tidak terfikir untuk berkahwin di usia yang muda. Namun demi membalas jasa ibu saudaranya dia menerima lamaran Haris Naufal sebagai suaminya. Walaupun perkahwinan mereka bermula tanpa rasa cinta, mereka bahagia atas pilihan keluarga.

Di saat Arissa bergelar ibu, dia mula memberontak. Hatinya inginkan sesuatu yang mampu membanggakan suaminya. Lebih-lebih lagi suaminya kini pemilik sebuah hotel terkemuka.

Sekelip mata, dunianya berubah. Disebabkan khilaf yang dilakukan oleh Arissa, memusnahkan kepercayaan Haris.

"Arissa Najwa Binti Alif... aku ceraikan kau dengan talak satu. - Haris

Malang nasib Arissa apabila dia turut kehilangan ibu saudaranya. Haknya sebagai ibu turut dilucut. Demi melupakan peristiwa hitam, Arissa membawa diri ke tempat lain.

Hampir lima tahun terpisah, takdir menemukan mereka sekali lagi. Tapi sikap Haris yang sekarang terlalu berbeza. Status bekas suaminya sebagai majikan menjarakkan lagi hubungan mereka.

Hadirnya Salina dalam hidup Haris, membuatkan dia sedar diri. Yang dirinya tak mungkin berada di hati Haris lagi.

Pada masa yang sama, Arissa menerima lamaran dari seseorang. Arissa tersepit. Dia tidak mahu memberi harapan kerana hatinya masa ada cinta buat Haris.

Masihkah ada cinta buat Arissa di hati Haris? Atau perlukah dia menerima lelaki lain untuk melupakan Haris?

💗💗💗

Kali ni cetakan baru terbita Mia Azwari. Berminat blh hubungi admin MA ke 011-24198769.

Harga rm40 termasuk pos ke sm. Harga akan berubah selepas pbakl.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top