40
"NAFSU selalu kata TAK CUKUP, IMAN selalu kata BERSYUKURLAH.
Nak ikut kata NAFSU ke IMAN?"
"SAYANG, okay tak ni?" soal Ariq mula risau. Sakit yang di tahan Najwa lain macam kali ini.
"Sakit" balas Najwa sepatah.
"Baby nak keluar betul-betul ke? Daddy gurau je tadi. Awal lagi ni sayang!" balas Ariq seraya mengusap perlahan perut isterinya.
Terus Najwa menghamburkan gelaknya. Ariq punya panik tak boleh bawa bincang!
"Hahahaha! Abang ni sempat lagi buat kelakar! Bukan sakit sebab Najwa nak bersalinlah. Tadi baby tendang kuat sangat sampai senak perut Najwa. Tu yang rasa sakit sikit" terang Najwa. Ariq terus tersandar di kepala katil apabila mendengar penjelasan isterinya.
"Sayang ni janganlah buat Abang panik malam-malam buta ni!" balas Ariq seraya mengurut dadanya. Hampir gugur jantung Ariq dibuatnya.
"Sayang, janganlah buat mummy macam tu. Sian mummy sakit. Janganlah nakal-nakal nanti mummy cepat penat" bebel Ariq lagi seraya menghadiahkan satu ciuman ke perut Najwa lama. Dia berinteraksi dengan bayi dalam kandungan Najwa seolah-olah bayi itu sedang berada di hadapannya. Najwa menyusun segaris senyuman tanda senang diperlakukan sebegitu.
Jujur, Ariq tersangatlah prihatin terhadap kesihatannya dan bayi dalam kandungannya. Mana taknya, dengan alahan yang teruk menambahkan lagi kegusaran dalam hati Ariq.
Kini, Ariq lebih banyak berkerja dari rumah sahaja. Katanya ingin menjaga dan mengawasi isterinya. Najwa tahu sebenarnya suaminya risau jika sesuatu buruk terjadi lagi pda dirinya.
"Abang ni, Najwa abang panggil sayang, baby pun abang panggil sayang. Siapa sebenarnya yang abang sayang ni?!" soal Najwa geram. Ariq terus gelak mendengar soalan isterinya. Cemburu la tu!
"Hm, dua-dualah Abang sayang!" balas Ariq seraya tangannya naik mencubit hidung Najwa.
"Sakitlah!" Najwa terus menampar tangan Ariq perlahan. Merah hidungnya!
"Dah jadi badut. Sayang, tengok mummy jadi badut!" ejek Ariq. Elok kepalanya mengambil tempat di atas paha Najwa.
"Mana ada! Ei tak malu baring kat sini. Pergilah baring sana!" balas Najwa sengaja membalas dendam. Dimuncungkan bibirnya tanda protes.
"Muncung lah lagi abang cium baru tahu !" ujar Ariq. Laju tangan Najwa naik menutup mulutnya sendiri.
"Gatal! Dahlah tidur!" marah Najwa seraya berbaring perlahan. Rasa sakit dibahagian pinggangnya terasa berkurangan.
Ariq menutup lampu dan dibiarkan lampu meja yang menyala.
Sempat lagi dia menghadiahkan sebuah ciuman lama ke perut Najwa sebelum diselimutkan isteri kecilnya. Najwa yang telah menutup mata cuba untuk tidur hanya tersenyum apabila terasa ada sentuhan kecil pada perutnya.
"Goodnight sayang." bisik Ariq perlahan.
PERLAHAN, tombol pintu dipulas. Tersergam indah rumahnya yang tidak berpenghuni. Rasa sunyi dan senyap memenuhi segenap ruangan rumahnya.
Bagasi diletakkan di tepi sofa sementara kunci keretanya diletakkan di atas meja.
Kakinya menapak ke arah sebuah gambar yang terpampang besar di dinding ruang tamunya.
Gambar Rudi dan Nisa sewaktu hari persandingan mereka. Tema soft pink dan putih menjadi pilihan mereka. Nisa sedang tersenyum manis begitu juga dengan Rudi.
Perlahan tangannya naik menyentuh wajah Nisa. Tidak dapat dia nafikan perasaan rindunya yang membuak-buak. Lagi bertambah sakit apabila mengenangkan orang yang dirindui tiada di depan mata.
"Cantiknya, isteri saya ni" gumam Rudi sendirian. Bibirnya turut menguntum senyum apabila melihat wajah Nisa.
Dia sedar Nisa adalah memori paling indah buat dirinya, jadi mengapa dia harus menangisi Nisa sedangkan Nisa akan sentiasa hidup dalam kenangannya.
Bagasi dicapai lalu dia menapak ke bilik tidur.
Usai membersihkan diri, Rudi duduk di meja kerjanya. Tangannya ligat membuka laptop. Kini, semuanya kembali seperti dulu. Dunia Rudi hanyalah dipenuhi dengan soal kerja.
Jam 2 pagi baru dia menutup laptop dan berbaring di atas katilnya. Beberapa minit, matanya terus terlelap. Semoga mimpi indah.
JAM 6 pagi. Ariq terdengar sayup-sayup azan subuh yang berkumandang. Dia bangkit dan menuruni katilnya ingin membersihkan diri. Sempat dia menarik comforter hingga ke paras dada isterinya sebelum mencapai tualanya.
Usai membersihkan diri dan mengambil wudhu, Ariq menggoncangkan lengan Najwa yang berlapik baju tidur khas untuk ibu mengandung yang berlengan panjang itu.
Najwa bergerak kecil apabila terasa ada sentuhan kecil yang membangunkannya. Matanya menangkap kelibat Ariq yang elok mengenakan tshirt putih. Dengan rambutnya yang masih basah menampakkan gaya seksinya. Padahal Ariq tidak berniat mengodanya pun!
"Sayang, bangun. Dah subuh ni" kejut Ariq perlahan. Najwa bangun dan duduk di tepi katil.
Sepit rambut dicapai dan disanggul rambutnya tinggi. Ariq hanya memerhati tingkah laku isterinya.
Seketika, Najwa bangkit dari katil dengan bersusah payah. Dugaan orang sarat mengandung ni lain macam sikit. Bila dah berdiri, nak duduk susah. Bila dah duduk, nak berdiri pula yang susah!
"Nak Abang temankan mandi?" soal Ariq sengaja ingin bergurau dengan isterinya. Pagi-pagi dah menyakat orang!
"Tak apa lah, terima kasih je. Najwa risau nanti makin lambat Najwa mandi!" balas Najwa dengan perlian. Dia tahu niat nakal suaminya.
"Betul ni? Rugi tau tolak!" ujar Ariq lagi tak mahu berputus asa. Dia menyilangkan tangannya dan bersandar di almari baju. Tangannya naik menyelak rambutnya yang masih basah. Dijilat sekilas bibirnya. Sengaja nak menggoda lah tu!
Najwa menghadiahkan sebuah jelingan. Dengan muka malas nak layan, langkah Najwa diatur perlahan ke kamar mandi.
Ariq termanggu melihat Najwa yang hanya pergi meninggalkannya. "Apa aku tak cukup seksi ke?!" omelnya sendiri. Dia melihat dirinya dihadapan cermin.
Usai melaksanakan solat subuh, Najwa bangkit dan menyangkut telekungnya manakala Ariq melipar sejadah yang digunakan. Maklumlah Najwa mana larat nak menunduk apatahlagi mencapai sejadah di lantai dengan perut yang semakin besar itu.
Dia duduk dibirai katil. Matanya ralit memerhati Ariq yang duduk di meja solek.
"Handsome kan abang" tegur Ariq tiba-tiba mematikan lamunan Najwa.
"Ei perasannya!" balas Najwa seraya menjelingkan matanya sekilas.
Ariq menghamburkan gelaknya apabila melihat wajah Najwa yang menyampah bila dia asyik memuji diri sendiri. Confident itu perlu!
"Dahlah, Najwa nak turun bawah lagi bagus" tambah Najwa lagi seraya dia bangkit ingin menuju ke ruangan bawah.
Namun niatnya dihalang dek rasa sakit yang mula menyerangnya. Dia terduduk semula dan mengusap perlahan perutnya. Petanda apakah ini?
Seketika, rasa sakit itu hilang semula. Najwa terkebil-kebil cuba memahami dirinya.
"Sayang, are you okay?" soal Ariq. Apabila melihat isterinya yang masih diam tidak berkutik, Ariq bingkas bangun dan menuju ke arah isterinya.
"Sayang, kenapa ni?" soal Ariq lagi. Dipegang lembut lengan isterinya.
"Ya. I'm okay. Jom pergi bawah" balas Najwa teragak-agak. Tidak dihiraukan rasa sakit yang sekejap datang dan sekejap hilang itu.
Ariq mengangguk lantas membantu isterinya berdiri. Mereka beriringan menuruni tangga.
Belum sempat kaki Najwa menginjak ke anak tangga terakhir, rasa sakit kembali menyerang. Kali ini bertambah kuat sehingga Najwa mengetap gigi cuba menahan sakit yang dirasai.
Ariq memandang Najwa risau. Kenapa dengan isteri aku ni?!
"Sayang?" panggil Ariq. Najwa mendongak memandang suaminya.
"Ya, Kenapa?"
"Sayang okay tak ni? Daripada tadi Abang tengok Sayang ni lain macam je" ujar Ariq gusar.
"Okaylah. Tak ada apa-apalah. Abang jangan risau ya" balas Najwa cuba meyakinkan Ariq. Dia tidak mahu suaminya berasa risau.
Najwa meninggalkan Ariq yang memandangnya bingung. Najwa terus menuju ke arah dapur.
"Eh mama dah ada dekat dapur" tegur Najwa ramah. Kakinya menapak ke arah mama yang ralit menggaul sesuatu di dalam kuali.
"Awal sangat bangun! Kenapa tak tidur je. Najwa tu dah sarat mengandung lagi cepat penat. Rehat je lah dekat bilik tu!" balas mama dengan bebelannya.
"Najwa okay lah, mama. Mana Afiqah? Tak bangun lagi ke?" soal Najwa cuba menukar topik.
"Tidur balik lah tu. Najwa tolong pergi tengokkan budak pemalas tu. Orang yang sarat mengandung ni jugalah yang bangun awal. Hish geramnya kita!" balas mama. Ditekan-tekan bihun yang berada di dalam kuali tanda geram.
"Okay Ma" ujar Najwa disusuli gelak kecil sebelum langkahnya diatur perlahan ke bilik Afiqah. Mujur bilik Afiqah berada sebaris dengan ruang tamu rumahnya.
Dia menangkap kelibat Ariq yang sedang duduk di sofa sedang menonton televisyen.
Pintu bilik Afiqah dipulas perlahan. Terlihat, kelibat Afiqah sedang duduk di birai katil elok merenung skrin telefonnya.
'Oh main handphone rupanya' omel Najwa sendiri. Tiba-tiba rasa sakit dibahagian bawah perutnya kembali menyerang. Kali ini bertambah sakit rasanya.
"Adik, Mama panggil dekat dapur" ujar Najwa perlahan. Afiqah mendongak dan menguntum segaris senyuman buat kakak iparnya sebelum senyumannya mati apabila melihat kakak iparnya seperti sedang menahan sakit.
Telefon bimbitnya di campak ke atas katil lalu Afiqah menapak ke arah Najwa dan memaut lengan kakak iparnya.
"Akak okay tak ni?" soal Afiqah risau. Dia mencari mata kakak iparnya.
"Sakit... Sakit sangat!" rintih Najwa. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.
Seketika, cecair jernih seperti air kencing mengalir laju menuruni paha Najwa sehingga ke betisnya sampai ke lantai.
Najwa dan Afiqah merenung cecair itu sebelum masing-masing memandang antara satu sama lain.
"Kak Ngah, air apa tu?" soal Afiqah blur.
"Manalah Kak Ngah tahu!" balas Najwa risau. Air apa pula ni!
Terus Afiqah menjerit memanggil mama dan Ariq.
"Mama, Angah! Tengok Kak Ngah ni!" laung Afiqah. Mendengar laungan Afiqah, laju mama dan Ariq menerpa ke arah Afiqah dan Najwa.
"Mama, tengok ni. Ni air apa?!" soal Afiqah polos. Mata mama jatuh melihat lantai kemudian Najwa yang sedang menahan sakit.
"Itu air ketuban. Kalau air ketuban Najwa dah pecah maksudnya baby dan ready nak keluar" terang mama perlahan. Ariq cuba memahami maksud ayat yang diungkapkan mama sebelum matanya terbuntang luas.
"Now? Right now?! " soal Ariq terkejut.
"Arghh!" jerit Najwa kuat seraya tangannya menggenggam lengan Afiqah kuat.
"Kak Ngah, sakit!" balas Afiqah. Rasa nak menangis dia apabila lengannya digenggam kuat oleh kakak iparnya.
Mujur Ariq sempat memaut bahu isterinya. Tangannya turun menyinggah ke perut isterinya.
"Baby, jangan keluar dekat sini please. Daddy tak ada pengalaman sambut baby!" sempat lagi dia bergurau waktu ini.
Tangan Najwa terus naik menarik rambut suaminya kuat. Orang tengah tahan sakit ni dia boleh melawak pula!
"Hish, cepatlah bawa Najwa pergi hospital! Bertuah punya anak! Nanti mama dengan Adik menyusul" arah mama geram dengan anaknya yang disaat genting seperti ini masih ingin bergurau.
Terus tubuh kecil isterinya dicempung dan di bawa ke dalam kereta.
"Sayang, baby dah keluar ke? Kenapa sayang senyap je?" Ariq memandang cermin pandang belakang itu sekilas apabila Najwa senyap tidak memberikan apa-apa respon.
"Cepatlah sikit! Orang tengah tahan sakit ni boleh tak jangan buat lawak?! Arghhh!" jerit Najwa bertambah kuat. Rasa sakitnya semakin ketara. Tangannya memegang bawah perut cuba mengawal rasa sakit.
"Ya sabar, sayangku!" terus pedak minyak di tekan kuat.
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
🌿
"Membenci hanya merugikan dirimu sendiri, karena sebagian besar orang yang kamu benci tak akan peduli dengan kebencianmu."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top