36

"If you're going to make me cry, at least be there to wipe away the tears."

KAWASAN perumahan yang seperti sudah lama tidak didiami itu menjadi destinasi dua buah kereta yang diekori Ariq dan Rudi.

Rudi mengerling jam di tangan yang menunjukkan angka 4 pagi. Suasana kelam, sunyi dan sepi kawasan itu membuatkan bulu romanya berdiri tegak.

Seketika, kereta-kereta itu membelok masuk ke salah satu banglo lama yang besar yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan itu.

"Tak ada orang duduk sini ke?" soal Rudi polos. Dia merenung sekejap ke luar tingkap. Dibiarkan panggilannya masih bersambung dengan Ariq.

"Nampak macam kawasan ni dah lama di biarkan kosong" balas Ariq seraya memberhentikan kenderaannya. Mereka mengambil jarak beberapa meter jauhnya taknak ketahuan. Nyawa Najwa dan Nisa dalam bahaya.

Laju Rudi keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Ariq yang turut sama keluar dari perut kereta.

"Kau dah call polis?" soal Ariq. Rudi mengangguk laju. Ariq bersandar dikereta dan meraup mukanya.

"Macam mana kau tahu diaorang culik isteri-isteri kita?!" soal Rudi minta kepastian. Dia daripada tadi nampak bingung dan hanya mengikuti Ariq Ilhan.

"Aku nampak pintu rumah terbuka luas. Kau ingat isteri aku gila ke nak biarkan pintu terbuka pagi-pagi buta macam tu?!" balas Ariq. Dia melepaskan keluhan berat.

"Kau rasa ni kerja siapa?! Kalau dia berani apa-apakan isteri-isteri kita, aku cincang dia hidup-hidup!" ujar Rudi menahan geram.

"Aku cuma boleh fikir seorang je dalang bagi semua ni. Qisya Alina!" balas Ariq dengan nada biasa. Tangannya naik disilangkan.

"Sekarang ni kita tunggu pihak polis sampai baru kita masuk. Aku taknak bahayakan nyawa Najwa!" arah Ariq tegas. Rudi mengangguk-angguk tanda menyokong.





NAJWA dan Nisa diangkat dan dibawa masuk ke dalam satu bilik.

Alina tersenyum bahagia melihat Najwa dan Nisa yang kini berada dalam genggamannya.

"Keadaan clear?" soal Alina risau takut-takut rancangannya kantoi dek pihak polis.

"Clear." balas Zulfaiz riak. Mungkin kerana dia menganggap dirinya sebagai seorang profesional menyebabkan dia terlalu yakin dengan semua jenayah yang dilakukannya sehingga terlupa akan satu pepatah melayu,

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

"Bagus! Sekarang kita biarkan dulu diaorang sedar barulah kita proceed dengan next plan kita. Aku akan pastikan dia bercerai dengan Ariq!" ujar Alina sinis.

"You beruntung tau jumpa dengan I. Kalau tak sekarang ni you takkan sampai ke tahap ni. Sekejap saja lagi, you akan dapat memiliki Ariq Ilhan sepenuhnya while I akan dapat Najwa Nabilla sepenuhnya!" balas Zulfaiz seraya meneguk rakus wine yang mahal itu.

Mengimbau kembali pertemuannya dengan Alina tempoh hari membuatkan mereka bersepakat memandangkan ia mendatangkan hasil untuk mereka berdua. Alina yang mahukan Ariq sementara Zulfaiz yang menginginkan Najwa.

Gelas kaca yang berisi wine mahal itu dilagakan tanda meraikan kejayaan mereka.







NISA terpisat-pisat bangun apabila merasakan cahaya matahari yang terpancar tepat mengenai wajahnya juga memenuhi segenap ruangan bilik yang besar itu.

Terus kelibat Najwa cari. Najwa masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Perlahan dia menapak ke arah Najwa.

Kepala Najwa diletakkan di atas pahanya. Perlahan, pipi Najwa ditampar lembut cuba menyedarkannya.

Perlahan, mata Najwa terbuka sedikit demi sedikit. Dia cuba untuk bangkit tetapi rasa sakit dikepalanya berdenyut-denyut menyebabkan dia menahan sakit.

"Slow-slow. Jangan paksa diri kau!" ujar Nisa geram. Perlahan, Najwa bangkit dan duduk memandang sekeliling.

"Kita ada dekat mana ? Aku takut! Aku nak balik!" ujar Najwa ketakutan. Dia mencapai tangan Nisa dan digenggam erat.

"Aku pun tak tahu kita ada dekat mana sekarang ni. Kau janganlah takut. Kau takut aku lagi takut!" balas Nisa seraya menggenggam semula tangan Najwa.

"Kau okay?" soal Nisa risau apabila melihat wajah Najwa yang pucat.

"Okay. Kau? Macam mana bibir kau boleh berdarah ni?!" soal Najwa pula. Diusap perlahan bibir Nisa apabila melihat kesan darah yang kering di tepi bibirnya.

"Tak ada apa-apa. Aku okay" balas Nisa biasa.

Seketika, pintu dikuak kasar oleh seorang lelaki berbadan besar dan tegap.

"Bos, diaorang dah sedar!" jerit lelaki itu. Najwa dan Nisa terus berpelukan kerana takut.

Terkesima Najwa dan Nisa apabila melihat wajah Qisya Alina yang muncul dari belakang lelaki itu.

"Good morning my dear, friends. Have a good sleep last night?" tegur Alina cuba beramah. Dia menayangkan senyum sinis.

"Apa kau nak dari kitaorang?! Lepaskan kitaorang lah!" balas Najwa geram. Dia cuba mengumpulkan sebanyak kudrat yang dia ada. Tergamak gadis itu memperlakukan mereka sebegitu rupa.

"Amboi garangnya. Hahaha, well I tak nak minta banyak pun just nak minta tanda tangan you sahaja!" ujar Alina sinis. Dia mengambil tempat duduk di sebuah kerusi yang ada dalam bilik itu.

"Tanda tangan aku untuk apa?!" soal Najwa semula.

"Surat cerai untuk you dengan Ilhan lah. I taknak bermadu dengan perempuan kampung macam you!"

"Jangan dengar cakap dia Najwa! Dasar perempuan gila!" potong Nisa geram. Pagi-pagi merepek minta orang tanda tangan surat cerai!

Laju kaki Alina diatur ke arah Nisa. Dia bertindak mencegkam kuat dagu gadis kecil itu.

"Hei perempuan. You better prepare yourself! Ada ramai shark yang tengah tunggu masa nak makan kau!" balas Alina seraya memanggil lelaki tadi.

"Bawa dia keluar! Memekak je!" arah Alina. Terus tubuh Nisa didukung dan dibawa keluar. Puas Nisa cuba meronta dan memukul badan lelaki itu tapi seperti tidak memberikan apa-apa kesan.

Dia diletakkan disebuah bilik yang bersaiz lebih kecil. Di dalam bilik itu terdapat satu katil, sebuah almari baju dan meja kecil. Di atas meja itu tersedia pelbagai saiz kondom yang masih belum digunakan. Bau busuk mungkin datang daripada tong sampah yang mengandungi kondom yang telah dipakai membuatkan Nisa menutup hidungnya.

"Kau duduk sini diam-diam!" arah lelaki itu. Nisa telan air liur melihat lelaki berbadan tegap itu keluar dan mengunci pintu.

Sebaik sahaja pintu dikunci dari luar, Nisa menangkap satu bunyi seperti orang sedang menangis.

Nisa bangun dan cuba mencari bunyi tangisan itu dan ternyata, tangisan itu datang dari arah dalam almari.

Perlahan, kaki Nisa menuju ke almari itu. Pintu almari ditolak perlahan.

Nisa tergamam apabila melihat seorang gadis yang mungkin seusianya sedang duduk memeluk lutut dalam keadaan tidak ditutupi walau sehelai benang.

Nisa menarik selimut di katil dan segera menyelimuti gadis itu. Teresak-esak dia menangis. Hati Nisa dihimpit rasa hiba dan takut.

Apakah nasibnya juga akan sama seperti gadis itu? Ya Allah kau selamatkanlah kami!

"Awak kena lari!" ujar gadis itu perlahan.

"Saya tak tahu! Macam mana saya nak larikan diri kalau tak ada satu tingkap pun dalam bilik ni!" balas Nisa. Dia turut cemas memikirkan nasibnya.

Perlahan gadis itu keluar dari almari. Dapat Nisa rasakan gadis itu sedang menahan sakit dan ngilu pada bahagian kemaluannya. Nisa percaya bahawa gadis itu telah menjadi mangsa rogol oleh ramai lelaki apabila melihat keadaan gadis itu yang lemah.

Nisa membantunya duduk di birai katil.

"Kenapa diaorang buat awak macam ni?" soal Nisa simpati.

"Saya dijadikan tempat melunaskan nafsu serakah mereka semua. Saya pun tak tahu apa salah saya. Bila saya sedar je, saya dah ada dalam bilik ni. Dah lama rasanya saya tak tengok sinaran matahari" balas gadis itu. Serta-merta, airmata Nisa jatuh membasahi pipinya. Sungguh tabah gadis itu mengharungi dugaan seperti ini.

"Saya yakin ada orang akan selamatkan kita!" ujar Nisa seraya tangannya naik menggenggam erat tangan gadis itu menyalurkan sedikit harapan dan kekuatan buat gadis itu.

Seketika, pintu biliknya dikuak kasar oleh seseorang. Nisa cuba mengawal rasa takut.

Tersembul wajah seorang lelaki yang meminta mereka untuk senyap.






🌸B E R S A M B U N G🌸





Vote
&
Comment





🥀

"Sometimes, crying is the only way your eyes speak when your mouth can't explain how broken your heart is."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top